Sunday , May 16 2021

Farid Kamil dan Diana Danielle Sah Telah Bertunang

Pandai mereka simpan rahsia! Rupanya pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle telah selamat melangsungkan majlis pertunangan secara rahsia pada hari Ahad lepas. Tahniah!

Memetik laporan akhbar Berita Harian, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang DI kediaman Diana yang terletak di Damansara.

Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah ‘diikat’ selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia.

“Harap-harap pertunangan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” ujar ibu Diana, Norsiah Ramli yang sudahpun merancang majlis ini sejak sebulan yang lalu.

Dalam majlis itu, Diana yang mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dan dirias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.

Difahamkan, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

*credit Berita Harian & mD

 

Check Also

Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN 2020 Iktiraf Para Pemaju Di Rantau ASEAN

Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 telah menganugerahkan lebih daripada 50 gelaran …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!