Jentera Elektrik Sifar Emisi Nissan LEAF Dipamerkan Di UCSI

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah bekerjasama dengan UCSI University untuk memberi peluang kepada para pelajar UCSI untuk melihat Nissan LEAF secara lebih dekat. Pameran LEAF itu membolehkan para pelajar mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknologi dan inovasi Nissan LEAF. Di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mengurangkan penggunaan bahan bakar berasaskan fosil, emisi karbon dan gas-gas berbahaya kepada alam sekitar.

ETCM berbangga untuk mempamerkan kenderaan elektrik sifar emisi, Nissan LEAF kepada kakitangan dan pelajar di UCSI sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran hijau. Dengan harapan ia akan memberi inspirasi kepada semua orang agar lebih peka terhadap alam sekitar.Parapelajar juga diberi peluang untuk merasai sendiri kuasa dan kesenyapan Nissan LEAF melalui pandu uji yang dijalankan.

Turut hadir ketika pameran dan berkongsi pengalamannya ialah seorang Duta Nissan LEAF ETCM, Hanis Azarea Bt. Mohammad Azman. Beliau bercerita tentang pengalamannya bersama kereta elektrik sepenuhnya, Nissan LEAF selama enam minggu dan bagaimana ia menukar pandangannya mengenai mobiliti mapan.“Kami harap dengan pameran LEAF di UCSI akan memberi lebih kesedaran mengenai kepentingan mengurangkan pengeluaran karbon menerusi pengangkutan emisi sifar. Kami gembira untuk menunjukkan LEAF kepada para pelajar dan kakitangan UCSI, selain membenarkan mereka merasai sendiri apakah sebenarnya kenderaan elektrik (EV),” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dr. Ang Bon Beng.

“Pameran pada hari ini berjaya membuktikan mengenai pentingnya kerjasama di antara industri dan akademik,” kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan) UCSI, Profesor Emeritus Dr Lim Koon Ong.“Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting buat UCSI dan ETCM. Ia turut menggambarkan bagaimana dua pihak boleh bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran dan menanam ‘mentaliti hijau’ kepada generasi muda,” tambahnya.

ETCM memulakan kempen kesedaran EV pada Mei 2012 melalui pelbagai projek seperti program Duta LEAF, pameran bergerak LEAF dan seminar-seminar EV.

Nissan LEAF merupakan kenderaan elektrik 100 peratus sifar emisi pertama yang dihasilkan secaramassa.  Strategi Nissan adalah tidak menghadkan pembangunan kenderaan-kenderaannya. Sebaliknya mengadakan pendekatan komprehensif untuk mempromosikan mobiliti mapan dengan cara terlibat dalam pembangunan dan jualan bateri, menjalin kerjasama di peringkat global dan tempatan, mengatur infrastruktur pengecasan, mengkaji penggunaan kedua bateri lithium-ion pada EV, menggalakkan kitar semula alat ganti terpakai dalam proses produksi kenderaan serta memperkenalkan konsep-konsep mobiliti baharu.

Nissan memang terkenal dengan pendekatan mobiliti mapan dengan menawarkan model-model cekap bahan api yang menerajui kelasnya dan disokong oleh teknologi-teknologi hijau termaju secara berterusan.

Maklumat lanjut mengenai Nissan LEAF, sila layari laman web:  www.nissan.com.my

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *