Wednesday , March 3 2021

Susuri Pengalaman Percutian Bersama AirAsia Dalam Destinasi Ria

MMS_4779

Istimewa bulan November ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan program Destinasi Ria Bersama AirAsia yang berkonsepkan diari kembara serata Asia sambil mengeksplorasi pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bersama selebriti-selebriti popular tanah air. Program ini boleh ditonton pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam bermula 6 November 2013 secara eksklusif di saluran 104.

Bakal bersiaran selama 13 episod, program terbitan Mtertain Sdn Bhd dan Celebrate TV Sdn Bhd ini akan membawa penonton menyusuri pengalaman percutian menyeronokkan yang menampilkan keunikkan 13 buah destinasi indah serata Asia yang berbeza. Program ini akan menjelajah keunikan pelbagai destinasi menarik yang mana setiap satunya mempunyai keindahan berbeza yang mempersonakan untuk dikongsi bersama para penonton.

Setiap episod yang disiarkan akan merangkumi koleksi percutian yang berunsurkan romantis, persahabatan, kembara, eksotik dan mewah. Tambah menarik lagi, setiap percutian ke destinasi terpilih akan dikelolakan oleh selebriti, rakan-rakan dan ahli keluarga mereka sendiri untuk setiap episod.

Selebriti-selebriti yang turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah Yus & Tauke yang akan meneroka keindahan Bandar Surabaya yang terletak di Indonesia, Lisa Surihani bersama ibu & ibu mertua (Ho Chi Minh), Hazama & Yazer (Jakarta), Elfira Loy & adik beradik; Ezzraa, Ezlisa & Ezzrin Loy (Hong Kong), Sleeq; Syarif & Alyph (Sandakan), Shuib & Sarah (Shenzen), Hunny Hatim & suami; Khairul (Hanoi), Adibah Noor & rakan-rakan; Dina Nazir & Baki (Kunming), Tomok & isteri; Siti Rahayu Abbas (Siem Reap), Najwa Latif & kakak;  Iqhwatul Syafika (Guilin), Angah & anak perempuan; Nurrina Fassha (Pekan Baru), Fikhree & Nik Michael (Kolkata) serta Dato’ Aznil & anak didik; Hefni & Dahlia (Shanghai).

MMS_4787

Sebagai Saluran Hiburan Melayu Utama, pihak Astro Ria turut berasa terpanggil untuk mempromosikan destinasi-destinasi indah yang menonjolkan keindahan alam semula jadi serta aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang boleh dinikmati di negara ini dalam bentuk program televisyen.Kami berharap dengan adanya program-program berkonsepkan diari kembara seumpama ini dapat membuka mata dan mendedahkan orang ramai tentang keindahan destinasi pelancongan serata Asia yang mungkin tidak diketahui sebelum ini,” jelas Raqim. 

Menurut Ketua Komersil AirAsia Berhad; Encik Kenny Wong berkata, “Berdasarkan kepada reputasi yang dicapai melalui rancangan Destinasi Cinta pada tahun lalu, AirAsia amat berbangga untuk sekali lagi menjadi penaja utama bagi rancangan Destinasi Ria pada tahun ini. Sekiranya dahulu ia hanya memberi tumpuan kepada pasangan selebriti terkenal tanahair sahaja, kali ini pula Destinasi Ria akan memaparkan lebih ramai selebriti-selebriti lain yang akan mengunjungi lebih banyak destinasi AirAsia. Para penonton dapat melihat para selebriti di destinasi seperti Jakarta, Surabaya, Kolkata, Hong Kong, Shenzhen, Shanghai, Sandakan dan banyak lagi.”

Raqim turut menambah, “Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak AirAsia Berhad selaku penaja program Destinasi Ria Bersama AirAsia ini di atas sokongan dan kerjasama yang telah mereka berikan bagi menjayakan program ini. Semoga kerjasama seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Jangan lupa saksikan program Destinasi Ria Bersama AirAsia secara eksklusif di Astro Ria menerusi saluran 104 mulai November ini. Selamat menonton!

Check Also

Vietjet continues repatriation flights, paving the way for international services’ resumption

Following the direction of the Vietnamese government, Vietjet has cooperated with relevant Vietnamese agencies within …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!