16 Pasangan Rebut gelaran Fear Factor Malaysia

imageResize

Fear Factor Malaysia kini kembali lagi dengan pelbagai ujian lebih mencabar dan peserta baru yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata Fear Factor kali ini masih lagi mengekalkan format lama namun terdapat juga sedikit kelainan yang bakal ditonjolkan dalam program tersebut.

“Format lama masih lagi dikekalkan, namun terdapat sedikit kelainan untuk musim ini dimana kami telah membuka penyertaan kepada peminat untuk digandingkan bersama selebriti kegemaran mereka…

“Pemilihan peserta dijalankan melalui sesi saringan yang ketat dan teliti… Masing-masing mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri, kami percaya mereka mampu untuk memberikan impak yang menarik untuk musim ini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan peserta Fear Factor Malaysia di Talent Lounge, Menara Bata, pada Selasa.

Seramai 16 pasangan yang telah dipilih untuk menjayakan musim ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap pasangan terdiri daripada selebriti dan peminat.

Kesemua mereka bakal melalui cabaran serta ujian ketahanan mental dan fizikal yang telah disediakan bagi menentukan pasangan mana yang mampu bertahan sehingga berjaya merebut gelaran juara.

Sebanyak 26 episod akan ditayangkan berselang-seli menerusi dua rangkaian program yang berbeza iaitu Fear Factor Malaysia yang menyaksikan tiga peringkat cabaran harus dilalui oleh peserta manakala Akses Fear Factor Malaysia pula akan menampilkan kejadian menarik yang berlaku sepanjang penggambaran.

Seperti musim sebelumnya, pihak Astro masih lagi mengekalkan pelakon terkenal, Aaron Aziz sebagai hos selain sebahagian besar penggambaran dijalankan di Afrika Selatan.

Fear Factor Malaysia akan mula bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 15 Februari ini di Astro Ria (saluran104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135). Program ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan aplikasi Astro-On-The-Go.

Manakala Akses Fear Factor Malaysia pula akan bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 16 Februari 2014.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan serta video pasangan Fear Factor Malaysia pilihan anda di lawan web rasmi www.fearfactor.com.my , laman facebook di www.facebook.com/FearFactorMalaysia dan twitter rasmi di www.twitter.com.FearFactorMY.

Berikut merupakan senarai penuh pasangan dari kumpulan A dan B :

Kumpulan A

Ungku Ismail & Fify

Syed Ali & Tatt

Norman Hakim & Zarina

Nas T & Khairul

Ryzal Jaafar & Sam

Sari Yanti & Anbia

Dira Abu Zahar & Azura

Erin Malek & Redha

Kumpulan B

Izzue Islam & Emri

Shuib Sepahtu & Zakaria

Zain Saidin & Akmal

Bambang Soteto & Faisal

Shah Iskandar & Kartini

Yana Shamsudin & Janice

Azura Zainal & Rechel

Thanuja & Joy

 

Check Also

Jackie Chan Terus Beraksi Di Usia 70 Tahun Dalam Filem Terbarunya “Panda Plan”

Bintang aksi terkenal Hong Kong, Jackie Chan, membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus beraksi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *