5 MALAM 4 HARI Rambut Raya TV9

Khamis lepas telah berlangsungnya acara 5 Malam 4 Hari Rambut Raya TV9 Bersama Media di A-Saloon, Sunway Piramid. Suasana menjadi gamat dengan kehadiran wakil-wakil media yang sangat teruja untuk merubah penampilan mereka sebagai persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ini merupakan kerjasama tahun kedua antara TV9 dan A-Saloon yang kini sudahpun memiliki 9 buah cawangan di seluruh Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Kelana Jaya, Shah Alam, Puchong dan Putrajaya. Selain daripada servis professional yang disediakan, A-Saloon turut menyediakan sebuah tablet bagi setiap pelanggan melayari internet sambil menanti rambut mereka didandan oleh pendandan rambut professional yang ramah memberi layanan.  Lebih istimewa, pihak A-Saloon telah berbesar hati untuk menghadiahkan produk penjagaan rambut kepada para media untuk dibawa pulang.

 

azlee,sariyanti & sasha

Acara turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Azlee Khairi, Sari Yanti dan Sasha Saidin.  Mereka juga akan muncul dalam telemovie istimewa di TV9 Syawal nanti.  Jangan lupa untuk menonton lakonan mereka sepanjang Syawal ini dalam telemovie Geng Kampung Pisang dan Mimpi Fara yang bakal bersiaran pada hari  raya pertama dan ketiga pada jam 1.30 tengah hari menerusi 5 Malam 4 Hari di TV9.

 

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *