BATERI ASTRA BATERIKU PEROLEH SIJIL SIRIM, MAKMAL KUALITI DIPERKENALKAN


SHAH ALAM, 7 OGOS 2025Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia utama Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan di Malaysia, hari ini mencatat sejarah baharu menerusi pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang telah disahkan oleh SIRIM bagi kesemua 28 SKU produknya.

selebritionline portal hiburan

Dalam majlis yang turut menyaksikan perasmian Makmal Kualiti Bateriku, langkah ini dilihat sebagai usaha strategik memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama bateri ASTRA yang semakin berkembang dalam pasaran tempatan.

selebritionline portal hiburan

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan dihadiri wakil dari SIRIM Berhad, pemain industri automotif dan rakan strategik Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah merekodkan lebih 1 juta unit jualan — dibantu oleh kekuatan ekosistem Bateriku yang merangkumi 225 pitstop di seluruh Malaysia dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak (BHero) yang terlatih melalui Akademi Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Pensijilan SIRIM IEC 60095 mengesahkan ASTRA sebagai satu-satunya jenama tempatan dengan pengiktirafan rasmi bagi semua SKU termasuk Bateri MF, EFB dan AGM. Setiap pembelian ASTRA disertakan Perlindungan Insuran Takaful GPA percuma sehingga RM7,000 — inisiatif pertama dalam industri bateri tempatan.

selebritionline portal hiburan

Pengguna turut menikmati waranti seluruh negara (Nationwide Warranty Assist), membolehkan bantuan segera di mana-mana lokasi Malaysia melalui jaringan teknikal Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Penubuhan Makmal Kualiti Bateriku di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. turut memperkukuh kawalan mutu dalaman dan menepati piawaian keselamatan produk yang tinggi.

selebritionline portal hiburan

Menurut Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, ASTRA bukan sekadar bateri tetapi simbol kepada kualiti, ketelusan, dan jaminan selepas jualan. Malah, pengguna tidak perlu kembali ke bengkel untuk tuntutan waranti – segalanya akan diuruskan oleh Bateriku melalui sistem yang tersusun.

selebritionline portal hiburan

Tambah beliau, kelebihan utama ASTRA ialah memudahkan mekanik bengkel kerana urusan waranti kini boleh diselesaikan terus melalui talian 24 jam atau mana-mana pitstop Bateriku di seluruh negara.

selebritionline portal hiburan

Kepada pemilik bengkel yang ingin menyertai rangkaian pengedaran ASTRA, boleh hubungi 013-844 2816 atau email ke b2wteam@bateriku.com.

Check Also

FLEXIDYNAMIC KUATKAN DOMINASI INDUSTRI SARUNG TANGAN DENGAN PEMBELIAN SEPENUHNYA FORMTECH

INTEGRASI HULUAN & TEKNOLOGI PENSTERILAN BAHARUFlexidynamic Holdings Berhad terus melakar langkah berani apabila mengumumkan pemerolehan …

SAMSUNG MALAYSIA PERKENALKAN TELEVISYEN AI 2025 – REKA UNTUK GAYA HIDUP ANDA

KUALA LUMPUR, 3 JUN 2025 – Samsung Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran rasmi rangkaian televisyen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *