MASTERS OF THE WORLD ANGKAT MARTABAT LELAKI SEJATI

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2025 — Agensi bakat antarabangsa Beam Artistes memperkenalkan edisi pertama Masters of the World (MOTW) melalui majlis penyashan dan sidang media eksklusif di Ombak Café, Setapak. Platform ini bukan sekadar pertandingan, tetapi satu gerakan global yang mengiktiraf kekuatan fizikal, ketabahan emosi dan nilai kemanusiaan lelaki sejati.


Lelaki Sejati, Jiwa Yang Tidak Gentar

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Beam Artistes, Samuel Seow, berkata Masters of the World dicipta untuk meraikan lelaki yang mampu menguasai diri walau diuji dengan cabaran hidup.

Delegasi Masters of the World 2025
MOTW Delegates, National Director and Organiser

“Setiap luka dan kegagalan adalah guru kehidupan. Untuk menguasai dunia, kita mesti terlebih dahulu menguasai diri sendiri,” ujar Seow penuh semangat.


Platform Untuk Semua Generasi

Sebanyak 16 delegasi dari 12 negara Asia, Eropah dan Afrika diperkenalkan, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Taiwan, Afrika Selatan, Greece dan Croatia. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori utama — Masters dan Elite — bagi meraikan lelaki dari pelbagai peringkat usia, termasuk peserta tertua berusia 71 tahun, Yu Cheng Chao dari Taiwan.

Dalam kategori Masters, antara peserta yang menarik perhatian ialah Boris Blagojevic dari Croatia yang berkhidmat sebagai pengamal kesihatan; Dr. Raajeev Ranjan dari India yang juga seorang doktor, pelakon dan model; serta Ramadi Purba dari Indonesia yang aktif sebagai model dan pengacara. Malaysia diwakili oleh Tan Jun Jie (Joe), seorang pereka dalaman dari Pulau Pinang, manakala peserta lain termasuk Kaung Myat Htay dari Myanmar, Mac Januel Vallero Sevilla dari Filipina, Ash Kahar dari Singapura, Marco Steenkamp dari Afrika Selatan dan Alex Ye dari Thailand.

Delegasi Masters of the World 2025
MOTW Founder Samuel Seow & Croatian Delegate

Bagi kategori Elite, pentas ini menyaksikan penyertaan Spiros Spinoulas dari Greece, Anil Paswan (Neil) dari India, serta wakil Malaysia Lee Chee Kiong, seorang guru inovasi dari Sabah. Turut menyertai ialah Prince Jefrey O. Hernandez dari Filipina, Terence Yeok Kian Tea dari Singapura, Hector Soria Martinez dari Sepanyol, dan peserta tertua, Yu Cheng Chao dari Taiwan — seorang profesor dan usahawan berusia 71 tahun yang membuktikan usia bukan penghalang untuk terus berkarya.


Misi Menginspirasikan Dunia

Masters of the World menjadi simbol perjuangan dan ketabahan lelaki sejati. “Apabila lelaki belajar menguasai diri, mereka menjadi sumber kebaikan untuk dunia,” tambah Seow.

Edisi kali ini disokong oleh pelbagai rakan rasmi seperti Alluora, Universal Music Malaysia, Stegg Kuala Lumpur, Starlight Arena, Apollo Art Photography dan Ombak Kitchen.

MOTW Delegates, National Director and Organiser.

Majlis kemuncak Masters of the World 2025 akan diadakan di Starlight Arena, Plaza 51, Petaling Jaya pada 20 Oktober 2025. Tiket bagi tempat duduk VIP dijual pada harga RM350, lengkap dengan meja bulat dan hidangan, manakala tiket biasa berharga RM150 termasuk bufet dan tempat duduk bebas. Orang ramai boleh mendapatkan tiket mereka melalui laman rasmi www.thevotique.com.

Check Also

Majlis pelancaran rasmi pelayaran halal IslamiCruise International di Kuala Lumpur, 30 September 2025

ISLAMICRUISE LANCAR PELAYARAN HALAL JEDDAH, BANDA ACEH & PORT KLANG

KUALA LUMPUR, 30 September 2025 – IslamiCruise International (ICI) dengan bangganya melancarkan laluan baharu pelayaran …

Grand Launch BAPE Café x HWC Coffee di Suria KLCC

BAPE CAFÉ X HWC COFFEE KLCC PERKENAL SPECIALTY COFFEE PREMIUM & DRAMA DIGITAL

KUALA LUMPUR, 28 September 2025 – HWC Coffee, rangkaian kopi premium No.1 di Malaysia, melakar …

Leave a Reply