Alice In Wonderland Kini Miliki Teman Lelaki

Sophie Lowe Sebagai Alice

Berikutan penerimaan baik kisah siri dongeng popular Amerika, Once Upon A Time, Edward Kitsis dan Adam Horowitz menghasilkan sebuah lagi siri sampingan berjudul Once Upon A Time In Wonderland, yang merupakan drama fantasi yang bersiaran setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7 (Saluran 107) yang memberi tumpuan kepada sebuah lagi watak dongeng kegemaran. Watak yang dimaksudkan adalah Alice yang merupakan pendukung utama dalam karya – Alice’s Adventures in Wonderland – yang diperkenalkan oleh penulis Lewis Carrol pada tahun 1865.

Tidak seperti adaptasi lain daripada karya klasik ini, Once Upon A Time In Wonderland menjanjikan kelainan dan pilinan jalan cerita yang berbeza.

Peter Gadiot Sebagai Cyrus
Peter Gadiot Sebagai Cyrus

Siri ini dibintangi Sophie Lowe, Peter Gadiot, Michael Socha dan Emma Rigby, yang mengisahkan kisah Alice yang lengkap di mana para penonton akan dibawa ke dalam kehidupan peribadi Alice di mana lebih banyak rahsia dan kejutan bakal didedahkan di dunia Wonderland.

Seperti siri tunjang seangkatan dengannya seperti Once Upon A Time dan siri Lost yang merangkul anugerah Emmy, Once Upon A Time In Wonderland menggunakan latar dan pendekatan yang sama iaitu teknik imbas kembali dari dunia kini dan dunia sumpahan di Wonderland.

Jika anda benar-benar peminat siri Once Upon A Time, anda pasti gembira kerana beberapa watak yang terperangkap di Storybrooke, Maine juga akan diselitkan di dalam beberapa episod.

Peminat siri Lost pula akan gembira melihat pelakon kegemaran mereka iaitu Naveen Andrews memegang watak Jafar yang merupakan watak jelmaan di dalam kisah dongeng Aladdin. Selain dari Jafar, beberapa lagi watak dari siri klasik dan dongeng turut bakal muncul dalam kisah ini.

Once Upon A Time In Wonderland mengisahkan Alice yang dalam perjalanan mencari cintanya – yang merupakan seorang “genie” yang dikenalinya ketika jatuh ke dalam lubang arnab sebelum ini. Alice mengatakan bahawa dia pernah mengembara ke dunia Wonderland di mana pelbagai pengembaraan ajaib ditempuhinya.

132937_GROUP_FINALr2

Antara yang bakal ditemui dalam pengembaraan Alice adalah kucing halimunan, kad permainan yang boleh berbicara, makanan dan minuman yang boleh berubah rupa dan pelbagai lagi perkara pelik yang akan dialaminya setelah jatuh ke lubang arnab.

Setelah kembali ke dunia sekarang, Alice cuba meyakinkan ayahnya mengenai alam yang dijumpainya di mana tiada apa yang mustahil. Namun sukar bagi ayahnya memahami Alice dan meminta seorang ahli terapi, Dr Lydgate yang berjanji untuk menyembuhkan alice dengan sebuah rawatan yang menyebabkan Alice melupakan segalanya.

134417_1494

Alice yang hampir bersedia untuk melupakan segalanya serta kesedihannya terhadap memori bersama kekasihnya Cyrus (Peter Gadiot) tiba-tiba dipertemukan semula dengan Knave of Hearts (Michael Socha) dan White Rabbit (suara oleh John Lithgow) yang dating untuk menyelamatkannya. Mereka ketiga kemudiannya melompat ke lubang arnab dan kembali ke dunia Wonderland untuk mencari Cyrus, namun watak antagonis Jafar dan Red Queen (Emma Rigby) mempunyai rancangan lain buat Alice.

Kisah menarik ini bakal membawa anda ke pengembaraan yang misteri, cinta dan fantasi serta perbezaan dua dunia dalam Once Upon A Time In Wonderland. Saksikan siri baru menarik ini setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7 (Saluran 107).

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my

 

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *