Astro Ceria Sediakan Platform Untuk Kanak-Kanak Dalam ‘SUPERSTAR’

Melihat kepada fenomena bidang tarian yang semakin menjadi ikutan ramai, Astro Ceria berbesar hati membawakan sebuah program realiti khas untuk kanak-kanak yang meminati bidang ini berjudul SUPERSTAR. Sebanyak lapan kumpulan peserta telah dipilih barisan juri profesional hasil pencarian bakat di lima buah negeri di seluruh negara. Kesemua peserta ini bakal bersaing dan mengejar gelaran juara yang akan disiarkan setiap hari Ahad bermula 11 November 2012 pada jam 11.00 pagi hanya di saluran Astro Ceria (611).

Lapan kumpulan peserta yang terpilih adalah THE IMPOSIBBLE KIDZ, Eโ€™QUEEN, AMY & MAJIDAH, SECRETS, GEMERSIK TARI, KRAZY-G, CAPTIVATION serta LEELEESM.SUPERSTAR akan dikemudikan oleh penyanyi yang juga terkenal dengan kemahirannya menari shuffle, Khairil Azam Pilus atau Aril. Program ini turut membawakan pengacara kesayangan kanak-kanak, Aznil Haji Nawawi sebagai Penaung program SUPERSTAR.

Sepanjang pertandingan SUPERSTAR, kesemua peserta akan berpeluang untuk mendapat latihan dan bimbingan daripada koreografer terkenal dan terhebat tanahair iaitu Ray Redzuan, Dayang Dayana, Saiful, Alam, Lilo, Yandi, Arroy dan Becky. Persembahan mereka kemudian akan diadili oleh tiga orang juri dan markah akan diberikan berdasarkan teknik serta kemahiran, irama lagu, serta persembahan keseluruhan pertandingan.

Farah Sulaiman dan Mohd Zulfarqar, atau dikenali juga sebagai Belalang, merupakan dua juri tetap Superstar. Antara yang bakal menjadi juri jemputan pertandingan tarian ini adalah Nabil Ahmad dan Adam.

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

โ€œ๐˜‹๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ ๐˜ช๐˜ช ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฐโ€, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

One comment

  1. sya suka tengok KRAZY G….HUHUXX AND E'QUEEN……semoga berjaya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *