Thursday , February 2 2023

Astro Umum Peserta Maharaja Lawak Mega 2013

IMG_6840

Diakui sebagai pentas terulung yang mengangkat kehebatan pemain komedi terbaik di rantau ini, Maharaja Lawak Mega 2013 kembali dengan menampilkan barisan peserta dan kolaborasi terbaru untuk edisi kali ini. Program yang menerima penyertaan daripada tiga buah negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia ini bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, 10.00 malam bermula 15 November 2013  di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika juga Mustika HD (Saluran 134) dan Astro on-the-go (Warna).

Maharaja Lawak Mega 2013 bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit di kalangan pemain komedi profesional terbaik yang masing-masing mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.Seramai 13 barisan pelawak telah berjaya menempah tiket awal untuk beraksi secara automatik di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013. Mereka terdiri daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka JAMBU, BOBOI, SHIRO, SAYWHO, WALA, COMEY, NABIL, OSAMA, TULANG, BOCEY, SEPAHTU, KUCAI dan SYJ.

Manakala bagi 12 buah kumpulan lain, mereka perlu melalui perjalanan yang lebih berliku sebelum mampu menempatkan diri dalam persaingan Maharaja Lawak Mega 2013. Mereka perlu melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM yang akan disiarkan pada hari Jumaat, 8 November 2013 jam 10.00 malam. Hanya tiga  peserta akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan seramai 16 peserta Maharaja Lawak Mega 2013.Mereka adalah kumpulan yang menggelarkan diri mereka SHAKE, GLORY, SANTAN, HAI, MAMU, ZERO, PAJAK, GADAI, KECIK, 2YOL, GERAK dan KEROSS.

Pihak Astro Warna turut mengumumkan bahawa Juara Maharaja Lawak Mega 2013 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000. Manakala sistem pemarkahan dikekalkan 70% markah oleh juri tetap dan 30% daripada undian penonton. Selain itu, Dato’ AC Mizal juga diumumkan kekal sebagai pengacara untuk Maharaja Lawak Mega 2013.

Astro turut menyediakan aplikasi permainan percuma kepada pengguna telefon pintar Android dan IoS dengan kemaskini terbaru iaitu ‘Mana Naga?’ sempena Maharaja Lawak Mega 2013 bermula 16 November 2013. Melalui aplikasi ini, pengguna berpeluang menyertai peraduan yang dianjurkan dan merebut pelbagai hadiah menarik yang disediakan.

Menerusi laman sosial Facebook dan Twitter, para peminat bukan sekadar boleh bersembang dan berkongsi cerita dengan para peminat lain, malah turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Para peminat juga boleh menghantar video-video parodi bermula 22 November 2013 dan berpeluang memenangi hadiah menarik. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.maharajalawakmega.com.my bermula 14 November 2013.

Radio Sinar fm akan sekali lagi menyokong Maharaja Lawak Mega 2012 selaku radio rasmi dan disokong oleh Thr Gegar. Barisan EMPAT (4) juri tetap untuk musim ini hanya akan dapat diketahui pada hari Jumaat, 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika juga Mustika HD (Saluran 134) dan Astro on-the-go (Warna). Teruskan menyokong industri komedi tanahair.

Check Also

Maksim pentaskan persembahan piano solo sempena jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur

Pemain piano terkenal, Maksim Mrvica bakal mengadakan persembahan solo di ibu kota buat satu malam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *