SO Staff

Datuk Jamil Sulong Meninggal Dunia

0706280048271pakjamil

Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi selepas koma akibat serangan angin ahmar akhir bulan lalu.

Perkara itu disahkan kenalan rapat keluarga Allahyarham, Den Wahab.

Den, ketika dihubungi, berkata beliau dimaklumkan bahawa Allahyarham dibawa keluar dari hospital di mana beliau dirawat, tengah hari tadi.

“Saya dapat tahu pihak hospital sudah tidak dapat buat apa-apa lagi untuk menyelamatkannya. Saya ucapkan takziah untuk keluarga Allahyarham,” katanya.

Allahyarham yang banyak berkarya pada era kegemilangan sinematik Melayu, menghasilkan filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup dan Si Tanggang.

Allahyarham yang juga suami seniwati Datuk Rosnani Jamil, berasal dari Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Murniaty Jamil, Arjunaidi Jamil, Dr Anwardi Jamil dan Asnadi Jamil.
-BH
http://www.bharian.com.my/node/7950

 

LOL Events presents the Kings & Queen of Comedy Asia 5 Year Anniversary Special!

 FA-KNQ-5-MASTER-(KL)

The show that is deemed as the “de facto” standard for brilliant stand-up is back to entertain! Every year LOL Events & The Comedy Club Asia bring an eclectic mix of the best stand-up comedians from around the world. Comedians carefully selected to tickle the fancy of the run-of-mill Malaysian.

The Kings and Queen of Comedy Asia is also a delightful celebration of the “arrival” of the stand-up comedy in Malaysia. After 5 years of laughter, the show promises another massive comedy extravaganza that will give the audience 2.5 hours of non-stop laughter.

Prepare to laugh your heart out.

Kings & Queen Comedy of Asia 5 

Malaysia is getting its dose of laughter for just one hilarious night this October 2014! 

Are you ready to burst with laughter? Kings & Queen of Comedy of Asia 5 will be tickling your funny bones on the 9th of October 2014. Set to be Bigger! Better! Bolder! It will be a comedy extravaganza showcasing performances by the finest mix of stand-up comedians from around the world. Your cast of stellar comedy superstars are:

Arj Barker (USA), Kumar (Singapore), Ted Alexandro (USA), Kuah Jenhan (MYS), Andrew Netto (MYS) and Jonathan Atherton (Australia) as the host. 

Entertaining you for one night only, it will be staged at the cool Megastar Arena. Tickets for your comedy rendezvous are available from – Platinum (RM 298) c/w Meet & Greet, Gold (RM 228), and Silver (RM 168) and bronze (RM188). Tickets can be purchased via Ticketpro or call +603 7880 7999. For more info on the Kings & Queen of Comedy of Asia 5, please visit KnQofComedy website.

SPOTIFY Tampilkan Lagu-Lagu Eksklusif PAYSLIP

Spotify artist showcase_image 2

Kumpulan PAYSLIP telah ditubuhkan pada awal Mac 2012 di mana ketika itu PAYSLIP menyertai sebuah program tv yang diberi nama “Jamming”. Selesai sahaja pertandingan itu, PAYSLIP terus bergiat lebih aktif dan serius dengan menyertai beberapa persembahan dan pertandingan yang dianjurkan. PAYSLIP juga pernah menjadi band undangan kepada  kumpulan XPDC ketika mengadakan persembahan di ‘Hari Sejuta Belia’ di Putrajaya dan beberapa lagi persembahan di seluruh Malaysia.

Kumpulan PAYSLIP membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun yang dianggotai oleh 4 orang anak muda. PAYSLIP merupakan gabungan dua beradik iaitu Mohd Asrul Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass dan Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, bersama dua remaja lagi yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC,  iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar, dan Syazwan (Wan) sebagai pemain drum. Walaupun usia mereka masih muda, kemahiran mereka dalam bidang muzik tidak dapat disangkal sama sekali.  Kehebatan mereka bermula pada usia yang muda iaitu seawal 10 tahun.  Akeem dan Wan yang berumur 16 tahun manakala Arif dan Jimmy berumur 17 tahun mendapat bimbingan dari bapa mereka yang juga pernah terlibat secara professional dalam industri muzik tempatan.

Spotify artist showcase_image 1

Kehadiran PAYSLIP dalam industri muzik tempatan telah mendapat perhatian dari pihak Warner Music Malaysia dan PAYSLIP juga pernah menjayakan projek kerjasama bersama Astro iaitu ‘Tribute to Sudirman’ dimana mereka menyampaikan lagu Allahyarham Sudirman yang bertajuk ‘Joget Kenangan Manis’.  Lagu saduran tersebut telah diselitkan di dalam album “AKU SUDIRMAN – SUATU INTERPRETASI” yang telah dipasarkan pada 5 Jun 2012 oleh Warner Music Malaysia.

Pada tahun ini (2014) Warner Music Malaysia dengan rasa besar hati bakal memasarkan album sulung PAYSLIP yang akan dilancarkan pada 11 November tahun ini.  Sebelum itu, PAYSLIP juga telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify dimana single pertama “Syurga Sang Pencinta” boleh didengar secara eksklusif hanya melalui Spotify bermula pada 22 September, 2014.

Spotify artist showcase_image 4

Spotify telah bekerjasama dengan Warner Music Malaysia dalam mempromosikan mereka dan PAYSLIP juga merupakan artis baru Malaysia yang akan melancarkan album sulung di Spotify dalam masa terdekat ini.  Pada malam showcase PAYSLIP bersama Spotify yang baru sahaja berlangsung malam tadi, PAYSLIP telah mendendangkan 5 buah lagu khas buat para media yang hadir. 5 lagu tersebut adalah ‘Gergasi Hijau’, ‘Joget Kenangan Manis’ yang merupakan lagu tribute kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad, ‘She Looks So Perfect’ sebagai lagu cover yang merupakan lagu asal oleh 5 Second of Summer,  ‘Biasa-Biasa Saja’, dan single pertama mereka yang bertajuk ‘Syurga Sang Pencinta’.

Industri muzik tanah air pasti akan bergegar sekali lagi apabila PAYSLIP melancarkan album sulung mereka dan kehadiran album tersebut merupakan satu hadiah buat para peminat PAYSLIP.  Keyakinan tersebut datang bukan sahaja daripada pihak Warner Music Malaysia dan Spotify, malah dari ahli keluarga dan ahli kumpulan tersebut.  Warga Nusantara pasti akan tergamam dan tertarik dengan lagu–lagu dan persembahan mereka yang bertaraf professional. Khas buat pencinta muzik tanah air yang tentunya mendambakan kelainan, terimalah sebuah kumpulan anak-anak muda yang bakal menyinari dunia seni tanah air.

 

 

Dapatkan Hari Rambut Yang Lurus Bersama Sunsilk

Image 2

Jika ada sesuatu yang boleh dipersetujui oleh ramai para gadis ianya ialah, rambut yang licin dan lurus akan menjadikan sesiapa sahaja berasa cantik dan berkeyakinan. Baru-baru ini,  Sunsilk dengan bangganya memperkenalkan Sunsilk Perfect Straight untuk menjadikan rambut anda kekal lurus menawan dan rapi semasa ia mengering* – menjadikannya kaedah penjagaan rambut yang paling sesuai untuk rambut lurus.

Sunsilk bekerjasama dengan pakar rambut lurus yang terkenal, Yuko Yamashita untuk memberikan hasil yang terbaik bagi rambut lurus. Rangkaian produk, yang terdiri dari syampu dan perapi, menampilkan formula canggih Straight Lock TechnologyTMyang menembusi jauh ke dalam serat rambut, mengurangkan kekusutan, dan secara aktif memegang setiap helaian rambut untuk memastikan ia kekal lurus dan rapi ketika mengering.

Image 4

Ashlee Ng, Pengarah Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., berkongsi pendapat, “Sunsilk memahami bagaimana rambut seorang gadis boleh memberi kesan terhadap perasaan beliau – keyakinan diri, keselesaan, malah kegembiraan.  Dengan Sunsilk Perfect Straight, kami berharap untuk memperkasa dan memberi inspirasi kepada gadis untuk menikmati kehidupan dengan penuh berkeyakinan dengan rambut yang cantik dan lurus.  Sunsilk akan menjaga rambut anda, jadi biarkan rambut anda mengurai dengan penuh keyakinan!”

Image 1

Bagi kebanyakkan gadis, wujud ‘detik ajaib’ antara waktu ketika rambut basah sedang mengering di mana ia kelihatan lurus sempurna.  Bagaimanapun, apabila rambut mula kering, seringkali ia akan menjadi kusut dan kehilangan bentuknya.  Apa yang dilakukan oleh Sunsilk Perfect Straight, adalah dengan mengunci setiap helaian rambut agar ia kekal lurus, dan menjadikan rambut anda kekal lurus ketika ia sedang mengering.

“Kami menyedari bahawa ramai gadis yang mengimpikan untuk memiliki rambut yang lurus, kerana ia merupakan gaya rambut yang semulajadi cantik dan mudah diurus.  Bagaimanapun, sebahagian dari mereka tidak berjaya mencapai impian ini walaupun dengan menggunakan alat pelurus rambut dan produk pengayaan lain yang secara tidak langsung merosakkan rambut mereka.

Image 3

Dengan Sunsilk Perfect Straight, setiap gadis boleh menikmati kaedah mudah basuh-dan-bergaya tanpa sebarang kerosakkan pada rambut,” ulas Ng.

Di majlis pelancaran tersebut, Sunsilk memperkenalkan Perfect Straight, dalam bentuk persembahan teater yang menampilkan sketsa pendek bagaimana mudah dan pantasnya untuk menghasilkan rambut yang lurus hanya dengan satu basuhan.  Persembahan seterusnya menampilkan gadis-gadis yang berjalan di atas pentas sambil memperagakan rambut lurus mereka yang indah mempesona pada kepanjangan rambut yang berbeza, disempurnakan hanya dengan menggunakan Sunsilk dan tanpa sebarang produk pengayaan. Seorang pendandan rambut juga turut mempersembah serta membuktikan perbezaan ketara yang dapat dicapai melalui pengunaan Sunsilk Perfect Straight, dengan membasuh rambut seorang model di atas pentas.

Keinginan Sunsilk untuk membantu para gadis menghasilkan rambut yang cantik menawan diperhebatkan lagi dengan “Sunsilk Beautifully Straight Challenge”, yang akan mempertingkatkan lagi keyakinan para gadis bahawa memiliki rambut lurus menawan adalah sesuatu yang mudah dan menyeronokkan. Sehubungan itu, Sunsilk telah mencipta permainan istimewa yang meminta peserta untuk melukis sebanyak mungkin garisan lurus dalam tempoh 30 saat.  Seperti yang dipamerkan melalui permainan ini, melukis garisan lurus adalah lebih sukar dari yang kita jangkakan, tetapi rambut yang lurus menawan, boleh dicapai dengan mudah menggunakan Sunsilk.

Image 5

Bermula 17 September 2014 hingga 28 Oktober 2014, Sunsilk menyeru kepada semua para gadis untuk menyahut “Sunsilk Beautifully Straight Challenge” dan berpeluang untuk memenangi hadiah hebat bernilai hampir RM10,000 secara keseluruhan.  Untuk menyertai, anda hanya perlu:

  1. Mengunjungi laman Facebook Sunsilk di (www.facebook.com/SunsilkMalaysia) dan klik pada aplikasi Sunsilk Perfect Straight.
  2. Lukis sebanyak mungkin garisan lurus yang anda mampu dalam tempoh 30 saat.
  3. Tulis slogan paling kreatif mengenai Sunsilk Lurus Sempurna.

Setiap minggu, 10 orang pemenang bertuah yang mendapat markah tertinggi dan mencipta slogan paling kreatif akan menerima baucar tunai RM100 dan produk Sunsilk.  Pemenang Hadiah Utama pula akan menikmati penginapan satu malam untuk dua orang di Grand Hyatt Kuala Lumpur, baucar membeli belah RM300 dan produk Sunsilk.

Syampu Sunsilk Perfect Straight, (340ml, RM12.90) dan perapi Sunsilk Perfect Straight, (320ml, RM12.90) boleh didapati di semua pasaraya terkemuka dan kedai-kedai runcit di seluruh negara.  Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai, sila layari www.facebook.com/SunsilkMalaysia.

*hanya untuk rambut yang lurus, berdasarkan uji kaji makmal apabila digunakan bersama syampu dan perapi Sunsilk Perfect Straight.

Konflik Cinta Imran Dalam ‘Kasih Berbisik’

Kasih Berbisik (1)

Sambutan ulang tahun TV3 yang ke 30 diteruskan lagi dengan siaran drama eksklusif ‘Kasih Berbisik’. Lebih unik, drama bersiri 13 episod ini merupakan kerjasama antara TV3, Primeworks Studio dan Media Corp. (Singapura) yang menggandingkan pelakon – pelakon dari 3 negara iaitu Malaysia (Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shilla, Normah Damanhuri), Singapura (Nurul Aini, Nick Mikhail) dan Indonesia (Demmy Febriana) buat julung kalinya.

Berlatarkan kehijauan Malaysia, kota metropolitan Singapura, dan Bali yang eksotik, Kasih Berbisik yang diarahkan oleh Jamal Khan akan disiarkan bermula 1 Oktober 2014 menerusi TV3 dan Media Corp. Di TV3, siri drama ini disiarkan pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam manakala di Media Corp. pula disiarkan pada 9.30 malam.

Poster Kasih Berbisik

Kisahnya bermula di Bali, Indonesia apabila Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang juru gambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terkesima dengan keindahan dan kehalusan seni tari yang dipersembahkan.

Ketika itu, Sulastri berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan. Dia juga bersumpah akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.

Kasih Berbisik (5)

Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tidak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa memberitahu Nora.

5 tahun telah berlalu. Imran menyimpan rapi rahsia daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, puteri mereka semakin mengikat kasih sayang antara Imran dan Sulastri. Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura.

Kasih Berbisik (2)

Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tidak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan lagi apabila Imran terlibat dalam kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah Damanhuri) untuk merawat. Nora hanya akur kerana dia juga mahu masa untuk bersendiri.

Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha Shilla) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan ini untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Bekas teman lelaki Sulastri, Dharma yang sudah dibebaskan, berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri bakal terungkai? Apakah kesudahan bagi kemelut rumah tangga Imran dan Nora?

Kasih Berbisik (4)

Saksikan Kasih Berbisik pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam bermula 1 Oktober ini di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.

Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan drama ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

LE DIV4S Christmas Concert In Genting

LEDIV4SLiveInGenting_zps6e1d143d

Don’t miss out on LE DIV4S, an ensemble of four beautiful and talented Italian sopranos, created with the vision of presenting a new singing concept to the public. The singers — Denise, Isabella, Vittoria and Sofia — are all classically trained singers who have won several international operatic singing contests. They bring an innovative interpretation of the most famous opera highlights by the greatest operatic composers in history. Witness LE DIV4S revise some of the best-known and timeless pieces by Mozart, Bellini, Verdi and Puccini with the melodic combination of their voices.

LE DIV4S made their debut with Maestro Andrea Bocelli in 2008 and since then, they have performed at notable events in Italy and internationally, particularly at the Palma de Mallorca (Ono Stadium), Athens (Odeion of Erode Atticus and Salle de Megaron), London (O2 Arena), Dublin (The O2), Manchester (Men Arena), Singapore (Gran Prix F1), Belgrade (Sava Center Hall), as soloists and side by side with famous international stars. In 2011 LE DIV4S recorded their first CD entitled Opera, which was released in Italy by Universal Music, and started touring all over the world with their “Opera Tour” from 2012 onwards.

Ticketing Information:

Ticket Prices:

RM 190.00, RM 140.00, RM 100.00, RM 60 .00
RM 50.00 standard Child rate (entry only without seat number).

Layout:

LEDIV4SLiveInGentingSP_zps5d014aa0

Ticketing Hotline: 0+63 27181118
Online Booking: www.rwgenting.com/

Maya Karin Meet & Greet bersama Peminat di Aeon Tebrau City

VONO-(Movie)_Full-Page_33cmx8col_FA copy

Bersempena dengan tayangan “Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah” yang sedang mendapat sambutan yang hangat di seluruh pawagan di Malaysia, Maya Karin akan mengadakan sesi ‘Meet & Greet’ bersama peminat peminta beliau pada 25 September 2014 bersamaan dengan Khamis ini. Sesi ‘Meet & Greet Bersama Maya Karin’ ini akan diadakan di TGV, Aeon Tebrau City Shopping Centre, Johor Bahru bermula jam 8.00 malam. Peminat yang bertuah pada malam tersebut akan dapat peluang untuk menonton ‘Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah’ bersama Maya Karin!!

VONO-(Movie)_Full-Page_33cmx8col_FA

HYPPTV Brings COMEDY CENTRAL HD In September

hyppTV powered by tm

Viacom International Media Networks (VIMN) Asia, a division of Viacom Inc. (NASDAQ: VIA, VIAB) today announced the launch of Comedy Central HD on HyppTV,Telecom Malaysia Berhad’s (TM) award-winning IPTV service, which went on-air on September 1st in Malaysia. The first and only all-comedy channel launched is available to be subscribed via ala carte option at RM9 per month, or via HyppTV’s value package under “HyppTV’s Mega Pack” and “HyppTV Platinum Pack” on HyppTV Channel 609. This will enable about 700,000 HyppTV subscribers to get free access to the best of Comedy Central Asia’s award-winning comedy for the entire month of September.

The channel is also available on HyppTV Everywhere mobile app, making it accessible for Comedy Central HD viewers to watch, not just at home but on their portable smart devices, and PC as well. It also comes complimentary with a Video On Demand channel via Comedy Central HD On Demand (Channel 851).

141453-Comedy Central Logo BW Horizontal-f3c9ff-original-1410507240

HyppTV currently offers its customers a total of 121 channels with 41 channels in High Definition (HD) – consisting of 54 premium channels, 21 free channels, 8 Radio Channels, 16 Video-On-Demand (VOD) channels and 22 interactive channels in variety of value packages and ala-carte options.

HyppTV is powered by TM’s high speed broadband service, UniFi and Streamyx 4Mbps and 8Mbps which are available to viewers come rain or shine through its residential and business UniFi and Streamyx packages. HyppTV customers can also enjoy the world class entertainment lined-up on the move via HyppTV Everywhere. To date, HyppTV has close to 700,000 subscribers.

For more info on HyppTV, log on to www.tm.com.my/hypptv and visit our Facebook page at www.facebook.com/hyppworld.

RETROFEST ASIA 2014

 Retrofest
For the first time ever Malaysia will have its very first retro-based Music Festival featuring nostalgic classic hits from some of the most talented 90’s acts ever,all laced with nothing but pure nostalgia…
RETROFEST ASIA 2014 is an inaugural retro music festival brought to you by JS Concert Productions supported by Malaysia Major Events (MME), a division of Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), an agency under Malaysia’s Ministry of Tourism and Culture, this event will significantly add up to the series of events happening in Malaysia.
The event will be held from 6pm till 12 midnite on Saturday,
1st November 2014 at Surf Beach , Sunway Lagoon with the main objective to relive
and promote great music of the 90’s. It is a unique, one of its kind music festival in Malaysia.
FOUR superstars TEVIN CAMPBELL, DIANA KING, COLOR ME BADD and FIREHOUSE; that rocked and dominated the radio airwaves ; club playlists and music charts in the 90’s takes turns on the main stage line up for a fun packed weekend of festival action and the best music from the coolest decade.
Ticket categories available for RETROFEST ASIA 2014 for purchase will be VIP at RM369 and REGULAR at RM169. Get your tickets before 1st SEPTEMBER to enjoy EARLY BIRD discount of 20%.
Doors will be open from 6pm onwards,
Tickets will be available online at www.ticketpro.com.my
and at all Ticket Pro outlets, Rock Corner, Victoria Music and Guitar Store.
For more info, log in to www.ticketpro.com.my or www.facebook.com/JSConcertProductions or call 03-7880 7999.

Mariah Carey Ucap Selamat Hari Malaysia

Mariah Carey Ucap Selamat Hari Malaysia

Penyanyi Mariah Carey mencuri perhatian peminatnya di Malaysia apabila mengucapkan Selamat Hari Malaysia. Kekal Tabah. Jumpa di Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2014 menerusi akaun Facebook beliau.

Penyanyi paling laris dan popular ini akan hadir ke Malaysia bagi menjayakan konsert jelajah dunia Mariah Carey “The Elusive Chanteuse Show” Tour In Malaysia 2014 di Stadium Merdeka pada 22 Oktober jam 8 malam.

Kebetulan baru-baru ini peminat penyanyi bervokal mantap itu memberitahunya mengenai sambutan Hari Kebangsaan dan diva yang prihatin itu mengambil peluang itu untuk memberitahu betapa dia begitu merindui lebih 20,000 peminat yang pernah dihiburkannya ketika mengadakan konsert di sini sekitar 2004 yang disifatkan sebagai antara yang terbaik kerana kehangatan yang mereka berikan malam itu memberikannya semangat untuk menghasilkan persembahan terbaik.

Konsert Mariah Carey “The Elusive Chanteuse Show” Tour In Malaysia 2014 dianjurkan oleh IME Productions dan disokong oleh Malaysia Major Events sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

“Kami sangat teruja dengan konsert Mariah Carey yang bakal diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Oktober depan. Konsert “Mariah Live In Malaysia 2014”ini adalah antara usaha terbaik yang dapat menyumbang kepada kedatangan pelancong asing ke Malaysia, khususnya dari peminat-peminat serantau dan sekaligus menampilkan Malaysia sebagai sebuah destinasi percutian kegemaran di Asia Tenggara, lebih-lebih lagi tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Acara ini dijangka menarik lebih 3,000 peminat dari luar negara, dan dianggarkan meraih pulangan sebanyak RM15 juta. Justeru, Malaysia Major Events bersyukur kerana dapat memberi peluang istimewa kepada peminat-peminat Mariah Carey menyaksikan persembahan idola kesayangan serta mendengar nyanyian lagu kegemaran mereka,” kata pengurus besar Malaysia Major Events, Tony Nagamaiah.

Harga tiket yang dikenakan adalah RM680 untuk VVIP (tempat duduk bernombor), RM580 (tempat duduk bernombor), RM480 (tempat duduk bernombor), RM380 (tempat duduk bernombor), RM280 (tempat duduk bebas) dan RM120 (tempat duduk bebas).

ZON CERIA SURIA FM Kembali!!!

Van Zon Ceria Suria FM

Bermula 12 September 2014, Zon Ceria Suria FM kembali untuk menghargai para pendengar Suria FM. Uniknya Zon Ceria kali ini, kami ada van Zon Ceria Suria FM yang akan berlegar-legar mengelilingi Lembah Klang untuk ke premis serta agensi kerajaan dan swasta bagi belanja pendengar Suria FM menikmati nasi lemak dan kopi secara percuma.

Van Zon Ceria Suria FM akan ke agensi-agensi kerajaan dan swasta disekitar Lembah Klang dan juga Ipoh sebagai destinasi luar Lembah Klang. Berlangsung selama 10 hari bermula 12 September hingga 26 September, van Zon Ceria Suria FM akan ke dua lokasi setiap hari untuk bertemu dengan pendengar. Lokasi pertama pada jam 8 pagi dan lokasi kedua pada jam 3 petang.

Zon Ceria_KWSP

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, “Sudah dua tahun acara Zon Ceria Suria FM ini diadakan dan ternyata sambutan yang diberikan oleh para pendengar sangat bagus. Jika sebelum ini kami ke restoran-restoran dan menjemput pendengar hadir, untuk kali ini, van Zon Ceria akan bergerak ke bangunan mereka untuk belanja pendengar Suria FM. Kami juga ada mengedarkan borang kaji selidik kepada setiap pendengar untuk mengetahui apakah maklumbalas mereka terhadap kami”.

“Kami amat berterima kasih kepada semua pendengar kerana terus menyokong Suria FM jadi inilah masanya untuk kali membalas kembali jasa pendengar. Selain Zon Ceria Suria FM, ada juga Telinga Power Suria FM dan Kamilah Malaysia Tour yang mencari pendengar setia untuk diberikan plak penghargaan”, tambahnya lagi.

Zon Ceria_KWSP2

Dilampirkan disini juga, jadual perjalanan van Zon Ceria Suria FM dan jika berkesempatan, ikuti mereka untuk menikmati nasi lemak dan kopi panas secara percuma. Layari www.suriafm.com.my untuk sebarang maklumat lanjut dan like kami di Facebook www.facebook.com/SuriaFMRadio serta ikuti kami, @suriafmradio di Twitter dan juga Instagram. Suria FM, menceriakan Duniamu.

Lokasi Van Zon Ceria Suria FM

Tarikh Hari Lokasi A (8pg) Lokasi B (3ptg)
12/9/2014 Jumaat KWSP, KL PKNS, Shah Alam
15/9/2014 Isnin Menara TM Jabatan Kimia,Jalan Sultan, PJ
17/9/2014 Rabu The Star Karangkraf
18/9/2014 Khamis Kementerian, Putrajaya Kementerian, Putrajaya
19/9/2014 Jumaat KWSP, PJ Tabung Haji, KJ
22/9/2014 Isnin Bangunan SUK Perak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak
23/9/2014 Selasa Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Jabatan Kesihatan Negeri Perak
24/9/2014 Rabu DBKL IPD Dang Wangi
25/9/2014 Khamis MPSJ Plaza Masalam, Shah Alam
26/9/2014 Jumaat Bangunan SUK Selangor IPD Shah Alam