Dengan sekali lafaz, Zain Saidin sah bergelar suami kepada Rozita Che Wan sebentar tadi di Setia City Convention Center,Shah Alam. Mereka dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan.
Rozita Che Wan menerima sebanyak sembilan hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000.
Bertepatan dengan misi sebagai Nadi Sukan Malaysia, Astro Arena (Saluran 801) akan membawakan siaran langsung dan liputan menyeluruh untuk Sukan SEA 2013 yang akan berlangsung di Myanmar bermula dari 8 hingga 22 Disember 2013.
Para peminat sukan tanah air pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai pengalaman tontonan terbaik kerana Astro Arena merupakan satu-satunya saluran yang akan menyiarkan liputan komprehensif Sukan SEA selama hampir 12 jam setiap hari yang melibatkan atlet tanah air secara langsung terus ke kaca televisyen penonton.
Demi menghidangkan maklumat terpantas dan ulasan perlawanan secara langsung barisan pengacara Astro Arena iaitu Akbar Sahari, Hafizal Hamad dan Shaukei Kahar akan berkampung di Myanmar bagi membawakan kehangatan sebenar dari 25 gelanggang terpilih antaranya Stadium Wunna Theikdi, Stadium Zeyar Thiri, Stadium Aung San, Stadium Theinphyu, Stadium Bola Sepak Mandalar Thiri,
Kompleks Sukan Nasional Thuwana dan Pusat Konvensyen Myanmar. Selain itu, barisan pengacara dan pengulas sukan Astro Arena iaitu Dayang, Jannah, Syed Latif (Rod), Sharon Wee, Rizal Hashim dan Burn akan berada di tanah air untuk terus memberikan liputan menyeluruh selama lebih 150 jam sepanjang Sukan SEA berlansung.
Disamping Astro Arena, Astro akan turut menyajikan para penonton dengan aksi-aksi terbaik barisan atlit negara di Sukan SEA 2013 sepanjang hari dalam satu saluran khas iaitu saluran 802. Peminat-peminat sukan di Malaysia pasti tidak akan ketinggalan untuk menonton kesemua 11 kontinjen yang terdiri daripada pasukan Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina, Laos, Myanmar, Kemboja, Brunei dan Timor-Leste dalam usaha untuk merebut 460 pingat emas melalui 34 acara sukan yang dipertandingkan menerusi program Bingkisan Sukan SEA 2013.
Sebagai tambahan, istimewa buat pelanggan Astro, anda juga boleh mengikuti sorotan terkini secara langsung Sukan SEA 2013 dari Myanmar melalui perkhidmatan Astro On-The-Go (AOTG). Kini, anda boleh menonton aksi-aksi hebat atlet negara melalui komputer riba, tablet dan juga telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana jua.
Acara sukan tumpuan iaitu bola sepak akan membuka tirai Sukan SEA edisi ke-27 ini dengan perlawanan peringkat awalkumpulan A yang turut menempatkan pasukan Malaysia. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan kesemua perlawanan bola sepak di Astro Arena saluran 801 bermula pada 8 Disember ini dan tunjukkan sokongan anda terhadap pasukan Harimau Muda di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Adakah pasukan bola sepak negara mampu mempertahankan kejuaraan yang diraih selama dua edisi Sukan SEA sebelum ini? Sama-sama kita saksikan.
Selain daripada bola sepak, acara sukan lain seperti olahraga, akuatik, sepak takraw dan bina badan akan menjadi fokus utama untuk edisi kali ini. Astro Arena akan terus mengemaskini informasi dan keputusan untuk acara-acara sukan berkenaan serta kesemua acara yang dipertandingkan melalui liputan berita yang akan bersiaran setiap hari pada pukul 1.00 tengahari (15 minit), 7.30 malam (30 minit) dan 11 malam (30 minit). Nadi Arena pula akan menyampaikan laporan terkinisetiap satu jam sepanjang hari. Manakala, sorotan laporan penuh harian akan bersiaran secara langsung setiap hari pada pukul 11.30 malam.
Oleh itu, pastikan anda mengikuti liputan Sukan SEA 2013 Myanmar yang terpantas, terkini, padat dan tepat pada setiap hari di Astro Arena (saluran 801) bermula daripada 8 Disember 2013. Ekspresikan sokongan anda dalam melestarikan sukan tanah air serta atlet negara di persada antarabangsa melalui Astro Arena, Nadi Sukan Malaysia.
Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggani Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.
Kerana dendam, Slot Ratu di TV9 tidak pernah sunyi untuk menghidangkan drama-drama terbaru yang berkualiti. Bermula hari ini, drama terbaru terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd bakal mengisi slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam. Dan buat pertama kalinya menerusi drama Ammara Batrisyia, primadona filem melayu Erra Fazira bakal membuat kemunculan eksklusif di TV9 bergandingan bersama sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida yang baru-baru ini telah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik drama di Anugerah Skrin. Selain itu Ammara Batrisyia turut dibantu oleh Adi Putra, Ungku Ismail, Betty Rahmad, Ku Hariz dan Tunku Hanis.
Selain bersandarkan nama-nama besar ini, Ammara Batrisyia juga mendapat sentuhan pengarah muda berbakat besar Azma Aizal Yusof yang telah banyak menghasilkan drama-drama berkualiti dan menghiburkan. Skrip drama 14 episod ini merupakan olahan Erma Fatima yang turut menggondol anugerah pengarah terbaik Anugerah Skrin 2013.
Ammara Batrisyia menceritakan mengenai kehidupan dua sisi berbeza dua wanita, Ammara dan Batrisyia. Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka. Dia kehilangan kedua ibu-bapanya sejak kecil dan dibesarkan oleh mak ciknya di Australia. Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga dilihat terlalu obses dengan Batrisyia (Erra Fazira), seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.
Batrisyia mempunyai personaliti menarik selain daripada menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita-wanita yang tidak bernasib baik. Kerana terlalu obses dengan Batrisyia, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya kepada Batrisyia dalam apa cara sekalipun. Satu insiden akhirnya telah menemukan mereka dan membuatkan mereka menjalinkan persahabatan tanpa Batrisyia sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan dan menjadi seperti Batrisyia.
Tarikh 7 Disember 2013 diambil oleh Joe Flizzow untuk melancarkan album melayu pertama beliau yang berjudul “HAVOC”. Terdapat 14 belas buah lagu didalam album ini. Ia mengambil masa hampir 2 tahun untuk menyiapkannya. Album ini diedarkan oleh Sony Music Malaysia.
SonaOne menjadi produser 9 lagu untuk album Joe kali ini. Manakala yang selebihnya adalah dari DJ Biggie, Syaheed, Yasin dan Ajai. Album ini juga menyaksikan Joe berduet dengan Amy Search untuk lagu ‘Takbir Cinta’ dan Rossa untuk lagu ‘Katakan’.
This photo taken by Sony Nex-5T
Single pertama album ini iaitu ‘Havoc’ telah menduduki carta nombor 1 lagu yang paling banyak di muat turun menerusi Malaysia iTunes serta menjadi trending di Twitter. (#Havoc).Ia juga berkolabolari dengan Suzuki, Samsung, KL Hop-On Hop-Off dan Alla Fonte.
Pelakon : Tom Hanks, Catherine Keener, David Warshofsky
Synopsis : Kebanyakan latarbelakang filem arahan Paul Greengrass ini ialah Laut India. Paul Greengrass mendapat nama setelah mengarah filem thriller politik seperti “Bourne”, “United 93” dan “Green Zone”. “Captain Phillips” ialah sebuah thriller dramatik yang dibintangi Tom Hanks yang berlakon sebagai Captain Richard Phillips, dari Amerika Syarikat. Fokus filem ini ialah pertemuan Captain Phillips dan krunya dengan lanun Somalia bersenjata.
Hadiah:
5 x Captain Phillips Polo
Jawab Soalan-Soalan Dibawah :
Soalan 1 : Berikan 2 nama pelakon utama di dalam filem ini?
Soalan 2 : Cerita ini berkisarkan lanun di negara mana?
“Yuk Keep Smile” akan ditayangkan pada setiap Ahad jam 10 malam di Bintang 141, mulai 8 Dis ini. Goyang Caesar yang dipandu oleh Caesar Putra Aditya menjadi ‘trend setter’ di program ini. Program yang di hoskan oleh Ananda Omesh ini akan menghiburkan anda di malam minggu.
Harga yang dikenakan hanya RM12.00 sebulan untuk siaran selama 24 jam sehari bagi pakej Indopek di Bintang 141 dan Pelangi 142 serta caj langganan akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my/indopek/ .
Menerima kereta baharu anda memang menyeronokkan, tetapi untuk menjadi yang pertama di negara ini menerima model terbaharu benar-benar sesuatu yang istimewa. Susulan daripada pelancaran kereta 100% Elektrik Nissan LEAF pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS’13) baru-baru ini, pemilik bertuah kereta 100% Elektrik Nissan LEAF menerima kunci kereta daripada Edaran Tan Chong Motor (ETCM).
Pemilik pertama LEAF di Malaysia ini, walau bagaimanapun, agak `pemalu’ dan tidak mahu dikenali, maka seorang daripada kakitangannya, En. Peter Mun dan isterinya mewakili beliau pada majlis penyerahan kunci tersebut yang diadakan di bilik pameran Nissan di Petaling Jaya, baru-baru ini.Pemilik berkenaan diberi penerangan terperinci tentang bagaimana mengendalikan kereta ini oleh wakil ETCM sebelum memandu kereta Nissan LEAF serba baharunya.
Pemilik LEAF, yang juga penyokong kuat kehidupan mesra alam sekitar, juga memiliki perniagaan sendiri yang berkaitan. Beliau berkata: “Saya dan keluarga adalah sangat prihatin dengan isu alam sekitar, yang menjelaskan mengapa kami sangat teruja apabila mengetahui Nissan LEAF akhirnya sudah berada di Malaysia. Kami pertama kali mengetahui mengenai kereta elektrik ini menerusi program Duta LEAF pada tahun lalu dan juga membaca iklan LEAF di dalam akhbar. Keluarga saya mengamalkan kitar semula sebagai sebahagian daripada gaya hidup kami dan kami juga mengumpul air hujan untuk digunakan ke atas tanaman kami, membersihkan rumah, membasuh pakaian dan juga kereta-kereta kami”.
“Saya akan memastikan kakitangan saya untuk menggunakan LEAF sebagai kereta syarikat kerana ia pasti menjimatkan kos, tidak perlu berhenti untuk mengisi minyak dan tidak perlu lagi bimbang terhadap kenaikan harga bahan api! Isteri saya tidak sabar mahu memandu kereta ini untuk ke tempat kerja juga membeli-belah. Saya rasa sangat gembira mengetahui bahawa kami melakukan sesuatu untuk menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih baik. Perkara terbaik mengenai LEAF ialah ia tidak mengeluarkan asap yang pastinya mesra alam sekitar.”
ETCM juga menyerahkan kunci kepada pemilik kedua LEAF pada minggu yang sama tetapi atas sebab-sebab keselamatan, pemilik ini juga enggan mendedahkan identitinya.
Sebelum penyerahan kereta kepada pelanggan pertama, ETCM memasang dua unit pengecas Kenderaan Elektrik (EV); satu di garaj kediaman pemilik dan satu lagi di kawasan pejabatnya. Pembelian Nissan LEAF didatangkan dengan satu unit Pengecas EV yang akan dipasang oleh ETCM tanpa kos tambahan di lokasi pilihan pemilik.
Menyedari kepentingan memiliki infrastruktur pengecas EV, ETCM dengan kerjasama syarikat First Energy Networks (FEN), telah pun memasang stesen pengecas EV di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru sebagai kemudahan tambahan bagi pemilik LEAF. Pada masa ini, terdapat 15 stesen pengecas awam dan pemilik EC boleh menggunakannya secara percuma buat masa sekarang. Lebih banyak stesen pengecas EV akan dipasang di masa hadapan bagi meluaskan lagi rangkaiannya.
Kereta 100% Elektrik Nissan LEAF didatangkan dalam lima pilihan warna – Pearl White, Blue Ocean, Brilliant Silver, Metallic Slate dan Super Black dan ditawarkan pada harga atas jalan RM168,800.00.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kereta 100% Elektrik Nissan LEAF dan juga model-model lain Nissan di www.nissan.com.my atau melawat mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.
Atlas Hifi Corporation Malaysia Sdn Bhd, together with Bose, today launched the new Bose® QuietComfort® 20 (QC20) in-ear noise cancelling headphones and Bose SoundLink® Mini Bluetooth® speaker. Both offer an entirely new experience when listening to a smart device or tablet, delivering performance that redefines what’s possible from mobile audio.
“The move towards mobile devices that accompany us everywhere have brought us into a new era of portable audio, where customers want high quality audio in a form factor that is easy to carry around on the go,” said Allan Jesu Dass, General Manager of Atlas Hifi Corporation. “The Bose QC20 and SoundLink Mini are truly revolutionary devices that address these requirements, and I encourage buyers to try the products for yourself, and truly understand that the best things in life, can come in small packages.”
QuietComfort 20 Headphones: The Most Versatile Bose Headphones Ever
The new QuietComfort 20 headphones are the first in-ear noise cancelling headphones from Bose. They deliver a stunning breakthrough in noise reduction, audio performance and comfort, and offer two ways to listen – one to shut out the world, and one to keep you connected. They fit in your pocket, weigh just 43 grams, and rival the performance of much larger headphones.
The QC®20 headphones benefit from over 30 years of continuous research in noise reduction technology, and integrate more U.S. patents than any Bose® headphone ever made.
Within the quiet environment created by Bose noise reduction, musical detail previously “lost” through conventional in-ear headphone listening can be heard with remarkable clarity. Bose TriPort® technology uses ports to increase the effective acoustic space of the earbud to reproduce deep lows, lifelike vocals and instruments. Bose active equalization tunes the frequency response for improved, natural sound. All music genres sound better — full, rich, and deep, without artificial boosts or distortion.
The QuietComfort® 20 headphones are made for comfort and performance. New proprietary StayHear®+ ear tips sit at the entrance of the ear canal, and feature an improved conical design that ensures an effective seal to passively block noise, and the proper acoustic enclosure to improve active noise reduction. They are stable, secure, and barely felt.
The QC20 headphones can be used in two ways, giving you control over what you hear and when. Owners can choose to block out the noisy world and enjoy their music. Or, with the push of a button on the cord’s Y-joint, the QC20 headphones switch to the new Awaremode, which keeps the music playing, but allows surroundings to be heard clearly: a horn beeping, friend talking, a passerby, or gate announcement at the train or airport.
A rechargeable battery provides about 16 hours of power; when the battery is depleted or the power is turned off, the music plays on.
The new QuietComfort® 20 headphones include an integrated inline microphone and controls that enable you to take calls. They are available in two different models: the QC20 headphones work with most Android™, Windows® and BlackBerry® phones; the QC20i headphones are designed specifically for select iPhone, iPad and iPod models.
SoundLink® Mini Speaker: A New Kind of Ultra-Portable Bluetooth® Speaker
The new SoundLink® Mini speaker fits in the palm of your hand, connects wirelessly to a smart device or tablet, and delivers a new level of performance for personal, out-loud listening. At 680 grams, the SoundLink® Mini speaker weighs no more than the average tablet. It measures just 5cm H x 18cm W x 6cm D — 30% the size and 50% the weight of the original SoundLink® Mobile speaker. With its anodized aluminum housing, it resists scratches and fingerprints, and is strong and durable enough for the rigors of everyday use.
The SoundLink® Mini speaker features several engineering advancements precisely integrated in its enclosure: two new passive radiators feature a patented surround to reproduce the lowest low notes. The proprietary passive radiators are driven by new custom-designed, high-efficiency Bose® transducers.
Debuting in the SoundLink® Mini speaker, the new Bose transducers move twice the air as conventional same-size transducers and deliver clear mid- and high-frequencies. To optimize the audio output, Bose digital signal processing is integrated for tonally balanced sound at any listening level. The resulting experience is unprecedented: the SoundLink® Mini plays the full range of music – lifelike and powerful.
The SoundLink® Mini speaker uses Bluetooth® A2DP and a powerful antenna for a reliable wireless connection. It’s easy to pair and play, connecting to a mobile device at the touch of a button on the speaker’s control panel. The six most recently used Bluetooth devices are stored in memory, eliminating the need to pair again.
The SoundLink® Mini speaker comes with a charging cradle, making it easy to grab-and-go with your music, and a rechargeable lithium-ion battery for up to seven hours of listening. Accessory soft covers in orange, green and blue, and a travel bag, are also available for customization and convenience.
Availability
The new Bose® QuietComfort® 20 (QC20) in-ear noise cancelling headphones is now available at Atlas Experience stores and selected distributors nationwide at RM 1,560 while the Bose SoundLink® Mini Bluetooth® speaker is priced at RM 1,100.
Experience these products at the newly renovated Atlas Experience showroom at T-239, Level 3, The Gardens Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur.
Hud-Hud Media Sdn Bhd (HHMSB) melangkah setapak lagi ke hadapan apabila produk terbarunya iaitu video album ‘MARI MENYANYI BERSAMA UMMI’ dilancarkan secara rasmi hari ini yang menampilkan kesinambungan daripada animasi popular terbitan sulungnya, UMMI…CERITALAH PADA KAMI. Video album yang diterbit dalam format DVD ini menampilkan video-video muzik menarik yang dipetik daripada siri animasi UMMI…CERITALAH PADA KAMI ini bukan semata-mata untuk hiburan malah mengandungi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk golongan sasaran iaitu ibu bapa dan kanak-kanak.
Penerbit Hud-Hud Media Sdn Bhd (HHMSB) yang juga penyanyi terkenal, Nora Ariffin bersama suaminya, Johan Nawawi yang juga komposer prolifik negara melahirkan rasa bangga mereka kerana konsep pembelajaran sambil berhibur seperti yang dilakukan menerusi UMMI…CERITALAH PADA KAMI diterima meluas dan terbuka oleh segenap lapisan masyarakat.
“Alhamdulillah syukur, masyarakat Malaysia dan antarabangsa dapat menerima konsep yang kami tonjolkan, iaitu belajar sambil berhibur. Perjuangan kami tidak akan berhenti di sini sahaja, kami akan terus menerbitkan isi kandungan yang lebih menarik dan bermanfaat serta lagu-lagu yang lebih menghiburkan,” kata Nora.
Malah menurut Johan yang baru pulang dari menghadiri acara MYCONTENT di Dubai International Convention and Exhibition Centre pada 18 November lalu, penghasilan videoalbum ‘MARI MENYANYI BERSAMA UMMI’ penting untuk meneruskan legasi UMMI…CERITALAH PADA KAMI sejak dimulakan pada 2010.
“Kami percaya, konsep belajar sambil berhibur paling mudah untuk kanak-kanak mendekati topik-topik pembelajaran dan kami yakin yang video MARI MENYANYI BERSAMA UMMI akan mendapat sambutan memberangsangkan sebagaimana produksi kami sebelum ini.
“Selain daripada strategi promosi, video album ini juga diterbitkan kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada peminat-peminat khususnya kanak-kanak dan seisi keluarga yang telah menjadi peminat setia kepada siri ini dan juga pada peminat kumpulan Voices Of Ummi (VOU),” kata Johan.
Menurutnya, majlis pelancaran video ‘MARI MENYANYI BERSAMA UMMI’ dilakukan bersempena acara Malaysian Islamic Children Fair (MICF) pada hari ini di Shah Alam Convention Centre (SACC).
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh tetamu kehormat pada petang itu yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Media Prima, En. Izham Omar. Turut memeriahkan acara ialah kumpulan Voices Of Ummi selama 20 minit selepas video ini dilancarkan.
“Di samping itu kami juga menjual produk-produk eksklusif UMMI di booth no.73 kami..datanglah bersama anak-anak anda,” kata Nora.
Video album video ‘MARI MENYANYI BERSAMA UMMI’ akan mula dipasarkan di kedai-kedai muzik dan CD mulai bulan Disember 2013 dengan harga RM29.90. Buat masa ini, album video ini boleh dibeli melalui www.hudhudshop.com . Segala informasi terbaru mengenai UMMI juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang UMMI di www.ummi.my atau memalui Facebook Ummi di www.facebook.com/voice.of.ummi
“Cinta itu hadir kerana perkenalan, bersemi kerana perhatian, bertahan kerana kesetiaan, namun cinta itu bisa gugur kerana satu pembohongan.” Begitulah antara bait indah dalam novel popular karya E-Man Sufi berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi menjadi sebuah drama bersiri berdefinisi tinggi (HD) yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam bermula 9 Disember 2013 secara eksklusif di Mustika HD (saluran 134).
Drama bersiri terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd dan di bawah arahan Jamal Khan ini bakal bersiaran selama 60 episod. Para penonton bakal dibawa menyoroti kisah romantik yang memaparkan kehidupan JEBAT, lakonan Sharnaaz Ahmad yang merupakan seorang lelaki katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina berubah dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian MASTURA lakonan Nelydia Senrose, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
Drama bersiri terhebat ini turut dibantu para pelakon lain termasuklah Iqram Dinzly, Dato’ Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen, Tony Eusoff dan Alex Yanz.
Jangan lupa menyaksikan drama bersiri dalam bentuk definisi tinggi berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam bermula 9 Disember 2013 secara eksklusif hanya di saluran 134.
Bite Media baru-baru ini telah menyenaraikan senarai akhir untuk VIMA Malaysia 2014 yang bakal diadakan pada awal Mac 2014 di Platinum Lifestyle Club. Platinum Lifestyle Club juga penaja utama VIMA 2014.
Sekumpulan Orang Gila
SOG (Sekumpulan Orang Gila) menerajui senarai pencalonan dengan 5 anugerah. Ini diikuti oleh An Honest Mistake, Shruthi J, Melissa Indot, AhmadAhmad dan Vikadakavi dengan 4 pencalonan. Anugerah ini bakal diadili dengan 70% dari hakim dalam talian serta 30% adalah berdasarkan undian. Pengundian untuk VIMA Malaysia akan dibuka dari 10-30 Disember 2013.
An Honest Mistake
“Lebih 600 buah lagu telah melalui proses pemilihan yang agak mencabar,kami gembira dengan kualiti bakat yang berada di senarai akhir. Terdapat beberapa potensi didalam senarai akhir ini,ia bakal diadili oleh hakim-hakim global serta para peminat mereka yang akan mengundi nanti”kata Siva Zaphod Chandran , pengasas VIMA dan Ketua Pegawai Operasi Bite Media.
Facebook Page Rasmi VIMA : www.facebook.com / VimaMusicAwards
Twitter baru VIMA ini : https://twitter.com/vima2014
BEST ROCK SONG
Vials – Coroner
Rampage Prodigy – Last Shot
Shaneil Devaser – Full
Panic Room – Arahmu
Nervedeless – Cave
Rhythm Nation – King of The Hill
Sekumpulan Orang Gila feat Tyler Carter & Micheal Bohn – 40% Disco
Sekumpulan Orang Gila feat Ana Raffali – Lagu Raya
The Carbolics – Dreams
The Carbolics featuring Ella – Voices
Modread – Sinar Perangga
Rock n Roll John – Victory is Mine
The Outbreak – 7 years
H.W.C – Take Control (featuring Myo Oh Chentaku)
Melissa Francis – Perening
Hairee and Angels – Agi Idup Agi Ngelaban
AhmadAhmad – Blingblingblaablaablaa
An Honest Mistake with 4 nominations
An Honest Mistake – Giddy Up Horsie! This chase aint waiting for you
Depha Masterpiece – Kumang Seari
The Mash – Ingin
Hydra – Hujung Mentari
DJEZNA’S stalker – Kehadiranmu
Elektrostarter – Growl
Hevance – Belama
Fidz feat Azhar Mohd – Cinta Terbakar
BEST POP SONG
Lynnzay – Untuk Kamu
Melissa Indot – You & Me
Alvin Anthons – Sally
Amrita Soon – Red
Sekumpulan Orang Gila – Enough
Zana Zainal – Hakikat Cinta
Shruthi J -PO
4 nominations for Shruthi J
Z Ahmad – Pesona Cinta
Tiban – Paarkamal
Cottonfields scarecrows – Flower Child
Russell Curtis Project – Close To You
Alex Subryn – Meredah Belukar Masa
Alex Subryn – I don’t understand You
Goldkartz – Haseen Duniya
Nadhira and Young Stunna – Always There
Prema Yin feat Narmi – Just with you
Prema Yin – Ring My Bell
AhmadAhmad – Dah
An Honest Mistake feat Diana Danielle – This Hari Raya Rocks
Jay Walia feat Altimet – Bidadari
Ze & Richard Bahericz – Say Yeah
Salammusik – Jangan Nangis
Poova – Looking out for love
Arvinder Raina feat Chamanjeet Kaur & Boy Radge – Aa Nachle Meri Jaan
Hevance – Bajik
Love J Hailz – Rain Cloudz
BEST DANCE/CLUB SONG
Lynnzay – Mr Parasite
Tom Lue & Elvin Ong feat Kenneth Ho (Mystical Mirage) – Top of the World
Shruthi J – Hey (P4DO! & J.T.F Remix)
Sasi The Don & Maxi Priest – Island Queen
Melissa Indot – Come when i call (Mr Nasty Remix)
Galvin Patrick – Alive Again
K-Town Clan – Beautiful Life
Mappilai Musix – Makkez in Da Club
Vikadakavi feat Rabbit Mac – Party Machi
Foulworks – Anthem X
Alvin Anthons feat Syko G– Berdua Remix
Kayda feat BEM – Down with Me
GENRE BENDER
The Rebel Scum – Susah Betul
Vials – Coroner (Dubstep remixed)
Rhymebook featuring Pearl of Swaiv & Son of Age- Shoulda Known Better
Lynnzay feat Tactmatic– Angel Dust
Coma – Blackmoon
ALTRBG – Hujan Batu
SwaggaMix – Wasted Generation
Rhythm Nation feat Roshan Jamrock
Sekumpulan Orang Gila feat Ana Raffali – Lagu Raya
Carbolics feat Balan Kashmir – Rock n Roll
Mystical Mirage feat Ryan Tan – Heroes
Melissa Indot featuring Arabyrd – You & Me
Nadhira – Trouble
Pistah Few – Unnai Parthe Pinbu
Prema Yin with 3 nominations
Prema Yin – 100%
Galvin Patrick feat Nutty Slicc – Lagu Ini Hanya Untukmu
AhmadAhmad – Blingblingblaablaablaa
An Honest Mistake – Giddy Up Horsie! This chase aint waiting for you
SonaOne bakal melancarkan single terbaru beliau yang berjudul “No More” pada 9 Disember 2013 ini. Ia merupakan single terbaru didalam album beliau Growing Up Sucks. Lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh SonaOne dan berkisarkan mengenai perubahan masa dan situasi.
Album Growing Up Sucks bakal berada dipasaran pada suku pertama tahun 2014. Setakat ini 90% album ini telah disiapkan.