DJ terkenal dunia yang berasal dari Belanda iaitu Tiesto bakal kembali ke Malaysia pada 5 Oktober 2013 di Sepang International Circuit (SIC). Ia dibawa khas oleh Future Sound Asia. Hanya untuk 18 tahun dan keatas sahaja. Pintu akan dibuka pada jam 7.30 malam.
Antara DJ-DJ yang bakal menghangatkan lagi concert ini adalah Danny Avila (Spain), DJ Tigerlily (Australia), Goldfish & Blink (Malaysia), Nick Haydez (Malaysia) dan B.A.T.E. (Malaysia). Untuk keterangan lanjut,sila layari www.boxtix.asia atau www.fb.com/futuresoundasia .
Seramai 108 orang peserta dalam dan luar negara bakal menyertai Malaysia Tourism Hunt 2013 mulai 22 hingga 28 September 2013 bermula di Putrajaya dan akan berakhir di Johor. Ia adalah anjuran kali kedua oleh Tourism Malaysia. Ia adalah salah satu rangka promosi untuk Visit Malaysia 2014.
Malaysia Tourism Hunt ini adalah sebuah program yang berkonsepkan “Fly & Drive” yang menggabungkan pelbagai aktiviti eksplorasi pelancongan yang menyeronokkan seperti sukan rakyat, aktiviti lasak, pencarian harta karun dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) berbentuk voluntourism. Program ini akan berlangsung selama enam hari lima malam yang merangkumi perjalanan sejauh 1000km melalui lebuh raya, laluan pelancongan serta kawasan perkampungan bagi menikmati keindahan alam semulajadi, mengenali sejarah dan budaya tempatan serta bermesra dengan penduduk tempatan.
Para peserta terdiri daripada 80 wakil media tempatan, 10 wakil media asing dari pelbagai negara ASEAN, 5 wakil penggiat industri pelancongan tempatan serta 13 wakil rakan penaja bakal menempuh pelbagai cabaran serta merentasi destinasi-destinasi pelancongan di selatan tanah air bermula dari Putrajaya melalui Sepang, Port Dickson, Melaka, Muar, Kluang, Nusajaya dan berakhir di Johor Bahru.Antara cabaran dan rintangan yang bakal dilalui olehh para peserta adalah photo hunt, scavenger hunt, amazing race, fear factor dan banyak lagi.
Majlis pelepasan peserta Malaysia Tourism Hunt 2013 akan diadakan pada 24 September 2013 di Putrajaya. Satu jalinan kerjasama dengan pihak media telah dibuat bersama Harian Metro selaku akhbar rasmi, majalah Gaya Travel selaku majalah pelancongan rasmi dan Gua.com sebagai portal rasmi program ini.
Ashraf Muslim, 29, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, sekali lagi menjadi perhatian apabila isteri kedua pelakon itu dipercayai sudah hamil tiga bulan.Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Sakinah memuat naik foto ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya.
Paling ketara apabila ubat jenis ‘asid folik’ yang sememangnya diperlukan oleh ibu hamil turut dimuat naik menerusi Instagramnya.
Malah gambar itu telah menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya.
Bagaimanapun, Ashraf sebelum ini menerusi kenyataan di sebuah portal menafikannya dan usaha untuk mendapat komen Ashraf berhubung berita gembira ini tidak berhasil apabila Ashraf tidak menjawab panggilan telefon dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).
Walaupun muzik video ” Wrecking Ball” ini baru sahaja berusia hanya satu hari setelah diupload secara rasmi semalam namun ia sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didalam klip video ini, Miley Cyrus menyanyi dengan separuh bogel.
Dalam masa sehari sahaja,video ini telah ditonton sebanyak 31 juta penonton. Ia juga menjadi salah satu carian yang popular di internet sejak semalam. Album terbaru beliau “Bangerz” telah boleh dimuat turun melalui iTunes.
Malaysia telah lama menjadi salah satu daripada negara-negara yang unik yang memeluk perpaduan di kalangan rakyat melalui pelbagai budaya, dan kepelbagaian ini boleh dilihat dalam pelbagai bentuk. Baru-baru ini , kami menyambut ulang tahun ke-56 kemerdekaan dan tidak lama lagi kita juga akan menyambut ulang tahun ke-50 Malaysia sebagai sebuah negara, dan satu cara untuk menangkap semangat patriotisme adalah melalui perkahwinan muzik dan kata-kata puitis.
Muzik disertai oleh lyrics berwawasan, dengan semua bahan-bahan yang betul di tempat , boleh memberikan ketinggian deria kepada pendengar yang boleh epiphanic dalam alam semula jadi. Sehingga hari ini, muzik dari P.Ramlee lewat masih boleh bergema dengan generasi muda. Ini adalah jalan yang Berkshire Consulting & Penerbitan Pancasona mengambil dalam menyatukan rakyat Malaysia bersama-sama, mewujudkan sebuah lagu selama-lamanya dan video muzik yang diharapkan dapat menyatukan rakyat Malaysia dan memberi inspirasi melalui generasi.
“Merdeka kami dan lagu Hari Malaysia dan video muzik untuk mempamerkan kesatuan antara dua dunia yang berbeza – dunia yang pop & rock. Itulah sebabnya Monoloque dan Datuk Siti Nurhaliza adalah kombinasi yang sempurna untuk ini, “kata Shahid Shayaa , Pengarah Urusan Berkshire Consulting.
Lagu yang bertajuk Tanahairku Tanahairmu Jua , telah diilhamkan oleh Allahyarham Datuk Dr Usman Awang patriotik dan puisi nasionalis , memaparkan lyrics mendalam dan bermakna.
Tua Muda Kanan Kiri Miskin Kaya, inikan tanahairmu jua , Akan ku Serah jiwa dan ragaku , APA saja demi tanahairku .
” Korus itu bertujuan untuk menjadi cukup mudah bagi orang-orang dari pelbagai latar belakang untuk bersatu dan berkorban untuk kasih sayang di negara ini ” kata Loque , lelaki utama di sebalik Monoloque .
“Kami mencipta melodi berharap dengan gabungan alat muzik tradisional etnik seperti erhu dan sitar dengan vokal bahasa Melayu untuk memberi perasaan back-to- my- akar. Muzik , ia mewakili toleransi bersama dan kewujudan bersama antara kaum utama di negara kita. Kami gembira untuk mempunyai Dato Siti dengan kami dalam menghasilkan sebuah lagu menaikkan semangat patriotik kepada negara, “katanya.
Melengkapi video muzik itu Noh Salleh daripada Hujan , Atilia , Amir Jahari , Hunny Madu , Zahiril Adzim , Amirah Asraf ( Tilu ), Joe Lee ( KlubkiddKL ) David Leong ( Mereka Akan Membunuh Kami Semua) dan penyair Pyan Habib.
Kempen ini bertujuan untuk menjadi mentah , gaya gerila, dan tidak memerlukan media pengiklanan yang dibayar. Dalam 72 jam, penonton Youtube mencapai 19,000 views.
“Kami sentiasa percaya kepada media yang diperolehi. Apabila produk yang baik, orang akan bercakap mengenainya dan pandangan akan berkembang secara organik. Setakat ini kita telah menerima banyak ulasan yang positif , “kata Shahid , sebagai pengarah Berkshire Consulting.
Untuk pengetahuan anda, pihak radio hitz.fm telah mengumumkan acara “The New Ford Fiesta hitz.fm Birthday Invasion” yang bakal berlangsung pada 28 September 2013 (Sabtu) bertempat di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya pada pukul 6 petang.
MASUK ADALAH PERCUMA! Orang ramai di jemput hadir ke acara yang di anggap antara yang terbesar pada tahun ini.
Penyanyi antarabangsa yang juga menjadi trending di lama Youtube, iaitu Chester See juga akan turun padang bagi memeriahkan lagi konsert pada malam nanti. Antara artis tempatan lain yang turut membuat persembahan pada malam tersebut seperti, Estranged, James Baum, They Will Kill Us All, K-Town Clan, Da Vagabonds, Joe Flizzow, Mizz Nina dan Pop Shuvit & Project EAR.
5 jam sebelum berita ini ditulis oleh penulis yang masih belum tidur ni, dunia hiburan dikejutkan dengan sebuah laman sesawang yang membolehkan peminat dunia hiburan memuat turun fail penuh filem terbaru “KL Gangster 2″ arahan Syamsul Yusof.
Pada awalnya kami masih ragu-ragu kerana hanya mendengarkan ia sebagai khabar angin yang berluasa namun angin tersebut tersemakin kuat ditiup selepas menerima beberapa keping gambar screenshot serta screenshot laman sesawang tersebut, portal hiburan kegemaran ramai Rotikaya juga turut melaporkan berita mengenai kebocoran filem ni.
Filem “KL Gangster 2″ ini telah ditetapkan tarikh tayangan di seluruh negara pada 3 Oktober 2013 hadapan.
Syamsul Yusof menerusi akaun Facebook beliau meluahkan rasa kesal dengan penyebaran filem terbaru beliau ini dan akan mengambil tindakan sekeras kerasanya terhadap mereka yang bertanggungjawab.
KL Gangster 2 yang menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra & Rosyam Nor di’jadualkan bakal menemui penonton pada 3 Oktober ini.
Jika anda peminat BUKU FIXI, tentu anda tahu novel Zombijaya karya Adib Zaini. Novel tersebut akan diadaptasi ke layar perak oleh syarikat penerbitan dan pengedaran filem terbesar negara, Grand Brilliance dan akan diterbitkan dibawah anak syarikatnya, Lightbulb Pictures.Filem KL Zombie diarahkan oleh Woo Ming Jin dan skripnya masih mengekalkan Adib Zaini yang juga penulis asal novel Zombijaya. Filem KL Zombie menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.
Sinopsis Filem KL Zombie Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi? Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur.
Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan. 5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis – seorang kaki teori konspirasi – mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.
Menangi Tiket dan T-Shirt KL Zombi
Jawab Soalan-Soalan Dibawah :
10 x Pas Berkembar & T-shirt
Soalan 1 : Berikan 2 nama pelakon utama filem KL Zombi?
Penantian para peminat metal di Malaysia untuk menyaksikan Metallica beraksi di depan mata akhirnya berbaloi semalam apabila hampir 30,000 orang peminat tegarnya membanjiri Stadium Merdeka. Walaupun hujan di sebelah petang namun tidak mematahkan semangat mereka untuk beratur walaupun pintu hanya dibuka pada jam 6 petang.
This pic taken by Samsung S4
Dianggotai oleh James Hetfields 50, (penyanyi, gitaris), Lars Ulrich, 49, (dram), Kirk Hammett 50, (gitaris) dan Rob Trujillo 48, (bassis), band ikon yang ditubuhkan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 1981 ini membuka tirai Konsert Metallica Live in Malaysia 2013 dengan Master Of Puppets dan Fuel.
“Anda semua dah bersedia untuk terus berseronok lebih lama lagi? Hanya setelah 31 tahun baru kami dapat ke sini. Saya minta maaf pada anda semua. Tapi kami masih belum terlambat, bukan? Kami sangat teruja dapat beraksi dan berbesar hati dapat melihat wajah-wajah anda semua”, ungkap James dan kemudian bergema stadium dengan sorakan peminat.Kemudian sekali lagi dia bertanyakan kepada peminat, “Anda mahu lagi? Anda mahu apa? Tak mengapa, saya tahu anda mahu apa. Dah 31 tahun anda semua menunggu, ini untuk anda semua…”, sambungnya James lagi.
Lalu arena terus digegarkan dengan lagu lain seperti Fade, Havester of Sorrow, Ride The Lighthing, Cyanide, Sanitarium, Sad But True, One, Orion, Blackened, Nothing Else Matter, Enter Sandman, Creeping Death, Baterry dan Seek & Destroy.
Untuk rekod, kali terakhir Metallica singgah di Asia Tenggara ialah pada 1991 sempena promosi album Metallica di mana ketika itu mereka sempat mengadakan konsert di Singapura dan Jakarta, Indonesia. Konsert Metallica Live in Malaysia 2013 dianjurkan oleh Galaxy Group.
Sejak kisah percintaannya bersama pelakon Uqasha Senrose tersebar beberapa bulan lalu dan menjadi bualan hangat ramai, pelakon Pekin Ibrahim sering diasak dengan pertanyaan bila dia mahu menyunting buah hatinya itu sebagai isteri yang sah.
Tetap sama seperti jawapanya diberikan sebelum ini, kata Pekin kalau boleh dia mahu segera berkahwin dengan Uqasha. Namun impiannya itu akan direalisasikan perlahan-lahan kerana banyak perkara lain yang harus difikirkan sebelum mereka bergelar suami isteri.
“Kalau boleh, esok saya nak kahwin dengan dia. Tapi pendek kata beginilah, saya berharap semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami.
“Saya rancang tak mahu buat majlis tunang kerana cukuplah dengan majlis merisik pada Julai lalu. Ikutkan, saya nak tunang pagi dan melangsungkan perkahwinan pada sebelah petang. Senang”, katanya ringkas.
Pekin ditemui pada sesi malam preview filem Paku Pontianak, di Sunway Pyramid, malam tadi. Filem tersebut menyaksikan gandingan pertama kali Pekin bersama Uqasha.
Dalam pada itu Pekin berkata dia sebenarnya tidak pernah memikirkan soal kahwin. Namun sejak pertama kali mengenali Uqasha hatinya terus terdetik untuk terus menajlinkan hubungan yang lebih serius dengan bekas pramugari Air Asia itu.
“Sebelum ni saya tak pernah fikir soal bercinta apatahlagi kahwin. Tapi bila pertama kali saya jumpa dia, terus saya tanya pada dia sama ada dia mahu berkahwin dengan saya atau tidak. Tercengang juga dia pada ketika itu. Tapi akhirnya dia berikan jawapan, ya dan sejak tu kami semakin rapat”, ujar Pekin lagi.
The 2013 “MTV Video Music Awards” will raise its curtain with a thunderous first act as Lady Gaga (LadyGaga.MTV.com) will open the show with the debut live performance of “Applause,” the first single from her highly anticipated album ARTPOP from Brooklyn’s Barclays Center on 26 August at 8am (TH/WIB) and 9am (SIN/HK/MAL/PH).
From her powerful and bloody rendition of “Paparazzi” to the gender bending, adrenaline fueled version of “You and I,” Lady Gaga is the mastermind behind some of the most memorable VMA performances in recent years. This year, she’ll continue that legacy with what’s sure to be an unforgettable performance of “Applause” from her forthcoming album, ARTPOP, available on 11 November.
As one of the most talked about and innovative artists of this generation, Lady Gaga has left an indelible mark on the “MTV Video Music Awards” by winning an astounding 13 Moonmen since 2009, including “Best New Artist,” “Video of the Year” for “Bad Romance” as well as “Best Video with a Message” for “Born This Way”.
Additional performers for the 2013 “MTV Video Music Awards” include Justin Timberlake, Kanye West, Katy Perry, Bruno Mars, Macklemore & Ryan Lewis, Miley Cyrus and Robin Thicke.
Linkin Park hadir ke Malaysia selepas 10 tahun untuk konsert Linkin Park ‘Living Things’ World Tour Live In Malaysia 2013 sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Hampir 20,000 orang peminat membanjiri stadium walaupun hujan sejak tengah hari tadi. Daripada 20,000 peminat tersebut, 5,000 orang terdiri daripada pelancong asing.
Konsert ini bermula pada jam 8.45 malam dan tamat sekitar jam 10.15 malam. Mereka menghiburkan para peminat dengan 22 buah lagu yang terdiri dari album pertama hinggalah yang terbaru.Antaranya Faint, Papercut, Numb,In The End, Burn It Down dan Somewhere I Belong. Mereka mendendangkan lagu Tinfoil sebagai pembuka tirai dan diakhiri oleh Bleed It Out.
Walaupun hujan namun para peminat tidak berganjak malah semakin layan dengan alunan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Mike Shinoda dan Chester. Konsert ini dibawa khas oleh The Wonderland + serta disokong oleh Ministry Of Tourism And Culture Malaysia, Malaysia Major Events dan Visit Malaysia Year 2014.