International super stars, DJ and YouTube viral sensations gathers in the dazzling Singapore city skyline with live performances for the Social Star Awards 2013.
YouTube stars and viral sensations, Marquese Scott and Tummy Talk will add to the already outstanding bill of performances by Aerosmith,CeeLo Green, PSY, Carly Rae Jepson, Sky Blu from LMFAO, Blush and Eric Benet at the Social Star Awards. Newly confirmed attendees in Marina Bay Sands are Star Trek helmsman, George Takei; International DJ, Seb Fontaine; American model, Amanda Lepore and New York event producer, Suzzane Bartsh.
Hosted by Sabrina Ault, owner and creative director of Pangaea, the most glamorous Red Carpet Walk to ever feature in Singapore begins on 23rd May, 7.30pm in Marina Bay Sands with international lists of stars, local celebrities and socialites heading for the inaugural Social Star Awards. Starcount will unveil 288 incredible awards for the biggest stars and brands across the world. A scrumptious four-course meal for VIP guests will be delivered by official academy awards Chef Wolfgang Puck and his team. The event continues with two exclusive parties in Pangaea located at the subterranean level of North Crystal Pavilion and Sands SkyPark at Marina Bay Sands with eclectic house music by DJ Seb Fontaine for the “Connected” and SuperVIP ticket holders.
PSY
Singapore Social Star Awards celebrates throughout the weekend with two nights of live converts at The Meadows, Gardens by the Bay. Friday 24th May, CeeLo Green, PSY, Carly Rep Jepson and Blush will take the stage against the dazzling backdrop of the Singapore city skyline. And finally on Saturday, 25th May, the greatest America rock band – Aerosmith will provide a fitting finale to these three amazing days.
Social Star Awards | Marina Bay Sands | Thursday May 23. Featuring full live performances from: Aerosmith, CeeLo Green, Carly Rae Jepsen, PSY, Sky Blu & Blush.
Singapore Social Concerts | The Meadow, Gardens by the Bay | Friday 24 May: CeeLo Green, Carly Rae Jepson, PSY & Blush. Saturday 25 May: Aerosmith and special guests
Pelakon Tiz Zaqyah telah mengambil suntikan HPV virus iaitu suntikan bagi mencegah dirinya daripada dijangkiti virus kanser khususnya kanser serviks yang sangat berisiko tinggi untuk dihidapi oleh kaum wanita.Beliau yang juga duta May sekarang ini aktif melibatkan diri dalam Kempen Kesedaran Kanser Serviks – May Care For You.
“Kalau dulu pengetahuan saya tentang penyakit kanser servik ni hanya sekadar pengetahuan asas sahaja, ada lah dalam 30%. Lagi pun dalam keluarga, alhamdulillah tak ada ahli keluarga yang ada kanser. Lagipun saya fikir, saya masih muda lagi. Jadi tu yang tak terlalu ambil tahu sangat. Saya fikir, ala nanti bila dah tua lah baru nak fikir pasal penyakit-penyakit ni,” kata Tiq.
“Kempen ni memang kita target untuk pelajar-pelajar. Sebab dalam usia mereka yang masih muda ni lah sebenarnya kita perlu ambil berat tentang kesihatan diri terutamanya mencegah daripada dijangkiti penyakit-penyakit berisiko tinggi seperti ini,” tambahnya lagi.
Setakat ini kempen tersebut telah dijalankan di lima buah universiti iaitu Asia Metropolitan, UK, UPM, UM dan Uitm. Kempen tersebut telah bermula sejak 1 Mei lalu dan akan berterusan sehingga 31 Julai 2013. Sepanjang berkempen setakat ini, Tiz sudah mengunjungi lima universiti sekitar Kuala Lumpur bagi memberikan introduksi tentang penyakit ini dan kemudian ada doktor pakar yang akan memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar.
KFC Malaysia muncul dengan satu lagi produk sensasi Korea, kali ini dalam bentuk burger. Memperkenalkan Burger Spicy Korean! Sensasi terbaru yang bakal menyerlahkan “bintang” Korea dalam diri anda! Dengan ramuan sos istimewa Korea, yang diadun dengan tujuh jenis cili berbeza dari seluruh dunia, burger ini pasti menambat hati pelanggan, terutama sekali golongan muda.
“Hiburan popular Korea terkini dan sambutan hangat terhadap ayam goreng Spicy Korean Crunch telah memberikan kami inspirasi untuk menghasilkan burger ini. Burger Spicy Korean memberi peluang kepada para pelanggan setia kami untuk mencuba sesuatu yang baru dari KFC. Golongan muda yang sentiasa sibuk dan inginkan kelainan, serta enak dan ringkas, di samping peminat-peminat fanatik hiburan Korea, pasti akan menggemari burger ini”, kata Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, operator KFC Malaysia di majlis pelancaran produk ini di KFC Pavilion.
Keunikan yang membuatkan burger ini begitu istimewa ialah fillet ayam lazat diperap dengan tujuh jenis cili dan lada, disaluti sos istimewa Korea, serta diapit lazat oleh ban KFC, daun salad segar dan keju. Peminat hidangan pedas semestinya akan berpuas hati dengan cetusan rasa yang dinikmati dari setiap kunyahan yang pasti akan menggegarkan deria rasa anda! Kombinasi ini menjadikan Burger KFC Spicy Korean hidangan yang sungguh menyelerakan bagi citarasa rakyat Malaysia.
KFC bukan hanya terkenal dengan ayam goreng resipi Original dan Hot & Spicy, tetapi juga masyhur dengan burger ayamnya. Dari burger klasik kesukaan ramai, Colonel Burger, sehingga ke burger Zinger yang cukup diminati ramai (kini dalam tiga versi), pelanggan boleh mengharapkan yang lebih dari KFC yang sentiasa mencari sesuatu yang baru sebagai sumber inspirasi dalam menu mereka.
Burger Spicy Korean bakal menambah pilihan pelanggan dalam senarai hidangan burgernya yang pelbagai. Melalui burger ini, reputasi KFC akan lebih meningkat sebagai restoran yang bukan sahaja menyajikan ayam goreng terbaik, tetapi juga burger terbaik. Dengan tagline ‘Sungguh Lazat, Sungguh Korea’, burger ini mesti dicuba oleh setiap peminat tegar burger!
Bersempena promosi ini, KFC menawarkan Spicy Korean Burger dalam bentuk Kombo berharga RM11.55, atau ala-carte berharga RM8.20. Hidangan Kombo termasuk satu Cheezy Wedges saiz biasa dan satu minuman berkarbonat saiz biasa. Bagi mereka yang mahukan lebih lagi, KFC menyediakan Burger Spicy Korean dalam bentuk Ultimate Hot Box yang mengandungi satu burger Spicy Korean, seketul ayam, satu Cheezy Wedges saiz biasa, dan satu minuman berkarbonat saiz biasa kesemuanya berharga RM13.35.
Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, usaha pengiklanan dan promosi bagi Burger KFC Spicy Korean adalah menerusi pengiklanan di TV, radio dan akhbar, pengiklanan di luar, bahan-bahan di pusat jualan dan menerusi media online/sosial. Sehubungan dengan promosi burger ini, KFC akan mengadakan peraduan nyanyian lagu Korea. Untuk mengambil bahagian, anda cuma perlu merakam dan muat naik video nyanyian anda atau kumpulan anda di laman Facebook KFC. Kongsikan video dengan rakan-rakan Facebook anda dan kumpul seberapa “Like” yang boleh. 10 video yang mendapat paling banyak “Like” akan berjaya ke peringkat akhir. Peraduan ini akan bermula hujung bulan ini dan peserta perlu mengikuti atau “follow” Facebook KFC Malaysia untuk maklumat selanjutnya. Apa lagi, serlahkan bakat nyanyian anda kerana hadiah percutian 6 hari 4 malam ke Korea Utara bakal menanti anda!
Burger KFC Spicy Korean kini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk jangkamasa terhad iaitu selama dua bulan bermula 14 Mei 2013, sementara stok masih ada.
Setelah membaca berita pertunangan pengarah/pelakon muda ini, kami menelefon beliau untuk mendapatkan kepastian dari beliau. Beliau menafikan bahawa beliau sekarang adalah tunangan orang.
Gambar dan berita yang disiarkan sebuah portal hiburan adalah gambar pertunangan beliau 2 tahun lepas. Pertunangan beliau dengan pemain bola sepak tersebut tidak lama dan telah pun putus. Beliau berharap dengan penjelasan ini maka terlerailah cerita yang mengatakan beliau adalah tunangan orang.
3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial Facebook hadir dalam kehidupan harian kita. Bakal memasuki musim yang ke-14 pada tahun ini, 3R yang sudah bersiaran melebihi satu dekad ini kini kembali dengan konsep dan barisan hos yang baru.
3R pernah membariskan Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina) sebagai hos. Bermula dengan Azah, Rafidah dan Yuen pada musim pengenalannya, persembahan sketsa yang melakon semula isu atau masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita berjaya mengubah persepsi para penonton bahawa isu-isu berkaitan sosial bukanlah sesuatu yang berat dan sukar difahami.
Masihkah 3R relevan pada zaman teknologi ini apabila kaum wanita sudah mampu bersaing dengan kaum lelaki? Menurut Penerbit Eksekutif 3R, Datin Paduka Marina Mahathir, “Walaupun kaum wanita merupakan 50% daripada populasi masyarakat Malaysia tetapi golongan ini masih tidak mendapat peluang yang sama rata dalam bidang politik, perniagaan mahupun akademik. Masih ada segelintir wanita Malaysia yang berasa kurang selamat walhal wanita di peringkat global telah melangkah maju dan sentiasa yakin dalam menentukan hala tuju hidup dan mengejar cita-cita mereka.”
Bakal disiarkan menerusi TV3 bermula Ogos 2013, 3R meneruskan usahanya untuk memperkasakan wanita muda dengan pelbagai mesej positif dan progresif. Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, “TV3 sentiasa berusaha untuk memberikan program TV yang terbaik untuk para penonton. Program 3R umpama sahabat baik kepada kaum wanita dalam berkongsi pelbagai masalah sosial yang berlaku di sisi mereka. Menerusi gelagat dan keletah yang bersahaja daripada hos berjaya mencuri perhatian daripada golongan remaja dan wanita muda untuk sama-sama mengambil berat tentang isu-isu sosial yang berlaku di persekitaran. Program 3R yang padat dengan info dan cukup menghiburkan ini menepati citarasa dan kehendak penonton TV3, kami yakin bahawa 3R bakal menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton kami.”
Bagi menghangatkan lagi musim terbaru 3R ini, 3R Media selaku penerbit dengan kerjasama TV3 telah melancarkan pencarian hos baru di kalangan wanita muda yang berumur antara 21 hingga 26 tahun. Tidak dapat dinafikan bahawa personaliti menarik daripada Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina telah menjadikan 3R sebuah jenama yang kukuh dalam hati penonton, justeru, hos baru yang bakal menyambung legasi 3R perlu mempunyai faktor X yang dicari.
“Kami mahu mencari wanita muda yang mempunyai pendirian dan idea-idea, mengambil berat dan sentiasa peka tentang isu-isu sosial. Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab dalam pembangunan masyarakat dan masa depan negara, mereka juga perlu berani menyahut cabaran dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan berusaha ke arah dunia yang lebih sempurna. Justeru, pencarian hos baru bukan sekadar rupa paras tetapi juga personaliti yang unik dan menarik. Kami menyeru agar wanita muda di Malaysia, tidak mengira kaum, merebut peluang ini kerana ia bukan hanya peluang muncul di TV tetapi penglibatan anda semua untuk bersuara dalam media massa yang menjadikan kempen ini lebih bermakna.” Tambah Lina Tan.
Dari Kiri, Sherina Nordin; Datin Paduka Marina Mahathir; Low Chooi Hoon & Lina Tan
3R menampilkan Garnier dan Maybelline sebagai penaja utama. “Pendirian dan kandungan 3R yang kini kembali adalah selaras dengan hala tuju Garnier dan Maybelline.” Kata Low Chooi Hoon, Pengurus Besar Loreal, Divisyen Produk Pelanggan. “Garnier dan Maybelline komited untuk menghidupkan inspirasi dan memperkasakan golongan remaja dan wanita muda hari ini.” Tambah Low Chooi Hoon.
3R bakal menemui penonton TV3 dengan ‘Projek 3R’ yang memaparkan pemilihan hos 3R pada setiap hari Sabtu jam 6.00 petang bermula 24 Ogos hingga 5 Oktober 2013, setiap Sabtu jam 6.00 petang. Musim terbaru 3R yang menampilkan trio hos yang berjaya dalam pencarian hos 3R 2013 akan mula bersiaran selama 13 episod pada 20 Oktober 2013, setiap hari Ahad jam 7.30malam, semestinya di TV3!
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pencarian hos 3R yang sedang rancak dijalankan pada bulan Mei dan Jun 2013, sila layari laman sesawang rasmi, www.3r.com.my, dan ikuti perkembangan terkini daripada 3R menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube di bawah akaun nama 3R Malaysia.
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan BUTTERFINGERS yang dahulunya popular dengan lagu-lagu mereka yang bergenrekan grunge. Sekumpulan pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah secara rasmi menubuhkan BUTTERFINGERS pada akhir tahun 1993 yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Loque (penulis lagu, pemain gitar), Emmet (vokalis, pemain gitar, dan penulis lirik), Kadak (pemain bass) dan Kalai (pemain drum). Mereka mula mencipta lagu-lagu mereka sendiri dengan harapan untuk menempah nama di persada muzik tanah air. BUTTERFINGERS kemudian dilihat mudah menjinakkan muzik di dalam diri kerana sering dijemput untuk beberapa persembahan kecil dan gig sehingga membuatkan kebanyakkan tiket persembahan mereka habis dijual dan sehingga kini mereka digelar sebagai ‘the stuff of underground legends’ oleh peminat-peminat tanah air.
Demo tape yang diberi nama “1 goat, 2 apples and 16 oranges” telah menjadi titik permulaan kepada BUTTERFINGERS dimana ia telah menaikkan nama mereka di kalangan peminat muzik ‘underground’ Malaysia pada suatu ketika dahulu. Demo ini menampilkan persembahan dan tenaga mereka yang banyak dipengaruhi oleh era Grunge pada ketika itu yang dipelopori dan diterajui oleh band-band ternama antarabangsa seperti Pearl Jam dan Nirvana. Persembahan mantap yang dibangkitkan oleh BUTTERFINGERS telah menjadikan mereka sebagai salah satu band ‘underground’ Malaysia yang paling dikenali.
Kini, BUTTERFINGERS tampil dengan sebuah album kompilasi yang bertajuk KRONOLOGIKAL yang mempamerkan lagu-lagu hebat mereka di dalam sejarah muzik Malaysia. Album ini memuatkan lagu-lagu hit daripada BUTTERFINGERS seperti ‘The Chemistry (Between Us)’, ‘Epitome’, ‘Mati Hidup Kembali’, ‘Bebas’ dan banyak lagi. Untuk CD satu, ia mengandungi lagu-lagu daripada album 1.2 Miligrams dan Butter Worth Pushful dan juga dua buah lagu versi ‘live’ dari Peristiwa di Batu Keras yang bertajuk ‘Stolen’ dan ‘Faculties of The Minds’. CD dua pula mengemukakan lagu-lagu daripada album Transendence dan Malayneum serta sebuah single ‘rare’ yang bertajuk ‘Inhale’. CD ketiga pula merangkumi lagu-lagu daripada dua album berbahasa Melayu mereka iaitu Selamat Tinggal Dunia dan Kembali.
Harga bagi album ini adalah RM 39.90. Album KRONOLOGIKAL daripada BUTTERFINGERS ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.
After four seasons of The Amazing Race Asia, AXN returns yet again with another made-in-Asia-for-Asia Original Production in May 2013 – The Apprentice Asia!
Filmed in Singapore and Kuala Lumpur, the Asian adaptation of the US reality series is based on the format created by reality TV guru Mark Burnett (The Voice, Survivor) and produced locally by Fremantlemedia Asia, a leading global entertainment company. The face of the show is aviation tycoon and Forbes Asia’s 2010 ‘Asia Businessman of the Year’, Tony Fernandes, most well-known for turning around ailing airline AirAsia and breaking even within a year of taking over. 12 candidates from around Asia will vie for the honour of becoming Asia’s very first Apprentice, with the winner walking away with the opportunity to work for Tony in one of his enterprises.
Also on board are Mr. Fernandes’ advisors – Tune Hotels’ Group CEO, Mark Lankester and Expedia Asia’s CEO, Kathleen Tan – both highly accomplished in their own fields. Having led Tune Hotels’ growth to 27 properties in the region, Mark recently won the ‘Outstanding Entrepreneurship Awards 2012’ at the Asia Pacific Entrepreneurship Awards. Before she recently joined Expedia Asia, Kathleen was instrumental in driving the commercial success of AirAsia, championing its launch in China. She was also crowned the ‘Marketer of the Year’ at the Web In Travel Annual Conference 2012.
Tony Fernandes
AXN has searched the region for the best business entrepreneurs keen to work for Mr. Fernandes. Representing seven countries in the region (Singapore, Malaysia, China, India, Indonesia, Thailand and the Philippines), the top 12 come from an interesting myriad of backgrounds in entertainment, food & beverage, hospitality, information technology and the legal and finance world. From ages 25 to 38, some are in their first jobs, some already own a thriving business where they are based; some have the gift of the gab from their years in showbiz and some have been recognized for their work in marketing and entrepreneurship in their respective countries.
Throughout the season, the candidates will be tested on their skills in the areas of selling, negotiation, creativity, management, branding and leadership. At the start, the candidates are split into two teams based on gender. Watch out for the first episode which makes especially good TV – as the candidates are given the challenging task of selling fish! This was a remarkably humbling experience for these high fliers given that most of them had not stepped foot in a wet market. Tony’s advisors, Mark and Kathleen, are on the ground to observe each team complete their task, and their opinions will play a key part in who Tony decides to fire at the end of the day.
What makes the inaugural season of The Apprentice Asia so riveting is the drama that ensues from the onset. As can be expected when a group of extroverted, ambitious characters get together, strong wills clash, alliances are forged, and nerves are frayed during each boardroom session where one of them will go home, empty-handed. It’s the survival of the fittest, and self preservation rules the day.
Tune in to AXN on 22 May to find out who or what makes Tony declare ‘a bloody disaster’ and ‘a weapon of mass destruction’, and hedge your bets on the candidate who might just end up winning The Apprentice Asia!
The Apprentice Asia is presented by AirAsia, Expedia, Hilton Hotels & Resorts, IG, official smartphone BlackBerry and official car Volkswagen Malaysia.
The new BlackBerry® Q10, the first BlackBerry® 10 smartphone to feature a classic BlackBerry® QWERTY Keyboard, will be available from all authorized partners in Malaysia –Celcom and Maxis – on May 15, 2013. Customers can pre order from Celcom beginning May 8, 2013.
Available in two colours, Black and White, the BlackBerry Q10 combines the power of the BlackBerry 10 platform with a large, re-engineered physical keyboard and stunning touchscreen display – the largest ever on a BlackBerry QWERTY smartphone.
Annamalai Muthu, Country Director for Malaysia at BlackBerry said, “We are excited to be working with our partners to bring the first BlackBerry 10 smartphone with QWERTY keyboard to customers in Malaysia. The BlackBerry Q10 offers customers ultimate performance in a timeless design.”
Meticulous attention has been paid to every detail of the BlackBerry Q10 smartphone’s design, from its beautiful and distinctive form to its elegant and ergonomic QWERTY keyboard, which features a wider layout and larger sculpted keys. With the BlackBerry Q10 smartphone’s advanced hardware, communications and multimedia features, along with long battery life, you can confidently stay ahead and take action all day long.
The re-designed, re-engineered and re-invented BlackBerry 10 platform offers you a powerful and unique new mobile computing experience that continuously adapts to your needs. Every feature, every gesture, and every detail is designed to keep you moving forward towards your goal, and includes advancements such as:
• The ever present BlackBerry® Hub, which brings all your conversations together in one easy to manage place that you can access at any time from any app with a simple “peek”, so you’re always only one swipe away from what matters to you.
• BlackBerry® Balance™ technology, which elegantly separates and secures work applications and data from personal content, protecting what’s important to you and the business you work for.
• BBM™ (BlackBerry® Messenger), which lets you share things with the people that matter to you in an instant. BBM in BlackBerry 10 includes voice calling and video chat, and lets you share your screen with another BlackBerry 10 contact.
• BlackBerry® Remember, which helps you tackle tasks quickly with a new way to collect, organize and action all the information sitting in different places across your smartphone.
Halim Othman, DJ Lin, Seri, Wan Ajaib, Zaff dari Suria FM dan Jeremy dari Red FM fokus menyanyi
Pada 13 Mei 2013 ini, Suria FM tampil dengan ‘KAMI LAH MALAYSIA’ satu usaha untuk menyemarakkan rasa sayang diantara satu sama lain. Berganding bahu bersama dengan Red FM, Capital FM dan 98.8FM, kami yakin kempen ini dapat membantu menyemai muafakat yang sedia ada di dalam hati setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Sebagai sebuah stesen radio dengan jutaan pendengar, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada semua. Istimewanya 13 Mei ini, Suria FM akan memutarkan lagu-lagu perpaduan , rukun negara dan pelbagai pesanan khidmat masyarakat berbentuk perpaduan untuk dihayati oleh para pendengar. Lagu ‘Malaysia Kau Ku Cinta’ nyanyian Adibah Noor dan Dina Nadzir akan menjadi lagu rasmi bagi Suria FM pada hari Isnin ini. Lagu dendangan dua wanita bersuara lunak ini telah mula diperdengarkan kepada umum di Suria FM bermula 6 Mei yang lalu.
Bagi menyokong kempen ini, semua penyampai radio di bawah Star Radio Group akan menyanyikan lagu ‘Mulanya disini’ dengan gubahan lirik ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa melayu, bahasa mandarin, bahasa hokkien, bahasa iban, bahasa bidayuh dan sebagainya. Lagu ini akan diputarkan di keempat-empat radio. Disamping itu, jika sering keudara di Suria FM, penyampai radio segmen Ceria pagi Adibah Noor akan keudara di stesen radio berbahasa cina 98.8FM. Lebih menarik lagi, kesemua kakitangan termasuklah penyampai radio di bawah Star Radio Group akan memakai tshirt khas ‘Kami lahMalaysia’ untuk mendukung kempen ini.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Mari sambut usaha kami untuk meraikan perpaduan dengan penuh semangat kekitaan. Buanglah segala rasa prasangka dan ayuh bangkit sebagai rakyatMalaysiayang utuh. Kami satu bangsa, kami satu Negara. Kami lahMalaysia!
Nadzirah dan Dinah Hashim adalah pengasas kepada laman sesawang FriendlyFashion.my . Laman sesawang ini dimulakan lebih kurang setahun tiga bulan yang lepas. Ia juga boleh dimuat turun di Android dan iOS. Mereka berdua pernah mendapat anugerah Online Shop of the Year 2012 di Digi WWWWOW award tahun lepas.
Setakat ini laman sesawang FriendlyFashion.my mempunyai hampir 16,000 orang ahli berdaftar dan di facebook pula 58,000.Laman web ini lebih kepada wanita mahu menjual, menukar, atau berkongsi pakaian mereka. Friendlyfashion bukanlah laman sesawang butik dalam talian, namun ia adalah platform kepada penjual dan pembeli dimana mereka boleh berurusan secara terus disini.Ia juga lebih kepada laman web komuniti dimana ahli-ahlinya boleh berkongsi apa sahaja.
Adik-beradik ini juga melakukan projek dengan Astro Oh My English, di mana mereka pergi ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia setiap minggu untuk mengajar Bahasa Inggeris melalui ucapan puisi. Sifat ini adalah hasil pengajaran dari ibu mereka bahawa dalam apa sahaja yang mereka lakukan, mereka perlu berfikir tentang bagaimana ia boleh memberi inspirasi kepada belia.
“Daripada kecil hingga sekarang, ibu mempunyai sebuah travel agency yang mana saya selalu belajar berkenaan dunia dan bisnes, ” kata Nadzirah.
“Pada saya ini adalah bisnes sendiri dan apabila melihat bisnes module dan bisnes plan,itu yang beri saya keyakinan yang mereka akan berjaya memandangkan selepas setahun ahli pun semakin bertambah dari masa ke semasa, ” ujar Puan Norlin Othman, Ibu Nadzirah.
“Saya ingin memberi Samsung La’Fleur kepada ibu saya kerana ibu saya feminin dan ia kena dengan jiwanya. Aplikasi-aplikasi didalam Samsung La’Fleur juga lebih kepada ciri-ciri kewanitaan seperti boleh menjaga berat badan dan juga boleh mencuba aplikasi makeup, ” tambah Nadzirah.
Bagi mereka yang berminat untuk menukar,menjual serta berkongsi pakaian boleh lah melayari laman sesawang www.friendlyfashion.my. Nadzirah juga boleh dihubungi di email nadzirah@friendlyfashion.my
Empunya Deeperthanfashion iaitu Harmini Asokumar memulakan kerjayanya apabila ibunya membeli aksesori untuk beliau.Disitulah bermulanya kerjaya beliau di dalam bidang bisnes online ini. Beliau menjalankan perniagaan ini secara separuh masa sahaja.Namun ibu yang dikasihi telah pergi buat selama-lamanya beberapa tahun lepas disebabkan penyakit kanser.
Beliau memulakan perniagaan ini sekitar tahun 2008.Ia bermula dengan jualan dengan rakan-rakan sahaja namun diperluaskan secara online apabila mendapat reaksi dan tempahan yang banyak.Setiap aksesori yang dijualnya adalah hasil rekaan beliau sendiri dan hanya satu rekaan sahaja bagi setiap aksesori.Jika ada yang berminat untuk mendapatkan rekaan yang sama, beliau akan membuat sedikit perubahan pada aksesori tersebut.
Bagi Harmini,ibunya juga seorang kawan yang boleh dikongsi pelbagai masalah tatkala susah dan senang. Memang agak susah pada mulanya untuk menjalani kehidupan selepas ketiadaan ibu namun dorongan ibunya membuat beliau lebih tabah dan bersemangat.Bagi beliau amat susah untuk melupakan ibunya.
” Terima kasih kepada Samsung diatas pemberian Samsung La’Fleur ini.Walaupun hadiah ini tidak dapat diberikan kepada ibu,namun saya akan gunakan ia untuk memajukan lagi perniagaan saya, ” kata Harmini.
Bagi mereka yang ingin membeli aksesori dari Harmini bolehlah melayari laman sesawang www.deeperthanfashionmy.com dan facebook di fb.com/deeperthanfashion . Beliau juga boleh dihubungi menerusi email deeperthanfashion@hotmail.com atau number telefon 012-5557180.
Bagi meraikan Hari Ibu yang bakal tiba pada 12 Mei 2013 ini, SelebritiOnline dengan kerjasama Samsung Malaysia bakal mengadakan satu peraduan slogan yang bertajuk “Samsung La’Fleur Khas Untuk Ibuku”. Peraduan ini adalah untuk mengenang jasa-jasa ibu yang selama ini bertungkus lumus menjaga,mendidik serta memberi dorongan sehingga anak mereka berjaya.
Samsung La’Fleur direka khas untuk kegunaan wanita masa sekarang. Samsung La’Fleur Collection direka untuk menyediakan memenuhi pengalaman peribadi. Terdapat beberapa aplikasi khas untuk wanita dari segi kecantikan, gaya hidup dan kesihatan.
MyFitnessPal bersedia untuk membantu wanita untuk susut berat badan mereka dengan mudah. Aplikasi ini berfungsi sebagai kaunter kalori bagi wanita yang mementingkan kesihatan yang mahu menjejaki pemakanan dan keperluan kesihatan.
My Days and Pink Pad adalah alat penting bagi wanita, yang membolehkan pengesanan mudah untuk ovulasi dan kesuburan, manakala memantau isu-isu berkaitan kesihatan pusingan kitaran haid. Pink Pad membantu wanita untuk mengesan isu-isu berkaitan kesihatan seperti berat badan, kitaran haid, emosi dan fizikal kesejahteraan semasa bersambung kepada masyarakat global wanita untuk sokongan dan pertukaran maklumat dengan pengguna lain.
Cara-cara untuk menyertai pertandingan ini adalah seperti :
2 Pemenang akan memenangi 1 Set Samsung La’Fleur Collection Setiap Seorang