SO Staff
Linkin Park “Living Things” World Tour Live in Malaysia 2013
Selepas hampir sedekad mengadakan konsert di Malaysia, kumpulan metal, Linkin Park bakal kembali beraksi di sini sempena konsert jelajah dunia ‘Living Things’ yang bakal diadakan pada 19 Ogos depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8:00 malam.
Kumpulan yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah platinum khusus untuk kumpulan rock ini dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave ‘Phoenix’ Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.
Band yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini turut berjaya menjual album mereka lebih 50 juta unit di seluruh dunia dan menjadi kumpulan muzik terbesar di Facebook apabila berjaya mengumpul seramai 53 juta peminat. Jumlah itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
Apabila mereka melahirkan album pertama berjudul Hybrid Theory, 13 tahun lalu, Linkin Park mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis pertama yang mempunyai 10 single yang berjaya mendaki carta popular stesen radioAlternatif di Amerika Syarikat .
Kini dengan terhasilnya album terbaru berjudul Living Things (Machine Shop Recordings /Warner Bros) Linkin Park sekali lagi membuktikan mereka lebih hebat daripada kumpulan lain abad ini apabila album terbaru itu mencapai jualan nombor satu di lebih 20 buah negara.
Kecemerlangan kumpulan yang terkenal dengan lagu In The End, Numb dan Somewhere I Belong ini bukan saja dari segi muzik tetapi juga dari segi kerja amal yang dilakukan. Pada tahun 2005, Linkin Park menubuhkan Music For Relief 501 © (3) iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan.
Dari videografi hinggalah kepada persembahan pentas ikonik yang tidak dilupakan, Linkin Park sentiasa memiliki paparan visual yang sesuai dengan muzik mereka sekaligus menjadikan mereka berbeza dengan band lain yang sedia ada. Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 “Living Things’’ ini dibawakan oleh The Wonderland+.
Peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara. Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka akibat kesuntukan masa.
Tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas manakala untuk tempat berdiri bebas tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 untuk kategori VIP. Bagi mereka yang membeli lebih awal iaitu sepanjang tempoh pra jualan bermula 21 hingga 30 Jun depan, diskaun sebanyak 10 % akan diberikan kepada mereka. Mereka yang berminat boleh melayari laman www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian (+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus.
One Republic Live In Malaysia 2013
Nissan ALMERA & Grand LIVINA Terima Anugerah Live Life Drive Car of The Year Awards 2012/2013
Nissan ALMERA dan Grand LIVINA telah diumum sebagai penerima anugerah Live Life Drive Car of the Year Awards 2012/2013. for its respective category.
Nissan ALMERA, sedan Nissan terlaris global telah dinobatkan sebagai Car of the Year 2012/2013 untuk kategori Sedan Kompak/Hatch. Nissan ALMERA merupakan sedan segmen B, bersama ciri-ciri teknologi canggih dan rekaan aerodinamik yang bergaya, selain keluasan ruang but dan kaki yang sukar dipercayai dalam pakej mampu milik. Sedan ini dibina di atas platform global “V” (versatile) baharu yang menggunakan badan ringan tetapi tegar bersama komponen penuh ciri keselamatan.
Turut berkongsi kejayaan itu ialah Nissan Grand LIVINA yang menerima anugerah Live Life Drive Car of the Year Awards 2012/2013 untuk kategori MPV Kompak. Terkenal dengan tagline “Pemanduan seperti sedan, kemampuan seperti MPV”, ia menggambarkan pemanduan yang lancar dan penngendalian seperti sebuah sedan. Pada masa yang sama, ia boleh menempatkan tujuh orang dewasa dengan selesa. Grand LIVINA memiliki reputasi sebagai sebuah MPV yang bernilai untuk wang, berkualiti tinggi dan layak menerima pengiktirafan.
Live Life Drive Car of The Year Awards merupakan anugerah yang membantu pengguna di Malaysia untuk membuat keputusan membeli kereta dengan lebih bijak. Kereta-kereta ini diberi anugerah berdasarkan kepada pelbagai kriteria termasuklah harga, aspek keselamatan, praktikaliti, pengendalian dan gaya. Setiap metrik ini dinilai secara berbeza berdasarkan kepada kategori masing-masing.
“HaHa HiHi” Kolaborasi Komedi Dua Negara Serumpun
Seiring dengan perkembangan industri komedi yang semakin maju dan membangun di dalam dunia global secara umumnya, pihak Astro dengan kerjasama Broadway Media membawakan sebuah lagi program komedi jenaka terbaru gabungan dua negara nusantara berjudul “HaHa HiHi” yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Khamis bermula 20 Jun 2013, jam 10.00 malam di saluran Bintang (141) dalam pakej Indopek.
Program HaHa HiHi yang bakal bersiaran selama 13 minggu ini merupakan sebuah program berkonsepkan sketsa komedi pertama yang menggabungkan para pelawak daripada negara Malaysia dan Indonesia beraksi di dalam satu pementasan yang sama. Berdurasi selama 30 minit untuk setiap episod, HaHa HiHi akan mengetengahkan kisah-kisah yang berkisarkan mengenai variasi peristiwa di dalam kehidupan seharian.
Antara barisan pelawak Malaysia yang akan menceriakan para penonton di dalam program HaHa HiHi ini ialah Dato AC Mizal, Kumpulan Shiro, Kumpulan R2, Shuk (Kumpulan Balas), Jihan, Mamat dan Arin serta digabungkan dengan pelawak-pelawak dari Indonesia seperti Kumpulan Saywho, Fuad, Cacing dan Endah.
Jangan lupa untuk menyaksikan program HaHa HiHi pada setiap hari Khamis bermula daripada 20 Jun 2013, jam 10.00 malam secara eksklusif di Saluran Bintang (141) dalam pakej Indopek.
Untuk melanggan pakej Indopek yang mengandungi dua pilihan saluran dedikasi iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142), sila ikuti langkah di bawah :
Langkah 1 :
ü Sila ke saluran 130 dan tekan butang merah yang terdapat pada alat kawalan jauh Astro anda.
Langkah 2 :
ü Pilih pakej Indo Pek dan Klik OK pada butang ‘Sahkan Langganan’.
Langkah 3 :
ü SMS kod yang tertera di kaca TV anda dan hantarkan ke 32999. Dan, pakej lndo Pek yang anda langgani akan diaktifkan dalam masa lima minit! Selamat Menonton!
Harga yang dikenakan hanya RM12.00 sebulan untuk siaran selama 24 jam sehari bagi pakej Indopek dan caj langganan akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my/indopek/
Sambutan Ulangtahun ke 40 KFC
11 jenis rempah ratus dan herba yang disulam bersama semangat kekitaan. Itulah yang menjadi inspirasi dan kekuatan KFC Malaysia untuk terus maju sepanjang 40 tahun. Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah banyak memberi sokongan sehingga membawa KFC ke tahap ianya berada hari ini, KFC akan meraikan ulang tahunnya yang ke-40 dengan pelbagai tawaran dan hadiah menarik khusus untuk pelanggan setia.
Kebanyakan kita semua membesar dengan menggemari ayam KFC yang ‘finger licking good”, dan ianya tidak pernah luak akan kenikmatannya yang ‘so good’ sepanjang masa. Baik golongan tua atau muda, dari semua lapisan masyarakat, apabila mengingati KFC, pasti ianya akan membawa kegembiraan untuk semua.
KFC yang kebiasaannya dinikmati bersama orang tersayang, membantu menggamit kenangan indah, di samping dapat mengeratkan silaturrahim. Justeru, berkongsi hari ulangtahun yang bermakna ini dengan setiap rakyat Malaysia adalah salah satu cara bagi KFC untuk melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pelanggan yang sentiasa menyokong KFC sepanjang 40 tahun ini. Bagi meraikan ulang tahun KFC yang ke-40, satu sambutan istimewa akan diadakan pada 26Jun 2013 di Piazza, The Curve, Mutiara Damansara, dan dijangka dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Johor Corporation.
“KFC sentiasa mempunyai kedudukan istimewa di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Terlalu banyak kenangan indah dan saat-saat bahagia yang tercipta kerananya. Ia juga merupakan tempat di mana seluruh rakyat Malaysia berkumpul, tanpa mengira status mahupun kedudukan, yang secara tidak langsung mencerminkan keharmonian negara kita yang berbilang kaum”, kata Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, pengendali KFC Malaysia.
“Bagi majoriti rakyat Malaysia, KFC sinonim dengan majlis keraian dan keramaian. Aroma ayam goreng yang lazat sentiasa membawa kita kepada kenangan indah yang penuh senyuman dan tawa bersama rakan-rakan serta seisi keluarga”
“Sambutan harijadi hampir tidak lengkap tanpa kehadiran ayam goreng KFC. Sewaktu zaman kanak-kanak, kita selalu diberi ganjaran makan di KFC oleh ibu dan ayah sekiranya berjaya dalam sesuatu. Dari usia kecil, kita semua telah menganggap hidangan KFC sebagai satu jamuan lazat yang dapat dinikmati seisi keluarga, atau sebuah tempat untuk meraikan sahabat dan kenalan yang rapat. Inilah dinamakan saat indah bersama yang paling berharga,” katanya lagi.
Sempena ulang tahun ke-40 KFC ini, beberapa promosi istimewa menanti pelanggan setia. Bertemakan “Kombo Ulang Tahun KFC” salah satu daripadanya adalah set hidangan RM4 yang mengandungi 1 ketul ayam, 1 Kentang Putar (saiz biasa) dan 1 minuman berkarbonat (saiz biasa) dan kesemuanya hanya untuk RM4 sahaja! Tawaran ini sah sehingga 10 Julai 2013.
Pada masa yang sama, rebutlah peluang untuk mengumpul empat jenis Termos Ulang Tahun KFC (jenama Thermos™) yang dihiasi logo KFC sepanjang 40 tahun dengan hanya bernilai RM24.90 setiap satu (nilai sebenar Termos adalah RM89.90). Pastikan anda kumpul keempat-empatnya jenis termos ini. Tawaran ini sah sementara stok masih ada.
Akhir sekali, diskaun 40% istimewa untuk rakyat Malaysia yang lahir dari bulan Jun dan Julai 1973! Pelanggan cuma perlu tunjukkan MyKad untuk mendapatkan diskaun ini. Tawaran ini sah untuk pembelian (terhad kepada RM100.00 harga sebelum diskaun untuk setiap pembelian) sehingga 31 Julai 2013 sahaja.
Sejarah KFC Malaysia bermula apabila ia tiba di Malaysia pada Jun 1973. Restoran KFC yang pertama telah dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman, dan kini terdapat lebih 560 restoran KFC diseluruh Malaysia dengan bilangan yang semakin meningkat setiap tahun. KFC yang dikenali sebagai jenama barat, seolah-olah telah mencipta personaliti tempatannya tersendiri. KFC juga telah banyak membantu industri tempatan dan juga organisasi sukarelawan tempatan. KFC Malaysia terus menyediakan ayam goreng ‘so good’ dengan pelbagai lagi hidangan yang membangkitkan selera termasuk Cheezy Wedges yang disukai ramai, pelbagai jenis burger dan pelbagai produk lain lagi.
KFC menawarkan hanya yang terbaik untuk pelanggan kesayangan mereka melalui pelbagai produk dan promosi menarik yang disuaikan dengan citarasa terkini dan selera rakyat Malaysia. Seperti pepatah barat yang dikenali ramai, ‘hidup bermula di usia 40 tahun’, KFC semestinya menjanjikan yang lebih baik kepada semua.
Beego & Linda Hashim Selamat Disatukan Dengan Sekali Lafaz
Pelakon, Beego atau lebih dikenali Mohamad Aszerul Nizam Abdullah,31 selamat diijab kabulkan dengan aktres, Norhazlinda Hashim,29 atau lebih dikenali dengan Linda Hashim dengan sekali lafaz pada jam 9.26 malam semalam di di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur .
Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna ‘peach’ ini telah diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh ayah pihak perempuan Hashim Yusuf.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM35,000.
Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Quince, tepak sirih, jam jenama Titus, sebentuk cincin, sepasang jubah, set pewangi Burbery dan beg tangan Furla.
Manakaka pihak lelaki menerima seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata Cartier, sebentuk cincin Amporia Armani, set penjagaan diri L’eau D’issey Pour Homme, coklat Hershey’s Rocher dan sirih junjung.
Persalinan pengantin pada malam ini telah ditaja oleh Butik Erins & Erina Sequins.
*credit to Rotikaya
[nggallery id=167]
Zahif AF Sah Milik Sarah Julifa Dengan Sekali Lafaz
Jika tengahari tadi pelakon Amar Ashraf sah menjadi suami kepada Arna Salleh, tepat jam 3.30 petang tadi giliran Penyanyi dan penyampai radio ERA fm, Zahid AF atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin,33 selamat bergelar suami kepada Sarah Julifa Yusof,25 apabila mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.
Pasangan ini selamat di’nikahkan oleh jurunikah Tuan Haji Jaafar bin Haji Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan.
Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi pertama mereka esok manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF yang juga akan diadakan di Teluk Intan, Perak.
* Credit to Era.FM & Rotikaya
[nggallery id=166]
Jom Ber’LARI’ Ke Pawagam
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erin Malek, Hazama Azmi
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2013
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi
Sinopsis
Mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya. Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang bergelut denga krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.
[nggallery id=165]
Amar Ashraf & Arna Salleh Sah Sebagai Suami Isteri
Amar Asyraf sah menjadi suami kepada Arna Salleh dengan sekali lafaz sebentar tadi.Ia diberitahu melalui laman twitter beliau. Majlis pernikahan ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor,Perak.
Amar Asyraf juga menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000 kepada pihak perempuan selain membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
“Untuk majlis ini saya dan Arna memang tidak mengundang rakan media atas alasan privasi. Bagaimanapun saya tetap mengundang rakan media untuk majlis bertandang di Melaka, pada 17 Ogos nanti”
Sekitar Sidang Media Anugerah Blockbuster 2
Anugerah Blockbuster 2 bakal diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 15 Jun ini dengan menampilkan barisan artis seperti Adam, Stacy, Azlan And The Typewriter, Hazama, Kristal, Dayang Nurfaizah, Jacltn Victor, Aizat, DJ Fuzz, Roman bakal membuat persembahan.Ia bertemakan Bertemakan Gaya Vintage Kontemporari tau Hipster.Ia bakal disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) bermula dengan Karpet Merah pada jam 8.30 dan acara kemuncaknya pada jam 9.00 malam.
Raja Azmi Bercinta Dengan Gitaris Popular 90-an
Semalam, ketika bertemu beliau ketika di sidang media khas mengenai isu kontroversi antara beliau dan Adam Davin, sempat lagi wanita yang mesra dengan panggilan Kak Mi ini berkongsi berita gembiranya itu bersama pihak media.
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia


















