SO Staff

‘Anugerah Lawak Warna’ Bakal Memartabatkan Yang Terbaik Daripada Komedi Malaysia

Anugerah Lawak Warna yang bakal diadakan pada 16 Ogos 2013 di Istana Budaya bakal memartabatkan yang terbaik daripada komedi Malaysia. Ia bakal disiarkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika.

Anugerah Lawak Warna merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak.

Istimewanya, majlis anugerah ini bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala empat kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Di samping itu, satu kategori anugerah khas juri bakal diberikan oleh jawatan kuasa penganjur kepada individu ataupun produksi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri Televisyen & Filem Komedi.

Pada sidang media ini juga, Astro Warna turut memperkenalkan Dato’ AC Mizal sebagai pengacara siaran langsung Anugerah Lawak Warna.

“Kami sebulat suara memilih Dato’ AC Mizal kerana merasakan beliau merupakan satu-satunya pengacara yang berupaya untuk mengemudi majlis anugerah yang hebat seperti ini.

Pemilihan ini dilakukan berdasarkan prestasi cemerlang beliau dalam mengacarakan program-program komedi seperti Maharaja Lawak Mega dan Betul Ke Bohong. Kami percaya peranan beliau sebagai hos akan berjaya mengangkat Anugerah Lawak Warna yang julung kali diadakan ini ke tahap prestij yang diinginkan,” tambah Nizam.

Sebarang perkembangan terkini berkenaan Anugerah Lawak Warna akan diumumkan pada sidang media yang akan datang. Teruskan menonton pelbagai program terbaik di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika.

Jennifer Khoo memenangi Simplot Award – Best Food Blogger

Jennifer Khoo (center), the Grand prize winner flanked by Asliza Yusoff (left) and Kelly Siew

Simplot, penanam, pengeluar dan pembekal kentang utama dunia telah menganjurkan satu pertandingan memasak yang menyeronokkan yang disertai oleh lapan orang penulis blog di Masak-Masak, Ben’s Independent Grocer Store di Publika Solaris Dutamas. Kelapan-lapan peserta ini telah dipilih terlebih dahulu dalam  Simplot Award –Best Food Blogger Online Cooking Competition yang diadakan pada bulan Mei.

Melalui kolaborasi dengan B.I.G and Philips, lapan orang finalis; Kelly Siew, Jennifer Khoo, Tammy Lim, Ng Choi Yen, Hadijah (Cik Lily), Asliza Yusoff, Muhammad Falihin dan Azatulsheeda Azman telah menunjukkan kemahiran kulinari masing-masing dengan menyediakan hidangan yang menggunakan produk hashbrown Simplot seperti Simplot Popcorn Hashbrown, Simplot Triangle Hashbrown, Simplot Mini Hashbrown dan Simplot Hashbrowns di dalam masakan mereka. Semua peserta telah diberi masa selama 30 minit untuk membuat pilihan di Ben’s Independent Grocer bagi mencari bahan mentah yang diperlukan dalam masakan mereka .

Para peserta dikehendaki mencipta satu resipi dalam masa satu jam sebelum hasil masakan mereka dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada  para pakar kulinari terkenal – Chef Poobalan daripada Simplot, Dr. Sidney Kan, Presiden Persatuan Kulinari Malaysia dan  Dato’ Fazley Yaakob, pemenang  MasterChef Selebriti yang pertama di Malaysia. Kesemua masakan dinilai dengan enam kriteria termasuk rasa, kreativiti, teknik, kebersihan dan juga kemudahan penyediaan.

Ong E-Laine, Pengurus Pemasaran Komersil Serantau Simplot Asia Tenggara berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan lebih banyak platform bagi penulis blog makanan yang berminat untuk memasak supaya mereka mempunyai peluang menunjukkan bakat serta daya kreatif mereka. Kami gembira melihat para peserta yang begitu gemar memasak.” Beliau menambah, “Kami mengucapkan terima kasih kepada B.I.G kerana menaja lokasi pertandingan memasak ini dan Philips kerana membekalkan peralatan dapur Philips yang hebat-hebat dan seterusnya boleh dibawa pulang oleh para peserta pertandingan.”

Hidangan yang paling digemari oleh para hakim  ialah masakan Simplot Hashbrown Smoked Salmon Quiche yang disediakan oleh Jennifer Khoo, di mana beliau dipilih sebagai pemenang hadiah utama. “Saya langsung tidak menjangkakan kejayaan ini! Ini merupakan kali pertama saya menyertai pertandingan memasak dan saya tidak yakin boleh menang melihatkan ramai lagi peserta yang berbakat di sini!” kata Khoo, yang menulis di blog beliau www.chasingfooddreams.com. Beliau seterusnya menambah, “Keseluruhan pengalaman ini memang menakjubkan bagi saya. Terima kasih Simplot kerana memberi kami peluang ini!”

Jennifer Khoo membawa pulang trofi Simplot Award – Best Food Blogger, wang tunai RM5,000, peralatan dapur Philips bernilai RM2,000 dan produk Simplot seperti sos Leggo’s dan hashbrown. Pemenang tempat ketiga ialah Asliza Yusoff yang menulis di blog  www.mothercooks.blogspot.com, memenangi hadiah wang tunai RM2,000, peralatan dapur Philips bernilai RM600 dan produk Simplot, manakala pemenang tempat kedua Kelly Siew yang menulis di blog www.kellysiewcooks.com, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 serta peralatan dapur Philips bernilai RM1,000 dan produk Simplot. Para finalis lain turut memenangi hadiah sagu hati berupa peralatan dapur  Philips dan produk Simplot.

“Kami sungguh gembira dapat bekerjasama dengan Simplot menganjurkan pertandingan memasak ini. Sebagaimana konsep Ben’s Independent Grocer, kami mahu mewujudkan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bagi mereka yang suka memasak,” menurut Christine Lee, Eksekutif Pemasaran B.I.G. “Di MasakMasak, anak-anak dan keluarga mereka boleh mempelajari cara menyediakan hidangan dalam suasana yang ceria dan santai. Kami turut mengajar mereka cara makan dengan betul melalui petua memasak serta resipi yang enak dan mudah disediakan untuk dicuba di rumah,” tambah beliau lagi.

Perintis bagi jejari kentang (French Fries) beku komersil pertama pada akhir 1940-an dan sebagai pembekal kepada perkhidmatan makanan beku terbesar di dunia, Simplot Malaysia mempunyai 5 jenama produk di negara ini, iaitu Leggo’s, John West,  Edgell, I&J dan Simplot.  Untuk maklumat lanjut tentang  Simplot, sila layari http://www.simplot.com.my/.

Kedai Ayamas & RasaMas Rai Pemenang-Pemenang Peraduan“Spend & Win”

Kedai Ayamas & RasaMas telah meraikan para pemenang pertandingan “Spend & Win” di upacara penyampaian hadiah yang berlansung di Wisma KFC pada 10 Mei 2013 baru-baru ini.

Pemenang-pemenang bertuah telah dipilih daripada 25,000 penyertaan berdasarkan pilihan jawapan yang betul. Dua hadiah pertama berupa pakej percutian untuk dua orang ke Gold Coast, Australia dimenangi oleh Fatimah Az Zahra Othman menerusi penyertaannya melalui Kedai Ayamas manakala Hon Hock Ngen melalui RasaMas.

Fatimah bersyukur dan terharu dengan kemenangan yang sungguh tidak disangka, kerana ini merupakan kali pertama beliau memenangi tempat pertama untuk pertandingan seperti ini.

“Sewaktu saya menerima panggilan menyatakan saya telah memenangi hadiah pekej percutian ke Gold Coast, Australia, saya sangka ada orang cuba mengenakan saya”, katanya sambil ketawa kecil.

Fatimah dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja dan singgah di Kedai Ayamas Bangi untuk membeli ayam panggang bagi juadah makan malam. “Pekerja Kedai Ayamas memberi saya borang penyertaan dan saya terus mengisinya. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana kami sekeluarga dapat menikmati makan malam yang enak dan percutian ke luar negara ini seolah-olah durian runtuh bagi kami sekeluarga,” tambahnya.

Hon Hock Ngen pula telah menyertai peraduan ini sewaktu makan malam di restoran RasaMas di Aeon Tebrau City bersama keluarganya. “Anak-anak saya sangat gemar makan di restoran RasaMas dan kami sekeluarga selalu berkunjung ke sana. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, terutama sekali isteri saya,” kata Hon tersenyum. Hadiah ini merupakan kali pertama Hon bercuti ke luar negara dan beliau bercadang untuk membawa bersama sekali anak-anaknya jika berkesempatan. Hon juga berkata, dia sememangnya tidak akan melepaskan peluang menyertai apa juga pertandingan yang dianjurkan Kedai Ayamas atau restoran RasaMas pada masa yang akan datang.

Hadiah tempat kedua berupa pakej percutian ke Bali Indonesia yang dimenangi oleh Mohd Rizal Abdul Manaf menerusi Kedai Ayamas dan Hazmir Hamlis menerusi restoran RasaMas. Sementara itu, hadiah tempat ketiga yang berupa percutian ke Langkawi dimenangi oleh Ganesh Vythilingam menerusi Kedai Ayamas dan Muhamad Shaiful Rosley menerusi restoran RasaMas. Lapan pemenang tempat pertama berjaya membawa pulang sebuah iPad terbaru, manakala 18 pemenang tempat kelima menerima sebuah telefon pintar Samsung Ace Plus. Seratus hadiah saguhati telah dimenangi merupakan baucar makanan bernilai RM100.

Pertandingan yang telah berlangsung sepanjang dua bulan ini, (bermula dari 13 November 2012 tahun lepas sehingga 13 Januari 2013) adalah usahasama antara Kedai Ayamas dan restoran RasaMas. Para pelanggan hanya perlu berbelanja RM30 di mana-mana cawangan Kedai Ayamas atau RM38 di restoran RasaMas dan melengkapkan butiran yang diperlukan di dalam borang peraduan serta menjawab soalan dengan betul untuk menang. Seterusnya mereka dikehendaki memasukkan borang yang telah diisi ke dalam kotak yang disediakan di cawangan Kedai Ayamas atau restoran RasaMas.

“Saya ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada pemenang-pemenang yang telah mengambil bahagian dalam peraduan ini,” kata Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, operator Kedai Ayamas & restoran RasaMas di majlis itu.

Datuk Ahmad Zaki berkata, peraduan tersebut juga adalah tanda penghargaan syarikat kepada pelanggan setia dan juga pelanggan baru Kedai Ayamas serta restoran RasaMas di seluruh negara.

“Saya amat yakin dengan identiti baru, Kedai Ayamas akan terus dikenali sebagai sebuah kedai yang menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, disamping jenama RasaMas yang telah dipertingkatkan memberikan pelanggan pilihan menu yang enak sama ada selera tempatan ataupun selera barat. Saya pasti, kedua-dua jenama ini akan terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Turut hadir di majlis itu ialah Hishamuddin Hamidon, Pengurus Besar Kedai Ayamas dan  Loganderan Erusia, Pengurus Operasi Kanan untuk restoran RasaMas.

‘MENGGENGGAM JANJI’ Skrin Di 9 Minggu Ini

Skrin Di 9 minggu ini membawakan anda sebuah drama menarik arahan Heykal Hanifah iaitu Menggenggam Janji.  Menggenggam Janji menampilkan pelakon hebat Zamarul Hisham, Fouziah Gous, Janice Zelynn dan adik Khairisyah Kemal. Menggenggam Janji mengisahkan kehidupan saudara baru yang bergelut dengan perasaan untuk terus kekal istiqamah dengan ajaran Islam.

Rahmah, seorang mualaf yang sanggup meninggalkan agama asalnya demi cintanya terhadap seorang lelaki bernama Jalil (Zamarul Hisham). Tetapi setelah mereka berkahwin, Rahmah mula menemui hidayah untuk terus taat dan mendalami ajaran Islam dengan hati yang ikhlas. Sebagai seorang suami, Jalil dilihat semakin lalai dengan tugasnya untuk membimbing Rahmah dan anak mereka, untuk menjadi muslim sejati. Akibat terlalu sibuk dengan perniagaanya, Jalil hanya membiarkan Rahmah tercari-cari sendiri ilmu agama dan sering tidak mengendahkan penyakit yang dihidapi Rahmah.

Rahmah berkenalan dengan Syuhada, jururawat yang sering merawatnya di hospital ketika dia menjalani rawatan.  Kepada Syuhada, Rahmah sering meluahkan perasaannya.  Malah di saat akhir Rahmah, dia memberikan amanat pada Syuhada untuk memastikan Jasmin tidak akan terpesong dari ajaran Islam.  Setelah Rahmah tiada, Syuhada menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga Jasmin dan membuatkan hati Jalil terpaut pada keikhlasan Syuhada.  Jalil mahu melamar Syuhada untuk menjadi pengganti Rahmah dan berjanji dia tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu dan tidak akan lalai dengan tanggungjawabnya.

Tetapi, satu kebenaran telah terbongkar dan membuatkan Syuhada berat untuk menerima lamaran Jalil.  Apakah yang menjadi penghalang cinta mereka? Saksikan Menggenggam Janji di slot Skrin Di 9, Rabu ini, 29 Mei jam 8.30 malam di TV9.

Akademi Fantasi Kembali Dengan Format Terbaru

Walaupun pihak Astro pernah mengumumkan untuk menghentikan penerbitan rancangan Akademi Fantasia(AF), selepas ‘berehat seketika’ selama hampir 2 tahun pihak Astro merasakan AF masih lagi relevan untuk diteruskan penerbitan siri rancangan pencarian bakat baru dunia hiburan tersebut.

Selepas sembilan musim yang penuh gemilang bermula dengan musim pertama pada tahun 2003, kini Rancangan realiti TV paling popular di negara ini Akademi Fantasia(AF) akan kembali menemui penonton dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

“AF sebenarnya masih relevan dalam membekalkan bakat-bakat baru kepada industri dan ini terbukti daripada sembilan musim terdahulu yang banyak melahirkan artis yang berjaya dalam bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.” Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, bagaimanapun pihaknya telah membuat beberapa perubahan terhadap format program tersebut yang dilihat tidak lagi sesuai dengan situasi masa kini.

“Format terdahulu perlu diubah kerana tidak lagi sesuai dengan kuasa media sosial pada hari ini tambahan pula penonton mahukan sesuatu yang baru daripada AF,” jelasnya.

Program tersebut dijangka bakal bersiaran pada September depan di Astro Ria (104) dan sesi uji bakat bakal diadakan bermula 1 hingga 30 Jun depan.

Khairul ditemui pada majlis sidang media melancarkan program tersebut di The Venue Pavillion di sini pada Khamis.

Pada majlis sama, Khairul turut memperkenalkan logo versi terbaharu dan lagu tema AF yang turut menyaksikan juara AF2 Zahid, Adira & Juara AF6 Stacy sebagai penyanyi lagu tema baru AF. Akim, Hafiz, Mawi & Dina turut hadir pada sidang media tersebut.

Antara pembaharuan format & konsep AF kali ini, selain peserta solo, pasangan duet juga boleh mengambil bahagian. Tambah Khairul, peserta juga boleh menghantar link video nyanyian mereka yang dimuat naik ke laman youtube ke portal rasmi AF dan calon yang berjaya akan dipanggil untuk diuji bakat dilokasi berdekatan.

Uji bakat musim kesepuluh bakal diadakan di lima lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.Peserta mestilah berumur 18 hingga 35 tahun dan ia turut terbuka kepada warga Singapura.

Sementara itu, Khairul berkata, musim ini para peserta dibenarkan berinteraksi dengan peminat menerusi laman Facebook, Twitter dan Instagram bagi membolehkan mereka belajar berinteraksi dengan peminat.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi uji bakat secara talian boleh melayari www.akademifantasia.com.my.

Ura-ura kedengaran Zizan Razak bakal ditampilkan sebagai pengacara AF10 kali ini namun perkara tersebut masih lagi khabar angin yang bertiupan.

Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh uji bakat AF:
1. Hotel The Zon, Johor Bahru ( 1 & 2 Jun 2013)
2. Hotel vistana, Pulau Pinang (8 & 9 Jun 2013)
3. Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak (15 & 16 Jun 2013)
4. Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah (22 & 23 Jun 2013)
5. Shah Alam Convention Centre (SACC) Shah Alam (29 & 30 Jun 2013) (19)

Konsert Berharga RM1.5 Juta TVXQ Gamat & Menghiburkan

Hampir enam tahun menunggu, para peminat TVXQ akhirnya dapat menyaksikan persembahan mereka secara langsung di Stadium Malawati,Shah Alam.Walaupun hanya tinggal berdua namun mereka telah bersedia untuk memberikan persembahan yang hebat dan akan menjadi memori manis buat seluruh peminat.

Sebelum ini TVXQ dikenali dengan lima anggota yang mana tiga lagi ahli ialah Jaejoong, Yoochun, Junsu. Semasa berlima(sebelum berpecah), mereka pernah berkunjung ke sini untuk persembahan pertama, sekitar 2006 dan konsert sulung pada 2007.  Dihadapan kira-kira 12,000 peminat,TVXQ telah membuktikan meskipun tanpa tiga lagi anggota, mereka mampu memberi satu persembahan yang tidak kurang hebat dan menakjubkan.

Muncul segak bergaya dengan outfit putih, Changmin dan Yunho membuat gimik seakan mereka terbang ke arah peminat dan memulakan konsert dengan lagu, Rising Sun. Lantas menggamit nostalgia (sewaktu di zaman mereka berlima dulu), yang mana lagu itulah yang meletakkan TVXQ dipuncak. Kemudian mereka teruskan dengan GetawayWhy dan Hey. Sewaktu menyanyikan Like a Soap, pentas tiba-tiba bertukar menjadi seperti taman alam fantasi penuh bunga-bungaan dan maskot serangga sebagai props, menjadikan persembahan tambah menarik.Segmen solo juga tidak boleh dilupakan apabila duo ini masing-masing tampil dengan showmanship tersendiri. Changmin menyuntik mood sentimental dengan lagu Journey. Ada peningkatan dari segi vokalnnya. Sementara Yunho dengan kelebihannya – masih ligat menari sewaktu menyampaikan lagu Happy Bunny Funny.
Kemudian diteruskan dengan lagu Wrong Number, yang menampilkan konsep aksi lawan pedang. Tak cukup dengan itu, persembahan tersebut diiringi gimik mereka ditikam dan pantas kelihatan darah mengalir di lantai pentas. Mengagumkan, gimik darah itu sebenarnya adalah gerakan kain merah yang muncul tiba-tiba di lantai.
Adrenalin peminat memuncak dan arena semakin hangat apabila TVXQ mendendangkan I Don’t Know, Humanoid dan Purple Line. Dalam kerancakkan itu, sekali lagi suasana cemas dek kerana gimik letupan yang kuat. Tidak disangka-sangka beberapa batu yang dijadikan props pada tiang pentas tiba-tiba jatuh lantai pentas dan hampir-hampir menghempap Changmin yang ketika itu sedang berjalan ke arah depan. Namun keadaan terkawal dan TVXQ nampak sangat releks dan meneruskan persembahan mereka.
Bergema stadium dengan sorakan peminat apabila mereka mendendangkan lagu I Wanna Hold You. Kemudian ketika menyampaikan lagu Here I Stand, Changmin dan Yunho mengambil kesempataan mendekati peminat dan melambai-lambai keara seluruh yang ada di stadium. Konsert selama 2 jam setengah itu diteruskan dengan lagu Dream, Catch Me, Why, Unforgettable, Mirotic, Hiyaya (Summer Days), Summer Dream, dan Sky dan diakhir dengan I’ll Be There.
Secara keseluruhan, (meskipun dilihat kedua-dua mereka kurang berinteraksi bersama peminat) namun menerusi konsert yang mencecah kos lebih RM1.5 juta ini, TVXQ nyata berjaya memberi kepuasan kepada semua penonton yang menyaksikan konsert mereka. Ada peminat peminat, tak rugi mereka beli tiket semahal RM688.TVXQ Live World Tour “Catch Me” in Kuala Lumpur dianjurkan oleh JPM Music berkolaborasi bersama kru produksi pengurusan TVXQ yang diterbangkan khas daripada Korea Selatan.
[nggallery id=162]

Zaid AF2 Temui Jodoh Di Twitter..Bakal Nikah 7 Jun ini

Menjawab segala teka-teki yang selama ini bermain-main di minda peminat, juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid mengakui akan menamatkan zaman bujangnya pada awal bulan Jun nanti.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 32, akan mengahwini gadis bernama Sarah Julifa Jusoh yang telah dikenalinya setahun lalu.
Majlis pernikahan akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak pada 7 Jun dan resepsi akan berlangsung sehari selepas itu di rumah pengantin perempuan. Kemudian majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Jun juga di Teluk Intan, Perak.
Menurut Zahid, perkenalan antara dia dan gadis berusia 25 tahun itu bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter. Malah, sepanjang perkenalan Zahid tidak pernah mengetahui bahawa Sarah Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro.
Sikap Sarah Julifa yang memahami kerjayanya sebagai seorang artis mengeratkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.
“Dia seorang yang sangat memahami kerjaya saya dan mampu berdikari. Tanpa disedari dia sekali gus telah mengubah kehidupan saya menjadi lebih teratur dan pandai menguruskan masa. Memang dia memiliki peranan sebagai seorang isteri yang selama ini saya cari,” kata Zahid.
Sebelum ini, penyampai radio Era FM itu pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan penyanyi Nita Hamzah sebelum digosipkan akan berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang, Tengku Nurul Mardiana namun, Zahid menepis semua dakwaan itu.
sumber : Kosmo! & mD

‘KIL’ – Filem Yang Harus Ditonton

Daripada sebuah projek filem independent yang diterbitkan sepenuhnya mengunakan kamera DSLR Canon 5DMk2KIL, sebuah filem hasil garapan Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak & Khairulzaman Dzulkifly ini diantara filem yang dinantikan ramai peminat filem tempatan.

KIL, yang telah siap pengambaran & post production pada sekitar  2012 telah menerima sambutan yang positif selain treler pertama filem ini yang menerima lebih 80k tontonan yang telah dimuatnaik di Youtube.  Dengan membawakan tajuk utama & plot yang jauh berbeza daripada acuan biasa filem melayu yang pernah diterbitkan, “KIL” adalah dianatara filem yang bakal mengangkat perfileman tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

Filem yang diterajui oleh Reza Minhat & Cristina Suzanne yang turut dibintangi oleh Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat, Dira Abu Zahar, Atilia Haron, Raja Nor Baizura, Juliana Evans & Aidil Rusli ini mengisahkan Akil (Kil), seorang pemuda yang tenang dan tertekan yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri sebagai penyelesaian walaupun dia tidak pernah berjaya untuk membunuh diri.

Satu pertemuan peluang membawa dia bersemuka dengan “Life Action Biro” atau LAB, sebuah organisasi yang akan membantu beliau menamatkan hidupnya. Tetapi selepas terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat LAB itu, Kil bertemu dengan gadis cantik dan riang bernama Zara yang akhirnya memberikan Kil sebab untuk teruskan kehidupan.

Filem yang pada asalnya hanyalah sebuah projek indie diantara 3 sahabat baik Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak & Jeremy Little ini berjaya menarik minat pihak penerbit Grand Brilliance untuk dibawa terus ke layar perak yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2013.

 

 

[nggallery id=161]

 

 

 

Maya Karin ‘Tidur’ Dengan Vono Selama Setahun Lagi

Pelakon jelita, Maya Karin baru saja memperbaharuhi kontraknya sebagai duta serta jurucakap jenama tilam antarabangsa, Vono. Ini merupakan tahun keempat beliau sebagai duta dan Maya memberitahu beliau sudah mempunyai empat buah tilam jenama tersebut di rumahnya.

Maya berkata beliau bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan dan memikul tanggungjawab berkenaan selama setahun lagi.
Difahamkan jualan tilam Vono juga mempunyai peningkatan sejak kemunculan Maya Karin. Malah lebih menggembirakan aktres itu, beliau mendapat banyak respon positif daripada peminat yang juga merupakan pelanggan tilam Vono sekaligus mereka turut berkongsi rasa puas hati mereka terhadap kualiti produk berkenaan.
Maya mula menandatangani kontrak dan memikul tanggungjawab sebagai duta bagi jenama tilam dari United Kingdom (UK) itu sejak tahun 2010. Sebelum Maya, penyanyi popular Ziana Zain pernah dilantik sebagai duta dan jurucakap produk itu selama 10 tahun.
Dalam perkembangan lain, Maya baru saja selesai menjalani penggambaran filem Nota, di Kuching Sarawak. Filem arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka itu menggandingkan Maya dan Hans Isaac, sebagai suami isteri.
*credit – mD & todakmerah (photo)
[nggallery id=160]

Zo In Sung Keeps His Date with Kuala Lumpur

Zo In Sung (Spring Day, Memories in Bali) star of That Winter, The Wind Blows has embarked on his publicity tour to Southeast Asia in promotion of his popular Korean drama series on ONE HD (Astro B.yond HD Ch 393).

In Kuala Lumpur today and in Singapore tomorrow, Zo keeps his date with the media and fans of both cities in promotion of the beautifully shot and romantic 16-part That Winter, The Wind Blows. The touching drama series is set to re-run by popular demand from 1 June 2013, airing in dual sound on Saturdays and Sundays at 3.15pm on ONE HD.

Zo will first meet with members of the local media in the afternoon before gracing ONE HD’s meet-and-greet event at Paradigm Mall, Upper Atrium Level UG on 21 May 2013 at 7.30pm. He will relate his experiences from shooting That Winter, The Wind Blows at the mall event which is open to the public. Lucky subscribers of ONE HD who have received passes from Astro will get a chance to get up close and take a photo with him!

“ONE HD serves up some of the most popular Korean entertainment programs including top titles that air just weeks after their Korea debuts, but we are always looking to offer more. There is no better reward than bringing the stars of our audiences’ favourite programs to them. We are proud that Mr Zo In Sung shares our passion to engage with the fans of That Winter, The Wind Blows and warmly welcome him to Southeast Asia,” said Ricky Ow, Executive Vice President and General Manager, Networks, Asia, Sony Pictures Television.

ONE HD’s That Winter, The Wind Blows is the blockbuster Korean drama series to date in 2013 with a touching story, excellent writing, and visuals to match, brought to life by a brilliant cast. Leading man Zo stars opposite Song Hye Kyo (Full House, The World That They Live In), both making their comebacks to TV with this series. That Winter, The Wind Blows is Zo’s first TV drama in eight years since Spring Day in 2005, and his first acting project since completing mandatory military service in 2011.

In That Winter, The Wind Blows, Zo plays Oh Soo, an orphan who gives up on life after losing his first love, gets obsessed with gambling and becomes a con-artist. His next target is Oh Young, played by Song, the sole heiress to a large corporation after tragically losing her parents and her eyesight. He tries to get near Oh Young by pretending to be her long-lost brother. Henceforth, these two individuals, isolated in their own ways from the world, begin to understand the meaning of life together.

ONE HD’s premiere broadcast of That Winter, The Wind Blows from 13 March – 2 May 2013 was the No. 1 rated show in its timeslot among international channels in Malaysia and Singapore for pay-TV audiences 4+.

Powered by prime and current South Korean entertainment, ONE HD is the exclusive destination of programs produced by Seoul-based content supplier and broadcaster SBS through an output deal. ONE HD airs the latest Korean drama series, with selected titles premiering 3 – 5 weeks after their debut broadcasts in Korea. In addition, the hippest ongoing K-pop variety and music programs complement the channel’s drama line-up.

ONE HD is very popular in Malaysia where among pay-TV 4+ audiences, it is the No.1 rated high definition (HD) channel, with the longest average viewing duration among all HD channels on Astro, of 100 minutes per viewer each day.

Zo In Sung’s visit is the fifth promotional tour organized by ONE HD, following actor Jang Hyuk in January 2011 to promote Midas; Lee Dong Wook and Kim Sun-A in December 2011 for Scent of A Woman; K-pop boy group BTOB in June 2012 to perform in Jakarta; and budding actor Lee Hyun Woo in promotion of To the Beautiful You in October 2012

[nggallery id=159]

Tiket Konsert ‘Blue Moon CNBLUE 2013 World Tour’ Laris

Tiket konsert untuk ‘ Blue Moon CNBLUE 2013 World Tour’ laris bak goreng pisang panas apabila hampir 60% tiket telah habis dijual ketika hari pelancaran penjualan tiket di Fahrenheit 18 Mei 2013 yang lepas.

Detail tiket-tiket :

Moon Zone                  – Sold Out

VVIP A & B                  – Available

VVIP C,D,E & F          – Sold Out

VIP A & B                     – Sold Out

ROYAL (A ~ H)            – Available

SPECIAL A & B             – Available

Zone A-1 & A-2           – Sold Out

Zone B (1~6)               – Available

Tiket-tiket lain masih lagi boleh dibeli secara online http://redtix.airasia.com/Events/CNBlue/

[nggallery id=158]

 

 

Hadiah-Hadiah Bernilai Lebih RM120,000 Harus Dimenangi Di ‘Giveaway Extravaganza’ LAZADA

Lazada Malaysia, gedung beli-belah dalam talian yang utama di negara ini bakal menceriakan lagi sambutan hari Raya tahun ini apabila mengumumkan peraduan “Giveaway Extravaganza” sebagai tanda penghargaan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan yang memberi sokongan atas kejayaan tahun pertama yang hebat di pasaran Malaysia.

Lazada Malaysia yang menyambut ulang tahun pertamanya pada bulan April lalu telah mencapai kejayaan yang besar dengan meluaskan pangkalan pelanggannya sebanyak 20 peratus bulan ke bulan.

Igor Pezzilli, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Kami sedar bahawa Lazada Malaysia tidak akan berada di sini sebagai jenama yang berjaya jika tidak kerana sokongan yang berterusan daripada para pelanggan yang kini semakin mempercayai kami. Oleh itu, sempena Ulang Tahun Pertama, kami telah menganjurkan peraduan “Giveaway Extravaganza”, sebagai satu inisiatif  untuk menghargai para pelanggan di Malaysia yang telah bersama kami sehingga kini. Inilah cara kami mengucapkan ‘terima kasih’ atas segala sokongan yang telah diberikan melalui pendekatan yang menyeronokkan.

Peraduan ini yang bermula dari 20 Mei hingga 20 Jun 2013 bakal menghadiahkan para peserta bertuah dengan barangan bernilai lebih  RM120,000, termasuk hadiah utama sebuah kereta Mazda2 hatchback.

Peraduan yang tidak memerlukan borang penyertaan ini mensyaratkan para peserta yang berminat untuk mendaftar dengan surat berita Lazada di laman web mereka untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah harian baucar beli-belah Lazada yang bernilai sehingga RM300. Mereka yang berbelanja dari jumlah minimum RM25 berpeluang memenangi hadiah mingguan bernilai sehingga RM2,799, manakala peserta yang berbelanja RM50 dan ke atas berpeluang memenangi hadiah utama.  Selain itu, pemegang BCard turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah lain apabila menggunakan kad  tersebut semasa tempoh peraduan.

Bagi menyambut musim perayaan tidak lama lagi, Lazada Malaysia akan menambah ganjaran untuk pelanggannya melalui kempen “Syoknya Raya Bersama Lazada” yang menawarkan pelbagai produk bermutu untuk mereka yang menyambut Hari Raya. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah barangan bilik tidur dan peralatan dapur, buku agama dan buku masakan, fesyen serta tawaran eksklusif barangan elektronik.

“Ramadan adalah bulan yang disambut dengan penuh kesyukuran dan  saat-saat ini perlu dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan dan bukannya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas atau bersesak-sesak membuat pembelian di pusat membeli belah. Dengan Lazada, pelanggan boleh melaksanakan semua urusan membeli belah mereka melalui dalam talian tanpa masalah. Rangkaian produk Raya kami yang eksklusif akan mula dijual pada 1 Jun 2013 bagi membolehkan para pelanggan memilih dan menerima pembelian mereka dengan cepat tanpa perlu risau untuk menikmati kemeriahan Hari Raya nanti,” tambah Pezzeli lagi.

Dalam masa hanya setahun, Lazada telah berjaya melaksanakan beberapa kempen seperti kerjasama dengan MasterCard, di mana para pelanggan menerima ganjaran setiap hari Isnin selama enam bulan apabila mereka membeli belah di Lazada menggunakan kad kredit Mastercard mereka. Berikutan kejayaan kempen ini,  Lazada dan Visa akan melaksanakan program yang sama mulai 1 Jun 2013, di mana para pelanggan akan dapat menikmati diskaun setiap hari dalam seminggu apabila mereka membeli produk di Lazada Malaysia menggunakan  Visa.

Lazada Malaysia turut menjadi peneroka dalam e-dagang dan telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam talian yang berjaya seperti kempen 12/12/12 Awesome Deals Day! Bersama-sama dengan syarikat sekutu Zalora dan foodpanda, kempen yang berlangsung pada tahun lepas menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 12 peratus untuk pelbagai pilihan produk selama satu hari di mana 12 orang pelanggan bertuah berpeluang memenangi sebuah Apple iPod Shuffle. Kempen akan datang akan turut menyediakan tawaran eksklusif melalui Facebook  dengan peraduan diadakan setiap minggu.

“Di Lazada Malaysia, kami percaya bahawa komunikasi dengan pelanggan adalah penting kerana ini memberikan kami peluang untuk mengukuhkan perhubungan, menonjolkan produk baharu untuk faedah pelanggan serta meluaskan lagi jenama kami.  Dengan menjadi sebahagian daripada komuniti Facebook kami dan mendaftar untuk surat berita . Lazada, para pelanggan dapat menikmati gaya hidup serba baharu dengan Lazada!” Pezzeli menjelaskan.

Kejayaan Lazada adalah hasil daripada keupayaan mereka menyediakan perkhidmatan yang belum pernah ditawarkan di Malaysia sebelum ini. Perkhidmatan ini termasuklah penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, dasar pemulangan dan pertukaran dalam masa 14 hari serta jaminan harga terendah, dan pada masa yang sama mengekalkan jaminan penuh pembuat untuk semua produk mereka. Perkhidmatan bayar waktu terima turut disediakan di Lembah Klang dan sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia. Para pelanggan boleh menyemak sama ada mereka layak dengan memasukkan poskod mereka semasa mendaftar keluar.

Bermula dengan hanya enam kategori, Lazada kini telah menggandakan bilangan kategori untuk menyediakan rangkaian produk yang luas dan menjadikan pengalaman membeli belah lebih mudah di Malaysia. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah tablet, kamera, barangan rumah, produk kesihatan & kecantikan, barangan sukan, buku dan barangan bayi dan kini barangan fesyen.

“Kami merasa berbesar hati dengan sambutan yang diterima dalam masa beberapa bulan sahaja. Ini membuktikan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia yang memilih membeli belah melalui dalam talian untuk kemudahan mereka. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pengalaman membeli belah yang terkini, selamat dan menyeronokkan, dan kami komited untuk memastikan pelanggan sentiasa merasai pengalaman ini setiap kali mereka membeli belah bersama Lazada,” Pezzeli menambah.

Maklumat lanjut tentang peraduan “Giveaway Extravaganza” dan Lazada Malaysia boleh didapati di http://www.lazada.com.my, atau ikuti laman Facebook kami, https://www.facebook.com/LazadaMalaysia.