SO Staff

S.A.M Di Pawagam 19 Ogos 2012

Tarikh Di Pawagam ~ 19 Ogos 2012

Pelakon ~ Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa

Pengarah ~ Syafiq Yusof

Sinopsis

Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin).  Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.

Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.

Adakah Lisa dan Sam berjaya melepaskan diri dari cengkaman Haikal yang psiko gila tu?

[nggallery id=88]

 

‘The WANTED Live In KL’ Pada 18 September 2012

JS Konsert Productions sukacitanya mengumumkan The WANTED, salah satu band pop terbesar di Britain bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 18 September 2012 di Surf Beach,Sunway Lagoon.

Ia adalah konsert pertama di Malaysia yangmana mereka telah mencapai status EMAS untuk album pertama mereka. Mereka telah mengeluarkan 3 album iaitu The Wanted, Battleground and The Wanted (USA Debut).

Tiket-tiket yang berharga RM 450 (The Wanted Zone), RM 250 (Party Zone) dan RM 150 (Chill Out Zone) boleh la didapati di Rock Corner  KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre –Sg.Wang, Bangsar Shopping Centre, Tropicana City Mall, Amcorp Mall, The Guitar Store outlets – Cheras, Desa Sri Hartamas, Damansara Perdana, Kepong, Puchong dan di KL Live atau di www.ticketpro.com.my serta di talian 03-7880 7999.

Neelofa Jawab Teguran Yusof Haslam Dalam Masa Terdekat – Pengurus

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja naam pelakon-pengacara jelita Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Dalam laporan gosip sebuah akhbar kelmarin, perkara ini tercetus apabila Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.

Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.

Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

Sementara itu, memetik kenyataan di Sinar Harian, pengurus kepada aktres drama bersiri Kau Yang Terindahitu, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam itu.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya.

* credit mD

 

Neelofa Jawab Teguran Yusof Haslam Dalam Masa Terdekat – Pengurus

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja naam pelakon-pengacara jelita Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Dalam laporan gosip sebuah akhbar kelmarin, perkara ini tercetus apabila Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.

Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.

Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

Sementara itu, memetik kenyataan di Sinar Harian, pengurus kepada aktres drama bersiri Kau Yang Terindahitu, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam itu.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya.

* credit mD

 

MAZDA Lancar Bilik Pameran Terbesar Di Asia Tenggara

Sejajar dengan kekuatan yang semakin berkembang dan komitmen untuk pasaran Malaysia, Mazda telah memperkenalkan bilik pameran baru dan ibu pejabat korporat – 3S pusat yang sangat terkini dengan kemudahan dan reka bentuk  di Glenmarie, Shah Alam.

Ia terdiri daripada ruang lantai seluas 130,000 kaki persegi dengan empat tingkat.Ia adalah bilik pameran terbesar di rantau Asia Tenggara. Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Duta Jepun ke Malaysia, Mr. Shigeru Nakamura, Pengerusi Kumpulan Berjaya Corporation, ‘Tan Robin, ketua pegawai eksekutif Bermaz Motor Sdn Bhd, Dato’ Dato Ben Yeoh, Pengarah Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Francis Lee, serta sebagai Pengarah Eksekutif Prima Merdu Sdn Bhd, Dato ‘Amer Hamzah.

Encik Yamanouchi dalam ucapannya berkata, “Ia adalah saat yang membanggakan bagi kami di Mazda Motors Corporation hari ini juga kerana kami sanjungi kejayaan Berjaya Corporation, Bermaz Motor Sdn Bhd dan Prima Merdu Sdn Bhd dalam mengukuhkan lagi kehadiran jenama di Malaysia dengan pembukaan bilik pameran baru ini”.

Ini pelaburan yang terbaru dan yang sangat menakjubkan oleh rakan kongsi perniagaan Mazda di Malaysia akan pergi jauh dalam membuat pemilikan kenderaan Mazda usaha yang bangga dan memuaskan.

 

Step Up Revolution

Tarikh Di Pawagam ~ 2 Ogos 2012

Pelakon ~ Kathryn McCormick,Ryan Guzman ,Adam G Sevani, Alyson Stoner 

Pengarah ~ Scott Speer

Sinopsis 

Emily Anderson, anak perempuan kepada seorang ahli perniagaan kaya, tiba di Miami dengan aspirasi untuk menjadi seorang penari profesional, tetapi tidak lama lagi jatuh cinta dengan Sean, seorang lelaki muda yang mengetuai krew tarian dalam perusuh, huraikan kilatan yang canggih. Krew yang dipanggil MOB, berusaha untuk memenangi pertandingan bagi peluang penajaan utama, tetapi tidak lama lagi bapa Emily mengancam untuk memusnahkan kejiranan bersejarah MOB dan membina sebuah hotel besar, dan dalam proses itu, menggantikan beribu-ribu orang. Emily mesti bersatu dengan Sean dan MOB untuk menghidupkan seni prestasi mereka ke dalam seni protes dan risiko kehilangan impian mereka untuk berjuang untuk tujuan yang lebih besar.

[nggallery id=87]

 

Anzalna Nasir & Zarina Zainoordin Rebut Cinta Beto Kusyairy?

 

Pasti ramai akan tertanya-tanya tentang maksud tajuk drama terbaru TV9 iaitu Sirrun yang bakal disiarkan pada 7 Ogos ini, setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam menerusi slot Ratu. Sirrun bermaksud sesuatu rahsia yang terbenam di dalam hati seseorang. Lebih hebat lagi, drama bersiri 14 episod ini akan dihidupkan dengan pelakon-pelakon hebat dan popular masa kini iaitu Beto Kusyairy, Anzalna Nasir dan Zarina Zainoordin.

Kisah Sirrun bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja. Dia juga begitu rajin belajar di sekolah dan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Hidup Laila pula menjadi amat sukar apabila bapanya, seorang tabligh yang jarang berada di rumah, membuat keputusan untuk berkahwin buat kali ketiga. Laila marah terhadap bapanya dan juga kepada ibunya kerana merelakan perkara ini berlaku. Laila menjadi tidak terurus dan terpaksa berhenti sekolah ketika umurnya 16 tahun untuk menyara ibu dan adik-beradiknya.Setelah berhenti dari sekolah, Laila berkerja sebagai seorang guru di sebuah Tadika Islam. Di sana, dia telah bertemu dengan Khalid (Hairul Azreen) dan telah jatuh cinta pandang pertama. Laila memperkenalkan Khalid dengan rakan baiknya, telah menjadi marah dan cemburu apabila Khalid jatuh cinta dengan Surina pula. Kerana Khalid, Laila dan Surina bergaduh dan tidak bertegur sapa.

Sepuluh tahun telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak. Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.

Kisah seakan-akan sama yang berlaku sepuluh tahun lalu kini berulang kembali. Kebahagiaan Laila dan Surina kini berada di tangan seorang lelaki. Apakah nasib dua insan yang pernah bergelar rakan baik ini?

Resepi Sunnah Perkenal Masakan Sihat Mengikut Sunnah

Rancangan Resepi Sunnah terbitan Little Penguin Productions Sdn Bhd dan penerbit bersekutu HFaridhine Holdings Sdn Bhd akan berkongsi bersama anda semua tentang permakanan sihat dan resipi istimewa mengikut sunnah Rasullah S.A.W. Rancangan ini ditaja oleh Fareeda dengan menampilkan dua pengacara iaitu Haizi Rani dan Zuee Zulaikha.

Resepi Sunnah mengandungi 13 episod ini akan berkongsi dengan anda sebanyak 26 resepi yang terdiri daripada beraneka bahan yang menarik.Antara masakan yang terdapat pada rancangan ini ialah kurma berinti udang,lidah lembu bakar sambal kismis,roti barli,sup barli,sotong aneka cendawan dan banyak lagi.

Jangan lupa saksikan Resepi Sunnah di tv9 setiap hari Jumaat jam 6.30 petang sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini.

APP Green Day Untuk Apple Dilancarkan

APP Green Day telah dilancarkan! Seperti yang anda tahu kedudukan ikon produk berdasarkan populariti …anda semua boleh memuat turun aplikasi ini pada ipad dan  iphone anda dan ia adalah PERCUMA!

Aplikasi Green Day kini boleh didapati di semua format IOS (termasuk berita, muzik, pelancongan, video, dan seksyen photocard di mana anda boleh letak muka anda dalam album itu meliputi!).
– Ini adalah untuk Apple sahaja pada masa ini tetapi pelancaran pada Android tidak lama lagi!

Nabil Shuffle Di Sekolah?

Ada pertunjukan bakat di sekolah dan Nabil Raja Lawak dijemput! Lihat Yew Soon menyanyi “Can’t Live” oleh Mariah Carey dan walaupun Pak Sham menyertai, menyanyikan lagu Dato ‘ Sudirman serta persembahan dari 3 Merah.

Jangan lupa saksikan Oh My English! di Astro TVIQ (610) pada 5 Ogos jam 10 pagi !

 

2 Rakyat Malaysia Terpilih Menjadi Krew Juara Olimpik McDONALD’S

Lebih daripada 2,000 krew dan pengurus restoran McDonald’s terbaik akan memberi layanan kepada atlit-atlit, jurulatih, ahli media dan penggemar sukan sewaktu berlangsungnya Sukan Olimpik 2012 di London. Ahli krew McDonald’s dari seluruh dunia dipilih berdasarkan keistimewaan dan prestasi kerja masing-masing – tidak jauh bezanya dengan cara pemilihan atlit untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik.

Juara Krew Olimpik McDonald’s dari Malaysia ialah Aruni Hamzah, 27, dari restoran McDonald’s Telok Chempedak, Kuantan, dan Zulhilmi Jamal, 22, dari restoran Plentong di Johor.Mereka telah dipilih berdasarkan gaya kepimpinan dan prestasi cemerlang termasuk keupayaan untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Juga, mereka telah menunjukkan pengetahuan operasi restoran yang meluas dan kemahiran kerja yang luar biasa.

Dua pekerja contoh McDonald’s Malaysia ini akan mendapat peluang untuk menghidangkan makanan McDonald’s yang berkualiti tinggi di salah sebuah daripada empat restoran McDonald’s di tapak Sukan Olimpik – iaitu, satu di dalam Perkampungan Olimpik, satu di Pusat Media Utama, dan dua lagi di Taman Olimpik. Mereka juga diberi peluang untuk bertemu dengan atlit Olimpik, menghadiri acara sukan Olimpik, menyertai aktiviti sukaneka di Royal Parks, melawat tapak kebudayaan di London dan menjalin persahabatan dengan rakan sejawat antarabangsa.

Aruni berasa teruja dapat bertemu dengan atlit dunia yang terkenal di London dan menanti-nantikan pengalaman bekerja di suasana yang berlainan. “Ini sememangnya satu tanda penghormatan yang tinggi bagi saya kerana dapat mewakili McDonald’s Malaysia ke Sukan Olimpik di London,” kata Aruni, yang mula bekerja di McDonald’s pada tahun 2005.

“Peluang untuk memberikan perkhidmatan kepada atlit dunia yang terserlah dan bertemu dengan ahli krew dari seluruh dunia merupakan pengalaman yang amat saya idam-idamkan,” kata Zulhimi, yang menyertai McDonald’s pada tahun 2010.

Alhamdulillah Berkat Ramadhan..Abby Dan Memey Sudah Berbaik

Sikit masa dulu dunia hiburan tanah air pernah gempar dengan kes penceraian Abby Abadi dan Norman Hakim yang berpunca dari bekas suaminya itu ditangkap khalwat bersama Memey Suhaiza. Siapa yang mengikuti kisah mrereka sejak awal lagi, pasti anda tidak dapat melupakan adegan drama antara Abby dan Norman yang berlaku dihadapan pasaraya Carrefour, Wangsa Maju, kan.

Sejak itu, satu Malaya juga tahu yang Abby jelas sangat tidak senang dengan kehadiran Memey Suhaiza dalam kehidupan keluarganya meskipun kini Memey sudah pun menjadi isteri sah kepada Norman Hakim.


Namun, nampaknya sengketa diantara dua wanita ini sudah berakhir sejak semalam. Buktinya? Melalui Twitter-nya, Abby telah kongsikan dua keping gambar yang menunjukkan mereka kini sudah berbaik dan seperti tiada masalah untuk bersama.

Menurut Memey Suhaiza yang dihubungi Fara Fauzana Hot FM pagi tadi, memang benar mereka berdua telah berbaik dan semalam mereka berbuka puasa bersama di rumah Abby Abadi.Dan gambar Abby Abadi & Memey Suhaiza bertelekung lengkap ini, dirakamkan selepas mereka menunaikan solat Maghrib bersama yang difahamkan solat diimamkan sendiri oleh Norman Hakim.