Atlantic Recording Artis iaitu B.o.B telah pun melancarkan album “STRANGE CLOUDS” yang mana boleh dibeli secara online bermula hari ini. Ia hadir selepas album pertama B.o.B iaituΒ Β βB.o.B PRESENTS: THE ADVENTURES OF BOBBY RAYβ pada 2010 yang mendapat multi-platinum hit dari laguΒ βNothinβ On You (feat. Bruno Mars),β βAirplanes (feat. Hayley Williams of Paramore),β and βMagic (feat. Rivers Cuomo).
Sebut sahaja Man Keedal, Hillary Ang, Joe Wings dan Kid Search semua peminat muzik tanahair tentu kenal. Mereka adalah gitaris-gitaris tersohor di negara ini. Β Pihak RK Polaris bakal menganjurkan konsert istimewa yang akan menggabungkan 4 gitaris tersohor Malaysia yang diberi nama Konsert G4 : Petikan Legasi.
Ia bakal diadakan di KL Live pada Β 30 September 2012. Tiket-tiket yang berharga RM100 dan RM120 boleh diperolehi dengan menghubungi 019-9412345 (Dino) dan 019-6249443 (Faiz). Sila layari facebook dan twitter – Konsert G4 untuk keterangan lebih lanjut.
PUMA dengan bangganya memperkenalkan evoSPEED iaitu produk baru PUMA untuk semua jenis sukan. Mendapat inspirasi daripada Usain Bolt iaitu pelari terpantas di dunia ia direka Β dengan invosi yang terkini untuk prestasi tertinggi.
Pada majlis ini juga pihak PUMA memperkenalkan rakan PUMA terbaru mereka iaitu Kapten Pasukan Bola Sepak Kedah iaitu Baddrol Bakhtiar serta melancarkan video penuh PUMA yang menampilkan Khairul Fahmi Che Mat sebagai pelakonnya.Antara atlet yang menjadi rakan PUMA ialah Usain Bolt (Larian), Sergio Aguero dan Mario Gomez (Bola Sepak), Fernando Alonso (Pemotoran) dan Rickie Fowler (Golf).
Produk evoSPEED ini akan berada di pasaran pada akhir bulan Julai 2012 ini di Puma Stores,Al-Ikhsan,Royal Sporting dan beberapa outlets lagi.
Tidak ada sesiapa yang menang. Tidak ada habuan berupa wang ratusan ribu ringgit yang direbutkan. Kerana ini bukan rancangan Versus. Sebaliknya, tiga kugiran popular dari dua buah negara, bergabung di satu pentas yang sama. Secara eksklusif di hadapan 1000 peminat, mereka sukses memberikan satu konsert Rock cukup luarbiasa, keren bangat!
Atas namaΒ GIG Triple Play, KL Live malam Sabtu lalu menjadi lokasi terciptanya satu lagi sejarah dalam muzik, bila mana Bunkface, Hujan dan Nidji memukau pengunjung dengan persembahan penuh energetik! Konsert yang direalisasi untuk tatapan anak-anak muda yang mahukan suntikan muzik yang lebih kreatif.
Secara keseluruhan, tahniah TV9 kerana menghadapkan sebuah konsert sangat menghiburkan dan yang meninggalkan satu pengalaman cukup bermakna. Tanpa jurang antara dua negara Malaysia-Indonesia, sebalik GIG Triple Play memberi satu kelainan dengan impak menakjubkan. ‘Gig of the Year’, kalau anugerah itu wujud, MD kira GIG Triple Play layak mendapat pengiktirafan tersebut.
Sami Yusuf bakal mengadakan konsert di Malaysia iaitu pada 14 Julai 2012 di Stadium Malawati Shah Alam pada jam 9 malam.Konsert ini dibawa khas oleh Offshore Entertainment Production Sdn Bhd.
Pada konsert ini, Diva Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Mohram juga akan membuat persembahan.
Tiket-tiket anda boleh didapati di outlets Rock Corner dan Victoria Music Outlets. Jika membeli secara online sila keΒ www.AirAsiaRedtix.com.
T-ARA kumpulan yang dianggotai oleh 7 gadis korea iaituΒ Lee Ji-hyun, Jeon Boram, Park In-jung, Park Ji-yeon, Ryu Hwa-young, Ham Eun-jung dan Park Sun-young bakal mengadakan showcase di Malaysia pada 3 Oktober 2012 di Dewan Wawasan,Menara PGRM Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Ia dibawa khas oleh JazzyGroup.
Info Tiket Serta Tempat Duduk :
VVIP (Lovey) β RM 683.00 + Free 1 T-ARA t-shirt and 1 T-ARA cap (Limited Seat),
T3 (Poly) β RM 183.00 + Free 1 Transformer toiletries set (Free Seating),
T3 (Poly) Upper Level β RM 183.00 + Free 1 Transformer toiletries set (Free Seating),
T4 (We were in Love) – RM 103.00 (Free Standing)
Tiket telah mula dijual pada Isnin 25 Jun 2012 yang lepas. Tiket VVIP(Lovey) Β hanya boleh dibeli di Jazzy Group office. Manakal 120 tiket VVIP pertama akan berpeluang berada di atas stage untuk majlis menandatangi autograf oleh T-ARA.
Bukan sebarangan orang berpeluang membuat persembahan berkolaborasi bersama Okestra Filharmonik Malaysia (MPO). Sementelah penyanyi lagenda Tan Sri SM Salim (2001) kemudian Dato’ Sheila Majid merupakan dua figura yang sedia mencipta sejarah tersendiri bersama kumpulan muzik profesional ni. Meniti 35 tahun perjalanan seninya, tahun 2012 giliran ‘sifu’ Dato’ M.Nasir menyahut cabaran sekaligus bakal menciptakan satu pengalaman indah, hebat dan luarbiasa.
Atas namaΒ M.Nasir with The MPO, beliau bakal mengadakan persembahan diiringi 100 pemuzik di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada 13 dan 14 Julai ini, jam 8.30 malam.Bercerita lanjut, menurut M.Nasir, persediaan untuk membuat konsert yang diimpi sejak 11 tahun lalu ini sudah dilakukan sejak setahun lepas termasuklah dari segi pemilihan lagu juga susunan muzik yang baru ke atas lagu-lagu yang dipilih.
Selama 2 jam, peminat-peminat tegar komposer penyanyi, pemuzik ikonik ini akan dihiburkan dengan rangkaian lagu hits dan malar segar yang diinterpretasikan oleh MPO, antaranyaΒ Kias Fansuri,Β Sahabat Gua,Apokalips, Juwita, Ghazal Untuk Rabiah, Andalusia, Bonda, Kepadamu Kekasih, Sentuhan Listrikmu, Ada, Di Balik Cermin Mimpi, Hati Emas, Keroncong Untuk Ana, Mentera Semerah Padi, Mustika, Raikan CintaΒ danΒ Suatu Masa.
Dalam perkembangan lain, M.Nasir dalam perancangan untuk mengadakan persembahan istimewa di Singapura pada tahun hadapan.
Bagi para peminat yang ingin menyaksikan konsertΒ M.Nasir with The MPO, berikut tiket-tiket yang berharga Premium: RM358, A Reserve: RM258, B Reserve: RM158, C Reserve: RM98. Tempahan Telefon: 03- 2051 7007 Tempahan Fax: 03- 2051 7077.Tempahan Email: dfp_boxoffice@petronas.com.my atau maklumat lanjut boleh layari www.dfp.com.my & www.mpo.com.my
Keheningan awal pagi di lapangan terbang tambang murah (LCCT), Sepang, tiba-tiba bertukar menjadi gamat apabila diserbu kira-kira 100 peminat. Kejadian yang berlaku jam 2.30 pagi tadi ni gara-gara para peminat menyambut kedatangan kumpulan Kpop sensasi, Best Absolute Perfect aka B.A.P.
Difahamkan Babys (gelaran untuk fans) telah berkumpul seawal jam 11 malam lagi semata-mata mahu menantikan ketibaan Bang Yong Guk, Him Chan, Dae Hyun, Young Jae, Jong Up dan anggota yang paling menjadi kegilaan ramai, Zelo yang di jadual menjejakkan kaki di bumi Malaysia, jam 1 pagi. Bagaimanapun, penerbangan B.A.P dikhabar lewat sejam, namun langsung tidak mematahkan semangat peminat untuk terus setia menunggu.
Rata-rata mereka yang datang, membawa sepanduk yang tertulis “Selamat Datang” dan “Kami Sayang B.A.P”sebagai ucapan alu-aluan bagi kunjungan kali pertama mereka sebagai B.A.P. yang popular menerusi lagu hit mereka iaituΒ WarriorΒ danΒ Power.
Sekitar jam 2.50 pagi, kumpulan idol yang baru tiba dari Macau ni, keluar dari ruang ketibaan antarabangsa diiringi kru produksi, pengawal juga polis.
Baru saja ditubuhkan pada Januari lalu, impresif B.A.P bukan setakat berjaya mencuri perhatian peminat muzik di Asia. Malah dengan taruhan debut mereka berjudul Warrior yang direlease sekitar Januari 2012, membawa grup yang memperjuangkan genre Hip Hop-R&B ni menembusi sempadan muzik Eropah.
Pada bulan April lalu, B.A.P kembali dengan album kedua, Power iaitu sama judulnya dengan single pertama dalam album tersebut.
Kedatangan B.A.P ke sini bagi merealisasikan showcase pertama mereka pada 6 Julai (Jumaat) ini. Showcase anjuran Jazzy Group akan berlangsung di KL Live, jam 8.30 malam.
Sebelum itu, malam ini B.A.P akan mengadakan persembahan istimewa di Grand Finale Showdown, bertempat di KL Live, jam 9.30 malam dan bersiaran secara live di 8TV.
Pelakon ~Β Zarinatasha Jamalullail,Β Remy Ishak,Β Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik, Marisa Yasmin, Nash, Harris Shidee (Idola Kecil 3).
Pengarah ~Β Pierre Andre
Sinopsis
Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu.Β Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut.Β Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.Β
Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan.Β Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.
Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan?
Pertelingkahan antara dua dewi jelita pelakon Neelofa dan Anzalna akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila hari ni kedua-duanya tampil untuk berdamai. Pertemuan yang berlangsung di hotel Royal Bintang @ The curve, Damansara turut di saksikan oleh Presiden Seniman.
Anzalna yang hadir tanpa ditemani peguam mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap Neelofa. Sekaligus mengharapkan isu konflik yang berlaku sejak sebulan lalu tidak berpanjangan lagi.
“Saya Nor Anzalna Mohd Nasir, di atas nasihat pihak persatuan Seniman Malaysia memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya dan saya tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 tersebut”
“Secara jujurnya saya tidak bermaksud apa-apa ketika mengeluarkan kenyataan dan tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Sebaliknya kenyataan tersebut telah dimanipulasi oleh pebagai pihak. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada Neelofa dan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan”, ujar Anzalna.
Sementara itu Neelofa memberitahu dia dengan rela hati dan ikhlas menerima mohon maaf daripada Anzalna.
“Saya bersyukur semuanya sudah berakhir. Bagi mereka yang masih lagi tertanya-tanya mengapa saya mengambil jalan penyelesaian dengan cara perundangan kerana saya btahu saya di pihak yang benar dan ianya terbukti pada hari ini. Saya ucapkan terima kasih pada kedua penguam saya dan kepada pihak Seniman kerana tanpa bantuan Seniman, mungkin perkara ini akan berpanjangan, kata Neelofa yang hadir bersama dua peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mubarak.
Sebelum itu Anzalna dan Neelofa telah menandatangani akur janji yang dikeluarkan Persatuan Seniman dibawah Biro Aduan dan Perundangan yang disaksikan oleh Zed Zaidi supaya tidak ada sebarang perbalahan yang akan berlaku antara mereka pada masa akan datang. Sekiranya kedua pelakon itu melanggar akur janji tersebut, tindakan akan dikenakan seperti melucutkan keahlian mereka daripada persatuan.