SO Staff

JESSIE J LIVE IN MALAYSIA

Jessie J yang terkenal dengan lagu “Price Tag” serta bait-bait lirik “Its all about the money, money, money” bakal mengadakan persembahan di SURF Beach @ Sunway Lagoon pada Jumaat 16 Mac 2012 jam 8.30 malam. Konsert ini dibawa khas oleh TUNE TALK serta JS Concert Production.

Tiket-tiket yang berharga RM 298 (Tune Talk Zone), RM 198 (Party Zone) dan RM 98 (Regular) boleh la didapati di Rock Corner  KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre and The Guitar Store outlets atau di www.ticketpro.com.my serta di talian 03-7880 7999.

Tiket-tiket telah mula dijual pada 16 Disember 2011 yang lepas dan early birds tiket diskaun sebanyak 20% sebelum 15 Februari 2012.

 

EVANESCENCE LIVE IN MALAYSIA

Evanescene kumpulan yang terkenal dengan lagu “Bring Me To Life” dan “My Immortal” akan mengadakan persembahan secara live pada Khamis 23 Februari 2012 di KL Live jam 8.30 malam. Ia dibawakan secara khas oleh JS Concert Production.

Tiket-tiket yang berharga RM 298 (Rock Zone), RM 198 (JS Zone) dan RM 98 (Regular) boleh la didapati di Rock Corner  KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre and The Guitar Store outlets atau di www.ticketpro.com.my serta di talian 03-7880 7999.

Tiket-tiket telah mula dijual pada 21 Disember 2011 yang lepas dan early birds tiket diskaun sebanyak 20% sebelum 31 Januari 2012.

We’re definitely a rock band, but the twist is that the band’s music is epic, dramatic, dark rock.
—Amy Lee about Evanescence’s genre

 

Avril Lavigne “The Black Star Tour” Concert Live In Malaysia

Avril Lavigne akan mengadakan konsert “The Black Star Tour”  Live In Malaysia 2012 pada hari sabtu 18 Februari 2012 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.Konsert ini dibawakan khas oleh TUNE TALK dan JS Concert Production.

Tiket-tiket yang berharga RM 298 (Tune Talk Zone), RM 198 (Rock Zone) dan RM 98 (Regular) boleh la didapati di Rock Corner  KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre and The Guitar Store outlets atau di www.ticketpro.com.my serta di talian 03-7880 7999.

Tiket-tiket telah mula dijual pada 14 Disember 2011 yang lepas dan early birds tiket diskaun sebanyak 20% sebelum 31 Januari 2012.

Simple Plan Live in Malaysia

Simple Plan, sebuah band yang popular dengan lagu ‘Welcome To My Life’ ini bakal mengegarkan KL Live pada 14 Januari 2012 ini. Band pop punk dari Kanada ini akan membuka tirai konsert 2012 dengan ‘SIMPLE PLAN – GET YOUR HEART ON TOUR’ diseluruh asia. DI Malaysia, konsert ini dibawakan oleh Tunetalk dengan kerjasama JS Concert Productions dan Fat Boys.

Band ini terdiri dari lima jejaka iaitu Pierre Bouvier (vokal utama), Jeff Stinco (gitaris utama), Sebastien Lefebvre (gitar rhythm), David Desrosiers (pemain bass) dan Chuck Comeau (pemain drum).

Tarikh : 14 Januari 2012

Masa : 8.30pm

Tempat : KL Live, Kuala Lumpur

Tiket : RM258, RM188, & RM 98

Info : Untuk maklumat lanjut sila layari http://tiketpro.com.my atau http://rockthisjoint.com.my

Istana Budaya bakal digegarkan dengan Konsert Awie & Ella pada 12hb – 15hb Januari 2012

Istana Budaya bakal digegarkan dengan Konsert Awie dan Ella “Raja & Ratu Rock Malaysia” iaitu dari 12 -15 Januari 2012.Pada konsert kali ini,hanya 6 persembahan akan diadakan.Ia dibawa khas oleh Tall Order Production di bawah naungan Hans Isaac.Sebanyak 21 buah lagu akan didendangkan selama 1 jam 45 minit oleh Awie dan Ella iaitu 7 buah lagu dari Awie,7 buah lagu juga dari Ella serta 7 buah lagu lagi ialah duet dan medley dari Awie dan Ella.

Susunan muzik untuk konsert akan diarahkan oleh pemuzik terkenal iaitu Edrie Hashim.Pemuzik-pemuzik terkenal yang akan mengiringi Edrie adalah Ujang Exist (drums), Ujang (gitaris) , Fly (bass) , Amir Feerza (percussion) , Kudin (keyboard)  dan Jason Voo (keyboard). Rekaan pentas pula adalah dari idea Raja Malek dan Jia-Wei Loo.

Tiket-tiket oleh didapati di Istana Budaya dan di www.ticket2u.biz atau ditalian 03-4147 8600 dengan berharga RM43,RM83,RM143,RM213,RM303 dan RM403.

 

Suatu Malam Kubur Berasap Bakal “BERASAP” di panggung pada 22 Disember ini..

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu”. Begitulahperumpamaan yang molek sekali diberikan kepada Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz dimana merekadilahirkan daripada rancangan realiti televisyen popular Raja Lawak dan akhirnya mendapat tawaranuntuk berlakon filem.

Kelima-lima mereka berjaya menambat hati pengarah baru, Ernie Chen untuk berlakon di dalam filempertama beliau, “Suatu Malam Kubur Berasap”, filem yang bergenrekan seram komedi dan akanditayangkan kepada orang ramai pada 22 Disember 2011. Bekas peserta Raja Lawak; Angah, Alongdan Azrul sudah lama menempa nama mereka di dunia hiburan dan sering kali menjadi rebutan ramaipengarah sejak mereka mengakhiri rancangan tersebut.

Tetapi bagi pendatang baru, Wira dan Faiz Raja Lawak, filem Suatu Malam Kubur Berasap adalah filempertama bagi mereka dan mereka berasa sungguh teruja dengan filem ini. Menurut Wira, filem SuatuMalam Kubur Berasap adalah sebagai batu loncatan baginya dan berharap melalui filem ini orang ramaidapat mengetahui dia bukan hanya boleh melawak, tetapi juga mempunyai bakat berlakon.Filem Suatu Malam Kubur Berasap juga membariskan pelakon seperti Zac Diamond, Ruminah Sidek,Zami Ismail, Accapan dan pendatang baru Nurul Ain Nordin. Bagi peminat Arwah Pak Zami Ismail ataulebih dikenali sebagai Pak Uda patut menonton filem ini kerana filem Suatu Malam Berasap adalah karyaterakhir beliau.

Saksikan filem ini pada 22 Disember ini di semua panggung seluruh negara..JOM TONTON!!!!

 

[nggallery id=31]

Nora Danish – Idola Seni

Bakatnya memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Nora Danish Mohd Hanif yang dilahir pada 7 March 1982, merupakan seorang model, pelakon dan juga pengacara TV. Anak kelahiran Terengganu ini memulakan karier beliau didalam modeling untuk Clearasil CF. Dari situ beliau mula menceburi bidang lakonan. Popular dengan drama ‘puteri’ TV3, Nora Danish terus mencipta nama. ‘Cuti-Cuti Cinta’ merupakan filem antara filem romantiknya yang terbaik.

Berkahwin pada usia 24 tahun, Nora Danish telah dikurnia seorang cahaya mata. Mungkin jodoh mereka tidak berpanjangan, Nora Danish bercerai pada tahun 2009.

Antara drama yang pernah dibintangi oleh Nora Danish ialah pendekar 5, Sumpah Bunian, tiga Serumah, Putera katak, Arjuna, Khurafat The Series dan Tentang Dhia. Manakala filem lakonan beliau pula ialah Senario : Pemburu Emas Yamashita, Gila-Gila Pengantin Popular dan Jangan Pandang Belakang Congkak. Jika anda ingin mengikuti perkembangan Nora Danish, silalah ke laman facebook beliau di http://www.facebook.com/pages/Nora-Danish/123438564347835

[media-credit name=”Foto Dari Nora Danish Fan Page” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

 

 

Sarah Azhari – Seksi

 

Sarah Azhari yang lahir di Jakarta pada Jun, 1977 merupakan seorang pelakon, model dan juga seorang penyanyi. Walau bagaimana pun Sarah lebih aktif dalam bidang modeling. Selebriti yang penuh dengan kontraversi ini pernah mengemparkan masyarakat dengan gambar-gambar seksinya. Antara filem lakonan beliau yang mendapat sambutan ialah ‘Suami-Suami Takut Istri – The Movie’. Beliau juga dilaporkan mempunyai banyak membuat hubungan dengan selebriti Indonesia dan di blog beliau mengatakan dia sangat berminat untuk mempunyai hubungan dengan lelaki.

[media-credit name=”Gambar Dari Internet” align=”aligncenter” width=”450″][/media-credit]

Ana Raffali Bercinta?

Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau lebih dikenali dengan nama pentas Ana Raffali kini dilaporkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang juga teman di universiti satu ketika dulu.

Dipetik daripada Berita Harian, penyanyi “Tolong Ingatkan Aku” mengakui dia seorang yang sukar difahami tetapi lelaki ini berjaya mengambil hati dan memahaminya, sekaligus melengkapkan hidupnya.

“Saya suka sikapnya yang memahami karier dan kehidupan saya sebagai seorang artis. Kami sudah berkenalan lebih kurang enam tahun lalu tetapi sebagai teman rapat sahaja. Saya tidak menyangka persahabatan tersebut boleh melangkah ke hubungan yang lebih serius,” ujar penyanyi yang sentiasa tampil dengan baju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.

Malah pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 ini turut memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga memandangkan sudah berusia 26 tahun. Namun dia menegaskan bukan dalam tempoh terdekat ini.

“Saya serahkan kepada ketentuan Ilahi dan doakan yang terbaik sahaja,” kata Ana lagi yang turut memberitahu tidak kisah jika jodohnya tiba di saat karier sedang meningkat.

 

 

‘Dingin Lavenda’ drama terbaru menerusi slot Zehra

Menyusuli Tahajjud Cinta, saksikan drama bersiri terbaru, ‘Dingin Lavenda’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam mulai 9 Disember 2011. Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Eira Syazira, Zarina Zainordin, Faralyna Idris, Salleh Mahfooz dan Azlee Khairi, terbitan Layar Consult Sdn Bhd yang diarahkan oleh sutradara Amy Maziah dengan nukilan skrip oleh Zabidi Mohamed. Drama ini turut menjalani penggambaran di Melbourne, Australia.

Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.

Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.

Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.

Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne.  Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.

Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.

Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan kisah 3 sahabat di drama bersiri hebat, Dingin Lavenda, setiap hari Jumaat jam 9.00malam.

 

Vanila Coklat bakal mengisi slot Lestary menggantikan Cinta Elysa bermula 20 Disember ini

Vanila Coklat, sebuah drama romantik komedi yang menampilkan Izara Aishah sebagai Zara, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5) sebagai Aamir, Iqram Dinzly sebagai Kamal dan Nabila Daly sebagai Liana bakal mengisi slot Lestary menggantikan Cinta Elysa bermula 20 Disember ini. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe, skrip ditulis oleh Panel AMC dan diterbitkan oleh Asia Media Content.

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat, setiap Selasa jam 9.00malam bermula 20 Disember ini. Penonton yang terlepas menyaksikan Vanila Coklat boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

 

Pembukaan Amber Chia Academy ke-4 di Berjaya Times Square serta sambutan hari jadi yang ke-30

Pada 8 Disember yang lepas bertempat di Berjaya Times Square, Supermodel terkenal Malaysia iaitu Amber Chia telah merasmikan pembukaan Amber Chia Academy yang  ke-4 selepas Jaya One (Petaling Jaya),Melaka dan Pulau Pinang. Pada majlis itu juga diadakan sambutan hari jadi utk beliau yang ke-30 yang jatuh pada 14 Disember 2011.

Akademi ini menawarkan pelbagai kursus iaitu modelling,photography serta make up. Kursus-kursus ini dijalankan pada setiap hari termasuk hujung minggu. Pada masa akan datang, ia akan menawarkan kursus-kursus seperti seni lakonan,menari dan menyanyi.Terdapat juga kursus make-up iaitu yang diiktiraf oleh KPMA (Makeup Advanced Korea Pro Makeup Association) yang mempunyai ahli seramai 50,000 orang diseluruh dunia.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan boleh lah datang terus ke Amber Chia Academy Berjaya Times Square,Lot 08-58,08-59,08-60, Tingkat 8,Berjaya Times Square,N0.1,Jalan Imbi,55100 Kuala Lumpur,Malaysia. Anda juga boleh menghubungi di talian 03-21418998 atau melayari laman web iaitu www.supermodel-academy.com atau www.amberchia.com/academy.