SO Staff

Senario The Movie : Ops Pocot

Kumpulan Senario yang terdiri daripada Azlee, Mazlan dan Wahid sekali lagi ditampilkan menerusi filem terbaru mereka Senario The Movie:Ops Pocot terbitan Metrowealth Pictures (MIG). Filem yang sarat dengan elemen komedi ini diarahkan oleh Ismail ‘Bob’ Hashim yang tersenarai dalam “Skim 10 Pengarah Muda MIG” yang telah berjaya mencipta fenomena melalui filem “Ngangkung”. Kecenderungan penonton ke arah filem yang bercorak komedi dilihat mampu untuk mendidik masyarakt dan memberi info berguna serta panduan terhadap masyarakat melalui filem bergenre komedi aksi ini.

Penggambaran filem ini telah dijalankan di sekitar Melaka Bandaraya Bersejarah pada tahun lalu melalui kerjasama Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dibawah Kementerian Dalam Negeri banyak membantu melicinkan proses penggambaran filem. Gabungan pelakon-pelakon versatile serta berpengalaman seperti Kamal Adli, Diana Amir, Sasqia, Shahfiez, Alex Yanz, Hairul Azreen, Mas Muharni dan Mr. Os memberi suntikan terbaik dalam menjayakan filem. Melalui filem ini, pihak MIG turut menekankan info mengenai badan beruniform iaitu RELA yang bertujuan untuk memberi makluman kepada masyarakat serta menambah bilangan anggota untuk menyertai RELA.

“Di Sebalik Tabir Senario The Movie : Ops Pocot”

Filem ini mengisahkan gelagat tiga orang pemuda iaitu Azlee, Mazlan dan Wahid yang tiada sebarang pertalian persaudaraan mempunyai karekter yang berbeza. Azlee, seorang pengawal keselamatan bekerja di sebuah kompleks membeli-belah yang selalu tidur ketika bekerja serta kurang stamina. Mazlan pula merupakan seorang yang penakut dan lemah semangat selalu menjadi mangsa buli di tempatnya bekerja manakala Wahid bekerja di syarikat pembekal buruh asing merupakan seorang yang amat pendiam. Plot filem ini mula berkembang apabila ketiga-tiga pemuda ini secara paksa-rela menyertai pasukan RELA atas desakan majikan masing-masing yang bengang dengan sikap mereka. Latihan yang ketat oleh Pak Bad (Mr. Os) ditambah pula dengan gangguan dari tiga orang pemuda nakal iaitu Hairi (Kamal Adli), Bob (Shahfiez) dan Maman (Hairul Azreen) menyukarkan diri mereka untuk menyesuaikan diri. Namun, segala-galanya berubah apabila mereka bertiga mula berpacaran dengan tiga orang gadis lasak tetapi jelita iaitu Ann (Sasqia), Azie (Mas Muharni) dan Mala (Diana Amir).

“Barisan Pelakon Senario The Movie : Ops Pocot”

Walaupun permulaan filem ini agak perlahan, unsur-unsur komedi yang diselitkan melalui setiap babak mampu menghiburkan penonton. Kematangan kumpulan Senario melalui jenaka yang mereka tampilkan dalam filem ini masih dikekalkan. Garapan yang ditonjolkan oleh pengarah pasti tidak menghampakan penonton. Di samping itu, segala aksi dan babak-babak berkaitan latihan oleh pasukan RELA turut diketengahkan kepada penonton sebagai salah satu tarikan.
Pelbagai kisah lucu dan menarik yang terjadi sepanjang mereka menjalani latihan untuk menjadi anggota RELA. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Hairi, Bob dan Maman sehinggalah ke bibit-bibit percintaan mereka di antara Ann, Azie dan Mala. Adakah latihan ini berjaya mengubah sikap mereka bertiga? Apakah kesudahan kisah cinta tiga pasangan ini? Bagaimanakah nasib ketiga-tiga budak nakal tersebut? Segalanya akan terungkai di pawagam sekarang. Saksikan kesudahan cerita ini!

Take Me Home Tonight

Setelah berakhirnya musim filem blokbuster sempena musim panas, kemunculan filem seperti “Take Me Home Tonight” bakal menemui penggemar filem Barat. Filem komedi santai ini akan menemui para penonton di seluruh pawagam tanah air pada 21 Julai 2011. Walaupun tidak menampilkan nama-nama besar pelakon handalan Hollywood, filem ini masih mempunyai tarikan yang tersendiri menerusi jalan cerita yang agak santai.

Membariskan pelakon seperti Topher Grace, Anna Faris, Dan Fogler dan Teresa Palmer, filem ini berlatar belakang pada era kemunculan muzik hip-hop dan keagungan muzik rock pada ketika itu. Menyelitkan unsur-unsur romantik, persahabatan dan gila-gila zaman remaja, penonton dibawa untuk menghayati karakter-karakter melalui jalan cerita yang ringkas. Namun begitu,percakapan serta dialog yang ditonjolkan kurang sesuai untuk tontonan bagi mereka dibawah umur 18 tahun. Lakonan para pelakon dalam filem ini amat bersahaja dan santai, pelbagai karenah dan aksi lucu dapat dilihat dalam setiap karekter.

Filem ini mengisahkan seorang graduan MIT Universiti yang bekerja di sebuah kedai video iaitu Matt Franklin (Topher Grace), kakaknya Wendy Franklin (Anna Faris) dan kawan baiknya Barry Nathan (Dan Fogler) yang masih tercari-cari arah sebenar kehidupan mereka. Suatu hari, ketika Matt sedang bekerja, Tori Fredreking (Teresa Palmer) yang menjadi kegilaan jejaka ketika zaman kolej, datang secara tidak sengaja ke tempat Matt bekerja. Tori menjemput Matt menjadi temannya untuk menghadiri parti hujung minggu yang dianjurkan oleh teman lelaki kakak Matt. Matt, Barry dan Wendy hadir bersama-sama ke parti tersebut. Sebelum tiba ke parti, Barry telah mencuri sebuah kereta di tempat Barry bekerja sebagai tanda protes akibat dipecat majikannya. Plot cerita ini mula berkembang apabila Tori meluahkan bahawa dia amat benci dengan kariernya. Tori turut meluahkan bahawa majikannya mengambil Tori bekerja semata-mata untuk menatap tubuh Tori yang seksi. Setelah mendengar luahan Tori, Matt juga mula berterus-terang tentang dirinya.

Apakah yang terjadi kepada Matt? Adakah Tori dapat menerima kebenaran tentang diri Matt? Apakah yang akan dilakukan Matt untuk menawan hati Tori? Jom kita menonton di pawagam untuk mengetahui kisah selanjutnya.

MIG Tampil Dengan Filem Seram Terbarunya ‘Flat 3A’

Selaku salah satu kuasa besar industri seni tanah air, Metrowealth Pictures (MIG) tampil sekali lagi menerusi filem terbarunya Flat 3A. Filem ini telah mula ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara pada 14 Julai 2011. Pelbagai kelainan serta elemen terbaru ditonjolkan oleh pihak MIG dalam setiap filem keluarannya demi memenuhi selera para peminat filem tempatan dan ingin memberi impak yang lebih segar.

Flat 3A merupakan filem terbitan MIG yang ke-51 hasil garapan pengarah terkenal iaitu Azahari Zain. Filem bergenre seram ini adalah filem yang ke-6 arahan beliau bersama MIG. Kepercayaan yang diberi oleh pihak MIG kepada beliau ternyata tidak dipersiakan malah beliau mampu memberi kelainan di dalam setiap filem arahannya. Beliau turut tersenarai di dalam “Skim 10 Pengarah Muda MIG”. Walaupun Flat 3A bergenre seram, beliau bijak menyelitkan sedikit kesedaran tentang masalah pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi dewasa ini dalam membina nilai-nilai moral dan memberi kesedaran kepada penonton khusunya remaja.

Gambar Di Sebalik Tabir Flat 3A

Flat 3A menampilkan pelakon-pelakon berbakat besar masa kini iaitu Intan Ladyana (Fiqah) yang bergandingan dengan pelakon baru iaitu Adey Syafrien (Anas), Ery Zukhairi (Wahyu), Shasha Zurazie (Ratna), Syazana Firas (Adik Fatin) dan ramai lagi. Gandingan baru ini turut dimantapkan melalui penampilan para pelakon seperti Khaty Azean (Ibu Fatin), Zaidi Omar (Kang Suman) dan Zila Bakarin (Jiran). Penggambaran filem ini dilakukan di sekitar Petaling Jaya dan menelan kos sebanyak RM1.7 juta.

Filem ini mengisahkan Fiqah seorang pekerja kilang yang telah mengandung akibat keterlanjuran bersama kekasihnya Anas. Anas memaksa Fiqah menggugurkan kandungannya walaupun Fiqah tidak rela. Akibatnya Fiqah dipukul dan Anas memberi ubat untuk menggugurkan kandungan Fiqah. Demi cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Sejak itu Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Konflik kisah ini bermula apabila Fiqah bersama kawan baiknya Ratna berpindah ke sebuah flat berdekatan tempat kerja mereka. Tanpa diketahui Fiqah, rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang dipercayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran kawasan flat tersebut. Di rumah tersebut , Fiqah kerap diganggu. Fiqah menyangka perasaan yang menyelubungi dirinya itu akibat trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya. Namun setelah beberapa lama barulah Fiqah sedar bahawa dia telah diganggu oleh roh kanak-kanak yang bernama Fatin.

Apakah kaitan antara Fiqah dan Fatin? Siapakah Ratna sebenarnya? Apakah misteri yang bakal diungkai? Jom kita ke pawagam untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Najwa Latif, Shila Amzah, Farawahida dan Ramai Lagi Di Parti TAAP

Bagi memeriahkan lagi sambutan terhadap filem Tolong ! Awek Aku Pontianak (TAAP), 100 pembaca blog Sensasi Selebriti yang dikelolakan oleh Budiey Isma dengan kerjasama pihak Tayangan Unggul Sendirian Berhad, satu parti kostum telah diadakan di Megaview 1, Menara Kuala Lumpur. Parti ini diadakan sebagai satu simbolik kepada salah satu adegan dalam filem tersebut dan juga menghangatkan lagi sambutan terhadap filem TAAP. Seramai 180 tetamu yang hadir termasuk para pelakon filem tersebut dan rakan artis lain. Antara rakan artis yang hadir memeriahkan parti kostum ini adalah Najwa Latif, Shila Amzah, Farawahida dan Farina AF8 yang turut membuat persembahan dalam majlis itu. Selain berpeluang memenangi hadiah pakaian terbaik mengikut tema, para tetamu yang hadir turut dihidangkan dengan permainan dan menonton tayangan eksklusif selama 30 minit babak-babak di dalam filem ini.

Turut diadakan juga adalah cabutan bertuah dan tetamu berpeluang memenangi 30 hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur. Hadiah utama merupakan kamera video Canon Legria HFR 16 sumbangan Canon. Pemenang Kostum Lelaki Terbaik dan Kostum Wanita Terbaik masing-masing membawa pulang kamera digital Canon PowerShot A 3300 IS.

Dalam pada itu, Tayangan Unggul turut menjalinkan kerjasama dengan Kelab Motor Keicarmania di mana pelekat kereta berlogo filem Tolong! Awek Aku Pontianak dilekatkan di 100 buah kenderaan milik ahli kelab motor ini di seluruh negara.

Program CUBAAN di Astro Oasis

Akur dengan permintaan para pelanggan yang mahukan pengisian rohani di televisyen, ASTRO tampil dengan sebuah lagi program untuk para penonton. Perkembangan positif masyarakat terhadap penerimaan program-program berbentuk keislaman seumpama ini menunjukkan masyarakat sentiasa dahagakan program-program berbentuk ilmiah untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian yang kian mencabar.

Saluran Astro Oasis (saluran 106) menayangkan sebuah program santai berjudul “Cubaan” yang memaparkan rakaman beberapa gelagat dan aksi moral untuk dijadikan iktibar kepada masyarakat. Pihak ASTRO sentiasa berusaha menawarkan program-program terbaik bagi memenuhi citarasa pelanggan menerusi konsep yang lebih segar dan efektif. Menampilkan Akhil Hayy sebagai pengacara, program Cubaan memaparkan rakaman aksi-aksi rakyat Malaysia di tempat terbuka bagi menguji orang ramai menghadapi situasi-situasi luar biasa. Lokasi rakaman program ini telah dibuat di sekitar Jalan Bukit Bintang dan juga Jalan Masjid India. Berbeza dengan program yang serupa dari Barat yang mempersendakan mangsanya, program Cubaan mempunyai misi tersendiri untuk mendidik masyarakat dengan kemunculan seorang Ustaz pada setiap situasi bagi menerangkan keadaan dan memberi tunjuk ajar bagi menghadapi situasi tersebut.

Menurut kenyataan Pengurus Saluran ASTRO Oasis, Tuan Haji Izelan Basar ketika sidang media, pihak ASTRO Oasis sentiasa komited dalam menerbitkan program-program berunsur keislaman dengan cara dan acuan tersendiri. ASTRO sentiasa berusaha untuk menjadi perintis kepada program-program dakwah di televisyen dengan menggunakan formula utama iaitu setiap ilmu yang ingin dikongsi akan disampaikan melalui cara yang santai demi menarik minat serta memenuhi selera para penonton.

Jangan ketinggalan untuk menonton program santai iaitu “CUBAAN” pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam bermula 16 Julai 2011 menerusi ASTRO Oasis (saluran 106).

ASTRO Indo Pek

ASTRO terus memberi pilihan kepada peminat drama siri dan filem dari seberang menerusi pakej terbaru yang bakal diperkenalkan iaitu pakej Indo Pek yang akan menawarkan dua saluran dedikasi seperti Bintang (saluran 141) dan Pelangi (saluran 142). Pakej ini merupakan pakej terbaru dari pihak Astro dan harga yang dikenakan adalah RM 12.00 sebulan bersiaran selama 24 jam sehari. Pembekal utama kandungan Indo Pek ini Broadway Media Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat penyiar ASTRO menyasarkan pakej ini untuk tontonan seisi keluarga.

Saluran Bintang akan menayangkan program-program TV popular dari pasaran Indonesia meliputi kandungan yang menyentuh aspek muzik, drama, hiburan dan variasi. Manakala saluran Bintang pula akan menayangkan filem-filem dari zaman 70-an sehingga ke filem-filem terbaru Indonesia.

Antara artis terkenal Indonesia yang diterbangkan khas bagi memeriahkan majlis pelancaran pakej Indo Pek adalah Acha Septriasa, Leny Marlina dan Alvin Adam dari program bual bicara “Just Alvin” . Di samping itu, turut hadir pada majlis yang sama adalah Pengerusi Broadway Media Sdn. Bhd. iaitu Datuk Syed Ahmad Khalid Bin Syed Mohammed dan Presiden Perniagaan Melayu Astro iaitu Encik Khairul Anwar Salleh.

Bagi memberi gambaran sebenar buat pelanggan ASTRO, ASTRO dengan berbesar hati menawarkan pakej ini secara PERCUMA kepada semua pelanggan ASTRO selama sebulan bermula pada 16 Julai 2011 hingga 14 Ogos 2011. Kepada pelanggan yang berminat untuk terus melanggan pakej ini, bolehlah berbuat demikian melalui dua cara:

  1. Perkhidmatan butang merah di saluran ASTRO 130 (serta saluran ASTRO 141 dan 142 dalam tempoh 16 Julai 2011 sehingga 14 Ogos 2011 sahaja).
  2. Telefon perkhidmatan pelanggan ASTRO di talian 1-300-82-3838