SO Staff

Harry Potter And The Deathly Hallows – Part 2

Filem Harry Potter sememangnya dinantikan oleh semua peminat Harry Potter di seluruh dunia. Filem kali ini merupakan filem terakhir pengembaraan Harry Potter menentang anasir jahat dunia magik. Filem ini juga merupakan lanjutan daripada Harry Potter And The Deathly Hallows yang telah ditayangkan pada akhir tahun 2010. Filem ini menonjolkan pertarungan epik antara Harry Potter dan anasir jahat iaitu Lord Voldermort yang penuh dengan aksi di mana penentuan ditentukan menerusi pertarungan maut antara mereka. Hanya Harry Potter yang mampu untuk menewaskan Lord Voldermort.

Masih mengekalkan Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson sebagai peneraju utama filem Harry Potter And The Deathly Hallows – Part 2 sebagai Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Granger. Turut membantu di dalam filem ini adalah Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Warwick Davis, Tom Felton, Ralph Fiennes, Michael Gambon, Ciarán Hinds, John Hurt, Jason Isaacs, Matthew Lewis, Gary Oldman, Alan Rickman, Maggie Smith, David Thewlis, Julie Walters and Bonnie Wright. Filem kali ini digarap oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu David Yates yang turut mengarah filem Harry Potter sebelumnya seperti “Harry Potter and the Order of the Phoenix”, “Harry Potter and the Half-Blood Prince” dan “Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1”. David Heyman bertindak sebagai penerbit untuk kesemua francis filem Harry Potter bersama- sama dengan David Barron dan J.K. Rowling yang merupakan penulis buku siri pengembaraan Harry Potter.

Pengembaraan Harry Potter bersama Ron Weasley dan Hermione Grenger dimulakan dengan misi pencarian yang penuh misteri tiga objek yang digelar “Horcruxes”. Lord Voldermort amat terdesak memerlukan “Horcruxes” untuk melengkapkan ilmu magik hitam seterusnya kekal hidup selama-lamanya. Misi Harry Porter bersama rakan-rakannya diketahui oleh Lord Voldermort kerana sebahagian dari diri Lord Voldermort berada di dalam diri Harry Porter. Pelbagai halangan dan rintangan yang dilalui oleh mereka bertiga. Namun, mereka tetap tidak mudah untuk berputus asa kerana jika Lord Voldermort memperolehi “Horcruxes” tersebut, Hogwarts School Of Witchcraft And Wizardry menjadi sasaran Lord Voldermort untuk dimusnahkan.

Keseluruhan perjalanan cerita ini amat menarik. Aksi-aksi yang ditonjolkan juga semakin mantap. Lakonan ketiga-tiga teraju utama semakin matang. Dengan penggunaan teknologi 3D menonjolkan lagi segala aksi di dalam cerita ini. Walaupun permulaan cerita ini agak kelam, pengarah bijak bermain melalui aksi-aksi yang ditonjolkan. Bagi peminat Harry Potter, anda pasti berpuas hati dengan apa yang anda saksikan.

Nak tahu apakah rintangan dan halangan yang dilalui Harry Potter kali ini? Ingin tahu apakah kesudahan cerita ini? Dapatkah Harry Potter menewaskan Lord Voldermort? Jom ramai-ramai kita ke pawagam berhampiran untuk kita saksikan filem ini.

 

Britney Spears Ke Bollywood

‘I Want To Go’ di YouTube

Britney Spears sekali lagi beralih ke Bollywood dengan menyelitkan unsur lagu Bollywood di dalam single terbarunya ‘I Want To Go’. Selain dari vokal Sonu Nigam, single ini juga turut menampilkan DJ Lioyd dari Louisiana. Sebelum ini Britney pernah menambahkan undur Punjabi kepada lagunya ‘Till The World Ends’.

Didalam sidang akhbarnya, Britney sangat teruju dengan kehadiran Sonu di dalam ‘I Wanna Go” kerana ianya memberikan rasa dan impak yang berbeza.

Pasukan Britney berkata mereka mahu membawa kedua-dua artis ini bersama kerana keduanya mempunyai peminat dari masyarakat yang berbeza. Sonu merupakan bintang besar di Asia yang kini sedang mengadakan usahasama dengan Jermaine Jackson untuk lagu yang didekasikan khas buat mendiang Michael Jackson.

Sumber : Yahoo News

Khurafat The Series

Diilhamkan daripada sebuah filem pecah panggung iaitu filem terbitan Skop Production, filem seram Khurafat kini dibawakan pula dalam bentuk drama bersiri. Salah satu variasi program terbaik mengikut selera dan keutamaan para pelanggan untuk ditayangkan kepada penonton Astro. Justeru itu, pihak Astro amat berbesar hati untuk menayangkan drama bersiri ini bermula pada 12 Julai 2011. Drama ini akan disiarkan setiap hari Selasa jam 10 malam menerusi Astro Ria (saluran 104).

Kehadiran watak utama seperti Zahiril Adzim dan Nora Danish serta dibantu oleh Dynas Mokhtar dan Amar Baharin pasti menambahkan lagi keterujaan penonton untuk mengikuti drama bersiri ini. Komitmen yang ditunjukkan oleh para pelakon dalam menghayati setiap watak mampu memberi kesan yang mendalam kepada penonton. Drama ini diterbitkan bukan sekadar untuk menakut-nakutkan penonton tetapi untuk memberi mesej supaya masyarakat sedar untuk menjauhi amalan khurafat.

Plot drama ini dikembangkan apabila Johan, lakonan bintang yang sedang menyinar, Zahiril Adzim mula menyiasat semula perjanjian yang dibuat bersama Mastura lakonan Nora Danish setelah mengetahui rahsia sebenar ritual yang dilakukan mereka di sebuah busut. Sebagai balasan, hati mereka akan tertutup untuk jatuh cinta dengan orang lain. Jika salah seorang daripada mereka mati pasangannya juga akan mati. Malangnya belum sempat Johan melamar, Mastura terlibat dalam sebuah kecelakaan menyebabkan Mastura koma. Bermula saat itu, Johan mula merasakan perubahan pada dirinya. Dia perlahan-lahan mula melihat makhluk-makhluk dari alam lain.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Sama-sama kita nantikan dalam drama bersiri Khurafat pada setiap hari Selasa jam 10 malam bermula 12 Julai 2011 menerusi Astro Ria (saluran 104). Selamat Menonton!

Indo Pek Dari Astro

 

Indo Pek trailer di YouTube
[ultimate_free 6 /]

Terbaru dari Astro. Pakej yang membawakan program-program menarik dari Indonesia . Pakej ini akan mula di pratonton secara percuma mulai 16 Julai 2011 – 14 Ogos 2011. Ianya ditawarkan dalam dua saluran dengan harga RM12.00 sebulan. Saluran Bintang (saluran 141) akan menayangkan program-program muzik, drama, hiburan, berita serta variasi manakala Saluran Pelangi pula akan menayangkan filem-filem baru dan lama.

Antara cerita yang bakal ditayangkan melalui Indo Pek ini ialah Saus Kacang, Jomblo, Ketika Cinta Bertasbih dan Extravaganza.

 

 

Album Terbaru Ning Baizura – Dewa

 

Video Pelancaran Album Dewa – Ning Baizura Di YouTube
[ultimate_free 4 /]

Setelah lama menyepikan diri, Ning Baizura tampil semula dengan album bertajuk Dewa yang dilancarkan di Zouk pada 8 Julai yang lalu. Album ini diterbitkan sendiri oleh Ning bersama komposer Audi Mok dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Ianya menampilkan 8 buah lagu yang berkonsepkan balada, pop, electro dan dance. Ning juga turut menulis sendiri lirik untuk lagu ‘Propaganda’.Antara lagu lain yang semakin popular ialah ‘Raksaksa’ dan ‘Bila’.

Tolong ! Awek Aku Pontianak

Pada 28 Jun 2011 yang lepas, bertempat di TGV Wangsa Walk,saya telah berkesempatan menghadiri satu lagi tayangan filem terbaru terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd(TUSB) iaitu Tolong!Awek Aku Pontianak(TAAP) arahan James Lee. Filem ini merupakan filem yang ke-30 terbitan TUSB. Buat pertama kali,filem TAAP menemukan gandingan antara Zahiril Adzim dan Sazzy Falak selaku peneraju utama.Zahiril Adzim, Pelakon Lelaki Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia(FFM22) mahupun Sazzy Falak, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia(FFM19), masing-masing teruja untuk beraksi buat pertama kali di dalam filem komedi seram ini.

Penggambaran filem TAAP mengambil masa selama 25 hari bermula pada 13 Mei tahun lalu. Filem ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Filem yang mengeluarkan bajet sebanyak RM1.5 juta ini,akan menemui penonton di seluruh pawagam seluruh Malaysia  pada 7 Julai 2011. Selain membariskan Zahiril Adzim dan Sazzy Falak selaku peneraju utama,filem ini turut menampilkan Liyana Jasmay(Liyana), Nurul Wahab(Nadia), Faezah Elai(Ina), Syanie(Fatimah), Bell Ngasri(Pembantu Pak Aaron), Sufian Muhammad(Pian), Harun Salim Bachik(Pak Aaron Slam Bach), Rashidi Ishak(Faizal), Yus Waisar(Kamal), Ruminah Sidek(Orang Tua) dan Jehan Miskin(Eddy).

DI SEBALIK TABIR

Mengisahkan Bob,lakonan Zahiril Adzim. Seorang pemuda yang nasibnya sentiasa dirundung malang, lurus bendul, sering dibuli rakan sepejabat dan dikatakan ‘loser’ tetapi sangat baik hati. Bob sering bernasib malang bukan sahaja berkaitan dengan kerja dan kehidupan seharian, malah turut kecundang di dalam percintaan setelah putus bersama kekasihnya Ina. Kehidupan baru Bob bermula setelah berpindah dan bertemu pula dengan dua orang adik-beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya kehadiran Bob kurang disenangi kerana takut identiti mereka selaku Pontianak diketahui. Bob mula terpikat pada Maya yang sangat cantik,comel dan baik hati tetapi belum mengetahui siapakah sebenarnya Maya. Keadaan menjadi lebih kelam kabut apabila kehadiran Nadia,pontianak jahat yang juga kakak sulung kepada Maya dan Liyana. Bagaimanakah kesudahan filem ini? Adakah Bob yang ‘loser’ akan bertukar menjadi lebih baik atau bertambah ‘loser’? Sama-sama kita nantikan di pawagam pada 7 Julai 2011 ini.

SCREENSHOT DARI FILEM TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK

Keseluruhan perjalanan filem ini digarap begitu kemas. Dialog-dialog yang agak santai serta kelakar. Walaupun perjalanan cerita ini agak perlahan,namun pengarah bijak bermain dengan watak-watak yang ditonjolkan. Karektor setiap watak dikembangkan melalui jalan cerita yang begitu berkesan. Filem ini merupakan filem komedi seram sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat bersama keluarga serta sahabat-handai. Jika anda peminat Sazzy Falak atau Zahiril Adzim,jom ramai-ramai kita serbu pawagam minggu hadapan.

“SOKONGLAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA”

Transformers : Dark Of The Moon

Salam Perkenalan kepada semua pembaca Warisan Chanteq Magazine,

Pada pagi 28 Jun 2011,bertempat di Golden Screen Cinema(GSC) Berjaya Times Square, saya telah berkesempatan menonton filem yang dinantikan ramai iaitu filem Transformers : Dark Of The Moon. Tayangan ini merupakan tayangan khas untuk pihak media. Terima kasih diucapkan kepada pihak United International Pictures Malaysia di atas undangan ini.

Filem Transformers kali ini merupakan sambungan dari filem yang lepas. Teraju utama filem ini Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky selaku hero dalam filem ini sudah pasti tidak akan menghampakan para peminat Transformers. Namun heroin untuk filem ini bukanlah Megan Fox seperti filem-filem Transformers yang lepas, jadi kepada peminat Megan Fox harap anda tidak terkilan. Watak heroin kali ini dibawa oleh Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly Spencer. Antara pelakon-pelakon lain yang turut terlibat adalah Josh Duhammel(Lt. Colonel William Lennox), John Turtorro(Agent Seymour Simmons), Tyrese Gibson(Robert Epps), Patrick Dempsey(Dylan Gould) dan ramai lagi.

Kisah kali ini bermula dengan imbasan peperangan antara Autobots dan Decepticon di planet asal mereka iaitu Cybertron. Lanjutan dari peristiwa tersebut tersimpul juga rahsia pendaratan kecemasan di bulan demi melindungi teknologi yang digelar ‘ARK’. Berbalik kepada kisah kehidupan Sam Witwicky yang telah tamat pengajian kolej dan masih keliru dengan kehidupan setelah kecundang di dalam percintaan. Namun Sam telah menemui penyeri hidupnya yang baru iaitu Carly Spencer. Di kala hubungan mereka sedang mekar, ujian mula melanda. Pihak Autobots dan Decepticon mula mengetahui rahsia mengenai pendaratan kecemasan di bulan dan teknologi ‘Ark’. Pertempuran bermula dan perlumbaan mendapatkan teknologi ‘Ark’ antara Autobots dan Decepticon memulakan aksi. Apakah yang berlaku selanjutnya? Siapakah yang bakal memperolehi teknologi tersebut? Nantikan kemunculan watak Autobots yang terbaru… Untuk mengetahui kisah selanjutnya,jom ramai-ramai ke pawagam…

Kepada peminat filem Transformers,pastikan anda membeli tiket awal-awal. Anda akan lebih berpuas hati sekiranya anda menonton filem ini dalam format 3D. Segala aksi yang ditonjolkan dapat ditonton dengan lebih jelas. Kualiti bunyi untuk filem ini amatlah mengagumkan. Skrip yang dituturkan oleh setiap watak dalam filem ini juga memberi mesej yang begitu jelas serta mampu memberi inspirasi kepada kita.

**rasa macam nak tgk sekali lagi filem ni…BEST GILE!!!

Zhafnim


Misha Omar

Saya adalah diantara jutaan peminat penyanyi Malaysia yang bersuara lunak iaitu Misha Omar atau nama sebenarnya Samiha bt Omar. Beliau mula menceburi dunia nyanyian pada tahun 2002 dengan kemunculan album pertamanya “Misha”. Antara albumnya yang lain ialah “Aksara” pada tahun 2004 dan “Misha Omar” pada tahun 2008.

Antara lagu yang berjaya mengharumkan nama Misha ialah Bunga-Bunga Cinta yang memenangi banyak anugerah sekitar tahun 2003. Kemudian lagu Pulangkan dan Ku Seru dari sountrack filem Pontianak Harum Sundal Malam juga memenangi berbagai anugerah pada tahun 2004. Lagu Nafas Cahaya dan Cinta Adam & Hawa sekali lagi menaikkan nama Misha pada tahun 2009 dengan memenangi berbagai kategori dalam Anugerah AIM ke 16.

Misha mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2006 dengan telemovie pertamanya Jo Om Balik Raya di TV3. Kemudian meneruskannya pada tahun 2008 dengan telemovie Lela Latah di TV2, Kecoh Petang Raya, Julia Juli di TV3 pada tahun 2008 dan 2009, Cinta Si Dukun di Astro Ria dan Alunan Aidilfitri di TV2 pada tahun 2010.

Pada tahun ini Misha kembali dengan kompilasi terbaru “Dia….Misha” yang menampilkan 13 buah lagu terbaiknya dan 3 buah lagu baru iaitu “Berlalu”, “Detik Antara Waktu” dan “Kerana”. Kali ini Misha muncul dengan imej elegan dan matang. Ternyata Misha begitu cantik sekali dengan gayanya yang terbaru. Semoga Misha terus berjaya bertahan didalam pesada seni tanahair.

Klip Video D’Hask Antara Yang Terhebat

Dengan budget  sebanyak RM300 ribu, klip video D’Hask adalah antara yang terhebat dengan penampilan bintang-bintang hollywood terkenal.

Lagu Kamu Adalah Mimpi Buruk Ku menampilkan konsep rock dengan lirik yang begitu menarik. Didalam klip videonya D’Hask Pamela Anderson.

Tempatku adalah merupakan sebuah lagu cinta yang mampu bersaing dengan lagu-lagu dari Malaysia dan juga Indonesia. Klip videonya juga menampilkan artis hollywood seperti Marilyn Manson, Jojo dan juga Bai Ling.

D’Hask Cuba Mencipta Nama Di Malaysia

Terima kasih kepada Sam Kassim Events and Communications kerana memperkenalkan kepada saya sebuah kumpulan muzik dari Brunai. Kumpulan tersebut diberi nama D’Hask yang dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu K-Roll sebagai penyanyi utama dan juga pemain gitar, Daus dan Reme yang juga bermain gitar, Syarif bermain keyboard dan Luffy bermain drum. Mereka bernaung dibawah syarikat Madre Records.

Bermula pada tahun 1999 sebagai kumpulan underground, kini D’Hask merupakan salah sebuah kumpulan muzik yang terkenal di Brunai dan juga di Malaysia. Kumpulan ini juga telah dicalonkan untuk kategori Best Life Act di dalam Malaysian VIMA (Voice Independent Music Award) 2010.

Dua buah lagu D’Hask yang diberi perhatian ialah Kamu Adalah Mimpi Burukku dan Ditempatku. Apa yang mengejutkan kedua-dua video klip ini menampilkan artis hollywood terkenal. Kamu Adalah Mimpi Burukku menampilkan Pamela Anderson manakala klip lagu Di Tempatku pula menampilkan Marilyn Manson, Bai Ling dan Jojo.

Selaku pengarah Madre Records, Datuk Ramli MS mengakui kos pembikinan klip video tersebut adalah tinggi namun ianya merupakan aspek promosi yang diberi keutamaan oleh rakan sekerjanya di London. Beliau menjelaskannya dalam Majlis Suai Kenal bersama D’Hank di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada 20 April 2011.

D’Hask sedia memperuntukan lebih banyak masa di Malaysia untuk promosi dan bersama dengan peminat. Album mereka akan dipasarkan oleh Sony Music.