[/media-credit]
Baru-baru ini Mak Esah ada terbaca di beberapa laman sesawang popular mengatakan Mamat adalah punca mengapa kumpulan Sepah berpecah. Mak Esah tak berani nak komen lanjut, tapi memang sayang betul kalau kumpulan Sepah ini berpecah. Bagi Mak Esah mereka ini antara kumpulan lawak yang berpontensi untuk maju.
Menurut Jepp, selalu ketua kumpulan, Sepah berpecah kerana masalah displin. Tapi menurut Adda pula dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman sesawang mengatakan kumpulan sepah berpecah berpunca dari Mamat. Entahlah… Mungkin juga Adda yang berlebih-lebih kerana baru berpisah dengan Mamat.
Biar apa pun yang berlaku antara mereka, harap-harap boleh diselesaikan. Kalau pun kumpulan Sepah tinggal Jepp dan Shuib, Mak Esah tetap akan menyokong Sepah.
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia
[/media-credit]
[/media-credit]
[/media-credit]
[/media-credit]
[/media-credit]Berapa agaknya umur Erra Fazira sekarang ni yer? Kalau diikutkan apa yang tertulis kat Wikipedia, Erra ni sebaya dengan Mak Esah. Tapi kalau nak diikutkan dari rupa, Mak Esah kelihatan jauh lebih tua dari Erra. Huwaaa!!! Macammana Erra boleh kekal nampak remaja macam tu?

[/media-credit]Didalam rancangan tersebut Ziana mengenakan baju kurung berwarna hijau muda. Warna kegemaran Mak Esah. Ziana nampak begitu anggun sekali. Mak Esah suka betul dengan lagu Ziana ” Kemelut Di Muara Kasih”. Masa lagu tu tengah top, sehari sampai berpuluh-puluh kali Mak Esah mainkan lagu tu. Tapi kenapa yer kebelakangan ini Ziana agak menyepi?
Filem ‘The Smurfs’ merupakan filem yang diapditasikan dari komik ‘The Smurfs’ dan merupakan sebuah tv siri yg popular di sekitar tahun 1980-an. Filem ini digarap oleh pengarah iaitu Raja Gosnel dan dibintangi oleh Hank Azaria, Neil Patrick Harris, Jayma Mays dan Sofia Vergara. Filem ini juga merupakan filem pertama terbitan Sony Pictures Animation dalam format 3D.


Dari Pengarah Adnan Sempit dan Impak Maksima, Ahmad Idham Ahmad Nadzril tampil menerusi karya aksi komedi Hantu Bonceng yang bakal menemui penonton di pawagam sempena sambutan Aidilfitri 2011 di seluruh tanah air meliputi Brunei dan Singapura. Filem terbitan Excellent Pictures yang kelima ini merupakan arahan Ahmad Idham yang ke-23. Filem ini juga menjalin kerjasama antara Excellent Pictures dan Global Station Sendirian Berhad.
Babak-babak kematian ngeri kembali menemui penonton melalui sekuel terbaru Final Destination 5. Bagi penggemar filem bergenre suspen thriller dan misteri, mungkin filem ini mampu memuaskan hati anda. Filem ini merupakan salah satu francis filem Final Destination yang mempunyai peminat tersendiri.

