Sejajar perkembangan industri penyiaran tempatan dan antarabangsa, Astro tidak mahu ketinggalan untuk bersaing secara sihat dalam menawarkan program-program terbaik untuk ditayangkan kepada para penonton. Sejajar dengan itu, Astro akan membawakan sebuah rancangan permainan terbaru berjudul RM1,000,000 Money Drop yang bakal memulakan sesi ujibakat di Malaysia tidak lama lagi.
RM1,000,000 Money Drop merupakan sebuah rancangan permainan yang mengkehendaki satu pasangan peserta diberikan RM1,000,000 dan perlu menjawab lapan pilihan soalan. Mereka diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang difikirkan betul. Sekiranya mereka tidak pasti mereka boleh meletakkannya dibeberapa buah petak. Jika jawapan mereka betul pelaburan mereka selamat dan boleh digunakan pada pusingan berikutnya tetapi jika salah pelaburan tersebut akan hilang.
Pengurus Saluran Astro RIA, Puan Azlin Reza Azmi berkata, ”Astro sentiasa peka dengan permintaan para pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia yang sentiasa dahagakan program terbaik untuk dipertontonkan kepada mereka. Setelah sekian lama disajikan dengan pelbagai rancangan berbentuk hiburan, kami menambah lagi pilihan rancangan dengan sebuah program yang mencabar pengetahuan awam para peserta disamping berkongsi ilmu dengan penonton di rumah.
Sebagai sebuah saluran hiburan Melayu unggul yang menawarkan hanya program-program menarik, Astro Ria amat berbangga kerana bakal menayangkan sebuah program yang bukan sahaja menguji minda para peserta, tetapi dapat mendidik mereka dan para penonton daripada aspek pengurusan risiko dan pelaburan. Kami turut menjangkakan program ini bakal mencetuskan fenomena baru dalam industri hiburan dan penyiaran tempatan dan bakal menyaksikan penyertaan yang menggalakkan.
Pihak produksi akan berkunjung ke tiga buah lokasi seperti berikut:
1. Pulau Pinang Hotel Pearl View, Butterworth
24 & 25 September 20112.
2. Johor Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru
1 & 2 Oktober 2011
3. Selangor Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
8 & 9 Oktober 2011
** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.
Peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Hadirkan diri di lokasi ujibakat secara berpasangan seperti suami isteri, kawan dan sebagainya. Mereka yang berminat untuk menyertai rancangan ini perlu mempunyai pengetahuan am yang luas serta berpewatakan ceria.
RM1,000,000 Money Drop ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) pada bulan Disember ini. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

Dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Astro.
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia
[/media-credit]Penyanyi pop sensasi, Stacy kini kembali menemui para peminat dengan album terbarunya, Stay-C yang telah pun siap sepenuhnya 15 April yang lalu. Menampilkan variasi genre lagu seperti balada, rock, dance dan pop, album terbitan astro ini juga memuatkan lagu Kisah Dongeng, karya Edry Abdul Halim yang pernah menjuarai carta-carta hit di siaran radio-radio tempatan.
[/media-credit]
[media-credit name=”Siti Rohani Surani” align=”aligncenter” width=”600″]
[/media-credit]
[/media-credit]
[/media-credit]
[/media-credit]
[/media-credit]
[/media-credit]
[/media-credit]Berapa agaknya umur Erra Fazira sekarang ni yer? Kalau diikutkan apa yang tertulis kat Wikipedia, Erra ni sebaya dengan Mak Esah. Tapi kalau nak diikutkan dari rupa, Mak Esah kelihatan jauh lebih tua dari Erra. Huwaaa!!! Macammana Erra boleh kekal nampak remaja macam tu?

[/media-credit]Didalam rancangan tersebut Ziana mengenakan baju kurung berwarna hijau muda. Warna kegemaran Mak Esah. Ziana nampak begitu anggun sekali. Mak Esah suka betul dengan lagu Ziana ” Kemelut Di Muara Kasih”. Masa lagu tu tengah top, sehari sampai berpuluh-puluh kali Mak Esah mainkan lagu tu. Tapi kenapa yer kebelakangan ini Ziana agak menyepi?
Filem ‘The Smurfs’ merupakan filem yang diapditasikan dari komik ‘The Smurfs’ dan merupakan sebuah tv siri yg popular di sekitar tahun 1980-an. Filem ini digarap oleh pengarah iaitu Raja Gosnel dan dibintangi oleh Hank Azaria, Neil Patrick Harris, Jayma Mays dan Sofia Vergara. Filem ini juga merupakan filem pertama terbitan Sony Pictures Animation dalam format 3D.


Dari Pengarah Adnan Sempit dan Impak Maksima, Ahmad Idham Ahmad Nadzril tampil menerusi karya aksi komedi Hantu Bonceng yang bakal menemui penonton di pawagam sempena sambutan Aidilfitri 2011 di seluruh tanah air meliputi Brunei dan Singapura. Filem terbitan Excellent Pictures yang kelima ini merupakan arahan Ahmad Idham yang ke-23. Filem ini juga menjalin kerjasama antara Excellent Pictures dan Global Station Sendirian Berhad.