SO Staff

Fify Azmi Bergandingan Dengan Syafie Naswip Dalam Fanna

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada industri filem tempatan. Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS ini membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia.

Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL ( KKD ) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA ( FINAS ) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL ( DKD ) demi memastikan FILEM FANNA dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

Pelakon hebat seperti Syafie Naswip, nama yang tidak asing lagi dalam Industri Filem Tanah Air teruja apabila dipilih sebagai peneraju utama dan bergandingan bersama Fify Azmi, pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi. Filem ini turut menampilkan Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi. Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik.

Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas. Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black.

Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara. Oleh itu, pihak penerbit menyeru semua penonton untuk menyaksikan filem Fanna di pawagam pada 28 SEPTEMBER 2023! Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Filem Fanna di https://fannamovie.com/.

Terbuai Pilu bersama Keisya Levronka

Keisya Levronka, gadis bersuara merdu yang berasal dari Malang, Indonesia ini bakal menghadirkan
pengalaman Konsert yang penuh Emosi, Syahdu, dan Sentimental.

Bersedia untuk mengembara dalam perjalanan beremosi apabila penyanyi-penulis lagu hebat, Keisya
Levronka, menjejak pentas untuk satu malam dengan melodi yang bersuara merdu, syahdu, dan penuh
sentimental. Konsert ini akan menjadi pengalaman yang mengasyikkan, menggabungkan visual yang
direka khas buat Konsert ini, susunan muzik, reka bentuk pakaian dan kesenian Keisya yang luar biasa
untuk mencipta acara yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Keisya Levronka telah menawan hati di seluruh dunia dengan suara bersuara merdu dan beremosinya,
dan kini, dia membawa bakatnya yang memukau hanya untuk satu malam. Dikenali dengan kebolehannya menyampaikan emosi sejati melalui muziknya, persembahan Keisya dijangka akan
menggugah perasaan penonton.

Konsert ini akan menampilkan perjalanan hidup Keisya yang penuh liku dan cabaran, disempurnakan
melalui lagu yang menggerakkan hati, setiap satu disampaikan dengan gaya penuh perasaan yang
menjadi ciri khasnya. Dari balada berkuasa hingga lagu-lagu cinta yang lembut, himpunannya merangkumi pelbagai emosi manusia, menjadikan malam itu benar-benar satu dalam sejuta.

Penonton boleh mengharapkan intipati impian Keisya di mana beliau impikan untuk berkongsi kisah
hidupnya dengan niat yang mulia; iaitu mengharap untuk setiap peminatnya yang hadir Terbuai Pilu
melalui hidup yang indah, walaupun apa jua yang berlaku.

Nantikan juga konsep menakjubkan oleh Keisya sendiri menampilkan senarai set yang direka dengan
teliti, menggabungkan lagu-lagu Keisya yang banyak memberi inspirasi yang melengkapi kedalaman
emosi dalam muzik di mana Keisya akan mempersembahkan insan-insan dan kisah yang dilalui
sepanjang dalam hidup beliau.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan persembahan Keisya Levronka yang menggamit jiwa.
Tiket kini boleh didapati di https://mydeteksi.ubertickets.asia/ dan sedang dijual dengan cepat. Pastikan tempat anda untuk malam yang dijanjikan penuh keajaiban di Terbuai Pilu bersama Keisya Levronka.

TARIKH/ MASA: 28 OKTOBER 2023 6PM UNTIL MIDNIGHT.

TEMPAT : ZEPP, KUALA LUMPUR

HARGA TIKET : RM248 (STANDING FRONT ROW) RM188 (STANDING) RM298 (SEATING VIP) RM198 (SEATING NORMAL) RM598 (MEET & GREET PER PAX) DISCOUNT 1 VVIP BOX (8 PAX) RM 4,188

MINIMUM AGE REQUIREMENT : 13+ KEATAS

OPENING ACT : AISHA RETNO

Konsert Ulang Tahun ke-12 Bob & Sentuhan Band

Buskers popular, Bob Sentuhan yang menjadi inspirasi peminat seni tanahair dengan bakat dan kegigihannya mengangkat martabat dunia busking mengumumkan bakal tampil dengan sebuah persembahan istimewa, Konsert Ulang Tahun ke-12 Bob & Sentuhan Band pada 18 November ini.

Konsert berdurasi tiga jam itu yang dijadual berlangsung di Panggung Asia, Gombak, menurutnya diadakan bagi meraikan keberadaan Bob & Sentuhan Band dalam seni muzik tanahair.

Pada sidang media, hari ini, Bob atau nama sebenarnya, Mohd Aizad Rahman turut menyifatkan konsert berkenaan sebagai lambang kejerihan dan pengorbanan, terutama bagi seniman yang berkarya di jalanan yang berjuang tanpa lelah.

“Konsert ini adalah bagi meraikan pemuzik Sentuhan yang bersama saya selama 12 tahun ini, terutama Shahrul Amri selain tanda terima kasih atas sokongan peminat yang memberi ruang kepada buskers, sekali gus membawa karya seniman jalanan pada tahap lebih tinggi.

“Ia adalah sebuah persembahan istimewa yang bakal berlangsung selama tiga jam tanpa henti dengan pemilihan lagu, termasuk karya asal daripada album Sentuhan yang jarang didengar yang banyak berkisar tentang Malaysia, jiwa dan persembahan jalanan seperti Aku Cinta Kamu dan Bukit Bintang.

“Biarpun masih mengekalkan konsep busking, muzik secara keseluruhannya cenderung kepada lagu-lagu hard rock dengan sistem bunyi, sesuai bagi sebuah konsert. Juga menarik, sesi open jamming nanti yang dibuka kepada mereka yang pernah bersama Sentuhan untuk tampil dengan persembahan spontan,” katanya.

Dianjurkan oleh RYZ Event, konsert dengan tiket serendah RM68 itu turut menampilkan bakat Singapura, Ryzal Aziz, selain penyanyi cilik, Cinta Suci Indah Urmila Zaidi yang lebih dikenali sebagai Adik Cinta. Timeless Studio sebagai penaja bersama dan Mewah Event Management, rakan strategik.

Busking di daerah tumpuan pelancong seperti di Bukit Bintang dan berdepan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, ibarat sekolah terbaik Bob dalam mengasah suara dan petikan gitarnya, berkomunikasi dan menyanyi pelbagai bahasa, sekali gus meraih peminat, termasuk antarabangsa.

Justeru, kata anak kelahiran Pulau Pinang ini yang juga digelar Duta Kecil Pelancongan, satu segmen khas juga dirancang bagi memperdengarkan lagu-lagu pelbagai bahasa seperti hits Bollywood dan Arab yang merupakan sebahagian daripada identiti Bob & Sentuhan Band.

“Sebelum busking, saya bermain muzik di kelab-kelab malam dan mengiringi ramai artis,” kata Bob yang mencipta nama walaupun tanpa pendidikan formal dalam muzik, hanya bersandarkan minat mendalam seawal usia 12 tahun. “Pada 2012, demi meneruskan hidup di Kuala Lumpur, saya memberanikan diri terjun ke dalam dunia busking.

“Ia bukan perjalanan mudah, menuntut pengorbanan bukan kecil kerana busking dipandang rendah, tidak hebat. Saya cabar diri, gigih berusaha untuk mematahkan stigma buskers tidak boleh pergi jauh. Penerimaan masyarakat hari ini buat saya terharu dan Konsert Ulang Tahun ke-12 Bob & Sentuhan Band ini jelas cukup bermakna.”

Tiket berharga RM108 (VIP), RM88 (Cat 1) dan RM68 (Cat 2) telah mula dijual di laman web www.ilassotickets.com, atau boleh hubungi hotline 011-13297822.

Kempen Musim Sejuk Oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Masuki Tahun Ke 12

2023 Syria Humanitarian Needs Overview (HNO) menganggarkan lebih 15.3 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di Syria, menjadikan jumlah itu adalah jumlah tertinggi dari bermulanya krisis di Syria. Manakala lebih 6.8 juta telah menjadi pelarian akibat kehilangan tempat tinggal di dalam Syria sendiri.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah melancarkan Kempen Musim
Sejuk yang memasuki tahun ke 12 bertujuan mengumpul dana sumbangan untuk penyaluran
bantuan kepada negara Syria serta dua negara lain yang turut mempunyai krisis kemanusiaan
terburuk; Palestin yang berterusan diserang rejim Israel tanpa henti bermula dari tahun 1948
dan Yaman yang dikategorikan sebagai negara Arab termiskin setelah terperangkap dalam
perang sivil yang berpanjangan mengakibatkan jutaan rakyat di negara itu di am bang kebuluran.

“Bantuan akan diutamakan kepada dua jenis, Suapan Kasih dan Selimut Kasih. Seperti tahun sebelumnya, Suapan Kasih akan diberikan di dalam bentuk makanan dan bekalan makanan ruji untuk kegunaan harian mereka manakala Selimut Kasih diberikan di dalam bentuk pakaian dan barangan khusus musim sejuk supaya dapat memberi kehangatan kepada saudara kita,” kata Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan yang ditemui ketika acara pelancaran kempen ini.

Misi Peduli Insan | bantuan musim sejuk (11) & bantuan gempa Syria – Turkiye 1444H – 2…

Bantuan Suapan Kasih:

– Set hidangan panas

– Kotak makanan bekalan 2 minggu bagi setiap keluarga

– Infaq Pembinaan Telaga air di Yaman

Bantuan Selimut Kasih:

– Selimut tebal

– Set pakaian musim sejuk (Jaket, stokin, kasut & mafla)

– Alat Pemanas

– Bahan bakar (Minyak diesel, birin;hampas kering zaitun)

Bantuan lain juga turut diberikan mengikut keadaan seperti bantuan kesihatan bagi golongan
kurang upaya dan mereka yang terkesan akibat perang dan memerlukan rawatan atau pembedahan ekoran dari tragedi gempa bumi yang melanda bumi Turkiye dan Syria beberapa
bulan yang lalu. Selain itu, Peduli Insan juga meningkatkan usaha mereka dalam memastikan
kanak-kanak ini mendapat pendidikan sewajarnya.

https://www.facebook.com/peduliinsan.my/posts/pfbid0327SHQ5ysqrN3otTwSweezSxjM5MPo2
dgJvDhW4pyZKRZ3NsU9NRavamRJgMHnxjdl

“Kita semua sedar pendidikan adalah salah satu cara untuk membuka ruang dan peluang buat
anak-anak ini mengubah nasib hidup mereka dan juga keluarga mereka. Kita dengar sendiri luahan anak-anak di kem pelarian Syria menyatakan hasrat mereka ingin ke sekolah ketika pasukan menyertai misi yang lalu tetapi keadaan kehidupan mereka yang terlalu dhaif tidak mengizinkan.” tambah beliau lagi.

Kempen Musim Sejuk (12) ini mensasarkan kutipan dana RM5 juta ringgit bermula dari tarikh pelancaran 15 September 2023 yang lalu sehingga bulan Febuari 2024. Bagi orang ramai yang ingin membantu ibu tunggal, anak-anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya serta warga tua di tiga negara yang terlibat di dalam kempen ini boleh salurkan sumbangan melalui:

BANK ISLAM

0704 3011 0620 82

PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA

Ihsan Demi Insan

www.peduliinsan.org

Pantai Timur Food Festival Tawar Pengunjung Kenali Makanan Tiga Negeri

Hampir 100 gerai menanti pengunjung di Pantai Timur Food Festival yang bakal berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober ini di Anjung Floria Persint 4, di Putrajaya.

Lebih menarik pengunjung boleh membawa seisi keluarga kerana masuk adalah percuma dengan pelbagai pilihan makanan serta gerai jualan.

Festival anjuran Mek Noor Nasi Dagang itu juga membariskan artis seperti Issey Fazlisham, Ani Mayuni, Ayu Damit, Syafiq Farhain, Aril Pilus, Haziq Rosebi dan Serina Redzuan.

Turut serta ialah Avaa Vanja, Balkish Semundur, Isma AF, Pupsa Gomen, Nazeera Sardi, Roslan Madun, Khairul Anuar dan pemegaruh media sosial Mami Dedi.

Ustaz Akhil Hay serta penyampai radio Gegar, Shah juga bakal memeriahkan suasana festival itu.

Selain gerai jualan makanan, aktiviti lain juga bakal diadakan seperti ceramah agama, demonstrasi masakan, jualan kraftangan, permainan tradisional, galeri dan pavilion setiap negeri pantai timur.

Wakil Mek Noor Nasi Dagang berkata, selain mempromosikan warisan dan tradisi pantai timur, festival itu juga membuka peluang kepada usahawan berminat untuk berniaga pada kadar sangat berpatutan.

“Lokasi yang dipilih juga strategik dan sesuai untuk semua peringkat umur untuk hadir serta beriadah dengan keluarga.

“Usahawan juga wajar merebut peluang ini kerana kita jangkakan bakal mendapat sambutan hangat dalam festival selama tiga hari itu.

“Kami juga mahu memperkenalkan lagi seni budaya tiga negeri Pantai Timur kepada orang ramai termasuk generasi muda dan pelancong,” katanya.Harga booth juga sangat berpatutan iaitu RM1,500 untuk tiga hari.

Cabutan bertuah bernilai RM25,000 termasuk barangan elektrik, motosikal dan wang tunai.

Mereka yang berminat boleh ikut Pantai Timur Food Festival di laman sosial iaitu @pantaitimurfoodfestival (Instagram) dan Pantai Timur Food Festival (Facebook Page).

Filem Mat Kola realisikan Hafiz Nafiah Sebagai Pengarah

Impian pelakon Hafiz Nafiah untuk berada di kerusi pengarah akhirnya jadi kenyataan apabila tampil dengan filem genre komedi berjudul Mat Kola selepas hampir 20 tahun menanti.Hafiz atau nama sebenar, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, filem Mat Kola terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd itu cukup bermakna kerana sudah lama menanti peluang mengarah filem pertama.

“Saya bersyukur diberi peluang dan kepercayaan mengarah filem Mat Kola daripada penerbit, Azman Ahmad. Kami sudah kenal sejak 20 tahun lalu.“Azman mencadangkan nama saya sebagai pengarah kepada Penerbit Eksekutif, Mahamad Pozi Mansor atau Abang Chot.

“Idea asal filem Mat Kola adalah dari Azman, tetapi penulis skripnya adalah Pijon yang memang sudah biasa menulis cerita dialek utara (Kedah),” katanya.Ditanya kenapa mengambil masa yang lama untuk mengarah, kata Hafiz, dia mahu menimba ilmu dalam dunia belakang tabir produksi sebelum bersedia di kerusi pengarahan.“Berbekalkan pengalaman luas sedia ada, barulah saya bersedia untuk menggalas kerusi pengarah.“Saya percaya tidak semua orang akan dapat peluang keemasan itu.“Saya juga sudah lama sedia untuk mengarah drama, tetapi tawaran yang datang adalah projek filem dulu.

“Saya harap filem Mat Kola akan menjadi titik permulaan untuk membuktikan kerjaya saya sebagai pengarah,” katanya.Bercerita pembabitan awalnya dalam bidang seni, kata Hafiz, dia mula memasuki bidang seni sebagai penyanyi nasyid ketika masih menuntut di tingkatan empat.“Selepas tamat persekolahan, saya mula bekerja dengan kumpulan nasyid popular Rabbani selama dua tahun.“Ketika Rabbani bernaung di bawah KRU, saya juga sertai sebagai pegawai perhubungan awam kepada Kumpulan Phyne Ballerz.

“Selepas itu, saya mula pergi uji bakat di Metrowealth (MIG) dan dapat tawaran watak ekstra dalam filem Kuliah Cinta arahan pengarah, Prof Madya Datuk A Razak Mohaideen pada 2004,” katanya.Bermula dari situ, kata Hafiz, dia ditawarkan bekerja sebagai kru belakang tabir milik produksi A Razak.“Saya bermula sebagai ‘runner’, pembantu produksi, ‘handyman’, pengurus produksi dan konti termasuklah terbabit dalam kumpulan teknikal dalam pelbagai jawatan sehinggalah diberi peluang menjadi penolong pengarah.

“Saya dapat memegang jawatan penolong pengarah dalam filem A Razak. Antaranya, filem lakonan Datuk Aznil Nawawi dan Nasha Aziz,” kata pelakon filem Dunia Baru The Movie itu yang sudah hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan itu.Selaku penerbit penyelaras, pengarah dan lakon layar filem Mat Kola, kata Hafiz, nama Mat Kola dipilih kerana filem ini menceritakan tiga anak jati Kuala Kedah iaitu Mat Ki (Usop Mentor), Mat Yon (Azman Ahmad) dan Mat Not (Taiyuddin Bakar).

“Penggambaran filem membabitkan kos mencecah RM1 juta ini berlangsung pada Oktober 2021 dalam tempoh hampir tiga minggu.“Filem ini mengambil masa selama dua tahun untuk ditayangkan kerana banyak kekangan seperti proses suntingan, bahagian teknikal dan sebagainya,” katanya.

Berkongsi jalan cerita pula, kata Hafiz, dia mahu menghasilkan filem yang mudah difahami dan menghiburkan penonton.“Jalan cerita filem ini santai mengenai kisah peniaga burger dan semoga ia boleh menaikkan semangat mereka untuk terus berniaga. Itu adalah plot utama dan dibantu sub plot lain.“Saya akui bukan mudah untuk mengarah genre komedi kerana saya juga baca skrip berulang kali dan merombaknya banyak kali sebelum saya imaginasikan dan beri penerangan pada pelakon,” katanya.

Ditanya barisan pelakon, kata Hafiz, semua pelakon utama dan pembantu sangat profesional dan memberikan kerjasama terbaik di lokasi penggambaran.Filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Rozita Che Wan (Che Som) Ropie (Pak Sheikh), Putri Hanan (Maliah), Fendi London (Bang Lah), Mohd Hafeezul Yop (Joe Klipop), Abang Gee (Abang Gee), Zainon Ismail (Bang Non), Suhaili Che Rus (Zali),Cikgu Akop (Pak Hashim) dan Pak Abang (Badrul).

“Rata-rata pelakon dari Kedah dan mereka tiada masalah untuk dialek utara serta semuanya kelakar,” katanya.Ditanya cabaran ketika penggambaran pula, kata Hafiz, dia berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di Kedah di mana hujan turun dari pagi hingga petang.“Baru nak ‘shoot’ hujan turun dengan lebatnya hingga kami terpaksa tukar ‘screen play’. Contohnya, terpaksa tukar babak Che Som pakai payung untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca ketika itu.“Bagaimanapun, Tuhan permudahkan sepanjang penggambaran filem ini. Selain mengarah, saya juga sebagai Penerbit Penyelaras dan buat sehabis baik untuk mengawal bajet sedia ada,” katanya.Mengulas sasaran kutipan, kata Hafiz, dia hanya melakukan kerja seikhlas hati hingga filem itu siap.

“Saya tak nak letak sasaran kutipan kerana kita sudah usaha yang terbaik kerana ini filem pertama saya dan selebihnya saya serahkan pada Tuhan,” katanya.Mat Kola bakal ditayangkan di 65 pawagam seluruh tanah air bermula 21 September ini.

LAH AHMAD Jatuh Cinta Di Istana Budaya

Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat produksi yang ditubuhkan pada tahun 2015 bermula sebagai syarikat pengurusan majlis, pengurusan artis, pengendalian penaja dan pemasaran serta video korporat.

Pada tahun 2018 Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd mengembangkan lagi perkhidmatan perniagaan sebagai syarikat pembekal program TV tempatan dan juga antarabangsa serta penyewaan peralatan penggambaran TV.Syarikat int diterajui oleh Qaseh Anita Abd Shukor yang mempunyai latar belakang sebagai Pegawai Perhubungan Awam syarikat perhotelan antarabangsa kemudian memulakan langkah di dalam industri Ini juga sebagal Pegawai Perhubungan Awam di beberapa syarikat penerbitan.

Beliau juga aktif didalam beberapa pementasan kortsert dan teater di Istana Budaya sebagai Pegawai Pemasaran dan juga Pengafah Projek.Buat julung kalinya Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd menganjurkan konsert di Istana Budaya serta memilih Lah Ahmad sebagal penyanyi utama untuk konsert ini. Konsert ini diarahkan oleh YBhg Dato’ Haji Reduan Yusof sebagal Pengarah Projek.Sudah semestinya pemilihan Lah Ahmad untuk konsart ini juga adalah berdasarkan keupayaan beliau memberikan persembahan secara langsung dan jiwa beliau yang sentiasa memberikan persembahan terbaik kepada peminat.

Serta sejarah beliau di dalam industri yang sudah pun menjangkau lebih dari 25 tahun.Beliau juga pernah memenangi Persembahan Vokal Terbaik di All ke 22. Selain tampil dengan irama R&B, beliau boleh membawakan pelbagai genre muzik ,dengan balk. Sepanjang pembabitan betiau di dalam industri ini, beliau telah menerbitkan 4 buah album. Antara lagu yang popular adalah Sempurna dan Terbaik, Adinda, Kerna Sayang dan Ayu yang mana ia juga dijadikan antara nama untuk tiket konsert beliau.

Konsert ini akan memberikan kelainan yang mana Lah Ahmad akan bergabung bersama Orkestra Simfoni Universiti Malaya ini di bawah pimpinan YBhg Profesor Dr. Hanafi Husin iaitu Dekan Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya. Pemilihan lokasi konsert di Istana Budaya adalah kerana kesesuaian dengan konsep persembahan, ia bertaraf antarabangsa dan berprestij. Lah Ahmad akan menghiburkan peminat selama dua jam dan anggaran 21 lagu akan diperdengarkan. Lah Ahmad juga akan membuat kejutan dengan menjemput beberapa penyanyi undangan. Konsert ini akan diketuai oleh En. Muhammad Shahwainaz bin Hussin selaku Pengarah Muzik. Beliau juga merupakan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya.


Untuk konsert ini, Ideas Kuala Lumpur adalah sebagai penginapan rasmi yang bekerjasama dengan Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd yang juga menaja lokasi untuk majlis sidang media di Pool Side Bistro. Semoga dengan kerjasama ini dapat menyemarakkan lagi industri muzik yang mana Pool Side Bistro juga menyediakan satu tempat yang menarik untuk hiburan dimana pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan ‘live band’, Selain dari itu, peminat Lah Ahmad yang berada di luar Kuala Lumpur juga akan mendapat harga istimewa sekiranya mereka menginap di Ideas Kuala Lumpur. Konsert ini juga disokong penuh oleh Radio SINAR sebagai radio rasmi. Radio SINAR juga memberikan tiket percuma kepada para pendengar melalui kuiz yang mereka sediakan. Tiket konsert telah mula dijual pada 25hb Ogos yang lalu dan boleh dibeli secara atas talian dengan melayari Lah Ahmad Jatuh Cinta Live at Istana Budaya -iLasso Tickets.

Kepada peminat yang membeli tiket AYU, mereka boleh bertemu dengan Lah Ahmad untuk sesi Meet & Greet di Istana Budaya selepas selesai konsert bérlangsung. Projek yang mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Digital serta My Creative Venture ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada peminat Lah Ahmad, selain dapat memajukan lagi industri dengan melahirkan banyak lagi konsert ataupun aktiviti seni supaya industri ini maju seiring dengan tema Malaysia Madani. Kami dari Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd mengutapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Mycreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik.”

Sokongan pihak media juga telah mewarnai industri seni Malaysia dan konsert ini. Kami dari pihak Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd amat menghargainya.
Semoga konsert LAH AHMAD JATUH CINTA LIVE AT ISTANA BUDAYA akan memberi kenangan manis kepada peminat beliau bukan saja di Malaysia malah dari Singapura dan Brunei.

ALBUM DELUXE SITISM DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Selepas melancarkan album Sitism yang memuatkan 8 buah lagu pada bulan Jun lalu, kini penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza muncul dengan 4 buah karya tambahan dalam album edisi deluxe.Album deluxe Sitism telah melengkapkan 12 buah lagu dan mula dilancarkan di seluruh pelantar digital bermula 8 September 2023.Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan `ism’ pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album.

Apabila nama Siti dan imbuhan `ism’ ini digabungkan, Sitism membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 beliau.Sitism atau Siti-ism bagi menggambarkan Siti Nurhaliza kerana menurut beliau, apabila Siti menyanyi, ciri khas, gaya, kualiti dan suara yang dimiliki penyanyi itu unik serta senang dikenali bahawa itulah Siti Nurhaliza.Menurut Siti, 4 buah lagu terbaharu yang dimuatkan di dalam album Sitism bukanlah lagu bonus tetapi telah menjadi antara pilihan terbaik untuk melengkapkan 12 karya walaupun berjarak 2 bulan pelancarannya. Ini merupakan salah satu strategi untuk memberikan peluang kepada para peminat, para pencinta muzik, stesen radio dan stesen televisyen menumpukan kepada lagu-lagu dari album Sitism yang dilancarkan pada bulan Jun dan kini beliau dapat menyambung promosi dengan edisi deluxe pula.

Tambah Siti, album Sitism adalah diri beliau yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan beliau.Album terbitan Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd ini turut dikeluarkan dalam bentuk fizikal. Pra-tempah album Sitism diadakan selama seminggu bermula 18 Ogos hingga 25 Ogos 2023 lalu di platform snp.onpay.my. Album fizikal ini juga akan turut dijual di kedai pengedar terpilih dalam jumlah terhad.4 buah lagu terbaharu dalam edisi deluxe ini adalah Senyawa (Farouk Roman/Senna), Kalau Berkasih (Glowrush & Tam Cobain & Mike Chan), Nadi (Mim Hamzah & Illi Diyana), Kusedari (Dato’ Sri Siti Nurhaliza/Habsah Hassan).Istimewanya dalam edisi deluxe ini, Siti telah mengundang penyanyi rock legenda, Dato’ Awie untuk berduet dalam lagu bergenre tradisional moden, Kalau Berkasih. Ini merupakan penampilan pertama Dato’ Awie merakamkan lagu tradisional dan tentunya gandingan dua penyanyi ternama ini dapat mengangkat muzik tradisional kepada seluruh lapisan masyarakat.

Selain itu album Sitism memuatkan lagu Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), Tanpa Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza), Sehebat Matahari (Aubrey Suwito/Rozisangdewi), Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik), Romansa KIta (Sharon Paul/Rozisangdewi), Teratas (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya), Menjaga Cintamu (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara) dan Magis (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King).Sitism edisi deluxe sudah boleh didengari di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBOX dan YouTube Music bermula hari ini.

GENDANG PATI, KALI INI DI KUALA LUMPUR!

Ini bukan sembarangan ‘gendang’. ‘Gendang’ yang satu ini auranya sejak dulu dahulu dan sampai bila pun tetap sakti nan tergoyah. Lewat persembahan yang digelar Gendang Pati, figura penuh sakti ini mahu menjadikan ia sebuah pesta rakyat yang mengisi bukan sahaja kegembiraan luaran tapi diikuti jiwa sekali.

Malam itu nanti ‘roh’ dan jiwa jiwa segenap pelusuk dewan plenary bertebaran kegembiraan,
berbahagia menyambut lalu meraikan pesta muzik yang bakal dipersembahkan oleh sang legenda,sang meastro dan sang sifu nan tiada gantinya, Dato M. Nasir.


Keraian muzik yang mengisi seluruh kecanduan pesta Gendang Pati yang telah memberi kesan saat dipersembahkan tempoh hari di Singapura kini mahu dikongsi dan diserapkan ke dalam jiwa sekalian penggemarnya di Kuala Lumpur.
Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur— begitu nama persembahan yang bakal menyapa penggemar di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 November 2023, bermula 8 malam.
Tapi percayalah tidak pernah ada yang sederhana dalam pesta dari sang M. Nasir yang selalu berjaya mengajak jiwa menyanyi dan menari di sepanjang pesta.

Di pesta Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur yang dibawakan oleh MND SPORT &
EVENT SDN BHD, M.Nasir tidak perlu menjanjikan persembahan yang spektakular atau luar biasa.
“Hal ini kerana M. Nasir itu sendiri sudah merangkumi seluruh perkara seni yang luar biasa dan hebat. Jadi kami di MND Sport & Event Sdn. Bhd percaya dengan kemampuan penghibur yang satu ini.


“Beliau telah membawa roh yang kuat terhadap karya yang dilahirkan sejak berzaman dan
mendendangkan ia dalam Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur ibarat kerja seni yang akan mengalir dengan lancar dan semula jadi,” ujar Daniel dari MND Sport & Event Sdn. Bhd.


Buat M.Nasir, Gendang Pati diadakan versi Kuala Lumpur kerana sedar kecintaan dan kecanduan
penggemar yang sentiasa mahu melihat beliau beraksi di atas pentas sebagai sebuah lambang
kelangsungan kariernya yang sentiasa ‘hidup’ tak lapuk dek zaman.


“Saya perlu bersyukur kerana meski sudah melakukan banyak persembahan pentas, masih seorang M.Nasir sentiasa ingin disapa, ditonton dan diminta mendendangkan karya yang ada secara langsung.


“Ini bukan tentang saya seorang tapi indikasi sihat industri muzik dan perkembangannya yang
sentiasa positif. Yang pastinya, malam itu nanti akan dipenuhi dengan bunyi-bunyian gendang yang pasti membuatkan semua berdendang bergoyang.
“Saya harap Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur akan menjadi sebuah lagi
persembahan saya di tahun ini yang mampu membantu mengisi kecanduan semua terhadap karya saya,” ujar M.Nasir.

Konsert kali ini akan dibarisi pemuzik-pemuzik hebat yang menjadi tulang belakang M.Nasir iaitu pengarah muzik dan pemain gitar- Nan Alias, gitar rhythm- Rafi Mohd, bass- Norman , keyboard Firdaus Mahmud dan Eddie Slam, dram- Ujang Exists serta penyanyi latar vokal- Eja, Widy, Yuaz & Awe . Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pemain perkusi utama- Paang, perkusi tradisional- Mat Din, pemain perkusi – Che Long dan Anas. Juga ditambah dengan kemunculan Awe selaku pemain perkusi, rebab, serunai dan penyanyi jemputan. Selain mempersembahkan M Nasir, pesta muzik ini akan diterbitkan oleh Roman Abadi Sdn Bhd yang pastinya memperkuatkan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur bakal mempersembahkan sebuah konsert yang menusuk jiwa dan meninggalkan momen istimewa pada malam itu nanti.

Untuk menyaksikan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, tiket dengan beberapa kategori harga boleh didapati di laman web MyTicket.Asia. Tiket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet). Selain layari MyTicket.Asia, tiket boleh dibeli di support@myticket.asia atau hubungi talian hotline 03 8605 0195.

Untuk sebarang perkembangan terkini mengenai Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur lawati Instagram: @mndsportnevent Temui anda di Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, sebuah pesta keraian muzik dan jiwa untuk seluruh rakyat.

INFORMASI Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur

LOKASI: PLENARY HALL, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE

TARIKH: 18 NOVEMBER 2023

MASA: 8.00 MALAM

PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD PENERBIT: ROMAN ABADI SDN BHD

TIKET: RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet)

PEMBELIAN : support@myticket.asia / HUBUNGI TALIAN 03 8605 0195.

MEDIA SOSIAL : INSTAGRAM : @mndsportnevent
Hashtag: #gendangpatiKL

Sesi Perkongsian Dr Mustafa Mohammed Taher Pakar Bedah Bariatrik Bersama Beberapa Selebriti Malaysia

Dr Mustafa Mohammed Taher merupakan pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia pasifik telah mengadakan sesi perkongsian bersama rakan-rakan artis pada acara jamuan tengahari bersama media bertempat di Restoran Hadramawt Kitchen ,Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dr Mustafa Mohammed Taher telah diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global sebanyak 4 kali. Pada kali pertama beliau diiktiraf di dalam majlis yang berlangsung di Kemboja, kemudiannya sekali lagi diberi anugerah pada majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur seterusnya di Bangkok, Thailand dan baru-baru ini di Bali, Indonesia.

Dr Mustafa yang merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3-4 tahun yang lalu. Ramai pesakit yang mendapatkan rawatan daripada beliau merupakan penghidap pelbagai penyakit seperti mereka yang mengalami masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan sehingga menimbulkan kesukaran buat mereka disamping pelbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.
Pembedahan Bariatrik bukan sahaja berjaya membantu para pesakit untuk mengurangkan berat badan tetapi membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk,kemandulan,asma,serangan panik,kemurungan,sakit lutut,sakit belakang,dan anti sosial.

Pesakit Bariatrik Dr Mustafa juga telah mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri yang diketuai oleh Chef Bob@Alfie Sabri. Chef Bob sebelum ini telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk.Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 130 kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula.
Pada sesi kali ini, Dr Mustafa telah menjemput beberapa selebriti terkenal antaranya Ziana Zain, Zarina Zainudin, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ziela Jalil dan ramai lagi bagi berkongsi pengalaman pembedahan, rawatan pemulihan dan manfaat kepada masyarakat keseluruhannya tentang betapa seriousnya obesiti di negara ini.

Pembedahan Bariatrik telah membantu menyelamatkan ramai pesakit dan ramai pesakit dalam dan di luar negara yang datang berjumpa Dr Mustafa untuk mendapatkan nasihat beliau demi kesihatan yang lebih baik.Bagi Dr Mustafa misi beliau ialah untuk melihat lebih ramai orang menjalani kehidupan yang sihat dan beliau ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa obesiti merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat namun ia tetap boleh dirawat.
Orang ramai boleh mengikuti Dr Mustafa melalui Instgram beliau @dr.mustafamt atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Rafeah di talian +60162330678

“PESTA KOPI EXTENDED” KEMBALI DENGAN SOKONGAN TOURISM MALAYSIA

Edisi tahunan Pesta Kopi anjuran Pesta KOPI Ventures yang menghimpunkan komuniti peminat kopi daripada segenap industri, kini KEMBALI dengan siri terbaru menerusi sokongan Tourism Malaysia. Diberi nama Miss SHOPhia GO Pesta Kopi Extended 2023, acara kali ini bakal diadakan selama 3 hari bermula 29 September sehingga 1 Oktober 2023, bertempat di Pavilion Bukit Jalil.

Selain Tourism Malaysia sebagai Rakan Strategik Utama, program kali ini turut mendapat kerjasama Pavilion Bukit Jalil selaku Rakan Strategik Lokasi dan Mister Coffee selaku Rakan Strategik Acara. Objektif utama penganjuran bukan sahaja untuk menyerlahkan kopi sebagai trend gaya hidup semasa, malahan memperlihatkan seni penyediaan kopi artisan sebagai salah satu peluang perniagaan yang kian menjadi pilihan ramai anak muda sekali gus mempromosikan industri kopi di Malaysia.Mengekalkan konsep asal Pesta Kopi seperti tahun terdahulu, penganjuran Miss SHOPhia Go Pesta Kopi Extended 2023 akan menghimpunkan 40 usahawan kopi dari Cameron Highlands, Johor Bahru, Kota Bharu, Melaka, Alor Setar, Selangor dan Kuala Lumpur yang bakal memperkenalkan produk serta menunjukkan cara dan seni penyediaan kopi masing-masing.

Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sarawak Tourism Board pula akan membawakan kopi khas dari Borneo bagi memperkenalkannya kepada para pengunjung dari dalam dan luar negara.Secara ringkasnya, Miss SHOPhia Go Pesta Kopi Extended 2023 terbahagi kepada 3 komponen utama seperti berikut:Usahawan kopi jalanan (street vendor).Pembekal peralatan dan bahan penyediaan kopi untuk pengunjung yang memiliki cita-cita untuk menjadi usahawan kopi. Perkongsian pengetahuan tentang proses penghasilan biji kopi serta penyediaan kopi terbaik.Dalam meraikan “coffee culture” oleh komuniti peminat dan pengusaha kopi, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai produk kopi yang dijual, malahan mereka juga dapat melihat sendiri pelbagai cara penyediaan kopi termasuk peralatan-peralatan mampu milik yang digunakan serta boleh dipraktikkan sendiri di rumah.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang mendapatkan penerangan berkaitan cara memilih dan menilai biji kopi.Selain itu, Pertandingan Barista Terpantas yang memasuki edisi kedua pada tahun ini, akan dianjurkan oleh Mister Coffee dan bakal disertai oleh para pembuat kopi dari seluruh negara. Cabaran penyediaan kopi ini menilai kebolehan para peserta untuk menghasilkan kopi dengan cara yang betul mengikut kuantiti yang ditetapkan tanpa menjejaskan rasa dan isi setiap cawan. Pada tahun lalu, pertandingan ini telah dimenangi oleh seorang pembuat kopi dari Kuching, Sarawak.Bersempena dengan penganjuran pesta kali ini, Tourism Malaysia juga akan memperkenalkan pakej pelancongan berasaskan kopi terbaru yang diberi nama Miss SHOPhia Coffee Experience bagi mempromosikan industri kopi di Malaysia dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa. Pengenalan pakej terbaru ini merupakan suatu kesinambungan kepada pakej “Northern Malaysia Coffee Experience” yang telah dilancarkan pada tahun lalu melibatkan penawaran pakej di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Bagi membantu usahawan-usahawan kopi di Malaysia, Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan penyedia laman sesawang “petakopi.my” dalam penyenaraian kedai kopi dan kafe yang terlibat dalam kempen ini.

Setakat ini, lebih 2,000 kedai kopi di seluruh Malaysia telah tersenarai di laman sesawang tersebut dan Tourism Malaysia berharap dapat mempromosikan “coffee mapping” ini sehingga ke peringkat antarabangsa.Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila layari laman Instagram @Pestakopi atau hubungi Amiruddin Karim (amiruddin.karim@gmail.com) di talian 013-2199103.

Kolaborasi Hazama Bersama ST12 Di Dalam Single “Harapan Tak Kunjung Usai”

PT. Dua Suara Media adalah anak perusahaan dari Dua Media Pte Ltd, sebuah perusahaan berbasis di Singapura yang berinvestasi dalam bakat dan konten kreatif di seluruh kawasan ASEAN.


Dua Suara Media kali ini menggandeng label musik ternama dari negri jiran yaitu Luncai Emas, yang akan mengkolaborasikan Band melayu terkenal dari Indonesia dan penyanyi solo tersohor dari Malaysia.

Kolaborasi ini tak sekedar menyatukan Musisi beda negara, namun juga diharapkan musik tanah air bisa makin luas diterima oleh warga jiran yang selama ini juga sudah kerap berkolaborasi dengan Musisi Indonesia.Sandy Monteiro selaku President Director Dua Suara Media, pun berharap “semoga dengan kolaborasi ST12 dan Hazama ini dapat di terima oleh pecinta musik dari Indonesia maupun Malaysia”


Dato M.Nasir, penggagas Luncai Emas Sdn Bhd, yang juga merupakan komposer terkenal Malaysia, yang menciptakan lagu Tiara, Isabella dan Nafas Cinta, juga berkata “gabungan dua artis popular ini, bakal memberi manifestasi kolobrasi lebih jelas kepada dua negara serumpun ini. ST12 yang kuat akar musik melayunya bersama lunaknya suara Hazama menyanyikan lagu Harapan Tak Kunjung Usai ini dijangka bakal hit di kedua-dua negara. Insya Allah”.


Single yang akan direlease pada 5 September 2023 ini dijamin akan membuat pendengar musik-musik khas ST12 akan terbawa perasaan tak hanya karena musiknya tapi juga lirik serta lantunan suara khas Hazama.


“Lagu ini bercerita tentang seorang Perempuan dan laki-laki yang sudah lama dekat namun sang Perempuan selalu membandingkan teman lelakinya tersebut dengan mantan kekasihnya” kata Pepep saat ditanya kisah dari single barunya tersebut.


Single berjudul “Harapan Tak Kunjung Usai” ini diciptakan oleh Pepep sendiri. Genre musik yang di usung dengan tanpa meninggalkan ciri khas ST12 ini tak hanya akan direlease di Indonesia tapi juga di Malaysia.Hazama mengaku senang bisa berkolaborasi dengan Musisi Indonesia yakni ST12, dan beliau mengaku sudah cukup lama mengetahui grup band ST12, Jadi begitu mendapatkan kesempatan berkolaborasi pihaknya langsung menyambut positif ajakan tersebut.


Di sisi lain kolaborasi yang mengagumkan ini adalah Hazama, seorang artis Malaysia yang dikenal karena penampilan soulful dan penuh emosi. Keunggulan vokal Hazama yang khas telah mendapatkan pujian kritis, menjadikannya nama yang dikenal di Malaysia dan di luar negeri. Kemampuannya dalam menyampaikan emosi yang mendalam melalui musik telah memberinya tempat istimewa di hati para pendengar.
“Ini pertama kalinya saya berkolaborasi dengan Musisi Indonesia dan ini merupakan sebuah peluang bagi saya agar public Indonesia juga makin mengenal saya” ucap Hazama.

Hazama mengaku selama berkolaborasi dengan ST12 berjalan dengan lancar, Kemiripan budaya dan Bahasa membuat proses produksi dilakukan dalam waktu yang cepat.Penyanyi jebolan ajang pencarian bakat Malaysia ini menjelaskan, Proses produksi lagu dilakukan secara virtual dan tatap muka. Ia pun mengaku tak ragu menerima tawaran kolaborasi ni karena menyukai melodi dan penulisan dalam single “Harapan Tak Kunjung Usai”.


“Saya berharap karya kolaborasi ini dapat memberi warna baru di dunia musik pop melayu, dan semoga lagu ini cocok ditelinga masyarak Indonesia menjadi lagu Favorit” tutup Hazama.

Tetap pantau untuk peluncuran “Harapan Tak Kunjung Usai” pada tanggal 5 September 2023, saat ST12 dan Hazama bersatu dalam bakat mereka untuk menciptakan pengalaman musik yang akan meninggalkan kesan mendalam pada para pendengar.

Single ini dan music video akan di rilis di semua platform digital pada tanggal 5 Sept 2023 termasuk Youtube, Spotify, Apple Music, Tiktok Music dan lain-lain.