SO Staff

Yayasan Ikhlas bantu adik Nur Iman

Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) diusahakan Yayasan Ikhlas sejak lebih dua tahun lalu kini diteruskan lagi termasuk bantuan diberikan kepada adik Nur Iman Mohamad Sabri yang menetap di Terengganu.

Nur Iman mengalami keadaan hampir sama seperti kes kanser mulut adik Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan mulut di hospital London dengan bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri selepas mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

Bagaimanapun kes Nur Iman lebih serius membabitkan ketumbuhan besar pada mulutnya menutup seluruh hidung dan mulut dipanggil Benigh Epignathus Teratoma hingga menyukarnya makan serta bernafas.

Untuk rekod, sejak dilahirkan hingga ke hari ini, Nur Iman (setahun 10 bulan) sudah menjalani empat kali pembedahan membuang ketumbuhan selain pembentukan struktur rahang serta lidah.

Namun, rawatan khusus masih perlu dilakukan untuk Nur Iman dengan keperluan anggaran kos sebanyak RM400,000 bagi menjalani empat lagi siri pembedahan selain bantuan lain sehingga umur Nur Iman genap 12 tahun.

Menurut doktor yang merawatnya, Prof Shaifulizan Abdul Rahman dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, pelbagai pembedahan perlu dilakukan ke atas Nur Iman.

“Ketumbuhan berkenaan berjaya dibuang pada pembedahan kali pertama. Namun, dia terpaksa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh bulan. Tanpa diduga bentuk kepalanya bertukar menjadi leper dan berkudis akibat terlalu lama terbaring serta tiada pergerakan.

“Justeru, dijangka ada lagi empat pembedahan yang perlu dibuat untuk membetulkan lelangit, gusi, bibir, membuang cecair di kepala. Tak ketinggalan pembedahan membina gusi.

“Selain itu, kos dan dana diperlukan juga merangkumi bantuan bulanan untuk keperluan menjaga rapinya. Termasuklah belian susu khas, ubat, keperluan harian, peralatan khas, rawatan hospital dan wang tunai sekitar RM4,000 sebulan,” kata Prof Shaifulizan

Prof Shaifulizan menambah ibu bapa Nur Iman juga bergelut meneruskan kehidupan.

“Ibunya tidak bekerja. Bapanya pula hanya mengambil upah kerja kampung selain membantu menjaga Nur Iman. Mereka mempunyai dua anak yang bersekolah di asrama dan abang berusia lima tahun,” kata Prof Shaifulizan .

Sementara itu, Yayasan Ikhlas menerusi Pengerusinya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata pihaknya terus komited untuk meringankan beban dan menyampaikan bantuan selama setahun kepada Nur Iman sebagai permulaan.

“Besar harapan kami dalam memastikan Nur Iman dapat kembali sihat dan sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapanya.

“Ini kerana sumbangan itu tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan asas bagi yang memerlukan. Ia juga untuk digunakan sebagai kos pengurusan dan inisiatif lain yang memberikan impak positif yang lebih luas.

Prof Shaifulizan Abdul Rahman ketika ditemuramah

“Bagi yang mahu turut menyumbang boleh ke pautan
www.bantuiman.com. Boleh juga lihat https://vt.tiktok.com/ZSNkgckEY/ untuk lebih lanjut,” kata Prof Dr Zainur.

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Yayasan Ikhlas sudah menjalankan projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan ini juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Tayangan khas magiK adalah versi ‘closed caption’ untuk memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran

Penganjuran tayangan khas atau ‘wayang pacak’ sempena filem magiK diteruskan di empat lagi lokasi terpilih serata tanah air iaitu YMCA di Pulau Pinang, Port Ipoh dan Johor Baharu sejak Oktober lalu.

Menurut penerbit juga teraju utama produksi 42nd Pictures Sdn Bhd, Bea dan suaminya, pengarah Yasu Tanaka, tayangan khas atau ‘wayang pacak’ itu adalah cara alternatif sebelum tayangan di pawagam untuk menyampaikan filem itu secara terus kepada masyarakat tempatan.

“Semasa tayangan khas ini, Yasu menemui semula nilai atau kewujudannya sebagai pembikin filem indie.

“Pengalaman menganjurkan tayangan khas ini juga ini tidak ternilai buat kami,” kata pasangan suami isteri ini.

Yasu yang juga pengarah filem magiK berkata, pihaknya gembira kerana dapat berkongsi filem itu dengan penonton dan melihat reaksi mereka menerusi tayangan khas itu.

“Tayangan khas filem ini adalah versi ‘closed caption’ untuk memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran,” katanya.

Sebagai bekas guru pendidikan khas, Bea berkata, tayangan khas filem magiK di YMCA, Pulau Pinang berjaya menarik seramai lebih 150 kanak-kanak dan dewasa pekak (CODA).

“Ia juga pertemuan semula saya dengan bekas pelajar yang juga seorang guru di mana dia membawa ramai pelajar dan guru pelajar bermasalah pendengaran untuk tayangan khas berkenaan.

“Komuniti pekak juga sangat fokus ketika menonton filem magiK menerusi skrin besar ketika tayangan khas filem ini,” katanya.

Kata Bea lagi, kerja kerasnya dan Yasu untuk menganjurkan tayangan khas filem magiK juga membuahkan hasil apabila melihat orang ramai menghayati filem berkenaan.

“Pekak bukan kecacatan tetapi mereka mempunyai keupayaan yang berbeza,” katanya.

Bea juga mengucapkan terima kasih dengan kerjasama diberikan pihak Port Ipoh
kerana berjaya menjayakan acara tayangan khas dua hari dan menampilkan penonton yang sangat berbeza.

“Pihak kami menayangkan filem magiK kepada komuniti seni dan pelajar dari sekitar Ipoh pada tayangan khas 14 Oktober lalu.

“Pelakon utama filem ini, Beto Kusyairy turut hadir dan ia adalah kali pertama dia menonton filem magiK,” katanya.

Bea berkata, apa yang terbaik daripada tayangan khas kali ini ialah mereka dapat berkongsi filem magiK dengan komuniti pekak.

Katanya, tayangan khas pada 15 Oktober di Ipoh pula berjaya menarik seramai 100 orang termasuk dari Persatuan Orang Pekak Perak (POPP), Sekolah Rendah Khas untuk orang pekak dan Jabatan Pendidikan Negeri.

“Hampir semua penonton bermasalah pendengaran ditemani guru dan ibu bapa mereka.

“Kami juga terkejut apabila melihat penonton OKU pekak menonton filem ini sehingga selesai. Saya percaya kanak- kanak pekak mudah mengaitkan diri mereka dengan watak Kit dalam filem ini,” katanya.

Tidak ketinggalan, kata Bea, tayangan khas filem magiK yang terakhir di Embrace Hall, Johor Bahru dijayakan walaupun dengan penonton bersaiz kecil.

“Kerjasama dengan penduduk tempatan di Embrace Hall, Johor Bahru mengingatkan kami dengan komuniti kecil seni di Kuantan dan Sungai Petani sebelum ini,” katanya.

“magiK” dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

Filem ini berkisar kepada kanak-kanak pekak berusia tujuh tahun, Kit di perkampungan yang terkenal dengan tarikan kelip-kelip dan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 30 November 2023.

Ratu Rock Negara Ajak Penonton Bersolidariti Untuk Rakyat Palestin, Berhibur Sambil Beramal

Bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang, disaksikan hampir 14,000 penonton yang hadir memenuhi segenap ruang dengan kedudukan pentas yang berada di tengah-tengah arena, konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ edisi Pulau Pinang yang dibawakan khas oleh penganjur acara terkenal, Hitman Solutions melalui kolaborasi bernas bersama syarikat pengurusan Ella, RockQueen telah pun melabuhkan tirainya pada malam tadi.

Malam dimulakan dengan penampilan ratu rock negara, dalam busana serba putih membawa bendera Palestin memberi simbolik solidariti terhadap rakyat negara itu yang sedang berdepan dengan kemelut kemanusiaan, dan dalam nada tenang penuh keprihatinan, Ella menyeru, “Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat saudara kita yang terkorban dan sedang bergelut dengan konflik peperangan di sana, ‘free Palestine’!”

Sebelum konsert beraksi, persembahan montaj 35 tahun penglibatan Ella sepanjang berada dalam bidang seni dipersembahkan melalui kesan audio visual yang menarik dengan diiringi lagu Ulek Mayang.

Lagu pertama yang dipersembahkan, Risau menggamit memori kesemua penonton dengan sorakan yang gemuruh diikuti dengan Belenggu, Tiada Tangis Lagi, Sujud, Prinsip, Anak Patung, Retak, nggakPengemis Cinta, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian, Kitalah Bintang, Permata Biru, Standing In The Eyes Of The World dan Gemilang dengan hampir 40 buah lagu kesemuanya.

Malam konsert turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh Kaka Azraff yang merupakan anak saudara Ella menyanyikan lagu Bawaku Pergi bersama adik Ella sendiri, penyanyi era 90-an, Korie, dan kemudian kedua-duanya menyanyikan lagu Pergilah Sayang.

Selain ahli keluarga, suami tercinta Ella, Kapten Azhar Ghazali turut berduet romantis bersamanya melalui lagu Peace Love Rindu dan Mendung Tak Bererti Hujan.

Kejutan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua, kemunculan khas Dato’ Awie berduet bersama Ella menyanyikan lagu Baldu Biru dan nyanyian solo oleh Dato’ Awie sendiri melalui lagu hitnya, Penjara Janji.

KENYATAAN DARI ELLA:

“Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih kepada semua penonton yang sudi hadir ke konsert saya dan buat semua krew yang terlibat.

“Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan sejak 2 minggu yang lalu oleh kerana jerebu, saya agak risau jika malam konsert terpaksa dibatalkan, tapi berbekalkan doa serta semangat dari semua, saya berjaya melunaskan tanggungjawab saya pada malam ini untuk orang-orang utara.

“Saya rasa terharu berbaur sedih kerana berpeluang dapat membuat persembahan di tempat asal kelahiran saya.

“Dan terima kasih buat semua yang ‘support’ solidariti saya terhadap Palestin melalui sumbangan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia, salah satu cara kita dapat membantu secara fizikal dan sudah pastinya doa dari anda semua.

“Peace, love, rindu.

KENYATAAN DARI EN. ROHIT RAMPAL, CEO & PENGASAS HITMAN SOLUTIONS:

“Saya bangga dapat bekerjasama dengan Ella sekali lagi kini di lokasi yang ketiga selepas kejayaan konsert di Kuala Lumpur yang memecah tradisi dengan jualan tiket ‘sold-out’ dalam masa 24 jam, dan di atas permintaan ramai, disambung ke malam kedua.

“Impian kami (Hitman Solutions) adalah dengan terus meningkatkan penanda aras setiap konsert, memberikan sesuatu yang unik dan berlainan di setiap persembahan Ella.

“Nantikan konsert yang seterusnya pada suku pertama tahun hadapan yang akan diadakan di Sabah pula, jadi nantikan tarikhnya.

Bastille And Zimmer Announce “Pompeii MMXXIII”

Bastille have come together with multiple Academy Award® and Grammy®-winning composer Hans Zimmer to release a special reworking of their era-defining international hit single, Pompeii.

The glistening rendition, entitled Pompeii MMXXIII came about as frontman Dan Smith and Zimmer were working together on other projects. A captivating live recording of the track was filmed in Cardiff with the BBC National Orchestra of Wales, watch a clip of the video here.

Hans Zimmer says, “It’s been proven time and time again that a beautiful, crafted song by a great band can have many lives and Pompeii is a shining example of this. Working hand in hand with Bastille and my team at Bleeding Fingers has been an exhilarating experience and an honour to be part of this remarkable journey. I’m so excited to share this rendition with you all!”

Dan Smith says, “Having the opportunity to work with the living legend that is Hans Zimmer, and his brilliant team, has been an absolute dream. Working with them on this new version of “Pompeii” has been incredible and has put the biggest smiles on our faces throughout the whole wonderfully surreal experience.”

Pompeii is the lead single from the band’s multi-million selling debut album Bad Blood and was originally released in 2013 charting at No.2 in the UK charts. The single remains in the Top 50 most streamed songs of all time in the UK with over 3.5 billion streams.

2023 has been a year of celebration for the Grammy and Brit winning four-piece as they mark the 10-year anniversary of the release of their breakthrough debut album, Bad Blood which catapulted the band from alt-pop newcomers to global chart-conquering festival headliners.

Over the summer Bastille released, ‘Bad Blood X’ an extended edition of Bad Blood which included 3 never-before-heard demos, 2 additional covers and a suite of Bad Blood live tracks. The band have also played a special series of sold-out Bad Blood X shows and festivals across the UK, Europe and the US giving fans the opportunity to hear the album in full alongside other fan favourites.

Released on the 4th of March 2013, ‘Bad Blood’ charted at #1 on the UK Albums chart, spending 3 weeks at the top and earning the title of the biggest-selling digital album of 2013. Bastille were crowned the British Breakthrough Act at the 2014 BRITS, along with receiving two Grammy nominations. ‘Bad Blood’ has since gone on to achieve triple platinum status, with over 1 million copies sold in the UK alone. The band have amassed more than 11.9 billion streams across all partners since breaking through over a decade ago.

i-SiNG World 2023

Kejohanan i-SiNG merupakan satu lagi kejohanan vokal yang amat popular didunia sekarang. Walaupun baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2017, i-SiNG kini mendapat sambutan yang amat hangat sekali. “i” dalam nama tersebut merupakan diri peserta dan juga melambangkan kedudukan antarabangsa. “Sing” pula adalah minat dan kecenderongan seseorang itu dalam kerjaya menyanyi. Oleh itu, “i-SiNG” memberi peluang kepada seseorang itu untuk menonjolkan bakat nyanyiannya ke peringkat dunia dan merasa bangga dengan bakat dan kecenderungan yang mereka perolehi.

Dalam tahun pertamanya, pada tahun 2017, i-SiNG telah mendapat penyertaan dari 24 negara dari seluruh dunia. i-SiNG pertama berlangsung di Yangon, Myanmar. Wakil Malaysia, Nabillah Mohamad, telah berjaya menduduki tempat ke-7 dalam kejohanan tahun tersebut.

Tahun kedua, iaitu, tahun 2018, i-SiNG telah berlangsung di Paris, France. Peserta lelaki Malaysia, Shafiq Ikhwan, telah berjaya menggondol juara dunia i-SiNG mengalahkan peserta dari hampir 40 negara.

Pada tahun 2019, i-SiNG World telah berlangsung di Stockholm, Sweden, dengan 47 negara. Malaysia menghantar 2 peserta, iaitu, Mohamad Husaini Mahmur dan Nadia Naswan Hasnan. Mohamad telah mendapat tempat ke-dua dalam kejohanan tersebut dan diikuti pula dengan Nadia ditempat ke-tiga.

Pasukan Malaysia dikelolakan dan dianjurkan oleh MyISing Malaysia. Pada tahun 2020, Rythymis Mines telah mendapat hak untuk menganjurkan kejohanan i-SiNG Dunia yang ke-4 di Kuala Lumpur. Perjanjian telah dimeterai pada bulan Mac 2020 tetapi tidak lama

kemudian, Malaysia telah menutup sempadan akibat pandemik Covid 19. Justeru itu, kejohanan yang ke-4 itu telah ditunda sehingga dunia bersedia membuka sempadan semula.

Kini i-SiNG bercadang untuk meneruskan semula kejohanan dunia ini. Kuala Lumpur telah diberi kehormatan sekali lagi untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini. Pihak penganjur telah menetapkan tarikh kejohanan pada 22hb hingga 26hb November, 2023, di Royale Chulan Damansara.

Dalam ucapan Encik Yuro T, Pengasas dan Pengerusi i-SiNG World Pte. Ltd., menyatakan yang sehingga hari ini sudah lebih 20 negara mengesahkan kehadiran mereka ke kejohanan i-SiNG Dunia di Kuala Lumpur. Kebanyakkan negara peserta amat teruja untuk menyertai kejohanan dan kembali membuat persembahan di pentas antarabangsa. Penganjur MyISing Malaysia telah merancang untuk menganjurkan satu kejohanan yang amat meriah lagi menerujakan di Kuala Lumpur. Selain bertanding, para peserta akan disaji dengan berbagai makanan Malaysia dan dibawa melancong sekitar Lembah Kelang secara percuma. Diharapkan kejohanan ini dapat mempromosi dan memikat lebih ramai pelancong ke Malaysia.

Bass Culture Asia 2023

The electronic dance music scene in Malaysia continues to evolve with the advent of Bass Culture Asia, which is set to raze the roof of Mega Star Arena in the heart of Kuala Lumpur on 4th November 2023, with another top selection of musical acts, both local and international.

Organised by AG Group Global, Bass Culture Asia (BCA) will be a memorable journey through the realms of electronic music. This is your chance to be part of the BCA family and experience an incredible night filled with top notched artist performances, mesmerizing visuals, and an atmosphere pulsating with pure energy.

BCA is ready to put on a show that will give you a mind blowing experience with their top-tier audio system, state of the art lighting effects & laser display and a mega LED screen that will keep you glued to the impressive visuals that will be broadcast throughout the night, within the luxurious and welcoming  environment of Mega Star Arena. The experience is expected to be worth every penny as all party goers will be dancing like there is no tomorrow.

Aimed at fulfilling the immense hunger of dance music fans within the region, especially for those who are passionate about and are longing for trance and hardstyle, Bass Culture Asia: The Rising has officially revealed its first batch of electronic music artistes to the public after listening to all of your feedback.

“They heard your responses, they are now here to fulfill your dreams.”

Among the first international acts to be announced are legendary hardstyle duo TNT made up of  Italian hardstyle deejay & producer Cristiano Giusberti, known by his primary stage name Technoboy, and hardstyle deejay & producer Antonio Donà a.k.a Tuneboy, both from Bologna.

Technoboy’s biggest hits include ‘War Machine’, ‘Rage’, ‘Into Deep’, ‘Oh My God’, and the Qlimax 2008 Anthem ‘Next Dimensional World’ and has played at  Defqon.1 Festival, Bionic (UK), Sensation, Mondo (Edinburgh UK), Qlimax, Mystery Land, In Qontrol, Hard Bass, X-Qlusive, Fantazia (Glasgow), Decibel etc., and in Clubs like Hemkade 48, The Bridge, Index (Earthquake 2003), Tropicana, OXA, Ministry of Dance, Locomotion, Plaza di Christo, Vat 69 (2Fast4Trance), The Melkweg, and Club Sans Souci (The Zone).

Tuneboy has produced over 500 tracks supported by the biggest international names on the scene and played at parties such as Parties like Qlimax, Defqon, X-Qlusive, In Qontrol, Decibel, HardBass, Tomorrowland, Dance Valley, Black, Q-Base and now Bass Culture Asia.

Technoboy & Tuneboy are the pioneers of the energetic sounds of hardstyle.

Joining them on the big stage at Mega Star Arena will be the trending duo OverDrive, made up of Hard Trance/Tech/Hardstyle deejays & producers Jesse Pedro & Christian Jay from Melbourne Australia. The duo is expected to ignite the night with their stimulating music and drop beats that will have Malaysia shaking to the core..

Also in the line up is Scottish trance & techno deejay and record producer DJ Mark Sherry. The always on the pulse Sherry has remixes on Outburst Records/Techburst Records, Reset (Spinnin), Armada, Mental Asylum, High Contrast, Lange & Detox, and is guaranteed to have you dancing till dawn.

Next on the list is deejay and producer DJ Isaac (Roel Schutrupsoel), from The Netherlands. He is one of the founders of hardstyle and has been  at the forefront of harder dance music; a position he now holds for over 20 years. Always sticking his head out for new revolutions in sound, Schutrupsoel is a regular headliner at the world’s biggest dance festivals and events like Electric Daisy Carnival, Defqon.1 Festival, Qlimax and Decibel Outdoor. He is responsible for big hits like ’DJ, Ease My Mind’, ‘B*tches, ‘Digital Nation‘ and Stick Em’ and remixes for Martin Garrix, Dash Berlin, Yellow Claw & Showtek.

Also joining the incredible line up of acts for BCA, is new BBC Radio 1 resident Will Atkinson, who is an entity that truly congers up futuristic soundscapes for the jilted generation. Responsible for over 100 BBC Radio 1 airplays and 6 Beatport number 1s, the ambidextrous Atkinson who cannot be restrained by genre, began mixing records at the tender age of 7.  He has certainly come of age with a long list of hit records that includes “Pat Butcher”, “Victims”, “Numb The Pain”, “Subconscious”, “Mesmerize” (ft Rowetta from The Happy Mondays), “The Gamer Changer”, “Fresh Meat”, all of which, are genre defining, chart topping, iconic titles that have set the bar uncomfortably high for Will’s peers to try and follow.

Having released on all of the scene’s coolest labels including Subculture, Kearnage, FSOE, Spinnin’, Armada, Perfecto Fluoro and Vandit, the demand for Will’s production skills is truly rampant. His tour schedule reads like a catalogue of the coolest festivals and clubs in the world with regular peak time slots at EDC Vegas, EDC Mexico, Dreamstate all over the US, Beyond Wonderland, Creamfields, Luminosity, BAT Buenos Aires, Subculture Australia, Earthcore, ASOT and now bass Culture Asia in Kuala Lumpur.

The local line up that has been announced so far includes crowd favourites deejay, producer and radio celebrity Ramsey Westwood, international globetrotters Chukiess & Whackboy, who need no introduction, EDM vocalist Amin Salmee whose tracks have been making waves with top labels like Warner Music Malaysia, Black Hole Recordings (The Netherlands) & Armada Music (The Netherlands),  the iconic Mister Ariffin, DJ duo Techwoot B2B Azwa, and DJ duo Smash B2B Yunn.

A limited number of Phase 1 General Admission and VIP tickets are currently on sale.

Ticketing Information:

General Admission:
Phase 1 : RM 178
Phase 2 : RM 208
1) GA ticket holders can only enter the General Admission Areas in the event venue.
2) Normal lane during entry and bar.
3) Normal Festival band.
VIP Pricing:

Phase 1 : RM 238
Phase 2 : RM 278
1) VIP express lane for entry and beverages.
2) Access to enter VIP and GA areas.
3) Vip area included raised viewing platform (FREE SEATING)
4) Access to exclusive private VIP bar
5) BCA PREMIUM VIP pass x1
6) BCA PREMIUM Led festival band x1
7) Inclusive of 1x Beer (Heineken) and 1x drink. Options (Soft drink / Mineral Water)

Purchase your tickets only at www.ticketmelon.com/basscultureasia/basscultureasia and from nowhere else to ensure that you have secured legitimate access to the event.

The people behind Bass Culture Asia have massive experience in organizing EDM events, plus The Rising is well-supported by Hardstyle Republic & KL Warehouse Project.

Rentak Sejuta and Selebriti Online are the official media partners to Bass Culture Asia: The Rising.

Grab your tickets now and secure your spot at the hottest EDM event of the year. Don’t miss out on the chance to be part of the energy, the music, and the unforgettable memories. 

USANITA SDN BHD DAN PERKEP MALAYSIA BERGABUNG UNTUKMENINGKATKAN MARTABAT WANITA MALAYSIA

Usanita Sdn Bhd berbesar hati menerima jemputan kolaborasibersama Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP). Matlamat dan misi yang dijalankan oleh keduaorganisasi ini hampir serupa iaitu dengan mengangkat kehebatan wanita secara umum. WalaupunUsanita sering dikaitkan dengan program yang berbentuk keusahawanan, Usanita kali ini mahumelebarkan sayap dengan lebih lagi dengan perkongsian tentang kesihatan mental dan menjagakebajikan para wanita.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Puan Sri Zainah binti Othman selaku Pengerusi PERKEPMalaysia kerana percaya pada Usanita Sdn Bhd untuk bersama-sama menjalin usahasama dibawahpayung PERKEP dalam mengejar misi dan visi yang sama iaitu membantu wanita membina keyakinandan saling memberi sokongan antara satu sama lain bagi mencapai kesejahteraan hidup kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan ketika di Majlis HiTea PERKEP Malaysia X Usanita yang berlangsung di Four Season, Kuala Lumpur.Majlis ini juga turut dihadiri seramai 200 ahli PERKEP Malaysia dan Usanita Sdn Bhd menampilkanjuga rakan strategik mereka iaitu Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari & Zoey Rahman sebagaipengacara majlis dan badan-badan korporat yang terlibat rapat dengan Usanita Sdn Bhd.

Turut serta pada program ini ialah usahawan Perintis Usanita yang membuka booth jualan produk mereka.Bercakap mengenai kolaborasi ini Datuk Adzliana berkata “Saya percaya gabungan ini akan menjadiinspirasi pada ramai kaum wanita di Malaysia bukan sahaja dikalangan ahli PERKEP bahkan jugaoleh lain-lain gabungan dan individu-individu secara keseluruhannya.

Saya melihat Puan Sri Zainahsebagai Iron Lady kerana tanggungjawab yang digalas oleh beliau amat besar.”Menurut pengerusi PERKEP Malaysia Puan Sri Zainah Bt Othman dia melihat pelbagai liku danrintangan yang sering dihadapi oleh para wanita terutama oleh isteri pegawai dan anggota Polisdan beliau terpanggil untuk membantu mereka untuk bangkit dan menjadi wanita yang hebat.Kerana pada pandangan beliau wanita merupakan insan yang kuat dan bersemangat kental, merekaini hanya perlukan sedikit suntikan kesedaran untuk mereka terus maju.

Wanita para isteri anggota dan pegawai PDRM ini adalah tulang belakang kepada keluarga yangakan mendidik anak-anak dan membentuk keluarga, selaras dengan slogan PERKEP iaitu KeluargaBahagia Pasukan Sejahtera.“Saya percaya dengan adanya kepakaran dan pengalaman daripada Datuk Adzliana sebagaipemain industri pasti akan memeriahkan lagi pelbagai aktiviti yang akan dirangka bersama Usanitaselepas ini.

Aktiviti selepas ini akan lebih dekat dengan semua wanita yang ingin menceburi bidangkeusahawanan dan menjana ekonomi keluarga.” kata Pengerusi PERKEP, Puan Sri Zainah. Kolaborasiini akan menjadi satu penanda aras yang baru buat Usanita Sdn Bhd untuk sentiasa berikan yangterbaik dalam semua program yang dijalankan dan memastikan objektif yang dirancang akandicapai dengan jayanya.

7 lokasi dipilih sebagai tayangan khas filem magiK

Tayangan khas filem magiK anjuran syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu dan Bea Tanaka dan membabitkan tujuh lokasi terpilih bermula 11 September lalu berjaya mendekati golongan sasarannya.

Menurut penerbit filem ini, Bea, tayangan khas filem magiK di tujuh lokasi berbeza di Semenanjung Malaysia itu membabitkan lapan acara tayangan.

“Setakat ini, pihak kami sudah berjaya mengadakan empat tayangan khas filem magiK bersama penduduk setempat termasuk komuniti bermasalah pendengaran membabitkan lokasi di Kuantan,Terengganu, Kedah dan YMCA,Kuala Lumpur.

“Tayangan khas filem ini juga ialah versi ‘closed caption’ untuk memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran,” katanya.

Filem magiK yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 30 November depan memaparkan gadis pekak berusia tujuh tahun,Kit yang tinggal di
perkampungan terkenal dengan kelip-kelip.

Kuantan

Lokasi pertama untuk tayangan khas filem magiK adalah di Kuantan,Pahang.

Menurut pengarah filem ini, Tanaka, lokasi ini dipilih kerana penggambaran filem magiK berlangsung di Kampung Kuantan, Kuala Selangor yang terkenal dengan kelip-kelip.

“Ramai penonton yang bertanya mengenai maksud huruf besar K yang juga judul filem magiK pada tayangan khas itu.

“Saya menjelaskan kepada mereka huruf besar K itu melambangkan banyak perkara.“K adakah Kit (nama watak utama), K juga bermaksud kelip-kelip dan komunikasi serta K juga bermaksud Kuantan,” katanya.

Tanaka berkata, selalunya dia akan mendapat idea baru dan inspirasi untuk menghasilkan skrip bila mengunjungi lokasi yang unik dan menarik di Malaysia.Katanya, dia juga boleh menyelami adat dan budaya masyarakat tempatan di setiap lokasi yang dikunjungi.

“Terima kasih kepada pihak yang membantu menjayakan tayangan khas filem magiK di sana iaitu Addy Haikal, Warung Adri dan Pameran Seni Haram yang menjadi tuan rumah di Kuantan.

“Mereka juga tidak sabar untuk mengembangkan komuniti seni di Kuantan melalui pelbagai bentuk seni seperti muzik dan filem,” katanya.

Tidak ketinggalan, kata Tanaka, dia dan Bea turut berpeluang mempromosikan buku terbaru terbitan mereka berjudul “Visual Story Telling 2: How to Meet 42nd Sheep” dengan Pameran Seni Haram.

“Syarikat produksi, 42nd Pictures lazim mengadakan kelas “Visual Storytelling” dan menggunakan buku karya mereka sebagai buku teks,” katanya.

Terengganu

Tayangan khas kedua filem magiK membabitkan lokasi di tepi pantai yang indah dan terkenal dengan tempat penyu bertelur untuk konservasi penyu iaitu Pantai Telaga Papan di Setiu,Kuala Terengganu.

Menurut Tanaka, lokasi itu dipilih kerana ia bersesuaian dengan filem magiK yang juga menyentuh konservasi kelip-kelip.

“Namun, lokasi itu paling sukar untuk kami meletakkan peralatan seperti projektor, pembesar suara dan skrin layar untuk tayangan wayang pacak di luar,” katanya.

Kata Tanaka lagi, magiK juga menyentuh isu alam sekitar dan karya dihasilkan juga sentiasa menekankan kepentingan komunikasi yang harmoni antara alam semula jadi dan manusia.

“Seperti filem kami sebelum ini, Nota, kisah berlaku di tepi sungai dan seterusnya di laut.

“Seperti perubahan alam semula jadi mengajar kita bagaimana untuk hidup dengan aliran kitaran dan bukan melawannya seperti cuaca dan alam.

“ Malangnya, pihak kami tidak dapat menyampaikan filem magiK kepada masyarakat tempatan kerana hujan turun dengan lebatnya ketika tayangan filem itu di sana dan kami perlu meneruskan perjalanan lokasi seterusnya pada keesokan paginya,” katanya.

Kedah

Perjalanan paling jauh sempena tayangan khas filem magiK ialah dari Setiu,Kuala Terengganu ke Sungai Petani, Kedah. Tayangan khas di sana berlangsung di SPace08000.

Menurut Tanaka,di Sungai Petani, SPace08000, telah menjadikan jalan belakang dan bangunan lama sebagai landasan untuk komuniti seni dan belia.

Mereka saling membantu untuk berkembang dan terus bertahan. “Tayangan khas filem magiK di sana juga dapat menarik pelbagai golongan masyarakat seperti pasangan guru yang mengajar golongan pekak sama seperti Bea.

“Selain itu, ada lelaki Jepun yang menetap di Malaysia dan memberi sokongan kepada golongan OKU serta nama keluarganya juga Tanaka.Pada masa yang sama,ada juga pasangan pelancong dari Indonesia,” katanya.

“Kita dapat kenalan baru di kalangan menonton tayangan khas filem magiK di lokasi terpilih dan setiap pertemuan adalah tidak ternilai,” katanya.

  1. YMCA, Kuala Lumpur
    ————————————-

Minggu Orang Pekak Antarabangsa sedunia di sambut pada hari ahad terakhir, September.

Pelbagai acara dianjurkan untuk meraikan hari terbabit, dan Tanaka dan Bea memilih untuk mengadakan tayangan filem magiK di YMCA,Kuala Lumpur.

Pasangan suami isteri ini berharap filem magiK akan menyumbang pengiktirafan kepada golongan bermasalah pendengaran.

Bea yang juga bekas guru pendidikan khas masalah pendengaran selama 15 tahun berkata, mereka juga mahu berkongsi filem itu dengan komuniti bermasalah pendengaran sebanyak yang boleh.

“Pihak kami bersyukur kerana YMCA, Kuala Lumpur menganjurkan tayangan khas sempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa pada tahun ini dan ia sangat sesuai dengan filem magiK,filem mengenai seorang gadis pekak.

“Barisan pelakon filem magiK yang turut hadir untuk tayangan khas ini ialah Qisya Hairulzain (watak utama Kit), Tengku Carmeela (Kit dewasa), Chacko Vadaketh (Zack). Carmeela juga pekak dan ia juga penampilan pertamanya di layar filem,” katanya.

Sementara itu,Tanaka dan Bea berkata, melihat reaksi penonton secara langsung pada tayangan khas di lokasi terpilih itu adalah kepuasan sebenar mereka setelah menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan filem itu.

“magiK adalah mengenai komunikasi.Ia adalah kisah mengenai sebuah keluarga di perkampunganyang terkenal dengan kelip-kelip.

“Pihak kami bertemu dengan ramai orang sepanjang tayangan khas ini di mana mereka juga mempunyai kehidupan dan masalah mereka sendiri,” katanya.

Kata Tanaka lagi, ada yang cuba bertahan dan ada yang meneruskan minat mereka dalam pelbagai bentuk seni.

“Setiap bandar mempunyai komuniti seni mereka sendiri dan mereka juga berjuang untuk terus berkembang maju.

“Kami juga merasakan sangat dekat dengan mereka sebagai pembikin filem Indie,”katanya.

Menyusul selepas ini, ada lagi empat tayangan khas filem magiK akan berlangsung di beberapa lokasi selepas ini.Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya nanti.

Sosial Media :

TikTok : https://tinyurl.com/yshuze9c
Facebook : https://tinyurl.com/2r43wdjm
Instagram : https://tinyurl.com/mvb6952d

Wanna Ali Dilantik Sebagai Duta Millefleur

Menyedari kesan buruk disebabkan oleh kekurangan penghidratan pada kulit wajah, Millefleur tampil dengan Serum Penghidratan yang inovatif iaitu Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum yang mengandungi tiga bahan semulajadi utama iaitu Aloe Vera, Alpha Arbutin dan Sodium Hyaluronate yang diformulasi bebas dari sebarang pewangi dan paraben serta sudah berada di pasaran sejak setahun lalu.

Ketiga-tiga bahan yang diperkenalkan itu berkuasa mengekalkan kelembapan, mengurangkan kekeringan dan mengembalikan kehalusan kulit; Aloe Vera Meningkatkan tahap penghidratan, mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar.Alpha Arbutin Ekstrak daripada pokok Gingko merawat pigmentasi, mencerahkan kulit, memudarkan atau menghilangkan parut jerawat,Sodium Hyaluronate Membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membendung masalah kekeringan dan tekstur kulit yang tidak sekata.

Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, selepas mengkaji khasiat aloe vera yang mampu merawat semua jenis kulit serta mempunyai ciri penyembuhan terhadap masalah kulit, ia sekali gus memberi inspirasi kepada Golden Millefleur Trading Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan aloe vera menerusi jenama Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum.

“Idea ini terhasil apabila salah seorang ahli keluarga kepada pengasas produk ini mengalami masalah kulit muka. Dia menggunakan aloe vera yang dipotong, kemudian di simpan di dalam peti sejuk dan digunakan untuk mengosok muka setiap hari sehinggalah masalah jerawat berjaya diatasi dan kulit wajah menjadi bersih dan licin. “Jadi timbul idea untuk menjadikan aloe vera sebagai asas utama dalam pembikinan produk serum kecantikan ini. Ditambah pula dengan dua bahan utama iaitu Alpha Arbutin dan Sodium Hyaluronate mampu membantu meningkatkan kemulusan kuit dan menjadikannya cerah dan bersiri dari dalam,”katanya.

Bagi menambah keyakinan kepada pengguna, produk Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum ini sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan Halal. Lebih menarik, Millefleur turut bakal mengeluarkan produk pelembap muka dan krim pelindung matahari (sunblock) dalam waktu terdekat. Bukan hanya itu, majlis hari ini turut memperkenalkan pelakon dan penyanyi berbakat besar, Wanna Ali sebagai duta Millefleur dalam majlis menandatangani dan pelantikan Wanna sebagai duta bersama Millefleur. “Selepas mengambil kira semua faktor dari aspek keserasian dan kerjasama baik antara Wanna dan pihak Millefleur, kami yakin Wanna adalah pilihan yang tepat untuk memperkenalkan produk ini secara lebih meluas dalam semua platform media”

“Kami juga sangat kagum dengan disiplin Wanna yang konsisten menggunakan produk ini sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna”. Selari dengan kempen #WakingUpToHealthySkin, Millefleur turut menghasilkan tiga versi iklan. Iklan yang pertama video muzik membawa penceritaan tentang kecantikan yang bersatu dengan keindahan alam, kerana bahan semulajadi adalah formulasi terbaik untuk penjagaan wajah seperti Serum Millefleur. Iklan kedua adalah tentang penjagaan kecantikan rutin Wanna Ali yang ingin beliau kongsikan pada kesayangannya iaitu peminatnya.

Dan Iklan ke3 adalah berkonsepkan tidak kira usia ataupun warna kulit, kita semua adalah sama. Wanita harus sentiasa menyokong antara satu sama lain dan kecantikan semulajadi adalah milik semua wanita “Bagi merancakkan aktiviti promosi Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum, Millefleur turut menawarkan hadiah lumayan kepada kepada pengguna produk serum ini. Dengan setiap pembelian Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum berharga RM118, pelanggan boleh menyertai peraduan #WakingUpToHealthySkin dengan memuat naik video kreatif anda bersama produk di media sosial beserta hashtag #WakingUpToHealthySkin #Millefleur dan ikut media sosial Millefleur @millefleurhq Pengguna bertuah berpeluang memenangi hadiah wang tunai bermula RM500 untuk saguhati sehingga RM2,000 sebagai hadiah pertama .

Dalam pada itu, Millefleur sedang giat mencari agen dan stokis dengan keuntungan yang tinggi untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan lumayan bersama produk ini dengan menghubungi talian hotline +01121277002.Bagi yang ingin mendapatkan Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum ini boleh membuat pembelian secara online di laman web rasmi www.millefleurskin.com atau melalui sistem agen online di www.millefleurempire.com dan boleh hubungi di talian +01121277002.

Cerana Biduk Bu Merah Temui Penonton Di Pawagam bermula 12hb Oktober 2023

Filem Cerana Biduk Bu Merah merupakan sebuah filem genre seram yang diterbitkan oleh Goldhill Pictures Sdn Bhd .Filem Cerana Biduk Bu Merah bakal ditayangkan pada 12 Oktober 2023 dipawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura .

Penerbit Goldhill Pictures Sdn Bhd , En Haizul Anafer Ali berpendapat , filem Cerana Biduk Bu Merah ini wajib menjadi tontonan umum kerana banyak mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.Segelintir masyarakat mulai alpa dengan duniawi, rakus ingin mencapai kejayaan , ghairah dengan keseronokan dan keindahan dunia yang sementara sehingga terlupa beban syurga dan neraka yang menanti .

Justeru itu saya menyeru untuk menonton Filem Cerana Biduk Bu Merah ini , kerana selain wadah hiburan ia menyelitkan natijah perbuatan syirik , saka , semangat dan spiritual yang masih berleluasa dalam masyarakat kita.Semoga filem ini dapat memberikan impak kesedaran rohani dan spritual yang besar .Filem Cerana Biduk Bu Merah arahan Haizul Anafer Ali dibarisi pelakon popular dan hebat tanah air antaranya Fasha Sandha , Pekin Ibrahim , Wan Hanafi Su , badrul Muhayat , Sarah Daewoo ,Pyan Kepoh dan ramai lagi .

Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di negeri Perak.Semoga Goldhill Pictures Sdn Bhd akan terus menghasilkan filem-filem bermutu yang terdiri daripada pelbagai genre pada tahun ini. Kerjasama dan sokongan daripada para wartawan amatlah dialu-alukan bagi memastikan semua misi dan visi ini mencapai matlamat yang diharapkan.

SINOPSIS
Seorang wanita tua Bu Merah yang dipinggirkan oleh orang kampung tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka , menyelamatkan seorang gadis yang cuba dirogol bernama Sofia . Bu Merah biar pun tua , tapi kulitnya tidak berkedut ,malah dia sentiasa kelihatan cantik . Penjaga Cerana Biduk yang berpuaka menjadikan Bu Merah sentiasa cantik dan muda .

Takdir menentukan , Sofia adalah warisnya yang dilarikan oleh anak dan menantunya . Menantu dan anaknya telah melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh penunggu cerana Biduk . Saka Cerana Biduk tinggalan suami menyebabkan Bu Merah hidup terseksa. Kehadiran Sofia menyedarkan Bu Merah . Cerana Biduk perlu dibunuh demi menyelamatkan warisnya Sofia dari mewarisi Cerana Biduk yang mencari penyambungnya .Berjaya kah Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk saksikan Filem Cerana Biduk Bu Merah dipawagan anda .

Andra And The Backbone Bakal Temui Peminat Di Malaysia Disember Ini

Mungkin hanya sebahagian peminat muzik di Malaysia yang menyedari akan kewujudan band Andra & The Backbone apatah lagi menyimpan hasil karyaan yang juga merupakan ‘pendukung’ Dewa 19.Namun jika anda adalah kelompok Baladewa dan Baladewi (panggilan untuk peminat Dewa 19), sudah pasti nama Andra sudah biasa terungkap di bibir.

Walaupun muzik Andra & The Backbone sedikit berat berbanding Dewa 19, band ini ada persamaan terutama dari segi lirik cinta puitis.Vokal Dedy yang ‘husky’ juga dilihat sesuai dengan gubahan muzik Andra & The Backbone. Dalam erti kata lain, gabungan idea Andra, Dedy dan Stevie yang juga anggota band death metal Deadsquad memberi pelbagai warna dalam band ini.Mungkin ada yang tidak tahu, band yang ditubuhkan pada 2006 ini sudah enam kali membuat persembahan di Kuala Lumpur.

Kali terakhir mereka menggalas tugas sebagai ‘opening Act’ untuk konsert Dewa 19 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun 2019.Setelah 17 tahun membina empayar, ‘Andra & The Backbone’ sekali lagi di beri ruang untuk ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’.

Konsert anjuran Qew Communications Sdn Bhd atau Qew Comm itu di jadual bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.Bagi pihak Qew Comm, pihaknya melahirkan rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Andra yang juga merupakan salah seorang gitaris Dewa 19. Selain itu mereka juga percaya bahawa Andra & The Backbone punya kelompok peminat mereka sendiri.

Mereka juga percaya bukan hanya kelompok peminat rock tetapi peminat muzik ‘berat’ juga bakal hadir ke konsert itu nanti kerana ukhwah di kalangan mereka cukup kuat.Menerusi jenama Andra And The Backbone mereka telah mengeluarkan empat album iaitu “Andra and the Backbone” pada tahun 2007, “Season 2 ” (2008) , “Love, Faith & Hope” (2010) serta album kompilasi “The Best Of Republik Cinta” (2011) .Lagu hits mereka iaitu Sempurna yang diperkenalkan kembali oleh Gita Gutawa, “Lagi Dan Lagi”, “Dan Tidurlah”,  “Terdalam” , “Perih” , serta “Dengarkan Aku.Bagi anda yang menggemari lagu-lagu yang sarat dengan mesej tersirat, ini peluang untuk menyaksikan kehebatan Andra dengan lebih dekat, apatah lagi beliau memilih untuk jadi anggota paling pendiam jika beraksi bersama Dewa19.

Konsert ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’ bakal merungkai sisi sebenar Andra, Stevie dan Dedy yang pasti memberi momen indah dan lebih ‘intim’ sekaligus memaku kesempurnaan Andra & The Backbone.Tiket dengan harga RM169 (CAT 1), RM139 (CAT 2), RM289 (CAT 3), RM229 (CAT 4) dan RM4,000 (VIP) akan mula dijual bermula 12 Okt ini di myticket.asia

Program CSR MSTAR BAEK Dilancarkan Sempena Sambutan 18 Tahun

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, Portal mStar yang kini mencapai 18 tahun usiannya telah berkembang menjadi platform yang popular dan berjaya memberikan kesan dalam landskap kandungan digital.Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu, angka 18 tahun adalah tempoh usia cukup matang dalam memenuhi permintaan kandungan digital ketika ini.Mstar bermula dengan memberi fokus pada kandungan berita, kemudian berdiri teguh sebagai portal gaya hidup yang menekankan kontent hiburan, viral dan sensasi dalam memikat kumpulan sasar merangkumi usia 18 hingga 44 tahun.

Ulang tahun ke 18 mstar dan pelancaran mStar Baek bersama selebriti—SHAARI CHEMAT / THESTAR

Dalam melalui pahit getir sehingga mencecahnya angka 18 tahun ini, mStar berjaya mengangkat reputasinya apabila ia muncul sebagai portal gaya hidup dan hiburan nombor satu di Malaysia seperti dilaporkan ukuran data trafik Similar Web.Purata paparan halaman sebanyak 20 juta dengan 8 juta pelawat unik sebulan, ia mampu memantapkan kedudukan mStar sebagai portal pilihan masyarakat selain berjaya meraih keyakinan kepada rakan niaga dalam mengiklanlkan produk mereka.

Bersempena meraikan 18 tahun penerbitannya, mStar mengambil kesempatan dengan memberi peluang kepada ikon seni negara, Datuk Haji Aznil Nawawi menandatangi papan tanda istimewa mStar atas pencapaian ini, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai ikon yang berjaya mencipta nama bukan sahaja sebagai wartawan tetapi pelbagai cabang kerjaya seni lain.

Ulang tahun ke 18 mstar dan pelancaran mStar Baek bersama selebriti. — FAIHAN GHANI/The Star

MSTAR BAEK BANTU ARTIS MEMERLUKANMstar juga turut tampil dengan sebuah program terbaharu iaitu mStar Baek yang merupakan sebuah inisiatif bersama penaja Noir Health & Beauty bagi menyantuni masyarakat memerlukan terutamanya golongan artis yang selama ini menjadi medium penghibur kepada orang ramai melalui bakat mereka.Ketua Pengarang mStar, Niezam Abdullah berkata, pengenalan mStar Baek ini tercetus selepas melihat saat penggiat seni dilanda kesusahan selepas ditimpa ujian hidup, golongan ini seakan-akan tidak dipedulikan lagi sedangkan mereka pernah menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing.

Ulang tahun ke 18 mstar dan pelancaran mStar Baek bersama selebriti. — FAIHAN GHANI/The Star

Justeru katanya, mStar yang banyak mengetengahkan perkembangan dunia hiburan tempatan merasakan bertanggungjawab untuk membantu golongan ini menerusi projek tanggung jawab sosial korporat (CSR) – mStar Baek.“Program terbaharu berbentuk rakaman video terbitan mStar ini, akan mula bersiaran setiap hari Khamis bermula 5 Oktober 2023 sebanyak 10 episod yang akan disiarkan di portal mStar, YouTube, Facebook dan semua platform media sosialnya,” ujar Niezam.

Menerusi segmen ini Niezam berkata, mStar bersama Madammu atau nama sebenar Eriyca Baiduri iaitu pengasas Noir Health & Beauty menyantuni 10 selebriti terpilih untuk menyerahkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan lain. Antara artis yang disantuni ialah Zaiton Sameon, Mak Jah, Bad (Indigo), Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku) Wan Maimunah, Alina Hassan dan Izwan Fitri, Ali XPDC, Dalam masa yang sama, dengan paparan yang dikongsi menerusi platform mStar ini, diharap ia membuka jalan agar golongan ini akan terus dibantu oleh semua pihak.

Ulang tahun ke 18 mstar dan pelancaran mStar Baek bersama selebriti—SHAARI CHEMAT / THESTAR

“Kami percaya, ramai lagi penggiat seni yang uji dengan pelbagai cabaran hidup dan berharap, program mStar Baek ini mampu untuk menjadi plaftorm dalam membantu golongan ini dengan kerjasama pihak-pihak tertentu yang bersedia bekerjasama menjadi penaja,” katanya.Pengasas Noir Health & Beauty, Madammu pula berkata, kolaborasi bersama mStar bertepatan dengan objektifnya dalam membantu golongan memerlukan.“Saya rasa peluang ini tak boleh saya lepaskan kerana kami di Noir sentiasa mengadakan CSR untuk membantu mereka yang perlukan bantuan dan yang perlu dibantu.“Jadi apabila mendapat tahu tentang projek mStar Baek, saya rasa objektif kami sama dan saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan mStar untuk program ini,” katanya.Tambah wanita berusia 34 tahun itu, keadaan ekonomi yang tidak menentu membuatkan dirinya berasa terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan rakan selebriti yang memerlukan.“Kalau tengok pada ekonomi sekarang ramai yang terjejas dengan krisis ekonomi yang berlaku.

Jadi saya rasa ini peluang yang patut saya ambil dan perlu sentiasa beringat dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.“Mengapa tidak jika kita mahu berkongsi rezeki. Jadi bila ada platform seperti mStar Baek ini saya rasa sangat sesuai untuk Noir berkolaborasi dan laksanakan tanggungjawab kita untuk bantu orang lain,” ujarnya.Madammu turut mengakui berasa terharu mendengar sendiri cerita dan pengalaman artis-artis yang dibantu dalam segmen mStar Baek apabila bertemu mereka sendiri ketika menjalani penggambaran.

Ulang tahun ke 18 mstar dan pelancaran mStar Baek bersama selebriti. — FAIHAN GHANI/The Star

“Perasaan saya sangat terharu, contohnya kisah Zaiton Sameon di mana kita tahu dia dahulunya berada di kemuncak dalam kerjayanya dan kita tak jangka secara tiba-tiba semuanya berubah.“Jadi bila saya turut sama pergi jumpa artis-artis ini banyak yang saya pelajari, dalam hidup kita ni tak boleh sentiasa berfikir selalu berada di atas ada kalanya kita berada di bawah juga.“Banyak perkara yang saya ambil dan jadikan muhasabah diri untuk tidak sentiasa melihat ke atas ada waktu perlu lihat di bawah,” jelasnya.Selain Noir, para selebriti terlibat turut mendapat sumbangan berupa barangan keperluan asas daripada Bernas serta barangan kesihatan daripada Eskayvie.