Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar mendapat semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn. Bhd, Muhd Habibunajjar Sazali berkata, seramai 123 pelajar berjaya mendapat semua A pada SPM lalu, termasuk seorang pelajarnya yang mendapat 11 A+.
“Ini adalah satu pengiktirafan besar daripada pihak MBOR kepada PTTI yang sudah bertapak di negara ini sejak 2015.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf pencapaian kami. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan sebanyak mungkin pelajar kami mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini,” katanya selepas majlis menerima sijil pengiktirafan daripada MBOR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.
Sijil itu diserahkan oleh dua wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Jeska Seah dalam satu majlis ringkas.
Berkongsi lanjut, Habibunajjar berkata, pihaknya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 1,000 pelajar daripada keseluruhan lebih 10,000 pelajarnya untuk mendapat keputusan semua A dalam SPM tahun ini.
“Kami sedia maklum mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dalam proses untuk mengembalikan takwin SPM seperti sebelum pandemik Covid-19.
“Kami kini sedang menyusun semula program tuisyen PTTI bagi menyesuaikan dengan pelaksaan peperiksaan berkenaan,” katanya
Usanita Sdn Bhd mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang kepada pengunjung Starhill Bukit Bintang, hari ini, dalam program Kita Merdeka bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2023. Program yang berlangsung di perkarangan Starhill itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Prof. Dato Sri Dr. Hasan dan Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan (Hot FM, Kool 101 dan Digital), Shah Hayatudin yang bertindak sebagai rakan strategik.
Majlis yang bermula sekitar 9 pagi itu turut dimeriahkan oleh Perintis Usanita yang merupakan usahawan hebat di bawah kelolaan Usanita. Menurut Adzliana, tujuan utama program Kita Merdeka dibuat adalah untuk meningkatkan kesedaran dan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang. “Pertama sekali Usanita amat berterima kasih pada pihak Starhill kerana telah menaja lokasi program ini.
“Cadangan program ini tercetus sebaik tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 diumumkan iaitu Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. “Jadi kami tampil dengan inisiatif mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang kepada pengunjung di sekitar Starhill tanpa mengira kaum, agama atau bangsa sebagai langkah kecil untuk menanam rasa kecintaan kepada negara tercinta,” katanya.
Menurut Adzliana, inisiatif yang dibuat antara lain bertujuan untuk menyatupadukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. “Selain mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang, pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti cabutan bertuah, pemberian aiskrim Malaysia secara percuma serta program santai bersama rakyat Malaysia yang berada di perkarangan Starhill ini sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 esok,”katanya.
Menyentuh mengenai kolaborasi bersama stesen radio Kool 101, Adzliana berkata Kool 101 bertindak sebagai medium penting dalam menyampaikan peranan, inisiatif, misi dan visi Usanita kepada masyarakat. “Kerjasama bersama Kool 101 sudah berlangsung sepanjang tahun ini. Pihak kami begitu teruja dengan kolaborasi ini kerana Kool 101 bukan saja membantu dalam bidang keusahawanan tetapi bertindak dalam menyampaikan dasar atau inisiatif pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia,”katanya.
Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 tahun ini, Adzliana melihat golongan wanita semakin berani dan mampu berdiri sendiri dengan bekerja serta membina pendapatan dalam membantu ekonomi keluarga. “Kemerdekaan bermaksud satu kebebasan yang mana negara sudah mencapai kemerdekaan dari aspek pembangunan, ekonomi dan perpaduan.
Malah golongan wanita hari ini juga sudah ‘merdeka’ apabila mampu berdiri di atas kaki sendiri. “Bagi saya, itu adalah satu kemerdekaan buat wanita apabila dapat membantu membangunkan ekonomi negara selain mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Hari ini wanita juga mampu berjaya, berdikari, berdedikasi dan gemilang,”katanya.
Sekali lagi Lomo Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama rakan pengedar MM2 Entertainment kembali dengan Filem arahan Steve Yap berjudul Adoiii Jiwaku. Filem bergenre komedi dan berdurasi 98 minit ini, menggunakan 3 bahasa iaitu Melayu, English dan Mandarin bagi menampilkan keunikan dan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.
Ramai yang mengaku rakyat Malaysia tapi masih tak boleh terima kepelbagaian bangsa. Ada yang mengaku patriotik tapi kaum Melayu sama Melayu, kaum Cina sama Cina dan India sama kaum India saja. Kalau bab makanan kita boleh makan Tosai, Nasi Lemak atau Char Koay Teow. Adoii sedapnya makanan, kita boleh terima. Kan lagi best kalau boleh makan sama-sama, main bola sama-sama dan menonton Filem sama-sama.
Jadi semua rakyat malaysia kena dan wajib tonton Adoiii Jiwaku, cerita ni dapat ubah persepsi anda semua supaya buang semua sikap perkauman yang masih bertapak. Kita satu bangsa, Kita kan satu negara. Sebab tu Adoiii Jiwaku hadir, untuk memberikan anda pengalaman luar biasa, sekiranya anda berdepan situasi serupa. Bangun pagi je, alamak kenapa dalam badan orang lain ni. Tonton jangan tak tonton!!! Dan betul ke mereka kata orang islam boleh je pegang-pegang anjing, jawapan tu ada dalam Filem Adoiii Jiwaku .
Satu-satunya Filem dibuat untuk semua rakyat Malaysia, dari Malaysia untuk Malaysia. Walau berbeza budaya tapi kita masih banyak persamaan yang boleh menjadikan kita berbangga sebagai rakyat yang memiliki keunikan dan masyarakat majmuk. TENTANG FILEM “ADOIII JIWAKU” Filem bertemakan persahabatan ini dipenuhi pelbagai emosi yang pasti dapat membuatkan penonton sentiasa tak kering gusi dan pasti ada babak yang menyentuh hati serta elemen suspensnya yang penuh debar bakal menemui penonton seluruh negara pada 7 September ini. Ia dibintangi ramai pelakon handalan Tanah air seperti: Steve Yap Ali Arami E. Ramana Mohan Amber Chia Daniel Sher Anuar Abd Hamid Adibah Noor Dan ramai lagi. Filem berkisarkan 3 rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Malesh yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel.
Oleh kerana personaliti dan perspektif mereka yang berbeza tentang kerja, mereka sering bertelagah sesama sendiri. Dalam satu peristiwa yang bermula dengan satu gurauan di pejabat, berlaku renjatan elektrik sehingga menyebabkan Sia dan Ayis bertukar badan antara satu sama lain. Yang pasti mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan ini memandangkan roh (jiwa) mereka berada di dalam badan orang lain. Mereka mula mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk kembali mendapatkan badan mereka sendiri. Namun, lama kelamaan mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan tubuh yang bukan milik mereka.
Antaranya Sia yang mula mempelajari lebih lanjut tentang Melayu dan Islam dengan perbezaan budaya setiap hari. Dia belajar untuk melihat melalui perspektif Ayis, sehingga akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan. Sebaliknya, Ayis yang berada dalam badan Sia berpindah ke rumah keluarga Sia. Dia mula mengetahui hubungan kekeluargaan yang lemah dalam keluarga itu disebabkan masing-masing yang berahsia dan tidak pernah meluahkan perasaan sebenar mereka.
Ayis bagaimanapun berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui minat mereka terhadap muzik. Apa agknya peristiwa yang berlaku sehingga 3 rakan ini di timpa musibah? Dan bagaimana Mereka mengatasinya? Adakah mereka akhirnya bersahabat baik? Dan adakah mereka akan mendapat semula badan sendiri di akhir cerita? Jangan lupa saksikan FILEM ADOIII JIWAKU di pawagam berhampiran anda bermula 7 September 2023.
Kumpulan rock SEARCH, tak perlu diperkenalkan lagi malah tidak asing bagi penggemar muzik rock sejak tahun 80-an. Semenjak ditubuhkan pada Mei 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 12 album studio dimana telah terjual ratusan ribu unit. Berpuluh-puluh lagu hits yang hangat masih lagi diputarkan di corong-corong radio, malahan ratusan konsert yang di buat sering terjual habis tiketnya sepanjang sejarah mencecah berdekad lamanya dalam industri muzik Malaysia dan sekaligus menjadikan mereka antara kumpulan rock yang terunggul di Malaysia sehingga ke hari ini.
Kejayaan konsert Search Rockin’ On Rooftop yang dihadiri lebih 3,000 peminat tahun lepas membuatkan Search kembali untuk peminat-peminat di Pantai Timur khususnya Kuantan untuk Konsert Search Rock N Roll Pie di Stadium SUKPA, Kuantan pada 21 Oktober 2023 bermula jam 9malam.
Konsert Search Rock N Roll Pie yang dianjurkan kali ini akan berlangsung selama 2 jam dengan lebih 20 lagu akan dipersembahkan untuk peminat nanti.
Sudah semestinya lagu-lagu hits yang sentiasa menjadi siulan sehingga kini juga akan dibawakan secara langsung pada malam tersebut.
“Konsert ini juga adalah hadiah istimewa buat peminat di Pantai Timur yang mana mereka tidak pernah jemu menyokong sepanjang 42 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air”. Ujar Nordin Taib selaku ketua kumpulan Search.
Peranan besar juga di kreditkan kepada Space Limitless selaku rakan strategik, Gitar Legend dan JS Music selaku penaja. Grand Darul Makmur Hotel Kuantan setuju untuk menjadi hotel rasmi dan THR Gegar sebagai stesen radio rasmi.
Tiket-tiket bagi konsert ini telah mula dijual sejak Julai 2023 dengan harga rahmah serendah RM95 (duduk) dan RM130 (berdiri). Tiket boleh didapati secara dalam talian www.ticket2u.com
Polikrisis yang berlaku ketika ini telah & sedang menekan ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga menyebabkan jualan merudum malah hingga ada yang tutup perniagaan.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, polikrisis yang dibangkitkan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman adalah tepat pada masanya untuk usahawan sedar bahawa cabaran dihadapi mereka lebih besar kerana banyak faktor termasuk disrupsi teknologi, pengliberalisasian perdagangan dan juga peningkatan koskos input perusahaan termasuk kos buruh serta pekerja.
Katanya, di Malaysia kira-kira 60 peratus PKS gagal dalam tempoh lima tahun penubuhan, menurut artikel Jurnal Keusahawanan ASEAN yang dikeluarkan 7 Ogos lalu.
“Enam daripada 10 PKS pula menghadapi cabaran yang berkaitan dengan pertumbuhan mereka.
“Usahawan berdepan banyak cabaran ketika ini dengan kenaikan harga barangan, kekurangan bekalan bahan mentah ditambah kadar pinjaman di bank menyebabkan kos operasi sesebuah perniagaan makin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama antara DPMM dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) diwakili Norsyahrin bersama Dr. Azizan merangkap Pengerusi RichWorks.
Yang turut hadir, Setiausaha Agung, Ahmad Yazid Othman; Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad dan Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd.
Tambah Norsyahrin, tekanan semasa kepada usahawan itu memerlukan perubahan dan langkah yang tepat dalam memastikan tiada usahawan tercicir dan kecundang.
“Saya percaya kolaborasi dengan RichWorks yang berpengalaman dalam membimbing usahawan PKS akan membantu ahli-ahli Dewan Melayu untuk lebih dinamis dan mampu berkembang (scale-up) dalam bidang yang mereka ceburi.
“Kami percaya kesemua kolaborasi dengan pakar-pakar seperti RichWorks dan agensi-agensi kerajaan akan membantu mencapai hasrat untuk membina masyarakat ekonomi bumiputera (BCIC) yang lebih berpotensi.
Sementara itu, Dr. Azizan memberitahu, usahawan saat ini tiada pilihan lain untuk tingkatkan ilmu, kemahiran dan strategi bagi berdepan polikrisis yang dijangka akan berpanjangan.
Katanya, polikrisis ini benar dan bukannya dibangkitkan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama usahawan.
“Apatah lagi, hasil perbincangan dalam World Economic Forum (WEF) di Davos, Switzerland menjangkakan keadaan ekonomi akan lebih teruk pada September ini.
“Moga jangkakan ini tidak berlaku namun jika berlaku macam mana? Sebagai usahawan 80 peratus kejayaan sebenarnya datang daripada persediaan mereka,” jelasnya.
Sehubungan itu, Azizan memberitahu, RichWorks ambil inisiatif melancarkan program yang membantu usahawan-usahawan dalam memberikan solusi langsung kepada permasalahan dihadapi mereka dalam 10X Bina Bisnes Berjaya dari 2 & 3 September nanti.
Mengulas mengenai perjanjian persefahaman bersama DPMM, pihaknya menghargai jemputan DPMM untuk berkolaborasi dengan satu matlamat jitu iaitu membangun dan memperkasakan usahawan Melayu dan Bumiputera.
“Alhamdulillah, melalui pengalaman dan kepakaran kami bermula 2008 yang terbukti berjaya melahirkan ribuan jenama tempatan dan usahawan jutawan.
“Kami akan berkongsi kepakaran dan pengalaman yang ada untuk bantu dalam usaha membawa perniagaan-perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.
Satu pencapaian yang membanggakan buat pempengaruh muda, Hisham Raus apabila kandungan campuran air berkarbonat iaitu Sprite dan teh uncang yang dimuatnaik di laman sosial meraih perhatian sehingga ke luar negara.
Menurut Hisham, kandungan itu menerima kira-kira lebih 32 juta tontonan iaitu 20 juta tontonan di Instagram manakala di Tiktok lebih 12 juta yang menonton. Gara-gara kandungan itu juga pengikut Hisham turut naik dengan mendadak di Instagram iaitu lebih kurang 250,000 di dua platform iaitu 100,000 di Instagram dan 150,000 menerusi Tik Tok dalam masa tujuh hari.
“Pada asalnya niat di hati untuk memastikan posting saya sentiasa konsisten, maka saya ke kedai runcit dan tergerak hati pula nak beli Sprite dan teh. Perkara ini satu kejadian yang luar biasa buat saya. Ini kerana kebanyakan kandungan yang dimuatnaik hanya mencapai ratusan ribu tontonan saja.
“Tetapi berbeza dengan yang ini (kandungan Sprite dan teh), ia mendapat reaksi positif sehingga ke Eropah. Rasa seronok pula bila mereka turut cuba resepi ini untuk dijadikan kandungan media sosial mereka pula,” katanya.
Tambah Hisham, video-video resepi mudah menggunakan kaedah suntingan fast cut membuatkan golongan warganet menggelarkan dirinya ‘Bayashi Malaysia’.
Untuk makluman, Bayashi adalah pempengaruh TikTok Jepun yang terkenal dengan posting resepi mudah dengan menggunakan suntingan fast cut.
Sementara itu, bercakap mengenai kehidupan sebagai pempengaruh, perkara itu bukan mudah kerana memerlukan semangat yang tinggi dan komited untuk terus konsisten dalam setiap kandungan video yang dimuatnaik.
“Bayangkan saya terpaksa berjaga sehingga 4-5 pagi untuk mencari idea apa yang patut dihasilkan agar ia dapat perhatian ramai dan semestinya memberi manfaat buat yang menonton.
“Bila nak rekod pun bukan mudah, saya tidak mempunyai jurukamera dan hanya menggunakan telefon bimbit saja untuk rekod dan guna kemera belakang (tiada monitor) (bukan selfie kamera).
“Dan yang paling penting, saya perlu konsisten agar para pengikut sudah bersedia dengan posting saya yang seterusnya,” ujar anak kelahiran Kuala Terengganu itu.
Mengenai Hisham, beliau memulakan kariernya sebagai pempengaruh pada tahun 2018 menerusi memuat naik video di Youtube. Bagaimanapun, kerana hasad dengki segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan Hisham, beliau berputus asa dan mengambil keputusan berhenti untuk terus membuat kandungan video.
Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, semangatnya semakin pulih dan mula aktif di Instagram dan Tiktok pula.
Dalam pada itu, kemunculan semula Hisham menghasilkan pelbagai video-video kreatif masih tidak menghalang kewujudan haters. Namun dia mengambil perkara itu sebagai komen-komen pedas yang akan mengasah lagi skil penghasilan videonya.
“Dulu orang siap mengata ‘makan macam babi!’ kerana bunyi ASMR, dan macam-macam lagi orang hina. Saya sedih sehingga mengalirkan air mata. Penat buat video, orang dengan mudahnya mengecam tanpa belas kasihan.
“Saya selalu cari video-video pempengaruh luar negara sebagai rujukan dan banyaklah komen jahat kerana kononnya saya meniru. Bagaimanapun kita matang kerana pengalaman yang dilalui kan… Saya berbalik kepada niat, apa tujuan utama saya jadi pempengaruh? Untuk menambahkan pendapatan dan boleh tampung keluarga.
“Jadi saya anggap haters akan buatkan kita jadi lebih baik. Tanpa mereka, video kita belum cukup baik. Alhamdulillah, sekarang ini, yang mana pernah jadi haters kini pengikut setia saya,” tuturnya.
PROFIL HISHAM RAUS
Nama : Norhisham bin Raus
Umur : 41
Adik beradik: No 4 daripada 8 adik beradik
Lahir : Kuala Terengganu
Menetap : Kuala Lumpur (sejak 2003)
Hobi : Menghasilkan Video
Pendidikan: PMR Pada usia 17 tahun (1999) Hisham bekerja di sebuah hotel di Terengganu dan sejak itu Hisham terus bekerja dalam bidang perhotelan sehingga memiliki restoran sendiri.
Hisham pernah terpilih sebagai Content Creator Trending di Astro Gempak pada April 2023. Menduduki dalam carta selama tiga minggu sahaja kerana belum memiliki peminat untuk mengundi.
Pasukan Malaysia yang kini bertanding di kejohanan seni persembahan dunia – World Championships of Performing Arts, terus menaikkan nama Malaysia dipersada dunia hiburan antarabangsa. Pasukan Malaysia yang terdiri dari 11 karyawan tempatan, telah memenangi 6 Pingat Emas, 20 Perak dan 10 Pingat Gangsa dalam kejohanan dunia yang ke-26 baru- baru ini di Anaheim, California.
Kejohanan yang dianggap sebagai ‘Olimpik’ seni persembahan ini menyaksikan sebanyak 40 negara bertanding dalam 6 kategori, iaitu Vokal, Tarian, Muzik, Peragaan,Lakonan dan Pelbagai Seni. Pasukan Malaysia telah menyertai 4 kategori, iaitu Vokal, Tarian, Muzik dan Peragaan. Setiap wakil Malaysia telah menyertai sekurang-kurangnya 5 pertandingan setiap seorang. Tiga peserta dalam bahagian Junior (5 hingga 15 tahun) manakala selebihnya di bahagian Senior (16 tahun keatas). Di bahagian Junior, adik Chloe Phang Ziang Ee (9 tahun) bertanding dalam kategori Muzik dengan bermain drum. Adik Quah Xin En (8 tahun) dan Jackie Jeffry (11 tahun) pula bertanding dalam kategori Vokal. Di bahagian Senior, Imran Azim Iskandar (16 tahun) mewakili Sarawak bagi kategori Muzik dan Elwyn Jung Ming Yan (17 tahun) juga dari Sarawak, dalam kategori Tarian. Tarian juga diwakili oleh Goay Lian Lian dari Pulau Pinang bagi kumpulan umur 30+. Paling ramai adalah bagi kategori Vokal yang disertai oleh Mary Grace Jane dari Sabah bagi kumpulan umur 18 hingga 24 tahun, dan Nurashida Azli, Ketty Natalia Rasul (Thalia) dan Elvira Pontillas kesemua mereka pula di kumpulan umur 30 keatas. Manakala Dato’ Wahadaniah Abdul Wahab merupakan satu-satunya wakil tunggal dalam kategori Peragaan.
Pingat Emas telah dimenangi oleh Chloe Phang bagi Instrumental Open,QuahXin En dalam Vokal Rock, Imran Azim bagi Instrumental Classical, Goay Lian Lian dalam Tarian Hip Hop & juga Tarian Open dan Dato’ Wahadaniah dalam Modeling Photoshoot. Pemenang-pemenang pingat Perak dan Gangsa pula adalah seperti di Lampiran A. Lima peserta juga telah menggondol Juara Bahagian, iaitu anugerah ‘Champion of the World’. Quah Xin En, Imran Azim Iskandar dan Goay Lian Lian masing-masing mendapat satu anugerah Champion of the World, manakala Dato’ Wahadaniah telah memenangi 2 anugerah Champion of the World iaitu dalam bahagian Photoshoot dan Spokesmodel.
“Secara keseluruhnya Pasukan Malaysia telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan” ulas Romli Bidin, Pengarah MATME Management yang mengelolakan Pasukan Malaysia. Ramai peserta kita mendapat pingat Perak kerana kurang persiapan rapi disebabkan oleh keperluan mencari dana yang mencukupi bagi meneruskan perjuangan ke kejohanan dunia ini, ujar Romli lagi. Sekiranya mendapat tajaan dan dana yang mencukupi, saya pasti lebih banyak pingat Emas dapat diperolehi.
Walau-bagaimana pun, Pasukan Malaysia telah mencapai 63 Peratus kejayaan dari jumlah penyertaan keseluruhan. Dalam kejohanan dunia yang berprestij dan terbesar didunia, kejayaan ini adalah satu kemenangan yang amat cemerlang dan saya merasa amat bangga bagi Pasukan Malaysia tahun ini, kata Romli lagi. Penyertaan tahun ini amat sengit sekali dengan bertambahnya jumlah penyertaan bagi setiap kategori. Pusingan pertama telah berlangsung selama 3 hari melebihi dari kejohanan ditahun-tahun sebelum ini. Dalam peringkat Separuh-Akhir atau Pusingan ke-2, 5 ahli Pasukan kita telah berjaya ke peringkat tersebut.
Di bahagian Junior, adik Quah Xin En dan Jackie Jeffry telah mara ke separuh-akhir, manakala Ketty Natalia Rasul, Imran Azim Iskandar dan Dato’ Wahadaniah Abdul Wahab juga mara seterusnya bagi bahagian Senior. Selepas pusingan ke-2 juga, beberapa karyawan kita telah mendapat ‘callback’ atau temu-janji untuk berjumpa dengan beberapa pengarah, penerbit dan agen-agen syarikat hiburan besar di Hollywood. Perjumpaan ini akan disambung semula setelah kembali ke Malaysia nanti. Apa yang amat menerujakan adalah peluang untuk belajar dan bergaul bukan sahaja dengan para karyawan dari seluruh dunia, tetapi juga dengan ramai pengarah dan penerbit dari Hollywood, mengikut ulasan dari Imran Azim, Elwyn Jung, Thalia Rasul, Goay Lian Lian, She Pandora (Nurashida Azli) dan Dato’ Dania (Wahadaniah). Sebelum bermulanya kejohanan, para peserta berpeluang menyertai Boot camp atau woksyop/bengkel yang dikendalikan oleh para pengarah dan penerbit terkenal dari Hollywood dan New York.
Yang pasti ialah, Pasukan Malaysia telah berjaya menaikkan nama Malaysia dipersada dunia hiburan antarabangsa terutamanya di Hollywood. Walaupun bilangan peserta dari Malaysia kecil sahaja, tetapi impak dan kehadirannya amat berkesan. Dari awal lagi Pasukan Malaysia telah menonjolkan nama Malaysia dengan persembahan ‘Malaysia Truly Asia’ di pentas utama dalam majlis perasmian kejohanan. Pasukan Malaysia juga telah menggayakan pakaian tradisional/kebangsaan dari seluruh negara dalam ‘Parade of Nations’.
Pasukan Malaysia terdiri dari wakil-wakil seluruh negara, iaitu dari Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Pasukan Malaysia juga berbilang kaum – Melayu, Cina dan kaum etnik Sabah dan Sarawak. Diharapkan penyertaan Pasukan Malaysia di tahun seterusnya akan mendapat sambutan yang lebih hangat dari berbilang kaum diseluruh negara dan juga sokongan serta tajaan dari syarikat swasta bagi merialisasikan impian setiap karyawan ke persada antarabangsa.
Mengekalkan posisi sebagai pembikin kandungan digital utama negara, Astro menerusi Gempak kini mempersembahkan siri terbaharu berkonsepkan ‘spy’ dengan sisipan plot yang menghiburkan kepada para penontonnya menerusi ‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’. Konsep ini merupakan antara keunikan Gempak Originals dalam menyajikan kandungan-kandungan segar dalam tema penceritaannya selepas kejayaan siri seperti ‘The Maid’ (misteri pembunuhan ‘whodunit’), ‘Ex Aku Pontianak’ (siri seram remaja) dan ‘Scammer Geng Marhaban’ (komedi kekeluargaan).
Kali ini, konsep ‘spy’ atau perisik komedi yang berlatar belakangkan sebuah café menjadi nadi utama ‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’ yang ternyata berlainan daripada penceritaan siri-siri komedi di Malaysia.BADAN ANTI RADICAL INSURGENT TERORIS ANDORSIA atau dikenali sebagai B.A.R.I.S.T.A ialah sebuah agensi perisikan Andorsia, sebuah negara Komanwel fiksyen yang sering terlibat dengan misi-misi perisikan, anti-pengganas dan penyiasatan antarabangsa. Ketika menjalani sebuah misi untuk menghapuskan KURAP (KUMPULAN RADIKAL PEMISAH ANDORSIA SELATAN) yang ingin mengancam Andorsia, Ejen K telah diculik oleh sekumpulan pengganas yang ingin mengecam agensi perisikan mereka.
Untuk menyelamatkan Ejen K, Ejen M yang dikenali sebagai legend spy dan Ejen Gee, seorang penganalisis IT yang nerd dipilih untuk menyelesaikan penyiasatan sulit ini. Namun dalam menyelesaikan misi ini, mereka menemui konspirasi lain yang lebih mengejutkan.
‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’ membawa penceritaan baharu yang mempunyai elemen-elemen yang mampu menarik minat para penonton golongan muda dan berusia dengan konsep yang begitu bersahaja tetapi komedinya kena kepada mereka yang menonton. Sherry Alhadad kembali menghangatkan siri Gempak Originals ini menerusi karakternya, Ejen M,seorang ejen yang mempunyai kuasa hebat yakni ‘lempangan maut’. Manakala Kamal Adli memegang peranan Ejen Gee yang merupakan seorang penganalisa IT yang bijak namun penakut.
Nadia Brian turut tampil sebagai kawan rapat kepada Ejen M, Ejen K. Manakala Fauzi Nawawi muncul sebagai antagonis, di samping Mekyun yang membuat penampilan pertamanya dalam industri lakonan.Siri ini mendapat sentuhan sutradara Norhanisham Muhammad atau dikenali sebagai ‘Labu’ dengan hasil skrip tulisan Sham Hashim yang juga bertindak sebagai showrunner. ‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’ terbitan Arie Zaharie Productions akan ditayangkan bermula 24 Ogos 2023, jam 11.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk mendapatkan Pek Primary Astro.
Sementara itu, peminat dapat menyaksikan siri digital extension ‘B.A.R.I.S.T.A: Siasatan Dalaman’ di semua platform Astro Gempak pada setiap Khamis, jam 11.35 malam. Siri ini merupakan sisipan eksklusif yang tidak ditayangkan di televisyen.
Kali terakhir, penganjuran festival yang mencungkil bakat kugiran tempatan iaitu Battle Of The Band (BOTB) diadakan kira-kira 20 tahun lalu.Terbaharu, festival muzik yang akan dimulakan dengan pertandingan kugiran dan diakhiri dengan konsert mega tampil dengan konsep serta format baharu iaitu BOTB 2023.Pengarah MASH Entertainment Sdn Bhd yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Hidayah (HERO), Dr Murad Hilmi Mohamed berkata, festival itu bakal menjadi platform kepada bakat muda yang ingin mempamerkan bakat dan karya menerusi bidang muzik.Dr Murad berkata, festival ini adalah pertandingan yang bakal disertai generasi muda dalam bidang muzik untuk pamerkan bakat terpendam kepada umum.
“Festival ini dibuka kepada mana-mana band atau kugiran dari seluruh Asia termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.“Apa yang ingin diketengahkan adalah menggarap muzik berkualiti dan bakat-bakat yang bakal meneruskan legasi untuk mewarnai industri muzik.“Kami masih mengekalkan nama BOTB kerana ia sudah sinonim dengan kugiran,” katanya.Dr Murad berkata demikian ketika sidang media BOTB yang diadakan di Hotel Royale Chulan, The Curve, di sini, baru-baru ini.Mengenai penganjuran festival itu, kata Dr Murad, objektif utama untuk membuka peluang kepada studio rakaman agar kembali bernafas semula.Katanya, fenomena bakal tercetus dengan penganjuran festival itu, sekali gus akan menaikkan martabat penggiat seni tanah air.
“Semoga festival ini dapat memberikan impak besar kepada industri muzik tempatan dengan kepelbagaian genre muzik berkualiti tinggi.“Kami mahu mencari bakat berkualiti yang mampu kekal relevan dalam industri muzik, bukan tenggelam selepas muncul dengan satu single sahaja,” katanya.Sementara itu, mengulas acara itu, kata Dr Murad, peserta perlu melalui sesi saringan peringkat pertama yang bakal berlangsung antara 7 hingga 10 September depan bertempat di Pasir Gudang, Johor.“Lokasi Pasir Gudang dipilih kerana ia sinonim dengan BOTB sejak dianjurkan pada 1974.“Seramai 15 peserta dipilih pada saringan pertama dan diuji sekali lagi pada sesi separuh akhir pada 23 September depan.“Peserta akan diberi peluang menyampaikan lagu saduran dan cabaran. Contohnya, lagu Damasutra dalam genre rock balada, kita akan cabar peserta menyampaikan dalam rentak reggae dan melihat bagaimana membuat susunan semula muzik mengikut kreativiti,” katanya.
Kata Dr Murad lagi, seramai 10 peserta terbaik akan dipilih untuk melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Jobox, Angsana, Johor Bahru.“Pemenang pertama bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi dan berpeluang merakamkan single baharu. Tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.“Kami juga bercadang menganjurkan pertandingan bagi musim kedua dan ketiga sekiranya festival ini mendapat sambutan peserta,” katanya.Manakala, barisan artis legenda BOTB seperti Lord Lokman (The Boys), pemain dram Ekamatra, Acid; ketua kumpulan dan pemain gitar Bloodshed, Hamdan dan Bagio Damasutra bertindak sebagai mentor program ini.
Pelakon Korea Kim Seon Ho akan mengadakan pertemuan peminatnya di Kuala Lumpur! 2023 Kim Seon Ho Asia Tour in Kuala Lumpur “One, Two, Three. Smile” yang dianjurkan oleh PULP Live World dan Happee Hour akan berlangsung di Mega Star Arena pada 18 Ogos 2023 (Jumaat), 8 malam.
Sebagai seorang aktor yang berbakat dan berdaya tarikan, Kim Seon Ho muncul sebagai pelakon Korea yang digemari ramai. Penampilan sulung Kim Seon Ho dalam drama “Good Manager” (2017) telah memaparkan potensinya sebagai pelakon yang mampu memainkan watak komedi ataupun watak dramatik. Aktor ini kemudian menyertai ragam hiburan “2 Days & 1 Night” (2019) musim keempat yang membolehkannya memenangi “Anugerah Pengacara Baharu Bahagian Hiburan” dalam 2020 KBS Entertainment Awards. Selepas itu, Kim Seon Ho telah membintangi beberapa drama yang terkenal, termasuk “Start-Up” (2020) yang menyebabkan dia dikenali ramai. Pelakonan Kim Seon Ho dalam “Start-Up” telah diiktiraf oleh pelbagai badan anugerah. Dia teleh dicalonkan sebagai “Pelakon Sokongan Terbaik” dalam Baeksang Arts Awards ke-57 dan memenangi anugerah “Aktor Paling Popular” dalam majlis anugerah tersebut. Kim Seon Ho juga memenangi anugerah “Emotif Terbaik” dalam Anugerah Artis Asia 2020.
Malah, nama Kim Seon Ho menjadi lebih termasyhur dengan watak “Hong Du Sik” dalam drama “Hometown Cha-Cha-Cha” (2021). Drama ini merupakan salah satu drama bersiri yang mencapai penarafan tertinggi. Dengan watak “Ketua Hong”, Kim Seon Ho telah dinamakan sebagai “Pelakon Televisyen Tahunan Gallup Korea”. Kim Seon Ho yang semakin terkenal digemari oleh banyak peminat, sama ada peminat dalam Korea ataupun peminat antarabangsa. Senyumannya yang manis, keperibadiannya yang mesra dan sikapnya yang merendahkan diri telah menarik perhatian peminat daripada semua peringkat umur. Maka pada tahun ini, dia merancang untuk memulakan jelajah pertemuan peminat di Asia dan Kuala Lumpur merupakan salah satu perhentian dalam jelajahnya.
Peminat Kim Seon Ho berpeluang untuk menyaksikan bakat dan pesonanya dalam 2023 Kim Seon Ho Asia Tour in Kuala Lumpur “One, Two, Three. Smile” pada 18 Ogos, 8 malam di Mega Star Arena. Seonhohada (gelaran peminat Kim Seon Ho) di Kuala Lumpur, bersedialah untuk meluangkan masa bersama Kim Seon Ho pada Jumaat tersebut! Pertemuan peminat ini dianjurkan oleh SALT Entertainment, APLANET Entertainment, ACO Media, PULP Live World dan Happee Hour. Tiket akan dijual mulai 10 Ogos 2023, 12 tengah hari melalui www.ticket2u.com.my. Harga Tiket: VIP RM 888 | KIM RM 688 | SEON RM 488 | HO RM 288 (Tidak termasuk caj transaksi bagi setiap tiket) Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila melayari Facebook, Twitter dan Instagram PULP Live World atau melayari www.pulp.ph. #KIMSEONHOinKL2023
Having shared thrillingly reimagined 2.0 versions of ‘Loser Kid’ (with Simple Plan), ‘Meet You There’ (with Neck Deep) and ‘Crashed The Wedding’ (with All Time Low) as well as new take on ‘MMMBop’ with Hanson, Busted will release their eagerly anticipated ‘Greatest Hits 2.0’ album on September 15th. The album is launched alongside another crowd-pleasing collab as Busted are joined by Jonas Brothers for a rejuvenated take on ‘Year 3000’. LISTEN HERE.
‘Greatest Hits 2.0’ is a fresh take on the formats which collates newly recorded versions of all of Busted’s biggest hits, fan favourites and live staples, while the album’s deluxe formats also feature a host of previously unreleased dream collaboration special guests with McFly, James Arthur, You Me At Six, The Vamps, Bowling For Soup, Dashboard Confessional, Deaf Havana, Wheatus and rising newcomer Charlotte Sands. All formats except for the vinyl also include a brand new song titled ‘Good One’.
Busted said, “Year 3000 has been such a big part of the Busted journey for the last 20 years. The love that this song has just keeps growing, with the fans that were with us from the beginning and now a new generation. We were thrilled when the Jonas Brothers gave it a whole new lease of life over in the states back in 2006, so we are excited to share this new 2.0 version with them in 2023!”
The deluxe editions of ‘Greatest Hits 2.0’ open with the Busted x Jonas Brothers update on ‘Year 3000’. It’s a song which feels as if it has its own time-travelling twist, as the like-minded Transatlantic bands infuse it with a zesty bounce that somehow has even more youthful energy than it did back when it was first raced up the charts 20 (!) years ago. The Jonas Brothers of course need no introduction. The trio have lit up stages and screens alike, and still remaining hugely popular – as shown by their recent record ‘The Album’ hitting #3, the second highest UK album chart position to date. The brothers recorded their own version of ‘Year 3000’ back in 2006 and it remains one of their all-time most streamed tracks.
Jonas Brothers say, “We were so excited to collaborate with Busted to recreate one of their classics. ‘Year 3000’ is a timeless song, and we are thrilled to share it in a new, fresh way alongside the other collaborations they’ve done!”
‘Greatest Hits 2.0’ is now available to pre-order / pre-save here. In addition to standard digital and CD formats, it will also be available on red vinyl and black vinyl; as an expanded ‘Guest Features Edition’ CD; and as a cassette which is available exclusively via Busted’s official store.
The album will be released as Busted embark upon a 26-date UK and Ireland arena tour. There will be ‘Greatest Hits 2.0’ signing sessions at the venue at select shows, or in some cities, signing sessions at nearby record stores. More details will be announced as they’re confirmed. Numerous shows on the tour have already sold-out, with more than 260,000 ticket sales to date. The tour features Busted collaborators and ‘HMMBop’ legends Hanson at all dates from Birmingham (September 9th) onwards, plus New Hope Club and The Tyne.
‘Greatest Hits 2.0’ tracklists:
‘Greatest Hits 2.0’
‘Year 3000’ (Hits Version)
‘Loser Kid’ (Hits Version)
‘Good One’
‘3AM’ (Hits Version)
‘What I Go To School For’ (Hits Version)
‘Crashed The Wedding’ (Hits Version)
‘You Said No’ (Hits Version)
‘Sleeping With The Light On’ (Hits Version)
‘Air Hostess’ (Hits Version)
‘Thunderbirds Are Go’ (Hits Version)
‘Who’s David’ (Hits Version)
‘Meet You There’ (Hits Version)
‘She Wants To Be Me’ (Hits Version)
‘Everything I Knew’ (Hits Version)
‘Falling for You’ (Hits Version)
‘Greatest Hits 2.0 (Guest Features Edition)
‘Year 3000 2.0’ (Feat. Jonas Brothers)
‘Loser Kid 2.0’ (Feat. Simple Plan)
‘3AM 2.0’ (Feat. James Arthur)
‘Crashed The Wedding 2.0’ (Feat. All Time Low)
‘Meet You There 2.0’ (Feat. Neck Deep)
‘Air Hostess 2.0’ (Feat. You Me At Six)
‘Everything I Knew 2.0’ (Feat. Dashboard Confessional)
‘What I Go To School For 2.0’ (Feat. The Vamps)
‘Sleeping With The Light On 2.0’ (Feat. Deaf Havana)
‘MMMBop 2.0’ (Feat. Hanson)
‘You Said No 2.0’ (Feat. Charlotte Sands)
‘Thunderbirds Are Go 2.0’ (Feat. McFly)
‘Who’s David 2.0’ (Feat. Wheatus)
‘Greatest Hits 2.0 (Guest Features Edition) – Cassette & Digital
‘Year 3000 2.0’ (Feat. Jonas Brothers)
‘Loser Kid 2.0’ (Feat. Simple Plan)
‘3AM 2.0’ (Feat. James Arthur)
‘Crashed The Wedding 2.0’ (Feat. All Time Low)
‘Meet You There 2.0’ (Feat. Neck Deep)
‘Air Hostess 2.0’ (Feat. You Me At Six)
‘Everything I Knew 2.0’ (Feat. Dashboard Confessional)
‘What I Go To School For 2.0’ (Feat. The Vamps)
‘Sleeping With The Light On 2.0’ (Feat. Deaf Havana)
‘MMMBop 2.0’ (Feat. Hanson)
‘You Said No 2.0’ (Feat. Charlotte Sands)
‘Thunderbirds Are Go 2.0’ (Feat. McFly)
‘She Want’s To Be Me’ 2.0 (Feat. Bowling for Soup)
‘Who’s David 2.0’ (Feat. Wheatus)
‘Year 3000’ (Hits Version)
‘Loser Kid’ (Hits Version)
‘Good One’
‘3AM’ (Hits Version)
‘What I Go To School For’ (Hits Version)
‘Crashed The Wedding’ (Hits Version)
‘You Said No’ (Hits Version)
‘Sleeping With The Light On’ (Hits Version)
‘Air Hostess’ (Hits Version)
‘Thunderbirds Are Go’ (Hits Version)
‘Who’s David’ (Hits Version)
‘Greatest Hits 2.0’ Vinyl: A Side:
‘Year 3000’ (Hits Version)
‘Loser Kid’ (Hits Version)
‘3AM’ (Hits Version)
‘What I Go To School For’ (Hits Version)
‘Crashed The Wedding’ (Hits Version) B Side:
‘You Said No’ (Hits Version)
‘Sleeping With The Light On’ (Hits Version)
‘Air Hostess’ (Hits Version)
‘Thunderbirds Are Go’ (Hits Version)
‘Who’s David’ (Hits Version)
Tour dates:
SEPTEMBER 2nd – Plymouth, Pavilions (SOLD OUT) 3rd – Cardiff, International Arena (SOLD OUT) 5th – Swansea, Arena (SOLD OUT) 6th – Bournemouth, BIC (SOLD OUT) 7th – Brighton, Centre (SOLD OUT) 9th – Birmingham, Utilita Arena (SOLD OUT) 10th – London, The O2 (SOLD OUT) 12th – Bridlington, Spa (SOLD OUT) 13th – Newcastle, Utilita Arena (SOLD OUT) 15th – Nottingham, Motorpoint Arena (SOLD OUT) 16th – Newcastle, Utilita Arena 17th – Leeds, First Direct Arena 19th – Aberdeen, P&J Live 20th – Glasgow, OVO Hydro (SOLD OUT) 22nd – Liverpool, M&S Bank Arena (SOLD OUT) 23rd – Nottingham, Motorpoint Arena 24th – Manchester, AO Arena (SOLD OUT) 26th – Cardiff, International Arena 27th – London, The O2 29th – Birmingham, Utilita Arena 30th – Manchester, AO Arena
OCTOBER 1st- Glasgow, OVO Hydro 4th – Nottingham, Motorpoint Arena 6th – Dublin, 3Arena 8th – Belfast, SSE Arena 10th – London, The O2
Syarikat pengimport dan pembekal emas Quantum Metal Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Semboyan Malaysia sebagai usaha menyediakan saluran bagi menangani isu pelaburan emas. Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusof Azmi berkata, melalui kerjasama itu, orang ramai boleh membuat pelaburan dengan selamat dan terjamin tanpa berdepan dengan penipuan.
Dia berkata, QM sebuah syarikat yang mempunyai kapasiti sebenar kerana turut membekalkan emas dan bukan hanya menjalankan pelaburan semata-mata. “Kita mahu dengan kerjasama ini dapat menyediakan solusi kepada mereka yang mahu melabur emas menggunakan saluran tepat tanpa ditipu. “Sebelum ini kami banyak menerima kes penipuan tapi kami tidak ada penyelesaian untuk bantu mereka membeli dan melabur dengan pihak yang betul.
“QM sebuah syarikat yang dipercayai dan mereka yang mahu melabur boleh berurusan dengan mereka ini tanpa was-was,” katanya. Yusof berkata, ramai yang mahu mencari alternatif pendapatan pada masa kini dan ada yang terdesak sehingga kabur dengan janji manis tidak berasas. Katanya, dalam tahun lalu lebih 1,500 kes penipuan pelaburan dicatatkan dalam aduan terhadap Semboyan, di mana kira-kira 300 dapat diselesaikan. Antara kesnya ialah membabitkan 10 ribu orang dengan kerugian RM50 juta. “Sebab itu saya kata, apa pun niat kita jangan tamak dan gelap mata. Kena periksa serta tahu perkara sebenar sebelum melabur termasuk emas. “QM sebuah syarikat yang memang dijamin dan turut mempunyai hubungan baik dengan bank-bank di negara ini,” katanya. Pengasas QM Datuk Lim Khong Soon berkata, syarikat itu mendapat pengiktirafan patuh syariah dari Akademi Penyelidikan Syari’ah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Tambahnya, QM ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA).
“Kerjasama ini bagi sama-sama memberikan saluran yang betul kepada mereka yang mahu melabur dan memiliki emas supaya tidak teraniaya. “Kami juga gembira kerana diperakui dan diterima oleh Semboyan Malaysia yang dikenali sebagai badan anti penipuan serta penganiayaan,” katanya. Lim menambah QM juga bakal membuka 40 kedai emas di seluruh negara dalam masa dua tahun dengan kedai emas pertama akan beroperasi di Pulau Pinang dalam masa terdekat. Pihak QM juga mengingatkan orang ramao supaya sentiasa berhati-hati mengenai pelaburan emas supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau scammer. Antara perkara yang perlu diambil peduli ialah kadar nilai emas tidak tetap dan akan berubah sepanjang 24 jam dari Isnin hingga Jumaat. Justeru, tidak ada mana-mana pihak boleh menjanjikan pulangan dengan nilai kadar emas tetap.