SO Staff

Atlet tunggal BMX Freestyle mewakili Malaysia ke Kejohanan dunia

Pelumba tersohor kebangsaan, Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Mohd Raziff berikrar membawa pulang kejayaan pada penampilan kedua nya di Kejohanan Dunia dalam acara berbasikal di Glasgow Scotland pada 3 – 13 Ogos ini.Juara sulung Kejohanan BMX Freestyle Kebangsaan 2023 itu berjanji mahu mengulangi pencapaian manisnya ketika menafikan keaiban untuk kem Malaysia pada temasya dwitahunan Sukan Sea 2019 di Tagaytay, Manila.Pada ketika itu, Sheikh Muhammad Taslim tampil pada hari terakhir disiplin BMX Freestyle untuk menghadiahkan satu-satunya pingat untuk kem Malaysia sekali gus membolehkan skuad kebangsaan negara meneruskan tradisi sentiasa membawa pulang medal pada Sukan Sea.Pelumba kelahiran Selangor dan dibesarkan di Kuantan, Pahang itu yang dikenali Botak kini menganggap penampilannya di Glasgow, Scotland sebagai satu petanda terbaik buatnya untuk mencabar dirinya untuk beraksi dan meletakkan nama Malaysia segaris dengan nama negara yang lain.

“Saya masih ingat detik Sukan Sea 2019. Ketika itu pengurus pasukan (Amrun Misnoh) datang memberi semangat kepada saya sebelum memulakan acara. Arwah hanya berkata gangsa pun sudah memadai.“Sebenarnya saya boleh capai kedudukan yang lebih baik pada ketika itu. Bagaimanapun saya tahu sangat getir kerana semua pihak di Malaysia mengharapkan pingat daripada saya. Tekanannya hanya Allah sahaja yang tahu.“Bagaimanapun akhirnya saya berjaya raih pingat gangsa. Arwah pernah berkata kepada saya pingat gangsa yang saya menang itu umpama emas kepada kem Malaysia.” Katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia.Pengurus pasukan kebangsaan, Becky Zulkepli menyifatkan sudah sampai masa untuk Botak mempamerkan kehebatan di peringkat dunia sekalipun mengalami sedikit kecederaan di bahu kanan.“Botak cedera di bahu kanan. Saya harap ia tidak menganggu persembahan dan konsentrasi Botak.Saya mahu Botak raih medal kerana saya tahu sejauhmana keupayaan beliau. Ayuh rakyat Malaysia doakan kejayaan kami,” katanya.Becky Zulkepli turut menyifatkan cuaca sejuk sebagai salah satu cabaran terbesar untuk Botak. Terima kasih juga kepada NAR Records, Carnada Bikes dan Undernorthbmx kerana bersatu membantu memberangkatkan Botak untuk bertanding di mata dunia.

“Kami tiba di Glasgow pada pagi Isnin dan akan bertanding pada Selasa dan sekiranya Botak berjaya mara ke separuh akhir, ia akan di teruskan pada Rabu dan Khamis. Sy cuma berharap agar Botak boleh beradaptasi dengan perubahan cuaca yang sememangnya menjadi percabar terbesar”katanya.Ramai pelumba berkaliber seperti pelumba Eropah dah seluruh dunia yang turut bertanding dalam kejohanan ini.Botak yang menduduki tangga ke 25 terbaik di dunia juga menjadi atlit tunggal mewakili Malaysia dalam kejohanan dunia kali ini.

Repvblik Band ingin cipta kenangan sempena 19th Anniversary Repvblik Band Live in Kuala Lumpur

Sandiwara cinta, Selimut tertangga, Sayang sampai mati antara lagu-lagu popular kumpulan dari Indonesia iaitu Repvblik Band. Sudah pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini, mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut. Peminat-peminat khususnya di Malaysia pasti tidak sabar apabila setelah sembilan tahun (9) tahun, kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia tidak mempamerkan persembahan di pentas Kuala Lumpur akhirnya buat julung kalinya mereka akan beraksi di Malaysia pada 11 Ogos 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan ulangtahun ke-19 kumpulan ini.

Malahan, kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Repvblik Band juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan.

Konsert Revpblik ulang tahun ke-19 ini dibawakan khas oleh penganjur Aytie Management dan Boomset Planning bakal menyajikan peminat dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama Revpblik Band termasuk lagu hits mereka Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara Lagi yang pernah melonjakkan nama kumpulan band ini. Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert itu nanti.

Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert tersebut secara rasmi yang akan mula dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik pada 3 Julai 2023 jam 11 Pagi. Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800.

Proses pemilihan lagu agak mencabar kerana kumpulan band ini memikirkan lagu yang paling disukai khalayak ramai serta karya terbaik daripada seleksi album mereka. Repvblik Band yang memperjuangkan genre Pop Rock dan Rock Alternatif sudah menghasilkan lapan (8) album sejak kemunculan mereka dalam industri muzik pada tahun 2004 dan pada tahun ini Repvblik Band telah mengeluarkan sebuah lagu iaitu Sandiwara Lagi yang dihasilkan menerusi kisah cinta sebenar vokalis Repvblik Band, Ruri Herdian Wantagio juga pencipta untuk lagu tersebut.

Persembahan pada malam itu nanti akan menampilkan Yuletta Yucha, Tiktokers yang sedang meningkat naik sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan, beliau akan menyampaikan empat buah lagu dan satu lagu duet bersama Repvblik Band. Kumpulan yang dianggotai 4 orang ahli iaitu Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar (Keybord dan Backing Vokal), dan Ei (Gitar utama) telah bergiat aktif sejak 2007.

Untuk rekod, lagu Sandiwara Cinta merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 113 juta jumlah tontonan di platform Youtube selain lagu tersebut sering menduduki carta lagu di stesen radio tempatan dan lagu-lagu dari Repvblik Band sering diputarkan dicorong-corong radio tempatan.

Kedatangan band popular ini ke Malaysia sudah pastinya menjadi momen yang paling ditunggu peminat setia mereka dan sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini.
Dengan pasukan produksi di bawah Aytie Management yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini, sudah pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti akan terpahat dalam jiwa semua yang hadir.

Konsert 19th Anniversary Repvblik Live in Kuala Lumpur ini turut mendapat sokongan penuh dari Hot.FM, Bulletin.FM dan Molek.FM yang bertindak sebagai radio rasmi. Selain itu, MRMY Malaysia (Mascot Rider Malaysia) dan Persatuan Busker Malaysia yang popular di platform Tiktok dan Instagram turut berkerjasama mempromosikan konsert ini.

Peminat boleh mengikuti informasi-informasti berkaitan konsert ini di platform sosial media Aytie Management dan dalam masa sama, pelbagai pertandingan akan dianjurkan oleh Hot FM dan Molek FM, peminat-peminat berpeluang untuk memenangi tiket menyaksikan konsert serta cenderahati ekslusif sempena 19th Anniversary Repvblik live in Kuala Lumpur.

SOUNDCIRCUS FESTIVAL 2023 BERLANGSUNG HEBAT!

Sekali lagi, Art Of Speed Malaysia (AOSM) dengan kerjasama peranti elektronik, BRO Asia dan kali ini jenama motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson, berjaya menarik lebih dari 6,000 pengunjung sewaktu berlangsungnya festival muzik terbesar tanah air iaitu ‘SOUNDCIRCUS FESTIVAL 2023’ selama 2-hari berturut-turut di MAEPS, Serdang pada 29 dan 30 Julai 2023 baharu-baharu ini.

“SOUNDCIRCUS FESTIVAL pada kali ini telah menyaksikan lebih 6,000 penggemar muzik bergenre rock punk dan ska berhimpun pada kedua-dua hari festival muzik ini berlangsung,” kata En. Asep Ahmad Iskandar, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM & SoundCircus. SOUNDCIRCUS FESTIVAL yang dijana oleh Harley-Davidson dan BRO Asia telah menyaksikan barisan kugiran ulung membuat persembahan bertenaga seperti Superman Is Dead, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Sindicate.

Di antara segmen khas yang ditampilkan ketika berlangsungnya SOUNDCIRCUS FESTIVAL merupakan acara ‘Battle Of The Bands’ anjuran Harley-Davidson dengan hadiah berupa pakej ke Thailand bagi membuat persembahan di pentas utama Asia Harley Days yang akan berlangsung pada hujung tahun ini. Tambah En. Asep, “Pemenang bagi segmen Battle Of The Bands oleh Harley-Davidson adalah Chltpdy, dimana mereka akan ditaja oleh Harley-Davidson untuk membuat persembahan di festival muzik luar negara.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, SoundCircus terus mara menjadi salah satu tumpuan utama ketika acara tertutup berskala besar di dewan besar MAEPS. En. Roman Lai, selaku Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif jenama BRO Asia berkata, “SOUNDCRICUS FESTIVAL telah berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung dan kami sangat berpuas hati dengan kejayaan AOSM dalam mengendalikan festival muzik ini sekaligus dapat mempromosikan produk kami kepada lebih ramai pengguna. Menurut En. Sajeev Rajasekharan, Pengarah Urusan – Pasaran Pembangunan Asia & India, Harley-Davidson Motor Company, “Kami gembira menjadi sebahagian dari festival muzik ini, bukan sahaja sebagai penaja utama tetapi mengukuhkan lagi kehadiran jenama kami di AOSM, selain memperoleh kepentingan strategik dan bertindak sebagai platform utama untuk komuniti dan penggemar Harley-Davidson dapat kumpul bersama.

Akhiri En. Asep “Saya berterima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan SOUNDCIRCUS FESTIVAL serta barisan band yang membuat persembahan dan pihak penganjur, Harley-Davidson dan BRO Asia yang sama-sama menjayakannya, jangan lupa untuk terus menyokong industri muzik kita!

KONSERT ‘JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA’ KE PULAU PINANG!

Konsert yang berjaya memecahkan rekod artis Malaysia, ‘JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA’ dengan penjualan tiket licin dalam masa 24 jam sahaja, kini kembali dengan siri jelajah ke lokasi ketiga di Pulau Mutiara pada 28 October 2023, bertempat di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang bermula pada jam 8:00 malam selepas Singapura.

“Alhamdulillah syukur di atas kerjasama padu pasukan yang menjayakannya, selain ucapan terima kasih kepada semua penonton yang yang hadir menyaksikan pada kedua-dua malam, saya rindukan momen tersebut,” kata Ratu Rock Negara, Ella. Demi meneruskan siri jelajah konsertnya, Ella kembali ke tempat asal kelahirannya, katanya, “Saya nak ‘habaq’ yang bahawasanya saya merupakan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang, dan sebagai menghargai permintaan semua peminat tersayang terutamanya di belah utara.

Jadi untuk kali ini, kami bakal datang dengan membawakan konsert yang dinanti-nantikan JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA untuk kenangan bersama. Selain giat mempromosikan siri jelajah konsert, Ella juga aktif dalam bidang perniagaan produk RockQueen seperti abaya dan buku biografi yang bertajuk ‘Rockers Juga Manusia’. “Sebagai seorang penghibur, saya tersentuh dengan cerita peminat yang hadir di konsert, antaranya seorang anak telah menghadiahkan tiket konsert buat kedua ibu bapanya yang merupakan ‘die-hard fans’ saya dan mereka sangat ‘enjoy’!”

“Disebabkan momen-momen beginilah yang menjadi pemangkin bagi saya untuk meneruskan konsert ini di beberapa lokasi lagi dan Pulau Pinang menjadi pilihan seterusnya, perancangan konsert ini telah dilakukan awal, cuma tarikhnya baharu sahaja kami putuskan. Masih mengekalkan tema ‘Rock Glam’, konsert yang dijangkakan berlangsung sekitar 2 jam setengah akan disajikan dengan kira-kira 25 ke 30 buah lagu bergantung dengan permintaan, dan pastinya ada artis jemputan yang masih dirahsiakan nama mereka sebagai kejutan. “Saya kini sedang giat menjalankan sesi latihan muzik beberapa kali seminggu serta aktiviti rutin kecergasan demi membina stamina yang jarang-jarang saya tinggalkan.

“Dari segi susunan muzik pula pastinya ada kelainan bersesuaian dengan konsep konsert nanti di bawah kelolaan pengarah muzik, Dato’ Acis yang dilatari 9 pemuzik profesional dan 20 orang penyanyi koir sewaktu malam konsert. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal, “Kejayaan konsert JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA tempoh hari dengan penjualan tiket yang berjaya memecahkan rekod dalam masa 24 jam berjaya memasuki Malaysia Book of Records membuktikan bahawa Ella semenangnya Ratu Rock Negara yang tiada tandingan. “Demi menyahut permintaan peminat Ella yang tidak berpeluang menonton konsert tempoh hari, pihak Hitman Solutions akan sedaya-upaya memberikan kepuasan maksimal buat penggemar rock di bahagian utara, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya.

Akhiri Ella: “Semoga peminat saya semua akan terhibur dan bahagia menyaksikan konsert saya nanti, pastinya sebuah pengalaman indah dan menjadi kenangan manis yang bakal dirindukan. “Peace.Love.Rindu. Tiket-tiket bakal dijual bermula 2 Ogos ini pada jam 12:00 tengahari di www.hitmanlive.com. Sebarang pertanyaan berkenaan konsert JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA boleh diajukan kepada Encik Keeran D (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669.

Pn Nor Zaidah (Zai Collection) Julang Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023

Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor membangunkan usahawan OKU melalui program Liga Usahawan OKU Malaysia atau SAY LEAD PRO melalui Selangor Youth Community (SAY) disokong oleh Yayasan Hasanah. Usaha ini adalah untuk membangunkan usahawan OKU yang berbeza latar belakang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan melalui program keusahawanan yang telah berlangsung selama 18 bulan.

Pn Nor Zaidah dari Zai Collection dijulang sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023 dengan mengalahkan 9 pencabar yang lain.Beliau mengalami kecacatan fizikal yang kekal.Manakala produk yang dikeluarkan oleh beliau adalah blaus batik dan tanjak.

Program Liga Usahawan OKU Malaysia ataupun SAY LEAD PRO bermatlamat untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka agar dapat menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan seterusnya mewujudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta bermanfaat kepada masyarakat. Terdapat empat fasa program ini iaitu Unearth The Talent, Commercialisation,Sustainability dan Giving Back to Society. Antara teras program ini adalah latihan keusahawanan,penglibatan mentor dari industri, sesi kaunseling dan penglibatan ahli keluarga.

Pada fasa pertama program, seramai 90 usahawan OKU telah dipilih berdasarkan sektor makanan dan minuman (F&B), jahitan dan perniagaan atas talian. Pada fasa ini, peserta diberikan latihan asas berdasarkan sektor mereka dan sejumlah RM90,000.00 telah diberikan kepada 30 peserta terbaik bagi semua sektor sebagai geran permulaan perniagaan.

Pada pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini, seramai 10 usahawan OKU telah membuat pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Pelbagai jenis perniagaan telah dibentangkan, antaranya ialah kerepek, minyak wangi, kedai runcit, jahitan baju dan beg batik, tanjak, panipuri, sambal hitam belimbing, rendang dan sebagainya.

Di akhir pembentangan, tiga usahawan akan dipilih memenangi pusingan akhir ini seterusnya dinobatkan sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023. Pemenang akan membawa pulang trofi Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023 dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000.00 seorang.

Keputusan Penuh :

TEMPAT PERTAMA: Pn Nor Zaidah binti Ab Rahman.

Jenama: Zai Collection

Jenis OKU: Fizikal

Produk: Blaus Batik & Tanjak

TEMPAT KE-2: Lailatol Mawar binti Mohd Noh

Jenama: Lyla Rose

Jenis OKU: Fizikal

Produk: Tote Bag, Book Cover, Table Runner, Placement

TEMPAT KE-3: Nurzakiah bt Dzulkifli

Jenama: Haruman Perfume

Jenis OKU: Fizikal

Produk: Minyak Wangi

Pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini telah diadili oleh juri berpengalaman yang terdiri daripada:

1. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor merangkap Pengasas dan Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY)

2. YBrs. Encik Zadil Hanief Mohamad Zaidi – Ketua Pegawai Strategi, Yayasan Hasanah

3. YBrs. Encik Rizal Nainy – Ketua Pegawai Eksekutif, SMECorps 4. YBrs. Encik Muhd Firdaus Bin Azharuddin – Ketua Pegawai Eksekutif, INSKEN

5. YBrs. Puan Hairul Azrien Baharudin – Pegawai Pembangunan Usahawan, DDEC, MARA

‘Going Crazy Wild’ Bersama Kat

Kat Roshan mungkin nama yang agak baharu buat beberapa orang, tapi bagi mereka yang pernah mendengar karyanya di radio dan wadah digital lain, mungkin sudah tahu bahawa Kat merupakan seorang bintang vokal Malaysia yang bakal menyinar. Dilahirkan dengan nama Katrina Cheng Binti Roshan, penyanyi dan pencipta lagu muda ini merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur, berdarah kacukan Melayu-Cina dengan ayah yang berbangsa Melayu dan ibu yang berketurunan Cina.

Meminati muzik sejak kecil, bakatnya dikesan oleh guru biolanya yang mendapati Kat mempunyai pic suara yang sempurna. Memulakan pengajian piano seawal usia lima tahun di bawah didikan teman ibunya, Serena Yee, Kat kemudian mempelajari seni gitar berkat didikan guru matematiknya Stephen Kimber serta pengurusnya dalam pembangunan bakat serta kerjaya awalnya.

Seawal usia 15 tahun Kat telah diperkenalkan kepada tokoh muzik Ong Peng Chu, yang kemudian membimbingnya sejak 2018. Sejajar dengan kemajuan muziknya, bintang ini baru sahaja melancarkan karya terbaharunya yang berjudul ‘Going Crazy Wild’. Dicipta dan diterbitkan oleh penerbit tersohor dari Korea Selatan Jeong Wook ‘James’ Park, bersama Jun Il Kim serta Chan Hee Jung, lagu berentak tarian itu turut menampilkan pembabitan Kat sendiri sebagai penulis lirik bersama dengan bintang hiphop Korea Su Jin, yang memberikan persembahan rap luar biasa! Kim Su Jin merupakan artis di bawah naungan label MOT milik Park Jeong Wook dan terkenal dalam dunia hip hop Korea.

“Semasa bertemu Kat pada pertama kali, orangnya memang kelihatan jelas seperti seorang pencinta muzik. Namun, selepas sesi rakaman, saya mendapati dia mempunyai pic sempurna dan sangta serius tentang muzik. Saya dapat rasai cinta sejatinya terhadap seni ini. Selepas mendengar rakaman akhir dengan selingan alat muzik yang sempurna berserta alunan suara merdu Kat, saya dapati dia mempunyai potensi yang besar sebagai seorang artis.

Dari awal projek album ini sehingga sekarang, tanpa mengira genre muzik, kami sudah berkongsi banyak kisah tentang muzik dari seluruh dunia. Malah, ia membuat minat saya untuk berkembang di peringkat global dengan lebih meluas.

Saya harap dapat menggabungkan saripati K-pop dengan suara Kat dan terus bekerjasama dengannya yang bukan sahaja dikenali di Malaysia tapi juga di persada dunia,” jelas Su Jin. Park Jeong Wook turut mengakui kebolehan artisnya Su Jin untuk projek ini.

“Su Jin seorang artis yang unik. Sebagai seorang penyanyi rap dan vokalis asli yang menggabungkan muzik tradisional ‘Trot’ Korea dengan Rap, dia boleh dianggap sebagai seorang ‘Troper’ (gabungan trot dan rap) yang unik. Kemampuannya menggabungkan kedua-dua unsur gaya muzik itu dalam seninya pasti membuat persembahannya lebih menarik dan menakjubkan,” ujar Kat.

Going Crazy Wild kini boleh didiapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan Youtube Music, sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT JUDIKA & THE GANG’

Judika Nalom Abadi Sihotang atau lebih terkenal dengan hanya panggilan Judika, merupakan figura seni suara yang terkenal di rantau Asia Tenggara, anak kelahiran Sumatera Utara yang berprofil sebagai penyanyi, pelakon dan juri profesional ini bakal bertandang ke Malaysia pada 21 Oktober 2023, jam 8:00 malam, di Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menjayakan konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT JUDIKA & THE GANG’ menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Haqiem Rusli, Marsha Milan dan juga Shila Amzah dibawakan khas oleh jenama kosmetik unggul, Alha Alfa dengan kerjasama Kharisma Music International dan Dua Anak Deo (DAD) Management.“Saya memilih untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana ramai peminat yang bertanya di media sosial bila agaknya saya akan datang lagi untuk menghiburkan mereka semua setelah sekian lamanya,” kata Judika yang bakal melancarkan album baharu tidak lama lagi.

Idea di sebalik tercetusnya konsert ini bertitik tolak dari buah fikiran pasangan suami-isteri, Ahmad Jeffny dan Yuka Kharisma yang hadir dengan pelan pelaksanaan konsert yang sukar ditolak oleh pihak DAD Management.Dari segi temanya, ‘Rockmantic’ yang merupakan gabungan perkataan ‘rock’ dan ‘romantic’ terinspirasi dari karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock, namun di satu sisi yang lain pula, Judika merupakan seorang yang penyayang yang cintakan keluarganya, pasangannya dan sering menghasilkan karya-karya yang romantis.
Dianggarkan sekitar lebih dari 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan pada malam konsert itu nanti yang berdurasi kurang lebih 2 jam turut diserikan dengan iringan orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music turut berkongsi, “Pelancaran sidang media pada hari ini sangat unik kerana dimulakan dengan konvoi kumpulan motosikal berkuasa besar dari Pavilion Bukit Jalil menuju Pavilion Bukit Bintang, kemudian pelancaran ‘billboard’ (papan iklan berbayar) mempromosikan konsert tersebut, dan tarian ‘flash mob’ beramai-ramai.“Selain itu, pada malam konsert itu juga 3 artis popular Malaysia turut membuat persembahan, masing-masing akan menyanyikan 3 buah lagu.“Di sini saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih buat rakan penganjur seperti Alha Alfa, Pavilion Kuala Lumpur dan Pavilion Bukit Jalil, rakan hotel rasmi, Le Meridien Petaling Jaya, dan rakan radio rasmi, ERA.Apa yang pasti, konsert ROCKMANTIC NIGHT JUDIKA & THE GANG nanti ada beberapa kejutan istimewa dan peminat Judika harus segera mendapatkan tiket-tiket di www.ticket2u.com.my/judika.

Bermula hari ini, Tiket-tiket jualan berharga RM188 (Silver), RM248 (Rockzone Standing), RM299 (Gold), RM348 (VIP Rockzone Standing), RM388 (Platinum) dan RM799 (VIP).Pesan Judika, “Saya ingin semua peminat yang akan hadir ke konsert saya nanti bukan hanya dapat melihat dan mendengar, tetapi juga dapat merasakan dan tidak akan melupakan. Datanglah dengan jiwa seorang ‘rocker’ yang berani dan pemuh semangat tetapi jangan lupa memiliki hati yang penuh cinta kerana dengan cinta membuat kita rasa bersemangat.“Semoga konsert ROCKMANTIC NIGHT JUDIKA & THE GANG ini menjadi salah salah satu pengalaman yang tidak akan anda dilupakan, ‘it’s a night to remember’. Jumpa anda di sana!

Gig Rakyat Jelata

GIG RAKYAT JELATA dianjurkan oleh CdBagasi Music & akan melibatkan 11 band temptation dan kesemuanya adalah penggiat muzik indie. GIG ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi industri muzik indie tempatan di mana tiket yang dijual dengan harga marhaen. GIG ini juga bertujuan untuk menyemai semangat ‘BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA’. Enam band akan beraksi di setiap venue.
Dua band lokal akan terpilih bagi mewakili ‘rakyat’ di mana persembahan diadakan. Sesuai dengan konsep GIG ‘DARI RAKYAT, OLEH RAKYAT, UNTUK
RAKYAT! ‘

GIG ini terbahagi kepada dua volume. Lokasi pertama berlangsung di ‘Insider Satellite’, Ipoh pada 22 Julai 2023. Lokasi kedua pula akan diadakan di Rooftop City Plaza’, Johor Bahru. Setiap acara akan berlangsung pada jam 5 petang dan berakhir sebelum jam 12 malam dengan persembahan setiap band selama 40 minit.Enam band akan membuat persembahan di setiap lokasi.


Band-band yang akan membuat persembahan di Ipoh adalah Couple & Muck selaku band lokal. Manakala band yang lain adalah Pretty Ugly, Nitrus, Strike Out & Late Night Frequency. Di Johor Bahru pula band yang terlibat adalah Plague Of Happiness & Terang Bulan sebagai wakil band lokal. Selainnya adalah Zip Zieller, Banyakbunyikrepublik, Sabda Alam & Pretty Ugly.


Tiket GIG untuk kesemua venue ini akan mula dijual pada 26hb Mei 2023 jam 9 malam di laman web https://cdbagasimusic.ubertickets.asia. Ia akan dijual pada harga RM70 untuk satu venue. Buat peminat muzik tempatan yang ingin menyaksikan persembahan di kedua venue Ipoh & JB, bolehlah membeli pakej harga bundle berjumlah RM120. Tiada tiket early bird ditawarkan kerana harga tiket yang dijual adalah sangat murah.

Tiket GIG untuk kesemua venue ini akan mula dijual pada 26hb Mei 2023 jam 9 malam di laman web https://cdbagasimusic.ubertickets.asia. Ia akan dijual pada harga RM70 untuk satu venue. Buat peminat muzik tempatan yang ingin menyaksikan persembahan di kedua venue Ipoh & JB, bolehlah membeli pakej harga bundle berjumlah RM120. Tiada tiket early bird ditawarkan kerana harga tiket yang dijual adalah sangat murah.

Semangat Zaman – Konsert 20th Anniversary

Peminat tegar industri muzik tanah air tentunya masih mengingati akan album kompilasi Semangat Zaman yang diterbitkan pada 2004. Album terbitan komposer LY ini menggabungkan enam orang penyanyi rock popular Malaysia iaitu Datuk Nash, Yantzen, Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Muss dan Joey BPR. Sambutan hebat peminat menyaksikan projek ini diteruskan dengan album Semangat Zaman 2 pada 2005 yang menyaksikan gabungan artis yang sama hebat. Sempena Ulang Tahun Ke-20 album ini, Konsert Semangat Zaman – 20th Anniversary akan berlangsung pada 29 September 2023 di Zepp, Kuala Lumpur.

Konsert itu akan menampilkan Datuk Nash (Lefthanded), Joey (Bumiputera Rockers), Aris (Ariwatan), Yantzen (Rusty Blade), Rahmad (Mega), Jatt (Black Dog Bone), Muss dan Artis ahli baharu, Bandi (Amuk). Manakala Rahim Maarof (White Steel), artis pertama yang bersetuju untuk turut serta tidak dapat bersama kerana masalah kesihatan. Mengimbas kembali, konsep Projek Semangat Zaman telah diilhamkan pada 2004 oleh inovator industri muzik, Cik Jean Lau dan komposer terkenal, L.Y. Ideanya adalah untuk memyemarakkan semula industri muzik dengan kumpulan Artis dan Pemuzik Rock terbaik membuat persembahan bersama dalam satu album di kala kumpulan Indie sedang menguasai pasaran muzik semasa.Album sulung ini berjaya mencapai jualan Multi Platinum (melebihi 100,000 keping jualan).Pada 2005, susulan kepada kejayaan “Semangat Zaman”.

“Semangat Zaman II – Suara Zaman” diterbitkan menampilkan alumni “Semangat Zaman” sebelumnya.Artis Ahli baharu projek kedua itu adalah Rahmad (Mega), Shamrin (Fotograf) dan Jatt (Black Dog Bone).Album ini mencapai kejayaan yang sama dan diperakui multi-Platinum.Selepas berehat selama 20 tahun, Jean Lau berkata, “Saya merindui keseronokan dan pengalaman kedua dua album terdahulu, serta bekerja dengan kumpulan artis berbakat ini. “Saya menelefon L.Y. dan melontarkan idea untuk mengadakan konsert ulang tahun ke-20. LY bersetuju dan kami mula mengumpulkan pasukan”. Persediaan konsert ini, diperkuatkan lagi dengan rakaman 5 lagu baharu untuk persembahan itu – lagu tema dengan semua artis, serta duet untuk Muss & Rahmad; Joey & Bandi; Yantzen & Jatt dan lagu solo oleh Nash. “Aris dibarisi lagu bersama Rahim Maarof, tetapi ia ditangguhkan kerana Rahim sakit baru-baru ini. Rahim dalam semua doa kita agar cepat sembuh,” katanya. Konsert 2023 itu akan menampilkan alumni Semangat Zaman dan ahli baru Bandi (Amuk). Jean Lau menambah, “Gaya dan kehadiran Bandi akan memberikan wajah dan rasa baharu kepada Semangat Zaman.

“Konsert itu akan menjadi konsert pertama ikon-ikon muzik rock Malaysia berada di atas satu pentas membuat persembahan bersama. “Ia adalah 8 legenda rock di atas satu pentas dalam satu malam, dan pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat dan pencinta muzik rock mereka. “Pada malam konsert kita akan menjemput keluarga Arwah Shamrin dan keluarga Rahim Maarof bersama sama,” katanya. Semangat Zaman Music Entertainment sangat berbangga dan berterima kasih atas kesudian YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup melancarkan sidang media hari ini. Tiket untuk pertunjukan itu kini boleh didapati di my.bookmyshow.com (603 – 9212 4202).

Ia berharga RM 208 (Zon Rock), RM 328 (Kerusi Normal – Bernombor) dan RM 388 (Premium – Tempat Duduk Bernombor). Pengunjung konsert boleh menikmati harga istimewa early bird RM198 untuk Zon Rock (sah sehingga 15 Julai 2023). Sebagai kesimpulan, Jean berkata, “Adakah kita akan melihat ini lagi? Jangan lepas peluang. Dapatkan tiket anda sekarang!” Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Cik Jean Lau jean.semangatzaman@gmail.com 012 2361135 En. Godfrey Rajalingam godfrey.semangatzaman@gmail.com 012 2233969

Art of Speed Malaysia 2023

Dengan sambutan yang luar biasa dari pengunjung pada tahun 2022, Art of Speed kembali untuk tahun 2023 – lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya! Tahun ini, acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia mengambil tempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) – ruang tertutup seluas 452,084 kaki persegi, ruang luar seluas 8.6 ekar – mengambil alih setiap dewan acara dengan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung. MAEPS akan menganjurkan Art of Speed 2023 (AOS 2023) pada 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam).

Sorotan khas AOS 2023 bakal merangkumi:

Terbaharu Untuk 2023! – Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” – kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal. Sorotan untuk ThunderCircus termasuk “RIDE IN” mega dan pengumpulan kumpulan motosikal dari sekitar rantau ini.


Terbaharu Untuk 2023! – Mengambil alih Dewan B untuk 2023 akan menjadi Official Hot Wheels Collector Convention yang pertama di Asia Tenggara. Pengunjung akan dapat menikmati lebih banyak aktiviti Hot Wheels, paparan diorama – yang termasuk Pameran Hot Wheels Rare dan Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy And Sell, sesi perkongsian pengumpul, Pertandingan Kustom Hot Wheels dan banyak lagi. Peminat Hot Wheels juga akan dapat bertemu dan menyapa pereka Hot Wheels terkenal Matt Gabe dari Amerika Syarikat.
Kereta Konvensyen Rasmi Hot Wheels edisi terhad akan dikeluarkan bersama-sama kemeja-t edisi terhad, kedua-duanya dilesenkan oleh Hot Wheels secara eksklusif untuk konvensyen Hot Wheels rasmi yang pertama di Asia Tenggara.
Untuk memperingati ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel bekerjasama dengan jenama automotif nasional ikonik Malaysia, PROTON untuk mencipta kenderaan Hot Wheels – Proton Saga yang pertama. Bersempena dengan peristiwa bersejarah ini, Pertandingan Rekaan Kanak-kanak Hot Wheels x PROTON telah dianjurkan dan reka bentuk pemenang akan diumumkan pada acara tersebut di Dewan A. Tinjauan ringkas mengenai kerjasama ini akan dipamerkan di kawasan pempamer Hot Wheels dan sesi temubual dengan Matt Gabe di konvensyen itu.


Terbaharu Untuk 2023! – Hot Wheels Legends Tour bakal membuat debut di AOS 2023. Pada tahun ini, pertandingan rasmi di Malaysia akan diadakan pada hari Ahad ketika berlangsungnya AOS 2023, menampilkan juri-juri tempatan dan antarabangsa untuk memilih johan yang akan mewakili Malaysia di pentas dunia. Pendaftaran untuk Jelajah Hot Wheels Legends boleh didapati di www.artofspeedmy.com dan tiada tarikh tutup!
Terbaharu Untuk 2023! – Kerjasama Art of Speed ​​dengan VANS akan menampilkan kasut edisi terhad dan “Coffee Table Book” khas kulit keras Art of Speed ​​10 tahun peringatan untuk peminat-peminat AOS. VANS akan menyediakan taman mini untuk bermain papan selaju dan basikal BMX, percuma untuk digunakan di Hall DG bersebelahan Food Park.Terbaharu Untuk 2023! – Kerjasama Art of Speed ​​dengan HIKARI RIDERS dengan barangan edisi terhad.Terbaharu Untuk 2023! – Kerjasama Art of Speed ​​dengan salutan IGL dengan salutan edisi terhad dibuat khas untuk penunggang motosikal dan motosikal.
Terbaharu Untuk 2023! – Kerjasama Art of Speed ​​dengan MOONEYES menampilkan t-shirt eksklusif acara edisi terhad dan t-shirt peniaga MOONEYES MALAYSIA.


Terbaharu Untuk 2023! – Miss Art of Speed ​2023 yang pertama! Art of Speed ​​Malaysia pertama kali memperkenalkan Pin-Up Stars pada 2015 yang menampilkan tiga ikon pin-up dari rantau ini – ChicaRockabilly dari Singapura, Cassidy Anderson dari Australia dan Claudia Adinda dari Indonesia. Pertandingan Miss Art of Speed ​​bertujuan untuk menggalakkan wanita dari semua bentuk dan saiz berasa yakin, melangkah keluar dari zon selesa mereka, dan menunjukkan kecantikan dalaman dan luaran mereka melalui seni pin-up. Sebaik sahaja permohonan ditutup, panel penilai kami (akan diumumkan) akan memilih 10 finalis Terbaik, yang akan bertanding merebut gelaran Miss Pin-Up Art of Speed ​​2023. Pertandingan akan diadakan pada hari Sabtu 29 Julai 2023 di dalam Dewan A, MAEPS Serdang. Para finalis akan beraksi di pentas peragaan, mempamerkan pakaian harian, dan mengambil bahagian dalam sesi Soal Jawab sebelum pemenang dinobatkan. Penyertaan terbuka kepada semua wanita dari umur 1 tahun hingga 50 tahun ke atas. Tahun ini Cherry Bomb Pin-Up Parlor akan menganjurkan pertandingan berprestij ini.
Kerjasama dengan NoEqual.co akan menampilkan Pesta NEAT di Dewan C, menampilkan paparan kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia.
Perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid kembali ke Dewan C untuk 2023 – menampilkan menampilkan “gaya hidup outdoor” yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin serta banyak lagi aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga.
Hail Vintage kembali untuk AOS 2023 dan akan diadakan di Dewan D, mempamerkan pelbagai jenis koleksi vintaj. Vendor pakar akan dijemput bukan sahaja untuk menjual tetapi juga mempamerkan koleksi mereka. Tema tahun ini ialah MUZIK dan menampilkan koleksi muzik, barangan dan memorabilia yang paling jarang ditemui.
Streetware Con menampilkan fesyen pakaian jalanan yang melimpah ruah di Hall D. Kini dengan lebih banyak vendor untuk tahun 2023 dan 40 pempamer membuat persembahan selama 2 hari.
Danial Malek dari NoEqual.co akan menjadi hos pada tahun ini untuk acara Kustom & Koffee Talk tahunan di Dewan A pada pukul 3.30 petang pada hari Sabtu, bersama-sama dengan ahli panel dari luar negara. Forum ini akan membincangkan trend terkini dalam industri motorsikal dan automobil.
Show & Shine juga kembali di Dewan A, menampilkan kereta-kereta yang telah diubah suai dan motosikal bermodifikasi terbaik dengan peluang memenangi Best of Show iaitu lawatan ke The 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom Show yang akan diadakan pada Disember 2023 nanti.

Aktiviti tambahan AOS 2023 merangkumi:

Roda Rumble 2023 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang anjurkan oleh Retro Mania
La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
Vendor makanan Food Park dengan kawasan berbumbung untuk laluan ke Food & Beverage basement/underground di tingkat DG
Bazar vintaj automobil
Pelancaran produk di atas pentas
Test Ride Zone untuk motorsikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson, dan lain-lain)

Turut kembali ke AOS 2023 tahun ini adalah SoundCircus Festival yang disokong oleh Harley-Davidson dan BRO ASIA.

1,000 pembeli tiket pertama akan menyertai Cabutan Bertuah Atas Talian AOS2023, dan akan ada hadiah tambahan untuk dimenangi oleh Harley-Davidson.

10 kugiran muzik yang akan membuat persembahan di SoundCircus Festival termasuk Superman Is Dead dari Bali Indonesia, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu, dan Armpunk Sindicate; dan ya, berita baik untuk semua peminat konsert; mosh pit dibenarkan dan disyorkan. Festival SoundCircus akan diadakan pada hari Sabtu 29 Julai 2023 di MAEPS Serdang dari jam 4:00 petang hingga lewat malam. Tiket kini boleh didapati di https://scf.artofspeedmy.com/ticket/ (Tiket Early Bird sudah habis dijual). Tiket SoundCircus Festival untuk akses di pentas luar boleh didapati pada harga RM120 setiap orang atau RM360 untuk kumpulan 4 orang (RM90 setiap orang).
*SoundCircus Festival adalah untuk umur 16 tahun dan ke atas SAHAJA!

Untuk menamatkan acara pada hari Ahad, seorang pemegang tiket bertuah akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah dengan SATU (1) Toyota Celica 1979 yang di kustom sepenuhnya oleh Art of Speed ​​Malaysia (AOSM).

Pas hujung minggu AOS 2023 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. AOS 2023 akan menjual pas Speed Lane, yang dibuka sejam lebih awal pada jam 9:00 pagi; berharga RM60.00 sah untuk kedua-dua hari. Pengunjung juga berhak menikmati satu jam tambahan di dalam dewan utama A, B, C dan D. Dewan dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam pada kedua-dua hari. Kombo SoundCircus Festival + Weekend Pass sudah tersedia atas talian pada harga RM135.00. Pentas di dalam Hall A akan mempersembahkan kugiran muzik daripada Dato Maw, Hip Hop Decontrol, Balan Kash, Arunboii, One Buck Short, Loko, Bayangan, Kapten Oi!, Dead Mushroom and Blues Gang.
Art of Speed ​​juga akan memberikan motorsikal Honda e-DAX kepada satu (1) pembeli tiket dalam talian bertuah, terpakai untuk kedua-dua tiket AOS dan SCF. Tiket AOS dan SCF boleh dibeli melalui laman web rasmi www.artofspeedmy.com

“Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia telah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul dan seumpamanya, dan terus mendominasi dalam acara tahunan yang berskala besar.”

“Pada tahun ini, AOSM akan meraikan ulang tahun ke-12 pertunjukan tahunannya, bagi menyemarakkan lagi semangat peminat yang bersemangat tinggi, kami persembahkan sebuah acara yang rugi untuk dilepaskan oleh semua,” kata En. Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM).

Untuk AOS 2023, pengeluar e-peranti tempatan, BRO ASIA, menjadi Penaja Utama, “Kami sangat berbangga dan teruja menerima jemputan dari AOSM untuk menjadi sebahagian daripada acara menarik yang dijayakan bersama, selari dan sesuai dengan hala tuju jenama kami yang sememangnya disasarkan untuk peminat Kustom & Counter Culture” kata Encik Roman Lai, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas BRO ASIA.

Permohonan Vendor & Korporat kini dibuka, sila hubungi Rafiq di talian +6012 2620 405 untuk sebarang pertanyaan perniagaan. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

Instagram : https://www.instagram.com/artofspeedmy/
Facebook : https://www.facebook.com/ArtOfSpeedMY
TikTok : https://www.tiktok.com/@artofspeedmy
YouTube : https://www.youtube.com/c/ArtofSpeedMalaysia

NUSAFEST 2023

Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang
menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di
Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya,
angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini
bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.


NUSA FEST ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH,WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti. Sudah sekian lama Search dan Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan oleh para peminat tegar mereka. Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.

Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tegar dan setia. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.

“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects. Hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di NUSA FEST dengan senarai akhir terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong NUSA FEST sehingga ke hari persembahan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas
bersebelahan dengan pementasan tanpa henti! Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan
Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Warong Nusa (semuanya tentang
makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara).


Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang di
www.myticket.asia.
“NUSAFEST’’ ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan
lagi industri muzik nusantara.
NUSA FEST 2023
Tarikh: 8 dan 9 Julai 2023
Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am
Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Harga tiket: RM200 (2-day entry/per person)
RM700/ 4 person (Bundle package- Pembelian RM700 untuk 4 orang)
Tiket: www.myticket.asia
Tiket Hotline: 03 8605 0196
Info Hotline: 012 2560082
Instagram: @nusafest, @shirazprojects
Tiktok: @shirazprojects
Facebook: @nusafest @shirazprojects
Laman Web: www.nusafest.com
www.shirazprojects.com

Malaysia Global United 2023

After a long absence, Malaysia Global United Pageant returns to the centre stage once again with its 2023 edition. This was announced by organisers Dare 2 Dream Management at a press conference that was was held at The Top @ Komtar in Georgetown, Penang this afternoon.

The well received press conference was attended by Penang Rose Charities Malaysia Chairman Dato Lawrence Cheah, Persatuan Dermawan Jishan Bukit Mertajam’s Dato Tan Kok Aun & Ms Ng Yah Ling, National Cancer Society Malaysia Administration Manager Petronilla Joseph and Miss Global United Pageant 2023 Ambassador Datin Joyce Teoh, various dignitaries and celebrities, sponsors and collaborators invited guests and members of the media.

The Global United Pageant  is a pageant with strong mission. Its founder Ms Wendy Lindberg from the USA, realised that there was a need for programs that celebrate true beauty within women. The Global United Pageant is committed to seeking contestants and title holders who exemplify the beauty that comes from serving others in community. And the pageant pairs with organisations from all over the world to give to those in need. Global United works each year to help raise fund for childhood cancer research and awareness in the US.

Dare 2 Dream Management is the organiser & official franchise holder of Malaysia Global United Pageant 2023 (MGU 2023).  Its founder Traccie Chan had the honor to represent Malaysia and compete in the USA in 2016 where she was crowned as Queen for Kids – Mrs Global United in 2016 and subsequently as Mrs Global United Lifetime Queen in 2017. She has now been entrusted as the pageant director of Malaysia Global United in search of Queen for Kids… Queen with a mission.

Malaysia Global United Pageant is the Malaysian edition of the prominent international pageant which focuses on searching for women (aged 18 & above with or without experience). It is open to those who have the courage to try something new and who wish to have a once in a life time opportunity to fulfill their dreams while contributing to the community through the pageant’s “Queen for Kids” advocacy, especially for children with cancer and by holding the mission to promote the Gold Ribbon (Childhood Cancer Awareness) program in Malaysia through the Light It Up Gold campaign which was founded by Traccie Chan in 2016.

And working closely with Global United Pageant in the U.S, MGU2023 is looking forward in identifying the right candidates to represent Malaysia to compete at world final in Minnesota, USA this July 19-23, 2023.

The successful delegate will have the privilege of wearing our local handmade Kebaya specially made by Kenny Loh Couture.

Light it up Gold campaign’s aim is to promote childhood cancer awareness and the Gold Ribbon campaign, by collaborating with hospitals and various organizations to raise awareness about childhood cancer, implementing wish fulfillment programs and to provide families with the resources they need to cope with the challenges of childhood cancer.

To date Light It Up Gold campaign has successfully raised more than RM 300,000 to various organisations and individuals in need and has fulfilled and benefited more than 300 little warriors.

To align our efforts with this cause, this year the organisers are planning for various wish fulfillment programs to benefit cancer children & family through MGUP23, such as:

1. Cancer children Family photo shooting in order to have nice family photos as remembrance.

2. Wish fulfillment

3. Family Outings with a special invitation to attend MGUP 23 together with family members with transportation and accommodation covered for out station cancer children, with angpows and goodies bag being given out.

This year MGU 2023 is also supporting 2 organisations in need;

The National Cancer Society of Malaysia (NCSM) in setting up the very first Homes of Hope in Penang which wil provide free accommodation and support services to poor cancer patients who living outside of Penang island who undergoing treatment at Penang General Hospital.

And persatuan Dermawan Jishan Bukit Mertajam.

Dare 2 Dream Management urges more people to support us as sponsors, donors, to purchase tickets to witness our crowning ceremony & variety show.

To promote MGUP 23 in search of Queen for Kids – the organisers are targeting contestants above 18 from various categories Ms/ Mrs / Classic who have the passion to contribute to the community and who wish to gain experience and confidence on stage.

Potential candidates may contact 0135128278 ( Ms Traccie ) /  012-461 0129 ) (Ms Zoe) for more details or to register.

The press conference also saw the crowning ceremony in recognition of women who contributed and sponsored MGUP. They were crowned by Traccie Chan.

The following are the recipients:

MGUP 2023 Charity Queen – Kiki Tan Kar Yen

MGUP 2023 Charity Queen – Evonne Eng Guik Hwa

MGUP 2023 Community Service Ambassador – Fong Ying Ying

MGUP 2023 Charity Ambassador – Irene Tan

MGUP 2023 Charisma Ambassador – Jovin Ooi

MGUP 2023 Goodwill Ambassador – Frennie Tan

MGUP 2023 Ambassador – Datin joyce Teoh

The Grand Final of the pageant will be staged at the Grand Ballroom 1, Level 5, The Top, Georgetown, Penang on 1st July 2023.