SO Staff

Dr. Jessica Ong Dinobat Anugerah Khas Selebriti Perpaduan 2023

Baru-baru ini Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw iaitu mantan penyampai berita RTM dan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah dinobatkan sebagai Anugerah Khas Selebriti Perpaduan 2023 di Malam Gala Anugerah Telenovela 2023 yang dianjurkan di WTC selari dengan Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani . Anugerah ini disampaikan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.

Dr Jessica sebelum ini merupakan Penyampai Berita RTM di slot Berita Dunia serta pengacara Selamat Pagi Malaysia dari tahun 2004 sehingga 2020.Beliau juga merupakan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Felow Majlis Profesor Negara dan Institut MASA banyak menulis untuk akhbar-akhbar utama dan majalah serta kajian khususnya dalam bidang perpaduan, integrasi sosial, bahasa dan komunikasi.Anugerah ini merupakan anjuran bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM). Kepakaran Jessica ialah Psikologi Bahasa (Psikolinguistik), Komunikasi, Integrasi Sosial, Media, Pendidikan, Linguistik dan Logistik.

Beliau juga pernah dilantik sebagai jawatankuasa Media dalam COVID-19 Communication Task Force oleh International Academy of Medicine Malaysia. Pada tahun 2022, Jessica telah dilantik sebagai Ketua Kluster untuk Media dan Komunikasi untuk Centre of Women Advancement and Leadership (CWAL) UNiKL.

Jessica memperoleh Sijil Perguruan Pengajian Inggeris, Sijil Eksekutif Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah, Antropologi dan Sosiologi) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2001. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Bahasa Melayu oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2007, Doktor Falsafah dalam bidang Bahasa Melayu Psikologi Bahasa (Psikolinguistik), Komunikasi, dan Linguistik di Universiti Putra Malaysia (UPM) tahun 2010.

Jessica banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja amal dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) sehingga dilantik sebagai Duta Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak USM Kelantan (PEKA) dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia (PPPM).  Penglibatan aktif sebagai Ahli Majlis, Pengerusi Komunikasi Korporat, Timbalan Pengerusi Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia dan Auditor Program Akademik di The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) Malaysia khususnya  dalam bidang  Perhubungan Media dan Awam.Jessica merupakan penulis buku Memori Seorang Jeneral, Minda Jessica  ruangan “Lekat di Hati” di akhbar Utusan Malaysia bermula tahun 2012 dan terus menyumbang idea dalam penulisan di majalah untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan akhbar-akhbar sehingga kini.

BRING ME CLOSE TO YOU Bakal Bawa Al-Jawaher Ke Pasaran Antarabangsa

Buat peminat nasyid, nama Al-Jawaher bukanlah suatu nama yang asing. Ditubuhkan pada tahun 1979, Al-Jawaher dikenali ramai dengan lagu-lagu malar segar seperti Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, Kembara Di Tanah Gersang, Selawat dan Salam, serta banyak lagi.Al-Jawaher dianggotai oleh Jumuyah, Siti Rusminah, Hajar, Normala, Habibah, Norhaiyati dan Latifah.

Setelah 44 tahun berkecimpung dalam industri muzik, buat julung kalinya Al-Jawaher mempertaruhkan single terbaharu mereka dalam Bahasa Inggeris dan Arab, BRING ME CLOSE TO YOU. Pengambaran video muzik ini dilakukan di sekitar Melaka.

Ini adalah percubaan Al-Jawaher untuk meneroka dan menembusi pasaran muzik antarabangsa sekaligus diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa tentang Islam. Untuk itu, single BRING ME CLOSE TO YOU juga akan dilancarkan sempena Israk Mikraj.

BRING ME CLOSE TO YOU adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh Yazri Malik, yang turut mengubah pelbagai lagu buat bakat-bakat baharu di Singapura.Single terbaru Al-Jawaher ini merupakan initiatif secara tidak langsung dari Jamiyah Singapura bagi menyebarkan dakwah dan nasihat melalui seni muzik. Ini merupakan kerjasama bersama Impact Music & Entertainment untuk ke persada pasaran antarabangsa.

https://www.youtube.com/watch?v=fKhej9FFk-8

BRING ME CLOSE TO YOU boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 17 Februari jam 12 tengah malam manakala video muzik BRING ME CLOSE TO YOU boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.

FEBY PUTRI Live In Kuala Lumpur 2023

Dari hasilan karya berjudul ‘HALU’ pada 2019 ke ‘RUNTUH’ pada 2021, FEBY PUTRI telah menyajikan enam buah ‘single’ untuk santapan para pendengar. Pada 2022, berbekalkan 6 buah lagu tersebut dan ditokok dengan 4 buah lagu lagi, FEBY PUTRI melahirkan album sulung berjudul ‘RIUH’.

Gadis manis kelahiran Makassar, Sulawesi bernama Feby Putri Nilam Cahyani dengan nama pentasnya FEBY PUTRI ini adalah bintang baru dunia maya muzik Indonesia. Capaian saluran Youtube beliau mencecah lebih 50 juta tontonan. Keistimewaan Feby Putri sudah pasti sebagai ‘singer-song-writer’ kerana kebanyakan lagu yang dihasilkan adalah karya beliau sepenuhnya.

Pada usia 23 tahun, karya beliau menampilkan kematangan dengan elemen ‘transcendental’. F FEBY PUTRI adalah suara millenia baru yang menggarap kisah kehidupan generasinya. Kekuatan karya beliau adalah pada luahan emosi, alunan melodi dan kemanisan bait bait kata. Sebuah rangkaian karya yang holistik.

Pada Anugerah Muzik Indonesia 2022, FEBY PUTRI dicalonkan untuk 3 kategori dan memenangi Karya Folk/Country/Balada Terbaik. Penampilan sulung FEBY PUTRI di Kuala Lumpur berlatarbelakangkan pentas bertaraf antarabangsa Zepp KL pasti akan menambat jiwa para pendengar yang dahagakan sajian halwa telinga bernafas baru dan segar.

Tarikh 3 Mac 2023 adalah saat dan ketikanya, Feby Putri akan memukau anda dengan kelunakan vokal dan karya seninya. Pastikan anda hadir untuk menyaksikan seorang lagi sosok permata seni dari tanah nusantara ini.

Persembahan FEBY PUTRI akan turut diwarnai dengan lagu lagu berjiwa nusantara dari trio MAFIDZ selaku artis undangan.

Tiket:

RM 125.00    – HALU – Cat 1 – Free Standing

RM 235.00   – USIK – Cat 2 – Premium Seat

RM 175.00    – CAHAYA  – Cat 3 – Normal Seat

RM 4555.00 – RUNTUH – VVip Box – Meet & Greet+ Tshirt+Tote Bag+ Poster

RM 110.00    – Meet & Greet + Poster

Tiket konsert boleh didapati di iLasso Ticket www.ilassotickets.com. Untuk sebarang pertanyaan/makluman lanjut berkenaan tiket konsert, boleh menghubungi talian hotline 03-21706333. Ikuti laman sosial media @miebirdprojects untuk info terkini acara konsert FEBY PUTRI LIVE IN KL.

hashtag: #febyputrikl #febyputrihalukl #miebirdprojectsfebyputri

Pertempuran FTG dan Sil Khannaz Di Medan Rockstage VI

Impian peminat muzik berat tempatan khususnya pasti akan terus dirialisasikan oleh Rockstage Entertainment.  Fasa pandemic covid 19 yang membelenggu ketika itu merencatkan aktiviti muzik, tidak kira muzik ekstrim mahupun mainstream.

Era peralihan endemik seolah-olah memberi ruang kepada khalayak untuk terus melakukan segala aktiviti yang telah sekian lama membungkam jiwa.  Edisi ke VI Rockstage yang bertemakan Metal Tempur telah mempertaruhkan FTG dan Sil Khannaz sebagai jentera pemusnah selain menggerakkan jentera dominan seperti Langsuir, Farasu, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Massacre Conspiracy dan Naratu.

Tema Metal Tempur bakal berlangsung di Chin Woo Stadium, Kuala Lumpur pada 25 Februari nanti.  Konsert yang akan bermula sekitar jam 2 petang itu pastinya menjanjikan kelainan buat penggemar muzik berat.

“Kami pernah mengadakan konsert sebegini di Stadium Chin Woo, lantaran segala fasiliti yang diperlukan menepati kriteria yang diperlukan maka sekali lagi kami memilih untuk mengadakannya di sini.  Selain itu ianya cukup strategik selain mempunyai kawasan parking yang luas”, ujar Talib Othman.

“Siapa tidak kenal FTG dan Sil Khannaz? Rata-rata pencinta genre metal cukup mengenali kedua-dua band berpengaruh ini yang sarat dengan lagu-lagu bertenaga, keras dan padu.  Sememangnya, FTG dan Sil Khannaz mempunyai pengaruh yang besar dalam persada seni muzik tanahair, lebih-lebih lagi keduanya mampu menerobos pasaran mainstream”, tambahnya

Pengarah Urusan Rockstage Entertainment, turut menjelaskan bahawa konsert tersebut turut menjadi saksi pelancaran abum terbaru FTG yang berjudul “Army Of God” dan Sil Khannaz,The  Madness Of Fear.

“Mungkin ramai yang telah sedia maklum, bermula daripada album Kau Jangan Kurang Ajar FTG telah bersama-sama dengan Rockstage.  Kini tibalah giliran Sil Khannaz untuk bernaung di bawah jenama Rockstage”, ujarnya ketika ditemui sewaktu sidang media bersempena konsert tersebut di Kuala Lumpur pada 26 Januari lalu.

Aksi dua ikon metal ini yang ‘lama berehat’ dan kini kembali beraksi di pentas konsert dilihat mengundang keinginan pecinta muzik berat untuk ikut ‘headbanging’ bersama.  Khususnya pada era penghujung 90-an dan awal milennium apabila pasaran muzik mainstream seolah-olah dikejutkan dengan ‘amukan’ muzik-muzik underground.

“Kami turut berterima kasih kepada Rockstage Entertainment kerana masih mahu bekerjasama dengan FTG meskipun pelbagai karenah ‘orang tua’ yang terpaksa beliau hadapi”, ujar Tajul selaku vokalis

“InshaAllah kami akan memberikan 100 peratus komitmen demi menjayakan konsert itu nanti.  Persediaan fizikal dan mental serta pemilihan lagu-lagu yang bakal dipersembahkan turut menjadi agenda utama FTG.  Sekiranya anda fan tegar FTG, hadirlah berikan sokongan kepada kami”, tambah Azmi Ibrahim selaku bassis FTG.

Berlainan pula dengan Sil Khannaz yang menyifatkan bahawa pentas Metal Tempur seakan menguji kewibaan mereka sebagai band metal lama yang akan menyuntik jiwa remaja kerana sebahagian lagu-lagu yang bakal dipersembahkan di petik daripada album terbaharu mereka nanti.

“Sudah pasti Sil Khannaz tidak mahu (kalah awal) dalam battle itu nanti, kehandalan ‘line-up’ Sil Khannaz ‘bermain’ dengan instrumen masing-masing, pasti akan menjanjikan memori manis untuk dikenang para penonton ketika konsert itu nanti”, ujar Abdul Ramzee selaku vokalis Sil Khannaz.

“Buat peminat yang dahagakan ‘buah tangan’ dari Sil Khannaz, anda boleh menikmati album terbaru, The Madness Of Fear yang saya boleh janjikan ianya adalah antara hasil terbaik yang pernah kami rakamkan selain menyaksikan ‘air tangan’ Sendat seorang Sound Engineer yang tidak asing lagi di kalangan penggemar muzik bawah tanah”, tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai album tersebut, Hashim Pestilence selaku bassis Sil Khannaz mengatakan bahawa album tersebut akan dikeluarkan dalam 4 format berbeza iaitu kaset, Cd, LP dan juga Digipack.  Pembeli juga bakal mendapat Poster dan poskad yang cukup terhad pengeluarannya.

“Kita berharap peminat muzik metal baru dan lama tidak melepaskan peluang menyaksikan konsert ini.  Setiap band akan beraksi selama satu jam 45 minit di sebelah siang dan 1 jam pada sebelah malam” tambah Talib.

Tiket berharga RM95 (pembelian awal sah laku sehingga 7 Feb) dan RM110 yang boleh didapati menerusi ubertickets atau di lokasi konsert berlangsung.

KANDORA! Memupuk Perpaduan Melalui Muzik Cerita Rakyat

KANDORA! telah memulakan tahun baru 2023 dengan mengajak semua orang dari seluruh Malaysia untuk bersatu melalui ‘drumming’. KANDORA bermaksud satu pergerakan perpaduan dengan bermain drum. Melalui slogan “Drums of Unity”, KANDORA percaya perpaduan dapat dipupuk dengan kuasa irama muzik drum yang mampu dimainkan oleh orang ramai dalam masa yang sama.

KANDORA! berjaya mengumpulkan seramai 2300 penyertaan dan 862 orang peserta telah hadir untuk bermain drum bersama-sama dengan hanya menggunakan baldi dan senduk yang telah diadakan di Pusat membeli-belah AEON Midtown Falim pada 21hb Januari 2023 yang lepas. Apa yang menarik adalah acara ini juga telah berjaya di rekodkan di dalam ‘Malaysian Book of Records’ sebagai satu acara perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia melalui permainan drum baldi beramai-ramai.

Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini bertujuan untuk menyerlahkan nilai dan mesej yang terkandung dalam lirik cerita rakyat bagi membangkitkan rasa perpaduan di kalangan penonton Malaysia. Semasa persembahan drum berlangsung, drum-drum baldi telah disusun di sekeliling kawasan persembahan untuk dimainkan oleh penonton yang hadir dengan diiringi muzik band dan fasilitator drum. Bukan itu sahaja, melalui persembahan ini juga, KANDORA! ingin menyebarkan mesej perpaduan “Hormat dan Harmoni” di mana penonton yang hadir dapat berkumpul untuk merasai pengalaman bermain drum secara harmoni sebagai satu Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan bangsa.

KANDORA! menyokong SDG 16 : Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial yang memberi tumpuan kepada pembentukan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat. Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” terdiri daripada tiga komponen — kerjasama kolaboratif dan program-program yang membentuk keupayaan untuk menyokong komuniti B40 dan terpinggir melalui pengedaran “Abundance Bags” kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak, meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk komuniti seni persembahan tempatan yang telah terjejas dek pandemik Covid-19 melalui jualan barangan KANDORA! dan akhir sekali, dalam semangat untuk berkongsi kegembiraan dan kemakmuran sempena Tahun Baru Cina, KANDORA! telah memberikan hadiah-hadiah menarik seperti iPad, ‘earbuds’ Huawei, jam tangan pintar dan banyak lagi kepada peserta-peserta bertuah!

Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini disokong oleh ArtsFas, Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dan Majlis Belia India Malaysia Buntong (MIYC) dan AEON Big merupakan rakan kongsi utama dengan menyediakan tempat dan menaja baldi dan senduk. Akhir sekali, Penaja —Peaches N Pen, NIT Printing, Thinker Creative, Soul Mechanics, Rex Network Resources, Edsense, MENE Consulting dan Rosemary Floral and Gifts.

Ribuan terima kasih kepada para jemputan kehormat yang sudi hadir diantaranya adalah Yang Berhormat Mohd Azlan Helmi bin Helmi (Exco Komunikasi, Multimedia & NGO), Yang Berhormat Puan Thulsi Manogaran (ADUN Buntong), Yang Berbahagia Datuk Hariri (wakil Datuk Bandar Ipoh), Puan Nurmalis Musa (CEO Tourism Perak), Tuan Meor Rezal Fitri Dato’ Dr. Hj. Meor Redwan (CEO Digital Perak), Tuan Khuswindera Singh (Ketua Cawangan Majlis Belia India Buntong), Dr.Kasuma Satria Mat Jadi (AEON-Ketua Pegawai Sumber Manusia & Pengarah Komunikasi Korporat), En Wan Adli, Co-founder Kandora! Kantan Drum Circle dan juga Tan Teck Yin (President JCI Kinta).

Hormat and Harmoni is a unity message that brings audience together to experience drumming in harmony as ONE Malaysia regardless of age, gender, and race. We are building a community of percussion enthusiasts to preserve and popularize local folklore songs through interactive drum circle in a congregation. — Zufar Adzahan, Co-founder of KANDORA!.”  

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai berita terkini KANDORA!, sila log masuk ke halaman Facebook Rasmi KANDORA!, https://www.facebook.com/kandoramalaysia atau layari laman Instagram Rasmi Kandora! di www. instagram.com/kantandrumcircle.

“Perpaduan adalah kekuatan… bila ada kerjasama dan kolaborasi, banyak perkara indah dapat dicapai. ”

Lagu Menangis Diam-Diam Dari Kasyara Band Khas Buat Mereka Yang Pernah Bercinta

Semua orang di Bumi ini pasti pernah Jatuh cinta. Cinta monyet, cinta sejati, cinta terpendam hingga cinta diam diam. Dan hampir semua yang jatuh cinta pernah menangis, menangis bahagia, menangis sedih,hingga “Menangis Diam-Diam “.

Kasyara Band yang di gawangi oleh Faizal Lubis ( keyboard / piano ) yang Penuh pengalaman panggung dan bergabung dengan band top di Indonesia seperti, Noah, Ireng Maulana All star, Radja, Alexa, hingga dari luar negeri seperti Phill Perry, Michael Paolo. Sedangkan  Kensen ( vocal ) yang banyak pengalaman performe cafe to café.

Di penghujung tahun 2022 ini, mencoba untuk membawa para pecinta musik indonesia untuk menikmati karya lagu mereka kali ini yang ber judul “ Menangis Diam-Diam “ lagu yang sangat dalam liriknya , bisa membawa kita menunjukan rasa sayang dan cinta terhadap pasangan kita yang mungkin selama ini di cari, bisa terwakili dengan lagu ini

Lagu ini di buat oleh Faizal Lubis sang keyboardist, menceritakan seperti apa rasanya mencintai seseorang yaitu teman sendiri yang sudah punya pasangan dan pasangannya pun adalah teman sendiri, tapi tidak berani mengatakan karna takut kehilangan persahabatan. Pada akhirnya memilih untuk diam, jatuh cinta diam-diam, hingga “Menangis Diam-diam”.

Single “Menangis Diam-Diam “ ini merupakan single ke sekian kalinya dari Kasyara Band, yang terbentuk di penghujung tahun 2021 ini tidak pernah berhenti berkarya. Dengan segala tantangan dan situasi , KASYARA BAND mencoba terus eksis dalam industri musik di Tanah air.

https://www.youtube.com/watch?v=4fcWMaYlQ5o

Tak ada yang tak mungkin selama terus trus berkarya. Kasyara Band berharap agar lagu ini bisa tampil dan muncul diantara band band papan atas di Indonesia.

Semoga lagu “Menangis Diam-diam” ini bisa di terima seluruh pecinta musik dan industri musik indonesia.

Jangan pernah berhenti bermimpi … Jangan pernah berhenti mencinta …

“Kehilangan”: Sudah Tiba Masanya Kesedaran Kesihatan Mental Menerusi Muzik Diketengahkan

Jerry Zakaria atau nama sebenar Mohd Zamhari bin Zakaria hari ini, melancarkan single terbaharunya yang bertajuk “Kehilangan”. Lagu yang dicipta oleh kompeser ternama negara, Azlan Abu Hasan dan lirik ditulis oleh Ucu (Luncai Emas Sdn. Bhd.) menceritakan tentang keperitan seseorang yang menghidap penyakit mental yang dipendam sendiri. Lagu ini turut meluahkan perasaan seseorang yang menghidap penyakit mental dalam caranya tersendiri.

Jerry Zakaria merupakan salah seorang peserta Semi Finalis rancangan reality televisyen Suara Viral Musim Pertama yang diterbitkan pada Jun 2020 menerusi saluran Astro Prima. Beliau sebelum ini pernah mempunyai pelbagai lagu menerusi kumpulan duo “Arjuna” berkata dalam satu sidang media pelancaran lagunya disini “Ini merupakan titik tolak pertamanya dalam mengetengahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi solo dalam industri muzik tanah air.

“Ini merupakan single kedua saya selepas saya cuba menembusi industri hiburan tanah air buat pertama kali selepas lagu pertama yang pernah saya lancarkan dahulu iaitu “Jurang” ciptaan Komposer Omar K dan lirik gubahan Ikhwan Fatanna. Saya nekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar dalam industry ini” ujarnya.

Jerry Zakaria turut mengakui lagu ini sangat menyentuh hatinya dan menjelaskan isi hatinya tentang apa yang dipendamnya. Beliau berkata “rata-rata rakyat Malaysia tidak mengambil serius akan kesedaran kesihatan mental yang berlegar dalam kalangan masyarakat, justeru, lagu ini diharap dapat membuka mata rakyat Malaysia, akan pentingnya kesihatan mental.”

Penyanyi yang berasal dari Terengganu ini turut mengakui bahawa mempunyai masalah Anxiety yang agak teruk bahkan secara jujurnya, beliau turut telah mengakui beliau telah melepasi fasa perubatan dan kini boleh berdiri dengan lebih berani untuk berhadapan masyarakat yang skeptikal akan penyakit ini.

“Saya memang dah lama mahu melancarkan lagu yang menyampaikan mesej sebegini. Jadi, saya percaya, lagu ini boleh mengetengahkan nama saya sebagai penyanyi dalam industry hiburan tanah air dan mampu mengangkat seni ini kerpersada antarabangsa. Saya harap ia akan diterima ramai dan menjadi sebuah lagu yang akan didengari ketika mana pendengar mungkin memerlukan sebuah lagu untuk melepaskan emosi mereka dan menangis. Selepas mendengar lagu ini, kita semua akan merasa lebih baik dan lega saja. Itulah yang saya harapkan daripada lagu ini,” mengakhiri kata.

Didalam Majlis Pelancaran dan Sesi Sidang Media ini juga beliau telah mendedangkan lagu baharu beliau secara “Live Acoustic” yang turut dibantu oleh Aantu Band yang merupakan Juara Suara Viral Musim Ke-2.

Pelancaran dan Sidang Media Single “Kehilangan” oleh penyanyi Jerry Zakaria ini diuruskan oleh Universal Music Malaysia bersama Puan Aina Itam dari Clever Brain Solutions dan ditaja bersama We1 Beverage, Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd, Real Raudha, serta FD Beauty & Health Sdn. Bhd. Pelancaran single ini telah diadakan di Indus Café, Putrajaya.

Single “Kehilangan” terbitan ‘Universal Music Malaysia’ kini boleh distrim di semua pelantar muzik digital ‘Universal Music Malaysia’. Video music rasmi “Kehilangan” juga boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Universal Music Malaysia’ pada 13hb Januari 2023 jam 6.30 petang.

Untuk lebih mengenali penyanyi baharu ini, anda boleh mengikuti media sosialnya menerusi akaun:

Facebook: Jerry Adi

Instagram: jayrie.zakaria_official

Tiktok: jayrie.zakaria_official

Maksim pentaskan persembahan piano solo sempena jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur

Pemain piano terkenal, Maksim Mrvica bakal mengadakan persembahan solo di ibu kota buat satu malam sahaja sempena jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 14 Februari, jam 8:00 malam di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pemain piano luar biasa yang pernah merangkul anugerah di Anugerah Muzik MTV serta pelbagai pertandingan muzik antarabangsa berprestij ini akan mempersembahkan pelbagai lagu hit terhebat sepanjang zaman daripada Coldplay, John Legend dan Queen, selain muzik daripada filem seperti The Godfather, Pirates of the Caribbean dan Game of Thrones, karya agung klasikal oleh Liszt dan Chopin, serta karya daripada sepuluh albumnya termasuk Flight of the Bumblebee, Exodus dan banyak lagi.

Dilahirkan di Croatia, Maksim merupakan antara pemain piano ‘classical crossover’ terkenal di dunia. Selepas memperoleh tempat pertama di Pertandingan Piano Rubinstein di Perancis, beliau berpendidikan di The Franz Liszt Academy of Music, Budapest dan Alexander Scriabin Conservatoire, Paris. Kontrak pertama beliau bersama label rakaman EMI menyaksikan rilisan album ‘Piano Player’ yang mencatat jualan lebih 4 juta keping. Beliau turut menerima Platinum Ganda di Hong Kong serta status emas di Singapura dan negara-negara lain.

Beliau pernah menjelajahi sebanyak 20 bandar di Jepun yang boleh dikatakan siri jelajah terbesar oleh seorang artis antarabangsa. Susulan kejayaan jelajah itu, Maksim dijemput Moscow Philharmonic Orchestra untuk persembahan solo dan Chopin Society di Warsaw sempena ulang tahun kelahiran ke-200 Chopin, serta dapat jemputan khas ke Royal Philharmonic Orchestra di London.

Kejayaan Maksim yang tidak terbatas dalam dunia muzik klasik menyebabkan beliau dikenali khalayak ramai. Pencapaiannya terserlah menerusi karyanya yang terangkum dalam album rasmi Sukan Olimpik, menerima anugerah MTV bagi Album Crossover Sulung Terbaik, serta mencecah lebih 150 juta tontonan di YouTube. Gaya muzik Maksim merentas sempadan genre muzik daripada klasikal ke muzik filem, pop dan elektronik. Pada tahun-tahun yang lalu, beliau telah mengadakan persembahan di pelbagai tempat dan acara terkenal termasuk Panggung Opera Sydney.

Kepelbagaian artistik Maksim melangkau dunia muzik ke dunia fesyen seperti yang dilihat dalam kerjasama bersama jenama terkenal seperti Dolce & Gabbana, Armani dan Christian Dior, malah majalah Vogue Homme menamakan beliau sebagai Lelaki Berpakaian Terbaik. Jenama lain seperti American Express, BMW, Samsung dan Star Alliance juga terpesona dengan karisma dan bakat beliau.

Dapatkan tiket anda sekarang di https://tsasia.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/92014 atau hubungi +60175320128 melalui WhatsApp. Untuk maklumat lanjut, ikuti @HarmonieInternational di Facebook.

AYDA JEBAT Dilantik sebagai Duta Kempen “Salam Taiwan”

Bagi merebut pasaran pelancongan Muslim bagi tahun 2023, Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati untuk melantik selebriti muslim Malaysia – Ayda Jebat sebagai Duta Salam Taiwan. Sebuah video promosi “Salam Taiwan 2023” akan dilancarkan terlebih dahulu, dengan harapan untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan mereka, berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Ayda sendiri.

Pada masa ini, hampir 300 restoran dan hotel di Taiwan telah memperoleh pensijilan halal. Menurut “CrescentRating – Global Muslim Travel Index (GMTI)” bagi tahun 2022 oleh MasterCard, Taiwan berada di tempat ke-2 bagi kategori destinasi pelancongan mesra muslim terbaik di kalangan negara bukan Islam di dunia. Berdasarkan fakta ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan projek promosi baharu “Salam Taiwan 2023”, iaitu dengan meneruskan konsep berteraskan Taiwan sebagai negara mesra pelancong Muslim dari seluruh dunia, memperkenalkan logo promosi Salam Taiwan terbaharu, serta menambah sub – slogan “Destinasi Sensasi Mesra Muslim”, yang diharap dapat menyerlahkan dengan lebih jitu lagi akan keistimewaan Taiwan.

Pejabat Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur berkata “Salam Taiwan 2023 akan memberi tumpuan kepada empat tema utama -“Vibrant”, Mesra Muslim, Romantik dan “Trending”, serta akan mempromosikan sumber pelancongan unik Taiwan kepada rakan Muslim secara lebih spesifik dan mendalam.”

Sebuah video promosi berdasarkan konsep “Dengarkan Suara Taiwan” telah diterbitkan, dimana Ayda secara peribadi telah melawat Ladang Qin Jing, gunung Hehuan, Alishan, bersiar-siaran di Taipei, taman tema, ladang riadah dan puak orang asli serta tarikan istimewa lain.

Bunyi angin, air, kereta api, nyanyian orang asli, dan penyediaan makanan telah dirakam bagi mempersembahkan pelbagai daya tarikan apabila menikmati pengembaraan ke seluruh Taiwan. Selain itu, suami Ayda, Nabil Mahir, turut membuat penampilan dalam video promosi tersebut, menyerlahkan detik- detik manis serta romantik.

Ketika ditemui, Ayda berkata “Saya sangat gembira kerana telah terpilih sebagai Duta Salam Taiwan. Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk melancong ke Taiwan, kerana Taiwan adalah sebuah negara yang terlalu asing bagi saya. Tapi, kesudahannya, saya telah jatuh cinta sebaik sahaja menjelajah ke sebahagian besar Taiwan! Baik dari segi kemesraan warga Taiwan, keindahan, keseronokan membeli-belah hinggalah ke pelbagai pilihan makanan halal yang lazat dan mudah untuk dinikmati! Saya tidak sabar untuk berkongsi keistimewaan Taiwan yang cantik dan “vibrant” ini kepada peminat saya!

Di majlis pelancaran hari ini, Pengarah Encik Abe Chou dari Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil pelantikan kepada Ayda sebagai Duta Salam Taiwan di Malaysia, dengan disaksikan oleh Cik Phoebe Yeh, wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia. Cik Phoebe Yeh juga menjelaskan bahawa pada masa ini, adalah amat mudah bagi pelancong Malaysia untuk pergi ke Taiwan kerana terdapat banyak syarikat penerbangan seperti China Airlines, EVA Airlines, dan STARLUX Airlines yang menawarkan penerbangan secara terus ke Taiwan. Pelbagai video promosi telah dirancang untuk dimainkan di kaca TV Malaysia, slot iklan di pawagam tempatan, billboard elektronik dan internet, dengan menyasarkan peningkatan sehingga dua angka bagi peratusan pelancong Muslim dari Malaysia yang berkunjung ke Taiwan setiap tahun.

Konsert Jelajah “JOURNEY TO THE FUTURE” SHILA AMZAH Bakal Buka Tirai Pada 4 Mac 2023

IMC Live Global dengan bangganya mempersembahkan Konsert Jelajah (Live Tour) “Journey to The Future” Shila Amzah. Konsert Jelajah yang dinanti-nantikan itu akan membuka tirai di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada 4 Mac 2023, pukul 8 malam diikuti persembahan di Pulau Pinang, Sabah, Singapura dan Indonesia. Tiket akan mula dijual bermula 16 Januari 2023, pukul 11 pagi.

Shila Amzah merupakan penyanyi dan komposer yang tidak gentar mencipta kelainan sepanjang kariernya dalam industri dengan merangkul pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara. Langkah seninya bermula seawal usia 4 tahun dan sejak itu, beliau bekerja keras menjadi antara penyanyi papan atas Malaysia sehingga mampu mencipta kejayaan demi kejayaan.

Lagu ‘Patah Seribu’ menerima Anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19). Pencapaian Shila menaikkan nama negara dalam bidang seni suara menerusi pelbagai persembahan memukau telah melayakkan beliau diiktiraf sebagai penerima Anugerah Kembara pada Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20).Kehebatan Shila dalam pertandingan realiti nyanyian terbukti selepas beliau menjuarai Asian Wave (2012), sebuah pertandingan realiti nyanyian di Shanghai dan terbaru, menjadi juara The Masked Singer Malaysia musim ke-2 (2022).

Dengan bakat mempersembahkan lagu dalam 10 bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin, Shila berhasil memukau penonton dengan kelantangan dan versatiliti vokalnya. Shila merupakan penyanyi berbangsa Melayu pertama dan satu-satunya yang berjaya menembusi pasaran Mandopop (Pop Mandarin) yang amat kompetitif di China.“Journey to The Future” mencipta sejarah baharu dalam karier Buah Hati Asia itu kerana ia adalah konsert jelajah pertamanya selepas bergelar ibu pada 2019. Penyanyi berbakat besar itu bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu, menyanyi dalam lebih banyak bahasa asing dan menyelitkan tarian dalam persembahannya. Konsert Jelajah tersebut bakal menampilkan produser tersohor, Lee Nai Kong, selaku pengarah muzik yang akan menyelia sususan muzik dan hala tuju secara persembahan secara keseluruhan. Para peminat bakal dipersembahkan dengan pengalaman visual dan audio berkelas dunia apabila Shila menyampaikan katalog lagu popularnya termasuk lagu-lagu antarabangsa kegemaran ramai diiringi penuh barisan pemuzik (band) dan pemain instrumen bertali (string).

Tiket boleh didapati pada harga RM238, RM338, RM438 dan RM638 (VIP) menerusi All Access Asia dan TicketCharge bermula 16 Januari 2023, pukul 11 pagi. Pemegang tiket VIP akan turut menerima kad bergambar (photocard) dan peluang bergambar berkumpulan bersama Shila Amzah.

Journey to The Future” akan meneruskan jelajahnya di bandar-bandar utama di Asia Tenggara. Untuk informasi terkini, layari Facebook atau Instagram @IMCLiveGlobal.

Voice of Baceprot Bakal Hangatkan Zepp Kuala Lumpur Bulan Depan

Trio hijabster yang kini menjadi fenomena di seantaro dunia bakal tampil dengan konsert eksklusif di Kuala Lumpur. Kehadiran Voice of Baceprot (VoB) di Malaysia selama ini menjadi desas desus yang cukup hangat di perkatakan di pelbagai platform media sosial kini terjawab.Pentas 365 dengan kerjasama LampuNeon mengotakan janji merak untuk membawakan trio ini beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 19 Febuari ini. Konsert yang akan bermula pada jam 8 malam itu turut menampilkan Blind Tribe selaku wakil Malaysia untuk bersama-sama memberikan energi yang cukup hebat buat peminat setia mereka.

Meniti hirarki VoB yang kini merupakan jenama yang semakin garang di pentas dunia, dahulunya mereka hanyalah band indie yang berasal dari pelosok pegunungan Kabupaten Garut, Indonesia. Siapa sangka Firdda Marsya Kurnia – vokalis/ gitaris, Widi Rahmawati – bassis dan Euis Siti- drum mampu mencipta revolusi meskipun tampil dengan berhijab, malah mampu mengespresi intrumen masing-masing melalui lontaran vokal dan nuansa ‘metal’ yang selalunya di monopoli oleh band yang dibarisi oleh lelaki.

Lagu-lagu yang mereka ciptakan seperti School Revolution, God Allow me (Please) to Play Music,sudah cukup untuk menghipnotis para pencinta muzik berat bukan hanya di Indonesia, malah ianya turut mendapat perhatian dunia.VOB mula mencuri tumpuan dunia ketika mereka beraksi menerusi klip video yang turut menarik perhatian pemain bass Nirvana, Krist Novoselic, Flea dari Red Hot Chili Peppers dan pemain gitar Rage Against the Machine Tom Morello. Bertitik tolak daripada video tersebut, nama VoB terus menjadi sebutan sehingga di beri peluang untuk beraksi di pentas besar di luar negara.

Mereka juga di nominasi dalam pelbagai anugerah berprestij di Indonesia. Peminat yang ingin menyaksikan konsert ini boleh mendapatkan tiket di myticketempire.com.Pengumuman mengenai harga tiket akan diumumkan pada 12 Januari pada jam 8.30 malam.

Temui NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE secara langsung di SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023

Masa untuk peminat K-Pop, bersuka ria! Adakah anda bersedia untuk menonton dan bertemu secara langsung dengan idol kegemaran anda, Januari ini?

Sempena SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023, penganjur CM Live berbesar hati membawa barisan bintang popular seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE untuk menghibur peminat tempatan di Arena Axiata, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 28 Januari 2023 mulai 6:00 petang.

Impian peminat NCT DREAM untuk menonton persembahan mereka pasti menjadi kenyataan. Kumpulan yang popular dengan lagu Chewing Gum dan My First and Last serta lagu-lagu hits yang lain itu memulakan kerjaya mereka pada 2016 di bawah pengurusan SM Entertainment.

NCT DREAM mencipta sejarah K-pop apabila mereka menjadi kumpulan termuda yang mencapai status jutawan menerusi penjualan album penuh pertama mereka iaitu Hot Sauce.

Menyertai barisan festival ialah WayV, yang bermaksud “We Are Your Vision”, kumpulan lelaki yang ditubuhkan oleh SM Entertainment. Mereka memulakan kerjaya pada tahun 2019 dengan album single digital The Vision dan memenangi Anugerah Artis Asia Baharu Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet pada tahun yang sama. Berikutan penampilan mereka di SMTOWN Live 2022 pada Ogos tahun ini, mereka membuat kemunculan semula dengan album mini keempat mereka Phantom pada bulan Disember.

Turut memeriahkan SEEEN FESTIVAL ialah kumpulan KARD bersama empat ahli iaitu BM, J.seph, Somin dan Jiwoo. Mereka memulakan kerjaya pada penghujung 2016 dengan single Oh NaNa dan kemudiannya mencipta fenomena dengan Don’t Recall yang mendapat perhatian besar bukan sahaja di seluruh Asia tetapi juga dunia Barat, menandakan kuasa bintang mereka merentasi sempadan.

Turut membuat persembahan pada festival itu ialah kumpulan gadis 7 ahli ALICE yang terdiri daripada Do-A, Yeonje, Yukyung, Sohee, Karin, EJ dan Chaejeong yang masing-masing melambangkan hati, angin, air, langit, hutan, bintang dan bulan. ALICE membuat penampilan sulung mereka pada tahun 2017 dengan keluaran mini album pertama mereka WE, dan terkenal dengan rangkaian hits mereka termasuk Pow Pow, Summer Dream, JACKPOT, Power Of Love dan DANCE ON.

Dengan kuasa sentuhan mata sebagai titik fokus, SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023 akan mengadakan SEEN ZONE khas untuk peminat merasai detik mendebarkan apabila mata mereka bertemu mata idola mereka.

Nantikan kerana tiket dan maklumat lain akan diumumkan tidak lama lagi.