SO Staff

HANNAH DELISHA Dilantik Sebagai Duta ELEGANT COSMETICS

Elegant Cosmetics yang merupakan antara jenama yang menjadi sebutan dan pilihan ramai rakyat Malaysia saban hari kini telah melantik Hannah Delisha secara rasmi sebagai Duta Elegant Cosmetics diwakili oleh pengasas Dato’ Al Amin serta pengasas bersama Tuan Fitri Khai yang juga merupakan penaja utama Drama Hangat karya novel Siti Rosmizah yang dilakonkan juga oleh Hannah Delisha sebagai watak utama drama tersebut di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics juga adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut yang sangat teliti dari setiap aspek. Visi – Jenama Elegant Cosmetics lebih meluas di pasaran Asia dengan kualiti produk dan potensi jenama setaraf antarabangsa. Misi – Melahirkan lebih ramai wanita mahupun lelaki yang mempunyai kulit cantik semulajadi tanpa beralas mekap dengan keyakinan diri yang lebih tinggi.

Berikutan juga seperti yang kita sedia maklum Hannah Delisha juga merupakan antara selebriti yang sangat mengambil berat tentang setiap aspek bahan-bahan serta kualiti persembahan produk yang perlu dinilai oleh dirinya sendiri sebelum bersetuju untuk menjadi Duta selaras juga dengan setiap penghasilan produk-produk Elegant Cosmetics yang kesemuanya mempunyai dokumen lengkap berhubung keselamatan produk untuk penggunanya. Elegant Cosmetics juga kini telah berada di pasaran 4 buah negara iaitu Malaysai, Brunei, Singapore dan Indonesia.

Elegant Cosmetics yang juga telah melancarkan inovasi serum oilet produk terbaharu mereka iaitu “Elegant Age Defiance Oilet Serum” atau lebih dikenali sebagai EADOS Serum. EADOS Serum yang diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat dari hasil gabungan formulasi utama yang berkesan iaitu bahan ” Adenosine” dan “Hibiscus Sabdariffa Fruit Extract” atau Ekstrak Bunga Roselle untuk hasilkan lebih banyak kolagen yang sihat dalam kulit kita. Inovasi terbaharu “Oilet Bubble” atau “Oil-Infused Water” dengan 3 warna yang berbeza iaitu “Pink- Ekstrak Bunga Roselle, Biru- Adenosine dan Kuning-Vitamin C” yang terdapat dalam EADOS Serum ini yang memberi penyerapan yang lebih mendalam untuk memberikan impak yang maksima kepada kulit. Jarang kita dengan tapi inilah Elegant Cosmetics yang menjadi pemula dalam inovasi baharu ini dalam industri pembuatan serum di Asia demi melahirkan ramai yang boleh mendapatkan kulit awet muda walau semakin berusia.

Sehubungan dengan itu, menjadi satu kejayaan baharu lagi buat pihak Elegant Cosmetics yang sejurus menyambut ulang tahun kelahiran jenama Elegant Cosmetics yang ke-3 tahun di pasaran semalam disambut baik yang dirasmikan oleh Pengasas Dato’ Al Amin dan Pengasas bersama Tuan Fitri Khai semalam. Berikut juga yang menunjukkan jenama ini diterima baik oleh penggunanya diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia sepanjang 3 tahun dipasaran yang bertahan sehingga kini malah lebih maju kedepan apabila pada tahun 2023 ini menjadi permulaan yang baik bagi mereka. Pada tahun 2023 ini Elegant Cosmetics juga menjadi penaja utama rancangan Final Konsert Famili Duo 2023 dan turut bersiaran khas di stesen siaran radio nombor satu Malaysia iaitu Radio Era.

Pihak Elegant Cosmetics berharap agar jenama ini terus mendapan sokongan dan sambutan baik oleh semua rakyat Malaysia terutamanya selain dapat lebih meluas di seluruh Asia. Besar harapan pihak Elegant Cosmetics untuk menjadi antara salah satu jenama yang mempunyai identiti besar yang mendapat kepercayaan untuk berada setaraf jenama-jenama besar diperingkat antarabangsa yang terkenal dengan produk yang mempunyai kualiti terbaik untuk penggunanya dalam industri kecantikan.

Semua rangkaian produk Elegant Cosmetics boleh didapati di Instagram @elegantcosmetics.hq , Tiktok @elegantcosmeticshq atau boleh juga dapatkan dengan agen-agen terdekat diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.

Anak ‘Iron Lady’ teruskan legasi bantu wanita jana pendapatan dengan Madani Coffee

Anak ‘Iron Lady’ Allahyarhamah Dato’ Wira Dr. Maznah Hamid, Shafiq Shaheen meneruskan legasi ibunya untuk membantu orang ramai terutamanya wanita  menjana pendapatan.

Menurut Shafiq Shaheen, ibunya bukan sekadar membantu dari segi kewangan tetapi lebih kepada memberi semangat dan motivasi agar golongan wanita dapat bangkit untuk menjadi usahawan berjaya.

“Seingat saya, ibu menghantar mereka ke kelas-kelas motivasi untuk menaikkan semangat. Bagi ibu, cara ini mampu membantu mereka meningkatkan diri dan perniagaan.

“Saya juga percaya kalau kita bagi duit sahaja, duit akan habis. Tetapi jika kita ajar mereka cara untuk menambahkan pendapatan tanpa bergantung pada orang lain, cara itu lebih baik,” tutur Shafiq Shaheen.

Dalam pada itu, kata Shafiq Shaheen kenangan yang tidak boleh dilupakan ketika bulan Ramadan adalah, ibunya sering membawanya  turun padang melihat sendiri kehidupan golongan susah untuk mendidiknya bersyukur dan sentiasa merendah diri.

“Saya masih ingat sejak berusia 15 tahun, ibu sering membawa kami adik-beradik ketika memberi zakat kepada golongan yang susah.

“Momen itu meninggalkan kesan buat saya dan sehingga ke hari ini saya didik anak-anak dengan cara yang sama,” ujar Shafiq Shaheen.

Sementara itu, bagi meneruskan legasi ibunya, Shafiq Shaheen mempunyai cara tersendiri untuk membantu orang ramai dengan cara menghasilkan sebuah produk minuman kopi mampu milik dan berkhasiat di bawah jenama Madani Coffee , berperisa caramel macchiato.

“Madani Coffee hanya berharga RM49 sepeket dan agak berbeza kerana terdapat bahan-bahan berkhasiat untuk penggemar kopi antaranya, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa) ,probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100% arabika .

“Jadi, sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” kata Shafiq shaheen.

Bercakap lebih lanjut tentang perancangan perniagaannya, Shafiq Shaheen yang bekerjasama dengan isterinya, Syida Melvin menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama.

Info lanjut, boleh hubungi 011 1149 7845 dan layari TikTok dan Instagram Madanicoffee_hq atau ke page Facebook Madani Coffee HQ

Puan Zuriati Bekas Pemilik Agensi Takaful Bebas Dari 25 Pertuduhan Di Mahkamah

Sidang Media ini diadakan berikutan daripada suatu Perintah Pelepasan dan Pembebasan yang di berikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur kepada anakguam kami, Puan Zuriati binti Mohamed Yusoff pada 10.3.2023 selepas pertama kali di bawah ke Mahkamah untuk berhadapan dengan 1 Pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan 25 Pertuduhan di bawah AMLA yang mana keseluruhannya telah dibicarakan bersama selepas pertuduhan dibacakan kepada Anakguam kami pada 9.10.2020.

Anakguam telah didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram yang didalam akaun bank milik syarikat Millionaire Synergy Sdn Bhd rententan daripada satu laporan polis di buat yang mana dikatakan Anakguam kami telah memperdaya seorang VVIP bagi mendapatkan satu cek bernilai RM1,849,719.75 dengan memalsukan resit pembelian enam (6) polisi insurans yang mana adalah tidak wujud.

Perbicaraan yang telah berlangsung selama sembilan (9) hari secara keseluruhannya merangkumi keterangan-keterangan yang diberikan oleh dua puluh empat (24) orang saksi pendakwaan sebelum Hakim Mahkamah Sesyen mengarahkan Anakguam kami untuk membela diri dan enam orang (6) saksi telah dikemukakan oleh Anakguam kami di peringkat pembelaan termasuk seorang saksi pakar.

Saksi utama kes Pendakwaan telah memberi keterangan bahawa cek bernilai RM1,849,719.75 di berikan kepada Anakguam kami bagi urusan pembelian polisi insurans walaupun pada hakikatnya wujud bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang tersebut dimasukkan untuk tujuan pelaburan emas sebagai galang ganti untuk kerugian pelaburan unit amanah yang dimasuki seorang VIP atas arahan yang diberikan oleh ayam tambatan VIP tersebut yang juga merupakan salah seorang daripada saksi utama pihak Pendakwaan.

Atas bayangan pertuduhan AMLA yang mengekori kehidupan harian Anakguam kami, dalam tempoh empat tahun ini juga, selain sumber pendapatan Anakguam menjadi terbatas, Anakguam kami juga terpaksa melepaskan hasil keringat yang dibina sepanjang 20 tahun berkecimpung di dalam bidang insurans dengan menyerahkan agensi beliau iaitu KL Billionaire Partner kepada successor ataupun pengganti beliau demi untuk menjaga nama baik syarikat takaful yang Anakguam kami wakili.

Walaubagaimanapun, Anakguam kami percaya pertempuran dalam menafikan dakwaan yang dibuat ke atas Anakguam kami adalah tidak mudah dan sumber sokongan daripada keluarga, sahabat handai dan agen-agen beliau dalam bidang takaful merupakan salah satu kuasa yang sentiasa menjadi pemangkin untuk Anakguam kami bergerak kehadapan. Sikap positif yang diterapkan dan dipancarkan terutama melalui penulisan Anakguam kami di media sosial juga adalah satu wasilah untuk Anakguam kami redha dengan ketetuan Sang Pencipta dan merupakan satu kekuatan untuk terus bangkit menongkah arus kehidupan dengan berlapang dada.

Setelah hampir dua minggu selepas Penghakiman dikeluarkan, Anakguam kami bersyukur dengan perintah pelepasan dan pembebasan ke atas kesemua Pertuduhan yang dibuat ke atas Anakguam kami dan akhirnya Anakguam kami dapat keluar daripada bayangan Pertuduhan AMLA.

Pejuangan beliau secara keseluruhan membuktikan setiap agen Unit Amanah dan Takaful di Malaysia mempunyai hak untuk berjuang atas segala tuduhan pelanggan mereka di makamah.

Thistle Johor Bahru Tawar Pakej Istimewa Ramadan 2023

Satu mercu tanda pelancongan, Thistle Johor Bahru yang terletak di Jalan Sungai Chat, Pusat Bandar Johor Bahru merupakan hotel penginapan yang berdekatan dengan tarikan dan pilihan tempat makan yang menarik. Bertaraf 5 bintang, hotel penginapan di hartanah berkualiti tinggi ini menyediakan tetamu dengan akses kepada urutan, kolam renang luar dan restoran di lokasi.

Sempena meraikan Ramadan ini bersama keluarga, Thistle Johor Bahru telah melancarkan dua pakej istimewa yang menarik iaitu Pakej Penginapan & Makan yang lengkap termasuk penginapan 2H1M di Bilik Deluxe termasuk Sahur/Sarapan dan Bufet Ramadan untuk 2 orang.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati pengalaman pakej istimewa kedua iaitu Ramadan Menginap & Makan Bersama Bintang pada tarikh 8 April 2023 dan 15 April 2023 bersama artis-artis popular tempatan sempena Bufet Ramadan Kampung Citarasa Warisan. Untuk sesi pada 8 April 2023, para tetamu akan dihiburkan oleh penyanyi Ayai dan Diva AA manakala pada tarikh 15 April 2023, tetamu akan dipersembahkan dengan persembahan oleh Siti Nordiana.

1) Ramadan Stay & Dine

23 Mac – 20 April 2023

(Tidak tersedia pada 8 April & 15 April 2023)

RM499 sebilik semalam

Termasuk Sahur/Sarapan & Bufet Ramadan untuk 2 orang

Bilik Deluxe Pemandangan Bandar (Naik taraf kepada Pemandangan Laut tersedia)

https://reservations.travelclick.com/103736?RatePlanId=7335181

 

2) Ramadan Menginap & Makan Bersama Bintang

🤩 Ayai Illusi dan Diva AA (8 April 2023)

🤩 Siti Nordiana (15 April 2023)

RM599 sebilik semalam

Termasuk Sahur/Sarapan & Bufet Ramadan untuk 2 orang

Bilik Deluxe Pemandangan Bandar (Naik taraf kepada Pemandangan Laut tersedia)

https://reservations.travelclick.com/103736?RatePlanId=7335182

Untuk tempahan dan butiran lanjut:

🌐 www.thistle.com.my/johorbahru

📞 +607-2678999

📧 reservations-malaysia@thistle.com.my

#ThistleJohorBahru #resortinthecity #ramadan #stayanddine #roompackage #DiningWithTheStars

WALI BAND, JAMRUD Teruskan Kehangatan DREAM FESTIVAL COLLABORATION Di ZEPP KUALA LUMPUR

BERMULA dengan menyatukan dua nama popular Indonesia, Nidji dan Budi Doremi di Zepp Kuala Lumpur pada 19 Mac 2023, Dream Festival Collaboration terus mengukuhkan jenamanya di Malaysia apabila membariskan pelbagai siri konsert mini yang bakal mengujakan pencinta muzik.

Usai meraih sukses menerusi Dream Festival Collaboration Vol. 1 yang turut menampilkan penyanyi berbakat besar dari Malaysia, Aisha Retno, siri kedua festival muzik yang dinanti-nanti ramai itu bakal menampilkan pula kumpulan popular, Wali Band.Turut mengambil tempat di Zepp Kuala Lumpur, Wali Band bakal menghangatkan pentas dengan himpunan lagu popular mereka dalam rangka persembahan Dream Festival Collaboration Vol. 2 pada 20 Mei depan.

Wali Band

Pengarah Projek DreamFestWorld, Rama Ananda Ambri berkata, Dream Festival bermula di Jakarta, Indonesia, tahun lalu sebagai memenuhi impian pemuzik untuk meraikan kebebasan dalam berekspresi selepas aktiviti seni tertunda gara-gara pandemik Covid-19.

“Sehingga kini, siri Dream Festival sudah dipentaskan sebanyak 11 kali di Indonesia menampilkan persembahan daripada nama terkenal seperti Rossa, Afgan,  Lyodra, Nidji, D’masiv, The Changcuters, Rizky Febian, Kahitna dan Project Pop.

“Kejayaan yang dilakar menerusi siri persembahan di kota besar seperti Jakarta dan Bandung memberi kami inspirasi untuk turut menyapa peminat muzik di Malaysia.

“Justeru, kami membawakan Dream Festival ke Kuala Lumpur dengan mengangkat tema kolaborasi yang menyaksikan kehebatan gandingan nama popular dan berpotensi besar dari dua negara beraksi di atas satu pentas,” katanya.

JAMRUD

Rama Ananda atau mesra disapa Anda berkata, pemilihan Wali Band sangat bertepatan, susulan kejayaan persembahan mereka di Singapura, baru-baru ini yang mendapat sambutan luar biasa. Katanya, Wali Band juga masih memiliki kelompok penggemar yang utuh, membuatkan mereka enggan bertangguh untuk menampilkan kumpulan yang popular dengan lagu seperti Doaku Untukmu Sayang, Cari Jodoh, Baik-Baik Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu itu di Kuala Lumpur.

“Selepas 24 tahun berkarya, populariti Wali Band terus ampuh dan tentunya peluang ini dinanti-nantikan semua, terutama bagi peminat yang merindui kemunculan terbaru mereka di sini.

“Wali Band memiliki  kelompok penggemar yang sangat besar kerana lagu yang dibawakan mereka menitipkan pelbagai nasihat untuk dijadikan teladan, terutama bagi generasi muda.

“Justeru, Dream Collaboration Vol.2 berbangga dapat membawakan mereka untuk menghiburkan para pencinta muzik di Malaysia,” katanya.

Wali Band yang sebelum ini dikenali sebagai Fiera dianggotai empat tonggak utama iaitu Farhan Zainal Muttaqin atau Faank (vokalis), Aan Kurnia (Apoy/gitaris),  Ihsan Bustomi (Tomi/dram) dan Hamzah Shopi (Ovie /keyboard).Kumpulan yang memperjuangkan muzik Pop Melayu ini terlebih dahulu beraksi di The Star Theatre, The Star Performing Arts Centre, Singapura menerusi konsert Wali Cari Jodoh Live In Singapore, 25 Februari lalu.

Memulakan karier seni pada 1999, populariti Wali Band membawa mereka mengembara ke rantau Asia, termasuk Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong untuk mengetengahkan muzik mereka.Berkongsi lanjut,  Anda berkata, selepas Wali Band, siri Dream Festival Collaboration akan terus disemarakkan dengan kemunculan beberapa nama besar lain seperti band rock tersohor Indonesia, Jamrud yang bakal beraksi di lokasi sama pada 23 Jun 2023, disusuli penyanyi wanita unggul, Rossa dan beberapa nama popular lain yang bakal diumumkan kelak.

“Ini adalah masa terbaik untuk pencinta muzik meraikan karya hebat pemuzik serantau. Kami berharap inisiatif yang digerakkan Inspire. IDN dapat meninggalkan memori indah, sekali gus memberikan apresiasi terhadap usaha pengkarya seni kedua-dua negara menerusi perkongsian idea dan persembahan,” katanya.

Tiket untuk menyaksikan persembahan Wali Band dan Jamrud boleh ditempah  serentak menerusi laman: ticket2u.com.my bermula 22 Mac 2023, jam 11 pagi.

Untuk Wali Band, tiket dijual pada harga RM198 (Festival), RM298 (Kategori 2), RM358 (Kategori 1) dan RM5,088 (VIP Box), manakala Jamrud, tiket dijual bermula RM138 (Festival), RM199 (Kategori 2) dan RM258 (Kategori 1).

“Sebagai tanda penghargaan, peminat Wali Band berpeluang mendapatkan tiket RM198 pada harga diskaun 50 peratus dengan menyertai Dreamers Club Telegraph. Tawaran istimewa ini bagaimanapun, terhad.

“Layari laman Instagram: @dreamfestworld dan ikuti beberapa langkah untuk mendaftar sebagai ahli kelab Dreamers bagi mendapatkan pelbagai promosi menarik serta perkembangan terkini acara anjuran DreamFest di Malaysia serta Indonesia,” katanya.

Menu Rahmah Di Perkenalkan Di MM Bistro Penang Nasi Kandar

MM Bistro Penang Nasi Kandar kini telah membuka cawangannya di Puncak Alam Selangor. Dengan mengambil pendekatan inisiatif menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, pihak MM Bistro Penang turut memperkenalkan versi menu Rahmah mereka bertujuan untuk memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan pada harga yang berpatutan.

Bercakap kepada media, Pemilik MM Bistro, Datuk Wan Noor Rizal menerangkan tentang idea menu Rahmah ini sebagai satu usaha mendukung usaha kerajaan hari ini dengan menawarkan menu dibawah rm 6.00. Beliau juga ingin berkongsi rezeki kepada platform atau inisiatif yang tepat sekaligus kepada golongan sasaran yang tepat. Memandangkan juga lokasi restoran mereka yang terletak berhampiran dengan pusat pendidikan UiTM serta penduduk yang purata pendapatan pertengahan dan kebawah.

Ditanya mengenai ramuan nasi kandar dan menu di restoran, Datuk Wan Noor Rizal menambah teh tarik mereka mengunakan serbuk teh istimewa yang dicampur dan dibawa khas dari Penang. Nasi Dalca juga menjadi kelaianan yang bawakan di restoran MM Bistro Penang. Paling penting roti canai terbang MM Bistro Penang serta roti canai dari pelbagai negara dunia akan disajikan selain dari itu rempah ratus yang di guna juga adalah dibawa khas dari Penang. MM Bistro Penang juga mengekalkan konsep mamak Penang dan mempromosikan budaya restoran mamak muslim yang sebenar.

Datuk Wan Noor Rizal berkata beliau menyasarkan untuk membuka 20 cawangan baru dalam tempoh 6 bulan kehadapan dan akan tertumpu di Lembah Klang terlebih dahulu serta kami juga akan menambahkan pilihan menu rahmah bagi memberi pilihan kepada pelangan kami.

#MMbistro786 #MMbistroPuncakAlam #MenuRahmah #MMbistroMenuRahmah #MalaysiaMadani

35 TAHUN-JILID AKHIR ELLA PUTERI KOTA

Sebuah SIDANG MEDIA EKSKLUSIF BERSAMA ELLA yang dibawakan khas oleh penganjur acara Hitman Solutions bersama jenama RockQueen, merungkai segala spekulasi buat pertama kalinya setelah media sosial Ratu Rock Negara itu terlihat ‘blackout’ pada tarikh 1 Mac 2023 dengan terteranya sebuah kapsyen berbunyi “Terima kasih untuk 35 tahun”, membuatkan para peminat, rakan media dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri hiburan menjadi resah dan gundah dengan kata-kata tersebut. Bertempat di Hotel Sunway Putra, jam 3:00 petang, Ella hadir menjelaskan keadaan sebenarnya.

“Ella maklum ramai yang tertanya-tanya apa yang telah berlaku dengan postingan sebegitu di Instagram bukan? Sebenarnya Ella Cuma berehat seketika dari media sosial dan kini kembali dan seterusnya berkongsi pada  semua tentang rencana konsert Ella 35 Tahun  yang akan berlangsung akan datang.

“Jilid Akhir: Ella Puteri Kota” ini saya dedikasikan buat semua peminat yang telah setia menyokong perjalanan seni saya selama ini, tiada kata penghargaan yang dapat tandingi sokongan kalian semua. Sekalipun ini merupakan jilid akhir konsert solo saya dalam skala besar sepanjang 35 tahun ini, namun saya percaya ia hanyalah permulaan baharu bagi pengembaraan Ella yang seterusnya,” jelas pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin.

Sidang media eksklusif ini memberi peluang buat Ella untuk menjelaskan lebih lanjut tentang perancangan projek mega ini kepada rakan media tentang persembahan solonya di stadium.

Persembahan ini merupakan peluang terbaik buat peminat Ella yang sudah lama merindui menyaksikan aksi lincah dan bertenaga Ratu Rock kesayangan tanah air ini.

Di antara lagu-lagu nyanyian Ella seperti ‘Standing In The Eyes Of The World’ yang didengar di persada dunia ketika Sukan Komanwel 1998 dan 2017, ‘Sembilu’, ‘Baldu Biru’ dan ‘Retak’ dan puluhan hits yang lain telah menaikkan namanya lantas diberi gelaran Ratu Rock yang tiada galang gantinya.

35 TAHUN-JILID AKHIR ELLA PUTERI KOTA anjuran Hitman Solutions bersama pengurusan saya, RockQueen direncanakan bakal berlangsung pada 10 Jun ini bermula jam 8:00 malam di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ella berdoa agar semuanya berjalan lancar dan seterusnya dapat menghiburkan jangkaan 9,000 orang penonton yang akan hadir untuk ‘rock & roll’ istimewa bersama saya,” tambah Ella lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal berkata, “Ini merupakan satu penghargaan dapat bertemu dengan Ratu Rock Malaysia sekaligus berpeluang bekerjasama dengan beliau, Ella adalah ratu yang bertakhta bukan sahaja di hati peminat muzik rock tempatan bahkan di rantau Asia Tenggara, dan menariknya saya juga.

“Lagu yang telah membuka mata saya iaitu ‘Standing In The Eyes Of The World’ membuatkan saya terpaku hingga sekarang, jadi saya menjemput kesemua peminat untuk hadir menggegarkan ruang Arena Axiata pada 10 Jun nanti dan sama-sama kita berhibur.

Tiket-tiket bakal dijual bermula 13 Mac ini pada jam 12:00 tengahari di www.hitmanlive.com.

Muse Will of the People 2023

Hello Universe mengumumkan lokasi bagi konsert jelajah Muse Will of the People yang akan bertempat di Kuala Lumpur Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2023.

PRA-JUALAN TIKET BERMULA PADA KHAMIS, 2 MAC JAM 2 PETANG (WAKTU TEMPATAN) dengan kemudahan bayaran ansuran eksklusif
hanya di laman sesawang www.golive-asia.com
JUALAN TIKET UMUM BERMULA PADA JUMAAT, 3 MAC JAM 10 PAGI (WAKTU TEMPATAN) hanya di laman sesawang www.ticket2u.com.my
BUTIRAN TIKET :
Zone A : RM 950
Zone B : RM 550
Zone C : RM 350
Zone D : RM 750 (kategori tempat duduk) *hanya dibuka pada Jumaat, 3 Mac 2023.

Westlife Berjaya Pukau Dan Imbau Kenangan 16,000 Penonton

Kumpulan Westlife berjaya memukau 16,000 penonton menerusi dua malam Konsert The Wild Dreams Tour Live In Kuala Lumpur yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.Kali terakhir kumpulan dari Ireland ini menjayakan konsert di Malaysia pada 2019.

Kumpulan yang dianggotai oleh Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily kembali lagi ke sini untuk menghibur peminat mereka.Ternyata kehadiran Westlife dinanti oleh peminat dan biarpun usia mereka sudah meningkat namun kehebatan setiap anggota baik vokal ataupun persembahan masih bertenaga dan mempesona.Westlife membuka tirai persembahan dengan lagu ‘Starlight’ yang dipetik daripada album terkini mereka.

Kumpulan tersebut berjaya membuatkan penonton turut menyanyi bersama apabila mereka mendendangkan rangkaian lagu-lagu hit seperti ‘Uptown Girl’, ‘My Love’, ‘Swear It Again’, ‘Seasons In The Sun’ dan ‘World Of Our Own’ serta medley lagu kumpulan ABBA. Ternyata lagu-lagu itu membuatkan penonton turut menyanyi dan menari bersama Westlife.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1998 itu bukan saja berjaya membuai perasaan penonton dengan persembahan yang memukau, malah berjaya membawa penonton yang membesar dengan lagu-lagu dendangan mereka mengimbau nostalgia.Konsert The Wild Dreams Tour Live In Kuala Lumpur diakhiri dengan lagu ‘You Raise Me Up’.Westlife The Wild Dreams Tour Live In Kuala Lumpur dianjurkan oleh Trumpet International.

Filem Sumpahan Syaitan

Sumpahan Syaitan adalah sebuah filem arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production. Sebuah filem seram komedi yang dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil dan ramai lagi termasuk kumpulan lawak Senario.

Tayangan premier filem Sumpahan Syaitan ini telah diadakan pada 23 Februari 2023 yang lalu bertempat di DADI Cinema Pavilion Kuala Lumpur.Filem ini telah membuat penggambaran pada sekitar tahun 2019 yang lalu namun di sebabkan pandemik maka tayangan filem ini terpaksa ditangguhkan.Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam termasuk Brunei dan Singapura bermula 2.3.23.

Sipnosis Filem Sumpahan Syaitan

Kisah tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam & Keluarganya pergi ke Hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri.

Namun malangnya nasib Sam sejak Hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya?

Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?

Disebalik kisah seram, pasti ada juga kisah komedi yang perlu anda saksikan.

Senarai artis filem SUMPAHAN SYAITAN

1.Dato’ Ac Mizal

2.Dato’ Jalaludin Hassan

3.Farid Kamil

4.Nynaa Harizal

5.Saiful Apek

6.Azlee Senario

7.Pak Ya Sepahtu

8.Yassin Senario

9.Epy Kodiang

10.Syaiful Zero

11.Amai Kamaruddin

12.Arin Rajalawak

13.Adam Shahz

14.Azlan Komeng

15.Kenji Sawahii

16.Lala (Watak Kanak2 Anak Sam)

17.Cracky Don

Jika anda di luar sana menginginkan filem Sumpahan Syaitan ini ialah filem seram sepenuhnya maka anda silap,ia merupakan filem komedi seram.Pada awalnya filem ini hendak dibuat sebagai filem seram namun diatas permintaaan komedi seram di luar sana maka ia bertukar dari seram ke komedi seram.

Jalan cerita serta plot untuk filem ini agak ‘straight forward’ dan mudah difahami dari awal sehingga akhir.Jika ada plot twist pun tidak berapa banyak.Mengenai CGI pula,mungkin boleh ditambah baik dimasa hadapan jika filem ini ada sekuel atau prekuelnya nanti.

Mengenai lakonan para pelakon memang tidak dapat disangkal lagi dengan adanya pelakon seperti Dato’ AC Mizal,Dato’ Jalaludin Hassan serta Farid Kamil. Ketiga-tiga pelakon ini melakonkan watak yang serius dalam filem ini. Manakala watak-watak komedi didalam filem ini dilakonkan oleh Saiful Apek, Azlee Senario,Epy Kodiang,Yassin Senario dan Syaiful Zero.

Secara keseluruhannya filem Sumpahan Syaitan ini sesuai ditonton untuk seisi keluarga kerana ia bergenre komedi seram.Filem ini juga ada memaparkan beberapa mesej-mesej yang positif untuk kita teladani bersama.

Contest “Tonton dan Menang”

TONTON & MENANG!

5 buah motor untuk diberi kepada penonton bertuah!

Hanya dengan menonton filem “Sumpahan Syaitan” anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah motorsikal.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau layari www.sumpahansyaitan.com sekarang. Tiket wayang harus disertakan semasa mengisi borang peraduan.

MALAYSIA AUTOSHOW 2023 – MOBILITY REDEFINED

Malaysia Autoshow 2023 sekali lagi akan membuka pintunya kepada orang ramai pada 4 ke 7 Mei 2023, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Edisi 2023, bertemakan “Mobility Redefined”, meneruskan tradisi dalam mengetengahkan kenderaan terbaru di dalam pasaran, menonjolkan kemajuan teknologi, keselamatan dan keselesaan kenderaan di dalam pasaran Malaysia.

Malaysia Autoshow yang telah mencapai edisi ke-enam – dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), bukan sahaja membawakan pameran automotif dan permotoran, malah meluaskan skop meliputi teknologi penting yang boleh dijangkakan oleh rakyat sejajar perkembangan sektor mobiliti di era digital.

“Malaysia Autoshow adalah di antara pameran yang membuka peluang bagi pemain industri untuk berinteraksi secara langsung dengan orang ramai – bagi menonjolkan selok-belok, elemen-elemen di sebalik tabir dan insan yang merekabentuk dan membina kenderaan yang membawa orang tersayang kita setiap hari”, kata Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong semasa berucap di Pelancaran Rasmi Malaysia Autoshow 2023.

Turut hadir di pelancaran adalah Datuk Hanafi Sakri, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri, MITI.

Malaysia Autoshow 2023 kembali dengan tambahan baharu – Malaysia Bike Show, Malaysia EV Show dan Charged.

“Anda berpeluang melihat teknologi dan perkembangan terbaru di dalam industri automotif, dari kenderaan elektrik dan kenderaan berautonomi, kepada kemajuan di dalam keselamatan dan kecekapan (tenaga), industri automotif kini giat membuat kenderaan yang bukan sahaja lebih mesra alam, tetapi lebih selamat dan lebih menyeronokkan untuk dipandu”, katanya lagi.

Dewan A meneruskan tradisi mempamerkan kenderaan terbaru yang ditawarkan di Malaysia, termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Lebih 100 model dari pembuat kenderaan dijangka dipamerkan. Pengunjung juga akan ditawarkan pakej dan khas, serta pakej kewangan melalui rakan bank di Malaysia Autoshow 2023.

Pengunjung tahun ini juga berpeluang memenangi Perodua Alza di dalam Peraduan Pengunjung Malaysia Autoshow 2023.

Dewan C akan menempatkan Malaysia Bike Show, menonjolkan gaya hidup dua roda – dari

sports bike kepada trail dirt bike. Sementara itu, Dewan D menempatkan Malaysia EV Show dan Charged, kenderaan elektrik, teknologi pengecas, serta aksesori, komponen dan aplikasi digital yang terlibat di dalam ekosistem EV.

Malaysia Autoshow akan mengambil kesempatan penuh kawasan luas MAEPS, bagi membawakan pelbagai aktiviti automotif dan gaya hidup, termasuk:

• Dua laluan pandu uji sepanjang 4.5km (dipanjangkan daripada 3km) bagi membolehkan pengunjung mengalami kereta yang dipandu uji sepenuhnya.

• Dewan Premium yang dikhaskan bagi mempamerkan teknologi termaju yang ditawarkan oleh segmen premium.

• Lebih dari 100 model dan varian kenderaan cekap tenaga, motosikal dan kenderaan elektrik di ruang pameran.

• Pengalaman off-road khas bagi mereka yang meminati pengembaraan.

• Drift Taxi-ride bagi mereka yang inginkan pengalaman kenderaan berkuasa tinggi

• Demonstrasi Teknologi Keselamatan bagi menampilkan teknologi terbaru dalam keselamatan kenderaan

• Food Truck di Malaysia Autoshow Auto Village
• Aktiviti menarik bagi seluruh keluarga di AutoFest, termasuk konsert yang

menampilkan artis ternama, tarian antarabangsa, aktiviti cosplay dan banyak lagi.

Datuk Phang juga menyatakan penghargaan terhadap sokongan menyeluruh industri dalam memastikan Malaysia Autoshow menjadi agenda penting di dalam kalendar automotif Malaysia.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian (MITI) dan seluruh sektor automotif dan mobiliti kerana memberikan sokongan berterusan kepada Malaysia Autoshow. Penghargaan khas diberikan kepada penaja-penaja, khususnya Perodua, yang merupakan penaja Platinum Malaysia Autoshow 2023. Saya percaya sokongan anda semua akan menjadikan acara ini satu lagi kejayaan, dan ingin juga menghargai pengguna automotif Malaysia – anda merupakan sebab utama acara ini terus dianjurkan”, katanya.

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Gerakkan Misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar telah berlepas menuju ke Lubnan pada pagi ini bagi menggerakkan Misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara yang memfokuskan kepada rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara itu. Pasukan Peduli Insan akan menyantuni serta mengedarkan bantuan kepada lebih 10,000 pelarian Syria berbentuk bantuan keperluan ketika musim sejuk yang ketika ini sedang di dalam saat kritikal. Susulan gempa bumi yang terjadi di Turkiye dan telah menyebabkan banyak kemusnahan terutama di wilayah Gaziantep, Ankara serta negara Syria, Peduli Insan akan turut melaksanakan Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, beliau memaklumkan perancangan ini sudah dilakukan lebih dari sebulan yang lalu. “Pasukan Peduli Insan akan pergi ke Lubnan dahulu untuk memberikan bantuan musim sejuk di mana alatan seperti alat pemanas, bahan bakar, set pakaian musim sejuk, kotak makanan serta makanan panas siap hidang akan diagihkan mengikut keadaan mereka dan keperluan mendesak ketika ini.”

Manakala bagi Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye, ianya dilancarkan sejurus selepas mendengar khabar duka yang melanda Turkiye dan Syria yang mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan hampir 30,000 bangunan. Menurut beliau juga, fokus utama bantuan kecemasan gempa ini diberikan kepada rakyat Syria sendiri serta pelarian Syria yang berada di Turkiye selepas melihat bantuan dunia lebih tertumpu kepada Turkiye. Bagi tujuan penyelarasan dan koordinasi bantuan yang diperlukan, Peduli Insan akan melihat rencana keperluan daripada Kementerian Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD).

“Kami juga akan bergerak ke Turkiye dan Syria di dalam usaha menyampaikan bantuan daripada para penyumbang untuk mangsa gempa yang kini angka kematian sudah mencecah 36,000 mangsa. Peduli Insan telah mengeluarkan dana kecemasan awal berjumlah RM250,000 untuk kegunaan segera dalam memberi bantuan kepada mangsa gempa di Syria dan Turkiye bermula hari pertama berlakunya bencana ini. Setakat ini kami menerusi pasukan di pejabat Peduli Insan di Syria dan Turkiye telah mengedarkan bantuan dari segi sokongan peralatan mencari dan menyelamat, makanan panas siap hidang, selain daripada agihan bantuan musim sejuk berbentuk set pakaian musim sejuk, selimut tebal serta sokongan perubatan dan pemulihan trauma kepada kanak-kanak dan kini keseluruhan dana yang telah berjaya dimanfaatkan adalah melebihi RM600,000.

Peduli Insan turut memaklumkan hasil dana kecemasan itu telah berjaya disalurkan melalui lebih 10,000 makanan panas yang diusahakan sendiri melalui dapur Peduli Insan di Azaz, Syria. Selain daripada itu, 14,000 liter diesel bagi kegunaan alatan pemanas telah diberikan kepada masjid-masjid yang menempatkan mangsa gempa bumi, 11,950 set pakaian musim sejuk telah diagihkan, 2,000 selimut tebal telah diberikan dan pasukan Peduli Insan sedang berusaha mendapatkan lebih banyak bantuan.

“Kami juga sedar tentang trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya apabila berlaku bencana seperti ini, dan pasukan kami telah memberikan sokongan pemulihan trauma kepada 865 kanak-kanak melalui permainan, gula-gula serta coklat dan juga program penceritaan buku kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat berada di dalam keadaan tenang.”

Pengarah Jabatan Projek Peduli Insan, Azfar Abdullah turut memaklumkan pasukan Peduli Insan juga memberi fokus bantuan terhadap kanak-kanak yang terkesan akibat bencana itu dan telah mengenalpasti serta memberi bantuan berbentuk lampin bayi, susu formula untuk bayi kepada lebih 200 keluarga yang mempunyai bayi serta anak kecil.

Justeru itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan bagi bantuan kecemasan gempa bumi Syria Turkiye boleh membuat sumbangan menerusi akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor akaun 07043011062082 atau menerusi www.peduliinsan.org.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Kempen Bantuan Kecemasan Syria Turkiye boleh hubungi talian Peduli Insan melalui nombor 0133968840.