SO Staff

Konsert Barbarik Pentas Keras

BARBARIK itu sifatnya canggung dalam persekitaran. Menongkah arus. Dianggap sebagai ganas. Kurang ketamadunan dan tidak berperikemanusiaan. Namun, didalam konteks muzik rock’ sebaliknya ia adalah usaha untuk menjadi 1 dalam 1000. Meluahkan segalanya dalam kebingitan ‘distortion’ dan ‘amplified sound’ serta kelantangan vokal. Agar mampu didengari dan menggamit perhatian mereka yang prihatin akan erti perjuangan sebuah kehidupan. BARBARIK itu satu ekspresionisme muzik rock.

Dua figura hebat arena muzik rock tempatan bergabung di PENTAS KERAS membentuk satu jenama, BARBARIK. Mereka adalah Jo Branko, komposer dan penerbit serta bekas gitaris kumpulan Wings, bergandingan bersama Muss, bekas vokalis kumpulan May. Jo Branko, seorang hero gitar yang terkenal dengan bunyi gitarnya yang lantang dan memukau, bergabung pula dengan vokal bernada tinggi Muss adalah satu padanan yang telah lama diimpikan dan dinantikan oleh para peminat muzik rock. Mereka pernah bergabung 22 tahun dahulu bilamana Muss menjadi vokalis untuk 4 buah album studio kumpulan Wings diantara tahun 1996 hingga 2000, ketika ketiadaan vokalis utama Wings. Muss dianggap salah seorang vokalis rock terbaik tanahair. Album album yang dirakam bersama kumpulan Wings tersebut memberikan impak yang kuat kepada peminat rock yang dahagakan muzik yang lebih keras.

Kini, atas dasar perjuangan muzik rock yang sudah menjadi darah daging sejak lebih 36 tahun, mereka kembali bersama. Konsert BARBARIK ‘PENTAS KERAS’menjadi medan meraikan kemampuan vokal Muss bergandingan dengan Jo Branko. ‘PENTAS KERAS’adalah satu persembahan yang merangsang minda dan deria penonton dengan muzik sebagai medium perubahan dan luahan suara generasi.

Selain Jo Branko dan Muss sebagai teraju utama, BARBARIK ‘PENTAS KERAS’ juga menjemput 3 penyanyi undangan Mel, Mael XPDC dan Asheed akan diiringi oleh beberapa orang pemuzik profesional. Konsert yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam, Sabtu 24 Disember 2022 di Zepp Kuala Lumpur ini dibawakan kepada anda oleh Anggerik Event Sdn Bhd.

TIKET INFO:

CAT 1 – RM188.00 ROCK ZONE (STANDING)

CAT 2 – RM368 UPPER DECK (PREMIUM SEAT)

CAT 3 – RM268 UPPER DECK (NORMAL SEAT)

Tiket konsert boleh didapati di laman sesawang: www.ticket2u.com.my Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket hubungi “Live Chat” Ticket2U.

Ikuti akaun rasmi media sosial di bawah untuk info terkini konsert. Facebook: @BarbarikPentasKeras Instagram: @barbarikpentaskeras Twitter: @konsertbarbarik YouTube: Barbarik Pentas Keras Jika ada sebarang pertanyaan, siłą email kepada kami barbarikpentaskeras@gmail.com

DAPUR TEMPUR Separuh Akhir Semakin Sengit!

Api pertempuran semakin membara di Dapur Tempur! Program realiti masakan keluarga yang mengandungi 8 episod ini bakal mengakhiri pencarian jaguh memasak mereka tidak lama lagi di pusingan separuh akhir. Mampukah para peserta memberi resepi masakan yang terbaik sekaligus memenangi hati juri?

Setiap episod mingguan menampilkan dua cabaran yang menguji kemahiran memasak para peserta dan akan dinilai dari segi professional oleh juri tetap Cef Adu Amran dan Sheila Rusly serta juri jemputan mingguan. Menurut Puan Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, “Pencarian untuk pasangan pemenang yang berkualiti bermula dengan figura penting yang arif  dalam dunia masakan. Chef Adu dan Sheila Rusly memainkan peranan yang sangat mustahak untuk memberi komen dan hala tuju yang sebenar kepada setiap peserta supaya mereka sentiasa berada di tahap yang tertinggi sepanjang program Dapur Tempur. Setiap nasihat atau teguran apa  yang disampaikan oleh juri adalah peringatan dan ilmu yang penting untuk mengingatkan peserta supaya kekal fokus dan tidak melakukan kesilapan yang berulang. Ini adalah rancangan realiti dan tentunya akan ada saat-saat dramatik dan emosional bagin bukan sahaja peserta, bahkan penonton memberi tumpuan kepada setiap senario yang diketengahkan dalam program ini.  Setiap pasangan yang dipilih  menyertai program realiti ini adalah yang benar-benar mempunyai pengalaman memasak, berpengetahuan dan mahir  menggunakan setiap bahan masakan. Bagi pihak TV9, kami ingin peluang ini digunakan oleh peserta sebaiknya untuk mereka menonjolkan bakat mereka dalam bidang masakan. Ini juga merupakan antara momen terbaik untuk mereka merapatkan lagi silaturahim sesama mereka sebagai ahli keluarga kerana ada di antara mereka merupakan suami isteri, ibu dan anak, biras, pak cik dan anak saudara serta adik beradik.”

Para peserta perlu menunjukkan komitmen yang tinggi kerana setiap pasangan peserta yang dipilih sememangnya terdiri daripada mereka yang sering memasak untuk hidangan seisi keluarga. Kesemua empat pasangan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir ini perlu berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat. Bukan senang untuk membuat pemilihan kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal ketika berhadapan dengan pesaing lain terutamanya teguran daripada juri tetap dan juri jemputan pada minggu itu.

Berikut adalah cabaran-cabaran yang telah dilalui oleh peserta dari minggu pertama sehingga minggu keenam:

EPISOD CABARAN 1 CABARAN 2
1 Hidangan #SantaiPetangNONA Resipi Turun Temurun (Ikan @ Ayam)
2 Pemanis Mulut Berasaskan Kelapa Resipi Turun Temurun (Sotong @ Udang)
3 Masakan Negeri Berasaskan Daging Menu Berasaskan Ubi
4 Menu Berasaskan Telur Hidangan #PedasBerapiNONA
5 Menu Berasaskan Doh Menu Berasaskan Itik
6 Variasi Mi (Vegetarian) Menu Ala Barat (Ayam & Daging)

 

Setelah menutup tirai minggu keenam pada hari Khamis yang lalu, medan pertempuran di Dapur Tempur menampilkan barisan peserta hebat yang layak ke pusingan separuh akhir yang terdiri daripada pasangan pak cik & anak saudara Pendekar Malaya (Mohd Haizal Ismail, 47 & Irfan Hariz S Miswandi, 20), pasangan suami isteri Masam Manis (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 & Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31), pasangan kakak & adik Seketul Rasa (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin, 32), serta pasangan ibu & anak Sudap Sudip (Halifah Jaafar, 59 & Muhammad Arif Haron, 37).

Pemenang program Dapur Tempur yang dibawakan oleh Panasonic dan NONA akan membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara pula berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic. Tempat ketiga membawa pulang mesin pembuat roti Panasonic manakala tempat keempat membawa pulang pemerah jus perlahan Panasonic. Bagi pemenang mingguan pula, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA dan pemenang cabaran NONA membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.

Adakah cabaran yang disediakan pada minggu separuh akhir lebih hangat dan lebih mencabar? Dapatkah para jaguh memasak membuktikan kemahiran mereka dihadapan barisan juri yang juga merupakan para jaguh di dapur? Jangan terlepas untuk menonton Dapur Tempur Separuh Akhir yang akan bersua pada hari Khamis, 15 Disember, jam 8.30 malam di TV9 dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my serta YouTube TV9 Malaysia. Gunakan #dapurtempur dan filter berkonsepkan game Dapur Tempur di Instagram untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

HERO GUSTI PRO MEMAKAI TENGKOLOK MALAYSIA BAWA BEKAS SUPERSTAR WWE DI MALAYSIA!

Meriahkan perayaan anda dengan ‘body-slams’ dan ‘back-breaker’ pada Disember ini apabila gusti APAC menandakan kebangkitan semula dunia gusti profesional Malaysia dengan acara premium pertamanya, RISE!

Shaukat, anak kelahiran Malaysia yang dibesarkan sebagai ahli gusti profesional menjadi tular selepas muncul dalam rancangan TV pro gusti Amerika Syarikat, “Reality of Wrestling ” dengan memakai tengkolok dan songket telah giat mempromosikan gusti profesional sejak 9 tahun lalu di dalam negara. Pengasas industri gusti di Malaysia itu ingin menjadikan pro gusti sebagai hiburan arus perdana dan mesra keluarga – dan membawanya ke Malaysia supaya ia lebih mudah untuk dinikmati oleh peminat gusti.

“Terdapat ramai peminat Pro Wrestling dan WWE di Malaysia, dan menontonnya secara langsung dalam aksi adalah pengalaman yang berbeza daripada menonton di TV atau di YouTube, dan APAC Wrestling ingin memberikan pengalaman ini kepada peminat yang tidak dapat menonton dan menikmati gusti secara langsung seperti di Jepun atau Amerika Syarikat”, tambah lelaki berusia 34 tahun itu.

Disokong oleh Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia, APAC Wrestling RISE (Freedom Fighters) juga dianjurkan bersama oleh TARO Pictures dan dipersembahkan oleh NOAHX. “Saya percaya gusti APAC akan menjadi kegemaran dan sukses yang besar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Ia adalah hiburan mesra keluarga, sesuai untuk semua peringkat umur, dan pangkalan peminatnya lebih besar daripada yang dijangka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif jenama itu, Aron Koh yang juga berhasrat mempromosikan APAC Wrestling ke tahap yang lebih tinggi.

RISE- Hiburan sukan yang hebat dan bakal menggegarkan akan berlangsung pada 10 dan 11 Disember, menjanjikan aksi hebat oleh pemain-pemain hebat bakat tempatan dan juga antarabangsa dari NXT, WWE dan Far East berjuang untuk menjadi orang terakhir yang kekal bertahan sehingga perlawanan di gelanggang berakhir.

Bersedialah untuk bersorak menantikan kemunculan Shaukat, pengasas APAC dan “Nusantara Menace” menentang bilah berkaki “Buzzsaw Japan” dan salah satu cruiserweights yang paling terkenal di WWE, Tajiri, dalam acara utama hari pertama yang mendebarkan.

Adakah Shaukat akan Berjaya menundukkan legenda gusti, atau adakah Tajiri akan menenggelamkan peluang Shaukat untuk memenangi pertarungan tersebut?

Saksikan sejarah yang akan dicipta apabila APAC buat julung kalinya akan menobatkan Juara Wanita Gusti yang pertama dalam pertarungan empat hala antara Srikandi hiburan sukan Malaysia Nor ‘Phoenix’ Diana, joshi Idol Maki Itoh tercinta, Steph De Lander (dahulunya dikenali sebagi Persia Pirotta WWE NXT) dan juga Yuki Kamifuku.

Siapakah yang mentadbir dunia? Gadis. Siapakan di antara Valkyries ini akan menggenggam emas dan memasuki Pantheon APAC sebagai legenda yang berjuang atas usahanya sendiri apabila loceng perlawanan dibunyikan?

Dengan tempat duduk yang terhad, HADIRLAH ke majlis itu dan menjadi sebahagian daripada peminat bertuah yang dapat menyaksiakan sendiri kehebatan aksi para wira dan raksasa gelanggang APAC yang akan berlangsung di Spacerubix, Puchong, dengan menempah tiket anda di https://premier.ticketcharge.com.my/shows/show.aspx?sh=awrise22 hari ini! Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook APAC Wrestling, www.facebook.com/APACWrestling .

PESTA KOPI Kini Di Pulau Pinang

Selepas sambutan luar biasa peminat kopi kepada PESTA KOPI KL, PESTA KOPI MELAKA dan PESTA KOPI EXTENDED, sekali lagi PESTA KOPI kembali atas permintaan ramai. Kali ini PESTA KOPI akan dibawa ke syurga makanan Utara, Pulau Pinang.

Diberi nama PESTA KOPI PENANG, acara yang kali pertama diadakan di Pulau Pinang ini akan berlangsung pada 10-11 Disember 2022 bertempat di Hin Bus Depot, Georgetown.  Ia dianjurkan bersama oleh Tempatan Fest dan Rasta Brew Co. dengan sokongan Hin Bus Depot sebagai lokasi rasmi serta Sekolah Kopi sebagai rakan strategik.

Kali ini, acara ini juga turut mendapat sokongan dari Tourism Malaysia sebagai sebahagian dari acara Cuti-Cuti Malaysia.

Lebih 45 usahawan kopi tempatan dari seluruh negara serta antarabangsa akan mengambil bahagian untuk edisi kali ini yang akan memperkenalkan pelbagai produk kopi jenama tempatan serta luar negara.

Perhimpunan para usahawan kopi ini pastinya akan menarik minat para penggemar kopi serta menyemarakkan budaya komuniti kopi Malaysia.

Acara ini pastinya akan membawa ‘coffee culture’ kepada peminat kopi di Utara. Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai produk kopi yang dijual, mereka juga dapat melihat sendiri demonstrasi pelbagai cara penyediaan kopi, cara menyeduh dan memilih biji kopi serta bengkel memanggang biji kopi.

Turut bersama memeriahkan acara Pesta Kopi Pulau Pinang ini adalah beberapa pengusaha makanan jalanan serta penampilan istimewa kumpulan Jahvallion dan Aru Peruzza yang akan membuat persembahan di hari acara.

Pesta Kopi Pulau Pinang ini pastinya tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan F&N Magnolia sebagai penaja utama dan juga MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang).

Tandakan kalendar anda pada 10-11 Disember 2022 ini.  Alami sendiri kemeriahan Pesta Kopi Pulau Pinang.

Bintang Rindu Taruhan Terbaru Meteorix

Single terbaru Meteorix, Bintang Rindu hasil ciptaan bersama ahli Meteorix yang terdiri daripada Ijan, Ijal, Wan, Ilham dan Amir dan lirik oleh Wan sendiri, yang mengisahkan tentang kisah kehilangan seorang insan yang tersayang dan seorang guru. Penceritaan lagu ini diilhamkan oleh kisah benar daripada salah seorang ahli Meteorix.

Meteorix adalah sebuah band yang berasal dari Lembah Klang dan muzik yang diperjuangkan dalam konsep pop alternatif terkini. Pemain Bass Meteorix, Ijan berkata, mereka banyak mendapat maklum balas dan komen yang baik dengan susunan muzik pop yang terkini, selepas release single Murai dan Bidadari pada tahun 2020 dan 2021 kerana mempunyai alunan muzik alternatif terkini.

Meteorix Band

“Single ini sebenarnya ditulis pada sekitar tahun 2014 lagi yang mana ia hanya untuk simpanan sendiri sahaja, tidak sangka tahun ini rezeki saya bersama Meteorix merealisasikan lagu ini. Pada awal tahun lepas lagu ini kami beri pada arwah abang Tony Spider untuk jadi Producer lagu ini dan beliau bersetuju dan suka dengan lagu ini tapi siapa sangka Allah lebih sayangkan beliau. Seterusnya kami ambil keputusan untuk produce lagu ini sendiri dan syukur pada tahun ini kami dapat siapkannya.”Jelas Wan.

“Lagu ini diedarkan secara digital dibawah label Luncai Emas Sdn Bhd. Kami berharap dengan single ini, Meteorix dapat melebarkan sayap lebih tinggi lagi dengan sokongan dari semua”.

“Untuk perancangan Meteorix selepas ini kami akan lebih fokuskan untuk promosikan lagu Bintang Rindu di semua platform yang ada agar karya kami ini dapat dinikmati oleh para pendengar. Dalam masa yang sama kami akan jalankan aktiviti proses rakaman studio untuk lagu yang terbaru pada masa akan datang disamping membuat persediaan memenuhi beberapa jemputan persembahan di sekitar Lembah Klang.”

Genre yang kami bawakan ialah Pop Alternative. “Sejujurnya kami (Ijan,Ijal,Wan,Ilham&Amir) tak pernah sangka rezeki untuk bertapak didalam industri ini tercapai, walaupun dalam keadaan yang berbeza pada beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan Covid-19. Tapi syukur Alhamdullilah kami sentiasa berganding bahu dan bekerjasama dalam semua aspek untuk menghasilkan karya-karya terbaik dengan harapan orang ramai boleh terima hasil karya-karya kami dan kehadiran kami, Amin.” – kata Meteorix.

Topi Miring Lancar Single Terbaru ‘Getaran Kelana Mimpi Gelap’

Topi Miring merilis single teranyar di 2022 berjudul ‘Getaran Kelana Mimpi Gelap’.Setelah sebelumnya merilis Single perdana mereka berjudul Yesterday Afternoon diakhir 2019 lalu, Kini Topi Miring merilis single berjudul “Getaran Kelana Mimpi Gelap” diakhir tahun 2022 ini.


” Getaran Kelana Mimpi Gelap ” merupakan respon Topi Miring dalam menyikapi Statement Public  setelah melakukan perombakan Formasi terbaru Personil untuk ke 4 kalinya.

https://www.youtube.com/results?search_query=Getaran+Kelana+Mimpi+Gelap

Lagu ” Getaran Kelana Mimpi Gelap ” ini juga menceritakan ketakutan akan kesenangan yang akan berlanjut kedalam fase kebahagiaan, dan kebahagiaan yang akan berlanjut kedalam fase kesedihan.

Rumah Artis bakal jadi pusat sehenti peminat dekorasi rumah

Menjadi impian sesiapa sahaja untuk mendiami rumah yang mempunyai dekorasi yang menarik. Bagaimanapun berhadapan dengan isu harga selain tidak mempunyai kepakaran dalam rekaan sering membantutkan impian ini.

Melihat ini sebagai peluang dalam perniagaan selain ruang untuk membantu golongan ini mendapatkan kediaman pilihan, Rumah Artis muncul dengan pakej yang cukup berbaloi.

Selain menyediakan  perkhidmatan perunding hiasan dalaman, di Rumah Artis juga pelanggan turut boleh mendapatkan barangan hiasan rumah dengan harga yang cukup berpatutan dan berkualiti serendah RM1.

Sebagai pemilik Rumah Artis dan jurucakap, pelakon dan usahawan Putra Amaris menjelaskan idea perniagaan ini hadir melalui minat yang mendalam terhadap bidang dekorasi. Tambahnya, menjadi impianya suatu hari nanti juga, agar Rumah Artis menjadi lokasi pusat sehenti bagi mereka yang ingin mendekorasi kediaman mahupun apa juga ruang pilihan.

“Di sini bukan sahaja perabot, tetapi kami juga menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman yang akan mengetengahkan Azirun Ramly. Saya yakin dengan latar belakang Azirun sebagai pereka fesyen sebelum ini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang ke Rumah Artis.

“Paling penting apa yang ingin saya sampaikan, Rumah Artis adalah lokasi ideal bagi mereka yang ingin mendapatkan idea mahupun produk perhiasan rumah dengan harga yang murah selain menepati cita rasa.

“Sebagai anak seni saya juga tahu akan kesulitan yang dihadapi produksi kita dalam mendapatkan pelbagai produk perhiasan untuk menjayakan penggambaran. Di Rumah Artis juga kami turut menyediakan perkhidmatan menyewa barangan dekorasi termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set,”katanya.

Tambah Amaris, dalam memastikan perniagaan ini mendapat tempat di hati penggemar hiasan dalaman dia juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan Rumah Artis dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Memang menjadi harapan saya agar jenama Rumah Artis ini akan menjadi pilihan penggemar dekorasi dalaman. Sebab itu kami juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan kelak.

“Di sini saya juga ingin meminta perunding hiasan dalaman yang ingin bernaung bersama kami untuk terus ke Rumah Artis. Memang kami memerlukan lebih ramai perunding hiasan dalaman yang mempunyai idea yang lebih berani,” katanya lagi.

Putra Amaris

Sementara itu bagi Azirun pula kesempatan untuk bergelar perunding hiasa dalaman di Rumah Artis, memeri ruang untuk dirinya berkarya. Walaupun bergelar pereka fesyen ketika ini, namun dia yakin untuk mencurahkan idea yang menarik dalam memberi kepuasan kepada setiap pelanggan Rumah Artis.

“Sesuai dengan slogan  Rumah Artis ‘Deko orang kaya, harga boleh kira’ saya bertanggungjawab untuk membantu pelanggan untuk mecapai impian mereka dalam mendiami rumah dengan dekorasi pilihan. Kita tahu ada ramai yang skeptikal dengan perunding hiasan dalaman yang pada mereka akan mengambil kesempatan ketika mengenakan bayaran.

“Tetapi di sini kami menyediakan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kemampuan pelanggan. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh mendapakan produk dekorasi rumah dengan harga yang mampu bilik dari sebesar besar perabot sehingga sekecil kecil produk antaranya lampu meja. Jadi saya menyeru kepada mereka yang mungkin sedang mencari idea ataupun memerlukan bantuan dari segi nasihat boleh ke Rumah Artis, untuk mendapatkan bantuan dekorasi,”katanya.

Bagi mereka yang ingin melawat ruang pameran Rumah Artis boleh ke Rumah Artis, 3, Jalan Cumarasami, Taman Kaya, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bernostalgia Bersama Ada Apa Dengan Melly?

Ada Apa Dengan Melly? Tentulah yang bermain dalam fikiran peminatnya, beragam.

Tidak mahu peminat hanya berimaginasi tentang Melly, Iman Tang bersama Icon Entertainment dengan penuh bangga membawakan Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur sebagai sebuah kado (hadiah) paling ‘mewah’ dalam meraikan muzik dari Indonesia.Memilih tanggal 3 Februari 2023 sebagai detik pertemuan dengan pencintanya di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre, Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur juga adalah sebuah kembara seni 30 tahun yang akan divisualkan lewat konsert julung kali ini dari penghibur eksentrik bernama pentas Melly Geoslaw.

Ironi, memperkenalkan Melly, cukup dengan sepotong ayat ‘Ada Apa Dengan Cinta’. Seluruh peminat muzik yang lekas kembali mengait memori zaman 2002.

Sebuah filem yang meledak dengan untaian hit dari tangan magis wanita bernama Melly ini membekas dengan begitu dalam di hati pencintanya.

Tentang Seseorang, Ada Apa Dengan Cinta, Ku Bahagia, Dimana Malumu dan Suara Hati Seorang Kekasih misalnya adalah untaian terbaik dari runut bunyi filem fenomena yang dihasilkan Melly.

Itu hanya sebahagian. Bagaimana pula apabila menyebut Jika, Ketika Cinta Bertasbih, Ayat Ayat Cinta dan Menghitung Hari, ia bukanlah lagu yang asing diputarkan di radio Indonesia ataupun tempatan. Menyanyikan bait liriknya sudah seperti darah yang mengalir deras bersama tubuh.Dan untaian lagu inilah yang sebahagiannya akan dipersembahkan dalam Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur pada 3 Februari 2023 depan.

“Seperti yang diketahui, Melly Geoslaw adalah satu nama yang cukup ikonik dalam dunia seni Indonesia dan tempatan dari segi penghasilan lagu, penulisan lirik atau pun nyanyian.

“Sepanjang 30 tahun berkarya, Melly telah melalui pelbagai fasa dalam karier seninya dan karya yang dihasilkan untuk diri sendiri mahupun penyanyi lain, sangat jarang tidak membekas di ingatan.

“Justeru, saya dan Icon Entertainment berasa sudah cukup masa dan ‘masak’ untuk menganjurkan Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur pada 3 Februari depan kerana saya percaya peminat juga sudah lama menantikan kehadirannya ke Malaysia.

“Konsert ini juga adalah sempena meraikan untaian karya yang bukan sahaja dinyanyikan Melly tetapi dihasilkan oleh beliau. Maka julung kalinya juga peminat akan menikmati lagu lagu seperti Ayat Ayat Cinta dan Menghitung Hari yang pernah didendangkan oleh Kris Dayanti dan Rossa misalnya, dalam versi penciptanya sendiri,” ujar Iman Tang dari Icon Intertainment.

Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur kelak tidak akan hanya menyaksikan persembahan Melly, tetapi konsert ini digahkan dengan buah fikiran Pengarah Muzik, Anto Hoed yang juga merupakan suaminya.

Menurut Melly, beliau amat menghargai sokongan peminat di Malaysia yang menjadi salah satu satu faktor namanya harum di Nusantara.

“Jadi mengapa harus saya menolak pinangan Iman Tang. Anda semua akan menemukan jawaban dalam Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur pada 3 Februari 2023 ini saat hadir ke konsert saya.

“Akan ada banyak nostalgia dan persembahan serta perjalanan 30 tahun berkarier yang saya tuangkan dalam konsert ini kelak. Sampai jumpa ya,” ujar Melly teruja.

Tiket tiket Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur sudah boleh dibeli di www.ticket2u.com.my.

Ia bermula dengan harga RM288 untuk kategori Apa Artinya Cinta!, RM338 (Eifel… I’m In Love), RM438 (Ketika Cinta Bertasbih) RM538  (Ada Apa Dengan Cinta), RM688 (My Heart) dan RM1588 (Habibie & Ainun- Meet & Greet, & Merchandise rasmi).

Melly Geoslaw atau nama sebenarnya, Meliana Cessy Goeslaw, 48, kali pertama terjun dalam belantika muzik Indonesia pada 1999.

Namanya dijulang tinggi serta menjadi komposer dan penulis lirik paling dicari sekitar awal tahun 2000 sehingga kini kerana idea dan sentuhan dalam setiap karyanya yang ringkas tetapi meninggalkan bekas.

Selain berkarier solo, Melly juga cukup terkenal menerusi grup yang ditubuhkan bersama suaminya, Anto Hoed, Potret.Malah, salah satu lagu Potret, Bagaikan Langit yang menjadi viral di Tiktok sekitar dua tahun lalu telah kembali mempopularkan Melly dalam kalangan peminat generasi masa kini.Sama sama kita nantikan adakah Melly akan mendendangkan Bagaikan Langit yang merupakan hit dari album ketiga Potret berjudul Cafe, pada tahun 1998 pada malam epik Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur.

Tarikh               : 3 Februari 2023

Masa.                  : 8.30 malam

Venue              :  Plenary Hall, Pusat Konvensyen

Kuala Lumpur

Harga tiket       :  RM288 Apa Artinya Cinta!,

RM338 (Eifel… I’m In Love)

RM438 (Ketika Cinta Bertasbih)

RM538  (Ada Apa Dengan Cinta)

RM688 (My Heart)

RM1588 (Habibie & Ainun- Meet & Greet, & Merchandise rasmi).

Tiket                    : www.ticket2u.com.my

Pertanyaan tiket : 019-9919055 (whatsapp)

Hashtag           : #adaapadenganMelly

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, Yura Yunita Berbagi Intuisi

Pelaku seni dengan nama Yura Yunita selalu mengingatkan khalayak tentang betapa antusias dan hebatnya impak setiap karya yang dihasilkan.

Lihat sahaja impak dari single pertama, Intuisi yang telah membuat dia penghargaan Pencipta Lagu Terbaik di penghargaan Anugerah Musik Indonesia pada tahun 2017 dan menjadi Penyanyi Solo Wanita Terbaik di penghargaan yang sama tahun 2018. Yura juga memenangi anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik di Anugerah AMI 2022.

Setelah itu pemilik nama sebenar Yunita Rachman ini pantas membina reputasi kariernya dalam bidang seni.Merakit, album yang dilahirkan pada tahun 2018 terus mengukuhkan namanya.Dua tahun perlu ‘berpuasa’ menyapa peminat lewat persembahan pentas, suasana dunia yang kembali berputar seperti biasa memberi peluang buat Yura kembali berkarya.Kali ini, penyanyi dan penulis lagu bahasa Sunda ini mahu lebih dekat dengan penggemarnya di Malaysia.Maka sebuah persembahan dengan nama unik iaitu Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan bertemu peminat pada 2 Februari 2023 di Zepp KL.Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur dibawakan oleh Renjana Idea.

Produksi ini tidak gentar membawakan Yura bertemu peminat di Malaysia pada malam 2 Februari depan kerana percaya magis yang ada pada wanita hebat kelahiran Bandung ini pasti akan menghipnotis peminat untuk berbondong datang merayakan Pertunjukan Tutur Batin.Seperti uniknya nama Pertunjukan Tutur Batin, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar mengatakan sangat berbesar hati membawa Yura ke Malaysia kerana mahu berkongsi bahagia.

“Karya karya Yura mempunyai statement yang kuat dan selalu berbicara tentang semangat mahupun inspirasi dalam kehidupan.

“Ia banyak menyentuh tentang kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita semua perlu kuat percaya diri.

“Lagu lagunya seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia, Tutur Batin antara bukti betapa karya Yura sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Dan kerana itulah Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam Pertunjukan Tutur Batin,” ujar Aliya Arisya Anuar.

Bagi Yura sendiri, pinangan dari Renjana Idea telah lama dinantikan.

Rakan duet mendiang Glenn Fredly dari lagu Cinta dan Rahasia ini senang untuk menebarkan harum karyanya di Malaysia, sementelah dirinya juga mempunyai kelompok peminat yang sering mahu melihat dirinya beraksi di tanah air.

“Lamaran ini tidak harus dilepaskan. Sejak dari album pertama sehingga Merakit dan kini Tutur Batin, ada banyak momen yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya karya yang terhasil.

“Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi ruang intimasi saya dan peminat berbagi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh liku tetapi tidak pernah patah semangat juang,” ujar Yura.

Yura Yunita cukup terkenal sebagai salah seorang pelaku seni yang kerap  mengangkat lagu tradisional Sunda lalu disandingkan bersama genre fusion dengan pop moden. Antara karyanya adalah Bandung.

Single pertama yang dihasilkannya adalah Balada Sirkus pada 2014 selepas menyertai pertandingan realiti The Voice dan sempat menjadi anak didik mendiang Glenn Fredly.

Antara lagu hit lainnya adalah Intuisi, Pekat dan Berawal Dari Tatap.

Oleh itu untuk menyaksikan persembahan Yura Yunita pada 2 Februari 2023 di Zepp KL kelak, sila semak butiran dan harga tiket seperti di bawah.

TUTUR BATIN (standing)                       – RM180

YURA (normal seat)                                – RM250

MERAKIT (Premium seat)                       – RM280

VIP BOX MEET & GREET (max 8 pax)  – RM4,640

Untuk sebarang tempahan tiket sila layari goliveasia.com.

Tandakan tanggal 2 Februari 2023 untuk sama larut dalam Pertujukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur.

NE-YO LIVE IN MALAYSIA

Baharu sahaja melabuhkan tirai ‘Raisa Live In Malaysia’, jenama penganjur acara disegani, Hitman Solutions bersama Happymoon, rakan industri muzik yang tersohor, kembali membawakan hiburan berterusan demi memenuhi selera penggemar konsert yang dahagakan persembahan ‘live’. Hasil kerjasama ini, mereka beralih ke negara barat pula dengan membawakan  ‘NE-YO Live In Malaysia’ yang bakal berlangsung pada tahun hadapan, 21 Januari 2023, bermula jam 8:00 malam eksklusif di Dewan Plenary KLCC.

“Menakjubkan!” Itu di antara komen-komen yang dilontarkan oleh pengunjung yang hadir menonton konsert ‘Raisa Live In Malaysia’ tempoh hari, ramai mengatakan yang mereka masih belum bisa ‘move on’ dari persembahan memukau Raisa dan penantian selama 12 tahun mereka akhirnya berbaloi, menurut Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions.

Kini, Hitman Solutions & Happymoon terbang jauh ke Amerika Syarikat pula untuk membawakan hiburan oleh bintang ternama yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan bertaraf global iaitu NE-YO dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminat muzik pop R&B.

“Kita semua membesar dengan lagu-lagu nyanyian NE-YO yang begitu dekat di hati serta gerak tarinya yang mengasyikkan dan kini, apabila beliau aktif mengadakan siri jelajah konsert, kami tidak mahu melepaskan peluang ini untuk membawa NE-YO ke sini setelah konsert terakhirnya di Sunway Lagoon Surf Beach kira-kira 12 tahun yang lalu,” kata Encik Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC, Pengasas Happymoon.

“Pada konsert itu nanti, kami berharap mereka yang lahir pada 1990-an dan 2000 akan hadir kerana NE-YO merupakan salah satu artis paling ‘top’ ketika itu.

Kami juga yakin malam konsert itu nanti akan mengimbau kembali kenangan zaman remaja dan membangkitkan emosi penonton melalui nyanyian lagu-lagu ‘soul’ yang menggamit perasaan dan sinonim dengan NE-YO.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan digital kami, MOLA Chill Club, serta rakan radio rasmi, SINAR FM, MIX FM, LITE FM dan MELODY FM kerana sudi menjadi sebahagian daripada konsert yang menakjudkan ini,” kata Encik Rohit Rampal.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket konsert ‘NE-YO Live In Malaysia’, tiket-tiket akan mula dijual pada 5 Disember 2022 ini, terbahagi kepada 4 kategori utama, VIP (RM988), DIAMOND (RM688), PLATINUM (RM488) serta GOLD (RM288). Pembelian boleh dilakukan di laman web rasmi www.hitmanlive.com.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung konsert tersebut, sila hubungi Encik Keeran D. (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669.

FRED PERRY SUBCULTURE RETURNS

After venturing into the digital realm the past 2 years, FRED PERRY SUBCULTURE returns to a physical space on Sunday, 11th December 2022 from 4pm onwards (doors open at 3pm), taking over what once was the world’s largest and finest railway engineering workshops; Sentul Depot. Celebrating the brand’s long-standing relationship with music and street culture, the 2022 edition of FRED PERRY SUBCULTURE will feature a nightlong of live music performances by the finest talents of Malaysia’s music scene. 

Rocking the stage are ska legends, Gerhana Skacinta, indie rockers, The Times and Pesawat, indie pop supergroup Joanna & Co, punk rockers, Trophy Knives, cult-favourites, Hawa and JEMSON, and Fred Perry Malaysia ambassadors, the soulful Dani Komari as well as ‘fuzz rock n roll’ quartet, The Fatalis.

Deck out in your favourite Fred Perry gear for that perfect photo. 

Fred Perry’s Subculture is a series of global annual celebrations of music and street culture organised by U.K. clothing brand Fred Perry. The series made its debut in 2005 in Britain, forged by decades of Fred Perry’s connection to music and street style dating back to the 1950s. Pre-pandemic in 2019, Subculture was held at REXKL with over 2000 fans who turned up (Photo featured in London’s Design Museum at the Fred Perry: A Cultural Icon Exhibition in June 2022). In the year 2020 and 2021, the concerts were held online.

Other highlights include:

RAW TALES OF SUBCULTURE: Discover portraits of local (MY) & regional (SG & ID) icons and innovators spanning from independent musicians to artists and more – all bound by the same subversive spirit of the Fred Perry Shirt. 

Guests can quench their thirst with the best coffee in town by Kee Nguyen Vietnamese Coffee, by Fred Perry ambassador, Radius Khor. For those in search of a crystal cold one, the Tiger Crystal, the official beer partner of FRED PERRY SUBCULTURE, is available for them to crack open and gulp on.

ORANGE: THE VOICE OF SUBCULTURES: The epic sounds of the day will be supported by true drivers of music, sharing sounds of Britain with Orange Amplifiers by Music Bliss. An array of amplifiers will also be on display for music enthusiasts wanting to give it a whirl like some of the greats performing on stage. 

***Tickets are free to be redeemed but limited. 

The commitment to continuously celebrate raw and pure music will always be close to the heart of this brand.

LIGHTNING MCQUEEN DAN MONSTER TRUCK BUAT PENAMPILAN DI PERTUNJUKAN VELOCITY MOTOR SHOW

Pertunjukan Velocity Motor Show kini kembali dengan pelbagai model kereta didatangkan dari Malaysia, Thailand dan Singapura serta banyak lagi pameran istimewa untuk para pengunjung hujung minggu ini.

Karnival All About Wheels 2022 yang dikuasakan oleh Pulzar Lubricant, akan menampilkan ‘monster truck’ yang dibawa khas dari Thailand, pameran automotif serta pelbagai lagi pameran bakal menghangatkan acara yang dianjurkan oleh Velocity Motor Show di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (MIECC), Serdang pada 25 hingga 27 November ini bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Tiga buah ‘Monster Truck’ serta model filem animasi terkenal, Cars, “Lightning McQueen” akan menghiasi AAW2022 yang menyasarkan untuk menarik minat pengunjung khususnya golongan keluarga dan peminat filem animasi serta dunia permotoran. Selain itu, Velocity Motor Show juga menganjurkan pertandingan Push Bike yang akan disertai oleh kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun.

Majlis pelancaran All About Wheels 2022 telah berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (MIECC), yang disempurnakan oleh YB Senator, Datuk Ti Lian Ker.

Pengasas Velocity Motor Show, Jason Tan berkata, “Velocity Motor Show telah berjaya untuk membawa tiga buah “Monster Truck” dan “Lightning McQueen” sebagai nilai tambah kepada AAW2022 kali ini untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk melihat sendiri model-model yang hanya akan berada di Malaysia selama tiga hari karnival berlangsung.

“Selain itu, untuk menarik lebih ramai pengunjung serta menambah kelainan pada AAW2022, Velocity Motorshow juga akan menganjurkan pertandingan Push Bike yang akan disertai oleh kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun.”

Tambahnya lagi, “Kami di Velocity Motor Show mahu menjadikan karnival ini sebagai karnival tahunan serta terkenal di rantau Asia serta menjadi tumpuan para peminat industri pemotoran premier. Dan saya amat berbangga untuk dapat bekerjasama dengan beberapa pihak di luar negara untuk membawa model kereta yang jarang dapat kita lihat di Malaysia untuk diperagakan dalam AAW2022 di MIECC.

AAW2022 turut akan menampilkan pelbagai acara antaranya WrapFest, TunerFest, AirFest, 4X4Fest dan AutoFest yang mempamerkan pelbagai modifikasi menarik serta terkini bagi para penggemar kereta.

Selain itu, Hot-Wheels Die-Cast Collectors Market juga dijangka menarik ribuan kolektor koleksi Hot-Wheels selain beberapa jenama motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson, Vespa, Aprilia dan Royal Enfield akan mengambil tempat di aras satu dewan utama. Fenomena E-bike juga dibawa dengan penampilan Royal Enfield Bike Show N Shine untuk para peminat motosikal.

Dalam pada itu, pertandingan sukan Muay-Thai juga akan mengambil tempat selama tiga hari serta penampilan istimewa pelakon Farid Kamil dan Cat Farish bagi mempromosikan filem terbaharu Remp-it 2 pada malam, Sabtu.

Tiket bagi Karnival All About Wheels 2022 boleh dibeli secara terus di MIECC pada kadar RM30 untuk pengunjung berusia 13 tahun ke atas, RM15 bagi 6 hingga 12 tahun manakala tiada caj dikenakan untuk kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah.