Pihak penganjur Hello Universe sangat teruja untuk mengumumkan MUSE : Will Of The People World Tour 2023 yang akan berlangsung pada 29 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Acara hebat ini akan menjadi SATU-SATUNYA Persembahan mereka di ASIA sebagai sebahagian daripada jelajah global Muse dan dibawakan kepada anda oleh Hello Universe.
Muse, kumpulan rock British yang terkenal dengan persembahan yang menggembirakan dan lagu-lagu popular mereka yang menduduki carta seperti Supermassive Black Hole, Starlight, Time Is Running Out dan banyak lagi, bersedia untuk menawan hati peminat dengan kehadiran mereka yang luar biasa, muzik bertenaga tinggi dan visual yang menakjubkan. Jelajah MUSE : Will Of The People World Tour 2023 menjanjikan pengalaman yang tak akan dilupakan, mempamerkan lagu-lagu rock Muse dengan bunyi yang inovatif.
Pertukaran lokasi ke Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, dengan kemudahan terkini dan kapasiti yang mengagumkan, memberikan latar belakang yang sempurna untuk acara konsert yang penting ini. Para peminat bakal mendapat pengalaman konsert yang mengasyikkan dan mengagumkan di salah satu tempat yang paling ikonik di rantau ini.
Bagi pemegang tiket yang sedia ada, tiket yang dikemas kini dengan maklumat tempat baharu akan dihantar melalui e-mel ke akaun berdaftar mereka. Pembeli akan dapat menggunakan tiket baru ini untuk mendapatkan kemasukan ke acara di lokasi baru. Lokasi tiket untuk Zon A, Zon B & Zon C kekal sama.
Susunan tempat duduk untuk zon lain akan diselaraskan untuk menempatkan tempat baru. Tempat duduk yang setanding akan ditetapkan untuk lokasi baru.
Hello Universe, dengan bangganya membawa Muse ke Kuala Lumpur untuk persembahan eksklusif ini. Kepakaran dan dedikasi mereka untuk menyampaikan hiburan bertaraf dunia memastikan peminat akan dilayan dengan muzik dan keseronokan malam yang luar biasa.
Tiket untuk MUSE : Will Of The People World Tour 2023 – Kuala Lumpur boleh dibeli mulai esok, 2 JUN 2023, PADA JAM 11 PAGI melalui www.ticket2u.com.my . Peminat Muse digalakkan untuk membeli tiket mereka lebih awal untuk menjamin tempat di konsert yang luar biasa ini.
Berdasarkan sambutan hangat peminat, penganjur Neptunes Presents menambah satu hari lagi untuk Konsert D’Masiv Road To The World bertempat di Zepp, Kuala Lumpur pada 3 Jun depan, jam 8 malam.
Penganjurnya yang juga aktres popular, Nabila Huda berkata, pihaknya tidak mahu mengecewakan peminat yang terlepas membeli tiket konsert malam pertama pada 2 Jun yang ‘licin’ dalam masa 48 jam sebaik penjualan tiket dibuka, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, tiket Konsert D’Masiv Road To The World malam pertama licin dalam tempoh 48 jam, baru-baru ini.
“Sambutan hangat peminat D’Masiv untuk konsert pada malam pertama mencetuskan idea kepada Neptunes Presents dan D’Masiv untuk menambah satu malam lagi, sekali gus memberi ruang kepada peminat kumpulan ‘Masivers Malaysia’ untuk menyaksikan konsert yang julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur,” kata anak rockers terkenal Amy Search itu.
Kumpulan D’Masiv dianggotai oleh Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan, Iskandar Dinata (bass) dan Wahyu Piadji (dram).
Ditanya pemilihan artis undangan pula, kata Nabila, pihaknya akan menampilkan bekas vokalis kumpulan popular Nidji iaitu Giring untuk memeriahkan konsert D’Masiv pada malam kedua.
“Pemilihan Giring dibuat pengurusan D’Masiv, sekali gus untuk sama-sama meraikan sambutan ulang tahun ke-20 kumpulan itu bersama peminat di Malaysia.
“Segala persiapan rapi sudah dibuat D’Masiv membabitkan konsert pada dua malam terbabit.
“Apa yang pasti, D’Masiv akan mempersembahkan konsert yang akan menjadi kenangan terindah buat peminat di Malaysia.
“Sebanyak 25 rangkaian lagu popular akan dipersembahkan D’Masiv pada konsert dua malam terbabit seperti Pergilah Kasih, Jangan Menyerah, Cinta Ini Membunuhku dan banyak lagi.
“Menariknya, vokalis D’Masiv, Rian Ekky Pradipta akan berduet dengan Giring menerusi satu lagu istimewa buat peminat,” katanya.
Sementara itu, kata Nabila lagi, konsert D’Masiv Road To The World akan menampilkan Is Pusakata dari kumpulan Parade Hujan yang lebih dikenali dengan nama Payung Teduh sebelum ini.
“Is Pusakata juga mempunyai lagu duet bersama D’Masiv iaitu Ingin Lekas Memelukmu yang menjadi hits di Indonesia dan Malaysia,” katanya.
Mengulas penjualan tiket, kata Nabila, tiket konsert untuk malam kedua sudah dibuka kepada orang ramai dan kini sudah terjual sebanyak lima puluh peratus.
“Masih ramai keliru kerana berpendapat tiket konsert D’Masiv sudah habis dijual.
“Orang ramai boleh mendapatkan tiket untuk konsert D’Masiv malam kedua menerusi laman www.myticketempire.com,” katanya.
ALI ZAHRA HOLDING SDN BHD MENGADAKAN MAJLIS PERLANCARAN ALI ZAHRA HOLDING SDN BHD & LAGU “KEMBARA NABAWI” BERNIAGA SAMBIL BERIBADAH DI GRAND MILLENIUM HOTEL ,KUALA LUMPUR.
ALI ZAHRA HOLDING SDN BHD ADALAH SATU ENTITI KORPORAT PENGELUAR DAN PEMASAR PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN. SEBUAH SYARIKAT YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN LUAS DALAM BIDANG PRODUK KESIHATAN SEMENJAK TAHUN 1998. SEMENJAK BEBERAPA TAHUN YANG LEPAS, PENJENAMAAN SEMULA ALI ZAHRA, SEKALI LAGI MENGGEGARKAN PASARAN DAN TELAH MENJADI FENOMENA DI MALAYSIA DENGAN KELAHIRAN ZAHRA AROMA THERAPHY OIL, GEL THERAPHY DAN SERUM MADEENA DAN LAIN LAIN. ALI ZAHRA MEMPUNYAI LEBIH DARI 300 RIBU PELANGGAN DI SELURUH MALAYSIA.
KALI INI ALI ZAHRA HOLDING SDN BHD SEKALI LAGI MENGGERGARKAN PASARAN PRODUK PRODUK TERBARU SEPERTI MORINGA TEA, CHOCOLATE FIBRERMEAL DAN ASHWAGANDA COFFEE. DAN TERKINI DENGAN KONSEP BERNIAGA SAMBIL BERIBADAH SETIAP EJEN TURUT MENDAPAT PELUANG MENUNAIKAN UMRAH SELAIN MENJANA PENDAPATAN.
PRESIDEN KUMPULAN ALI ZAHRA MALAYSIA, INDONESIA DAN FILIPINA, DATUK MUHAMMAD FAISAL ABU BAKAR TELAH MELANCARKAN PELUANG PENDAFTARAN SERENDAH RM500 DAN MEMILIH TIGA PAKEJ BEKONOMI BERMULA DARI RM 3,990 MELAYAKKAN MENDAPAT PRODUK SERTA MENERIMA PAKEJ UMRAH. DARI PEMBAYARAN INI JUGA BERPELUANG MENIKMATI KEUNTUNGAN JUALAN SEBAYAK 20 PERATUS. SEMENTARA ITU PAKEJ SILVER RM 6,990 MELAYAKKAN EJEN MENJADAPAT PAKEJ UMRAH PREMIUM UNTUK SEORANG SELAIN MENJANA PENDAPATAN SERTA KEUNTUNGAN 35 PERATUS DARI SET PRODUK YANG DI TERIMA. PAKEJ KETIGA IAITU PAKEJ GOLD RM 12,590 MEMBERI PELUANG KEPADA EJEN MENIKMATI PAKEJ UMRAH KELAS PREMIUM UNTUK DUA ORANG, PAKEJ INI TURUT MENAWARKAN KEUNTUNGANNYA LEBIH TINGGI IAITU MENCECAH 40 PERATUS.
DENGAN KERJASAMA YANG BAIK BERSAMA ALAM SHAH TRAVEL & TOURS SDN BHD TELAH PUN BERJAYA MEMBAWA 40 EJEN MENGERJAKAN IBADAH UMRAH PADA MAC 2023, KUMPULAN INI ADALAH YANG PERTMA BERJAYA DIBAWA MENGERJAKAN UMRAH DENGAN DIKELOLA OLEH ALAM SHAH TRAVEL & TOURS SDN BHD. ALAM SHAH TAVEL & TOURS JUGA AKAN MENGELOLA EJEN YANG AKAN KE TANAH SUCI UNTUK SESI SETERUSNYA AKAN TETAPI ATAS SAMBUTAN YANG SANGAT LUARBIASA KUOTA UMRAH BAGI BULAN SEPTEMBER , DISEMBER DAN FEBUARI TAHUN HADAPAN TELAH PUN PENUH. KEBANYAKKAN EJEN TERDIRI DARI GOLONGAN IBU TUNGGAL DAN B40.
DATUK MUHAMMAD FAISAL MENJALANKAN PERNIAGAAN INI BERSAMA SAHABAT BAIKNYA MAS JUWITA JAMALUDIN. MAS JUWITA MENYASARKAN PENGAMBILAN EJEN BAHARU SERAMAI 1,000 ORANG PADA TAHUN HADAPAN. TRIP UMRAH AKAN DIBUKA SEMULA UNTUK BULAN MAC 2024.
5 BUAH SYARIKAT YANG BERNAUNG DIBAWAH KUMPULAN ALI ZAHRA IAITU RAYYAN MUHAMMAD RESOURCES, AKMAL GLOBAL VENTURE, JUWITA ENTEPRISE, MY ASIA EMPIRE DAN LF GLOBAL VENTURE. ORANG RAMAI YANG BERMINAT UNTUK MENJADI EJEN BOLEH TERUS HUBUNGI PENGURUS SYARIKAT DITALIAN 011 26438956 ( ZAKIAH ) DAN 018 3848510
( HAZIQ )
LAGU KEMBARA NABAWI DENGAN KERJASAMA ALI ZAHRA HOLDING SDN BHD DAN SYARIKAT RAKAMAN ASIA EMPIRE RECORD MALAYSIA LAHIRNYA SEBUAH LAGU YANG BERJUDUL “KEMBARA NABAWI”. DENGAN PENAMPILAN KHAS AINA ABDUL (JUARA ANUGERAH JUARA LAGU KE 37) LAGU INI DITULIS OLEH FJ MUZIK DAN TELAH DIGUBAH SEPENUHNYA OLEH ALAN OTWO , ANEP OTWO & IZAN OTWO . PENERBIT EKSEKUTIF HANIFF KHAN ( ANEP OTWO ) SELAKU PENGARAH URUSAN ASIA EMPIRE RECORD MALAYSIA . DARI SEGI MUZIK RAKAMAN PENUH DIRAKAMKAN OLEH KUMPULAN OTWO SEBUAH KUMPULAN ROCK TEMPATAN YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN LUAS DIDALAM BIDANG PENERBITAN SERTA INDUSTRI MUZIK TANAHAIR, RAKAMAN SINGLE INI TURUT MENAMPILKAN PEMUZIK JEMPUTAN SEPERTI RUDY DARI KUMPULAN “NASTIA” UNTUK BUNYIAN STRINGS. RAKAMAN DAN ADUNAN SEPENUHNYA DI STUDIO RAKAMAN ASIA EMPIRE RECORD DAN ADUNAN MIXING SERTA MASTERING OLEH ANEP OTWO. PENULISAN LAGU INI MENCERITAKANTENTANG PERJUANGAN DAN KEHIDUPAN RASULLULLAH SAW.
LIRIK VIDEO RASMI KEMBARA NABAWI PENGAMBARAN RAKAMAN PEMBIKINAN LAGU KEMBARA NABAWI DIJALANKAN DI BAKRI MUSIC WORKSHOP, KL SEPENUHNYA SEMASA SESI RAKAMAN LAGU TERSEBUT. KESELURUHAN PRODUKSI LIRIK VIDEO INI ADALAH OLEH ASIA EMPIRE RECORD MALAYSIA . KLIP VIDEO RASMI INI AKAN DILANCARKAN SECARA RASMI PADA 31 MEI 2023 JAM 8:30 MALAM
DI SALURAN YOUTUBE RASMI ASIA EMPIRE RECORDS. SEKALUNG PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH PADA PIHAK MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK YANG TURUT BERSAMA HADIR DAN MEMBERIKAN SOKONGAN DI SESI MAJLIS PERLANCARAN ALI ZAHRA HOLDING SDN BHD & LAGU “KEMBARA NABAWI” BERNIAGA SAMBIL BERIBADAH
Dengan semangat dan azam yang kuat di dalam bidang perniagaan, berbekalkan pengalaman dan kekuatan yang ada, beliau kini boleh menarik nafas lega dan senyum apabila satu lagi cabang perniagaan dilancarkan di Majlis penuh bermakna semalam.
Bertempat di DeepBlue, The Face Suite dan dihadiri para Influencer, Wakil-wakil Saloon dan para Media. 7 jenis rangkaian produk penjagaan kepala & rambut diperkenalkan. Usaha dan penat jerih selama lebih 12 bulandalam proses penyelidikan dan pembuatan, akhinya terlaksana segala impian dan cita-cita untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan beliau.
Rangkaian produk NH Beauty seperti Hair Lost Shampoo, Hair Treatment Shampoo, Masque, Hair Tonik, Hair Serum, Leave in dan Hair Treatment. Menariknya, produk ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina, malah untuk yang berhijab juga amat digalakkan, begitu juga untuk mereka yang gemar menukar colour rambut.
“Jiwa saya memang jiwa berniaga, tak kira apa bentuk perniagaan, akan saya usaha dan cuba untuk masuk demi mengembangkan perniagaan sedia ada. Malahan, sejak dari usia remaja saya suda melangkah dan terus melangkah dalam dunia perniagaan”. Kata pengasas dan pemilik NH Beauty Solution, Puan Nurul Hidayah Mohmad.
Seiring dengan perkembangan teknologi yang begitu pantas untuk dikejar, media sosial juga menjadi pemangkin untuk memasarkan produk ini. Pemilihan para influencer akan dibuat dan mereka akan dilantik menjadi duta atau perantara dalam mengembangkan produk ini kepada seluruh pelusuk negara.Wakil-wakil pengedar juga digalakkan untuk merebut tawaran keemasan ini bagi mengembangkan perniagaan anda dengan sama-sama memasarkan produk ini. Dengan harga permulaan serendah RM 39.90 bagi menjadi pengedar dan di majlis tersebut juga, persembahan dari artis dan selebriti Ayu Damit dan Shukri Zainal pastinya ditunggu-tunggu oleh jemputan yang hadir sambil mereka beramah mesra bersama Pengasas NH Beauty.
Selain produk penjagaan kepala dan rambut ini, terdapat juga produk lain yang diusahakan oleh Pengasas muda berusia 29 tahun ini seperti Saloon Muslimah, Butik Pakaian, Perniagaan Gajet dan juga sedang berjinak-jinak didalam peniagaan emas juga.
NH Beauty boleh diikuti di media sosial Facebook, Instagram dan TikTok
Umpama kit ikonik yang “dilahirkan” semula! Kit Liverpool FC home kit ini adalah reka bentuk klasik dalam warna rasmi Liverpool iaitu merah dengan kolar kontras putih dan lilitan lengan yang diilhamkan oleh pemenang Piala FA, skuad Shankly 1973-74.
Di bahagian belakang jersi pula, lambang 97 yang dikelilingi nyalaan api terletak di pada leher tengkuk jersi pula adalah untuk mengenang insiden kejam tentang kanak-kanak, wanita dan lelaki yang terbunuh akibat bencana Hillsborough. Kedua-dua stadium dan jersi perlawanan mengadaptasi teknologi Dri-FIT Nike untuk membantu kekal sejuk semasa permainan atau sesi latihan.
Penampilan sulung koleksi ini akan dibuat menerusi perlawanan akhir musim ini, bertemu dengan Aston Villa di tempat sendiri. Perlawanan ini dijadualkan akan berlangsung pada 20 Mei sebagai perlawanan akhir Anfield.
Nama dan gaya nombor kelab untuk bahagian belakang baju mengambil inspirasi dari bandar, dengan pandangan kontemporari pada papan tanda jalanan Liverpool yang bersejarah. Jersi ini dicetak dengan dakwat berasaskan air sebagai pilihan yang lebih tepat serta sesuai dipakai untuk pertandingan piala dan perlawanan persahabatan.
Menurut Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, “Biarpun Liverpool FC mengalami pretasi yang pasang surut pada musim ini, kelab itu masih mempunyai peminat yang luar biasa. Selama bertahun-tahun, melalui Al-Ikhsan Sports, www.al-ikhsan.com, Football Republic dan kedai Rasmi LFC di Sunway Pyramid, kami telah cuba membawa pengalaman Anfield kepada peminat yang mungkin tidak dapat pergi dan menikmati pengalaman tersebut secara secara langsung. Barangan LFC hari ini tersedia secara meluas di 105 kedai kami yang terpilih. Kejayaan ini dapat dicapai, dengan jentera pengedaran dan pemasaran yang luar biasa Al-Ikhsan Sports yang telah kami bina sejak 30 tahun yang lalu.”
Kit rumah akan tersedia dalam saiz lelaki, wanita dan junior, serta dalam versi perlawanan dan stadium. Ini juga termasuk koleksi gaya hidup, jaket lagu kebangsaan, Polo T, bahagian bawah trek, baju leher bulat, topi dan seluar pendek yang akan masuk kemudian di kedai rasmi LFC. Harga koleksi ini adalah dari RM89 untuk Tshirt leher bulat (junior) dan sehingga RM515 untuk jersi autentik.
Koleksi terbaharu ini boleh didapati di kedai rasmi Liverpool FC, Sunway Pyramid mulai 19 Mei, kedai Al-Ikhsan Sports terpilih melalui platform e-dagang rasmi, www.al-ikhsan.com untuk pengalaman membeli-belah yang mudah, mulai 19 Mei ini.
Penyanyi pop Ireland, Ronan Keating yang popular menerusi lagu “When You Say Nothing At All”, bersedia menghiburkan peminat di Malaysia setelah tiga tahun tidak mengadakan persembahan di sini.
Konsert bertajuk ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’, anjuran MIC Entertainment Group itu bakal diadakan pada Sabtu, 19 Ogos, pukul 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Penonton yang hadir pada malam itu akan dihiburkan dengan lagu-lagu nostalgia dendangan Ronan Keating yang masih digemari hingga kini.
Ronan Keating memulakan kariernya pada awal 90-an sebagai penyanyi utama kumpulan Boyzone, salah sebuah kumpulan yang terkenal pada era tersebut. Lagu-lagu dendangan Boyzone berjaya menguasai carta muzik di peringkat antarabangsa.
Sejak memulakan karier solonya pada 1999, Ronan Keating aktif mengeluarkan lagu baharu dan beliau berjaya menghasilkan 12 album studio sehingga kini. Antara lagu-lagu kegemaran peminat termasuk “If Tomorrow Never Comes”, “Time After Time”, “Life Is A Rollercoaster” dan “This I Promise You”.
Selain itu, Ronan Keating berjaya menempatkan dirinya sebagai pemuzik Ireland yang berpengaruh ditambah pula peranannya sebagai pengurus bersama untuk kumpulan Westlife yang popular di peringkat global. Malah album beliau juga berjaya dijual lebih 20 juta rekod di seluruh dunia, ini tidak termasuk 25 juta rekod dengan Boyzone.
Selama bertahun, Ronan Keating berjaya mencipta nama bukan saja sebagai penyanyi dan penulis lirik tetapi juga sebagai penyiar, penyampai TV, pelakon dan turut terlibat dalam kempen amal kesedaran kanser.
Tiket untuk menonton ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’ berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM238 (PS3) dan RM158 (PS4), boleh dibeli atas talian menerusi Resorts World Genting di www.rwgenting.com dan ejen jualan tiket BookMyShow di my.bookmyshow.com mulai 30 Mei 2023 jam 12 tengahari. Harga jualan tiket adalah tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan info terkini tentang konsert ini, sila layari Facebook rasmi MIC Entertainment Group di www.facebook.com/MICEntertainmentGroup
Selepas hampir 30 tahun terbabit dalam dunia seni, penyanyi kelahiran Singapura, Osem Han memberanikan diri untuk tampil dengan single solo pertama berjudul Pilihanku hasil ciptaan Reyza Hamizan manakala lirik ditulis oleh Osem Han.
Biarpun perjalanan seni Osem boleh dikatakan agak lambat, namun jejaka berusia 40 tahun ini tidak pernah memandang perkara itu sebagai penghalang untuk terus mencuba nasib dalam bidang nyanyian.
Kata Osem, sebelum ini percubaan dalam bidang muzik agak mencabar, tambahan dia perlu memberi perhatian terhadap kedai gunting rambut yang diusahakan di Singapura, Osem Handsome.
“Dulu nak ‘survive’ dalam bidang muzik agak mencabar. Saya perlu mencari pendapatan yang boleh menampung kos hidup di Singapura.
“Disebabkan itu saya terpaksa melupakan kerjaya nyanyian buat sementara waktu dan mengambil keputusan membuka sebuah kedai gunting rambut.
“Barangkali ramai yang akan tertanya-tanya kenapa selepas 30 tahun saya nak kembali aktif dalam bidang ini dan jawapannya sudah tentu saya tiada masalah besar yang perlu saya tanggung sekarang.
“Saya sangat bersyukur dengan kehidupan yang saya nikmati hari ini dan kali ini saya ingin kejar semula impian yang sudah lama tertangguh,” katanya.
Tambah Osem, antara alasan lain dia ingin kembali aktif dalam bidang seni juga adalah kekangan peluang ketika itu.
“Dulu saya bersama sebuah band dan diakui nak mencipta nama dalam bidang seni ini tidak mudah dan nak dapat peluang waktu itu sangat sukar.
“Jadi saya harap ini adalah waktu terbaik untuk saya kembali dan mengembangkan bakat bukan saja di Singapura tetapi di Malaysia,” katanya.
Bercerita mengenai lagu Pilihanku, Osem berkata, keistimewaan lagu terbabit adalah dia tampil dengan genre yang berbeza.
“Memandangkan ini adalah single solo yang pertama, Reyza mahu saya bereksperimentasi dan cuba membawakan genre yang berbeza.
“Selain itu, Pilihanku juga dekat dengan jiwa setiap pendengar kerana lagu ini bercerita mengenai diri setiap individu yang mempunyai pelbagai pilihan dalam hidup,” katanya.
Yakin dengan kemampuan lagu Pilihanku, Osem berharap percubaan untuk kembali aktif akan membuahkan hasil terbaik.
“Kalau kita semua dapat putar kembali waktu, sudah pasti kita nak mencipta kejayaan pada zaman muda tapi malangnya setiap daripada kita ada jalan hidup yang berbeza-beza.
“Mungkin kehidupan yang saya lalui ini tidak bernasib baik kerana saya tidak dapat peluang yang orang lain terima ketika itu, tapi saya tidak pernah berputus asa untuk terus perjuangkan minat dalam muzik,” katanya.
Dalam pada itu, Osem turut bercerita mengenai nama Osem Han yang digunakan sebagai nama pentas.
“Han ialah nama sebenar saya manakala Osem pula adalah nama bisnes gunting rambut yang usahakan sekarang ini.
“Disebabkan ramai kenalan lebih mengenali saya dengan nama Osem, jadi saya kekalkan saja nama itu. Lagipun nama Osem itu saya rasa unik dan sudah sebati dengan saya,” katanya.
Pilihanku sudah boleh dimuat turun di kesemua pelantar digital termasuk ditonton di YouTube Osem Records.
Sehingga kini Pilihanku sudah menerima lebih 183,000 tontonan di aplikasi terbabit.
Buat julung kalinya, Penerbit Filem Syaitan Munafik, Dato’ Mohd Rusdi Shair,Pengarah Urusan ) Penerbit kepada Syarikat United Nine Creative Sdn. Bhd (UNC) , menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Seri Pasific Ballroom, Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur. Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Raya ini disambut dengan penuh kesyukuran dan sederhana.
Majlis Rumah Terbuka ini bertujuan meraikan kakitangan dan pelakon yang terlibat dalam menjayakan Filem Syaitan Munafik , bersesuaian dengan majlis itu pastinya ia menjadi platform terbaik untuk menampilkan pelakon-pelakon baru dengan gandingan pelakon yang sedia ada, bagi tujuan memperkenalkan sekaligus mempromosikan Filem itu kepada umum.
Antara pelakon baru yang bakal ditampilkan adalah Bandi Amuk, Wom UG14, Reedzwan, ERIN CTJ, Affie Rania, Adia dan Siti Khadijah.Dalam pada itu Dato’ Rusdi turut berkongsi berita gembira yang mana Filem Syaitan Munafik kini sudah pun siap sepenuhnya dan menanti untuk tayangan.Teaser Filem Syaitan Munafik akan ditayangkan dan akan ada gimik serta menampilkan persembahan ‘tribute song filem’ dari penyanyi baru Adia.
Di majlis tersebut akan diadakan penyerahan memorandum persefahaman kerjasama dari UNC kepada Pengerusi P3K, Dr Noor Haliza Yussoff bagi mencari Dana untuk mereka yang memerlukan khususnya dalam penjagaan kesihatan.Pelancaran Teaser Filem Syaitan Munafik di lancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, YB.rs Prof Dr. MD Nasir B. Ibrahim.
Ditanya mengenai cabaran dan perasaan Dato’ Rusdi sebaik Filem ini siap dan tentunya ada kata kata yang kurang menyenangkan bila mana mengetahui Filem ini sudah terperap lebih 12 tahun untuk ditayangkan.. Dato’ Rusdi mempunyai alasan dan jawapan tersendiri.
“Sudah tentunya saya berasa bersyukur dan terharu dengan penghasilan Filem ini, kerana selama ini terlalu banyak cabaran dan rintangan untuk menyiapkan pembikinan Filem ini dan mengambil masa yang lama untuk memperbaiki, dan prosesnya sangat teliti. Bukan mudah hendak melaksanakan tugasan reconstruct serta ‘restore’ kerja yang lama untuk mendapatkan kualiti warna dan plot yang lebih baik dan menarik dibantu dengan teknik CGI.
“Mengenai soalan atau pandangan negatif, saya tidak kisah jika ada yang hendak memperkecilkan usaha saya dengan kata-kata nista dan sebagainya, apa yang saya inginkan adalah kualiti. Saya akan teruskan usaha saya bersama team dan saya yakin Filem ini akan diterima ramai. Filem ini juga bakal ditayangkan Serentak inshaallah pada September 2023 di pawagam Malaysia,Singapore,Brunei,Indonesia dan FilipIina.
“Jika org nk memperkecilkn usaha saya terpulanglah, itu urusan mereka.Saya akan teruskan usaha saya bersama team.”demikian luah Dato’ Rusdi menepis pandangan negatif luar, malah beliau kini sedang rancak menerbitkan sebuah lagi Filem dimasa akan datang.
Cawangan terkini jenama pusat karaoke terkenal Loud Speaker di pusat beli-belah Datum Jelatek di sini, berjaya menarik perhatian ‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan sihat.
Ini kerana, selain penerapan beberapa elemen terkini yang terdapat pada dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini, ia juga menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa.
Malah, lokasi cawangan baru ini ternyata lebih strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesen Jelatek.
Pengerusi Loud Speaker, Encik Damien Soh berkata, Objektif penubuhan cawangan baru ini ialah sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan.
“Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.
Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker untuk menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” katanya.
Cawangan ke-13 ini, menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi
tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker.
Kelebihan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana bertenaga tinggi sematamata untuk memberikan kepuasan terbaik kepada setiap pengunjung yang datang ke Loud Speaker cawangan ini.
Tidak ketinggalan dengan kewujudan Studio Mini yang menjadikannya sesuai untuk kunjungan kumpulan kecil, umpama studio rakaman sebenar yang menawarkan pengalaman menyanyi bak artis rakaman terkemuka.
Cawangan pertama Loud Speaker mula di buka pada 8 Ogos 2009 iaitu di Taman Sutera Utama, Johor Bahru.
Sehubungan itu, menurut Encik Damien Soh, pihaknya mensasar untuk mencapai 30 lokasi menjelang akhir 2024 dengan skim francais yang terancang.
Tambahnya, cawangan baru di Datum Jelatek merupakan salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki persegi.
“Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakkan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan di sini.
“Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri.
“Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam bentuk konsep lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan dengan apa-apa jenis majlis dan acara.
Bagi memperkenalkan cawangan terbaru berkenaan, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka Loud Speaker yang telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Dolla, Bella Astillah dan Rief Daniel.
Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan rakan media tempoatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan baru berkenaan.
Pada majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen #JomSingOutLoud.
Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.
Untuk mengambil bahagian di dalam kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.
Sempena pembukaan cawangan baru, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis. Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.
Satu keistimewaan yang lebih lagi adalah para pelanggan dapat menikmati promosi pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke.
Bukan itu sahaja, semua ahli JOM K Kakee berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari Isnin. Selain itu juga, mereka boleh bernyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini berlansung. Cukup berbaloi!
Tambahan lagi, kesemua pengunjung dapat menikmati free-flow minuman dan ais krim bagi setiap sesi 3 jam karaoke yang dibeli oleh mereka, agar dapat merasai pengalaman seronok secara maksima di Loud Speaker.
Keistimewaan yang ditawarkan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pengungjung untuk merasai kualiti karaoke yang terbaik dengan harga yang berpatutan.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088
Jenis-Jenis Bilik di Loud Speaker Datum Jelatek # 47 jenis bilik dengan pelbagai size: – A. Small (4-6 orang) – B. Medium (7 – 9 orang)
– C. Large (10 – 12 orang) – D. VIP (14 – 17 orang) – E. VVIP (Boleh memuatkan sehingga 40 orang) # 6 bilik Mini Studio (1-2 orang
Alamat:
L2-01, Datum Jelatek Mall, Jln Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Kenyataan Media: Tajuk: Cawangan Ke-13 Loud Speaker Jadi Tarikan Lokasi Karaoke Yang Sihat
Waktu Operasi: 12 tengahari – 3 pagi (semua cawangan) 11 pagi – 2 pagi (Tropicana Mall dan MyTown) 11 pagi – 3 pagi (Johor)
AirAsia Malaysia (AK) hari ini meraikan penerbangan pertamanya dari Kuala Lumpur ke Kertajati di Jawa Barat, Indonesia.
Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada jam 9.05 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati pada hari yang sama pada jam 10.20 pagi waktu tempatan. Para tetamu dalam penerbangan AK418 disambut dengan meriah semasa ketibaan oleh Bapak Drs. Benny Bachtiar M.SI, Ketua Pelancongan dan Kebudayaan, Wilayah Jawa Barat; Tuan Yang Terutama Dato’ Syed Md Hasrin, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat; dan para tetamu kenamaan dalam industri.
Pelancaran laluan baharu itu turut menandakan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang terbang ke laluan antarabangsa ke dan dari Kertajati selepas pandemik. Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati ialah lapangan terbang kedua terbesar di Indonesia, dan berfungsi sebagai hab utama yang menghubungkan pengembara ke Bandung Raya, Cirebon dan kawasan sekitarnya, wilayah Jawa Barat dan sebahagian Jawa Tengah.
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Kami berbesar hati menjadi syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang menghubungkan pengembara ke Kertajati, permata Indonesia yang belum diterokai. AirAsia memulakan penerbangannya dari Malaysia ke Indonesia pada tahun 2004, membolehkan pengembara merasai keindahan dan keajaiban kedua-dua buah negara, serta menghubungkan mereka dengan orang tersayang dengan mudah. Kami telah menerbangkan lebih daripada 2.5 juta tetamu antara kedua-dua negara sehingga tahun 2019 dan mengembangkan rangkaian kami ke 12 destinasi di Indonesia dengan 151 penerbangan mingguan.
“Misi kami adalah untuk menjadikan Jawa Barat dan Indonesia secara keseluruhannya sebagai destinasi yang harus dilawati di Asean. Dengan laluan baharu ini, lebih ramai penduduk tempatan dan pengembara akan berpeluang melihat keunikan Kertajati dan kawasan serta tarikan-tarikan yang berdekatan. Wilayah Majalengka, yang menempatkan Kertajati hanya sejam dari Bandung yang turut dikenali sebagai syurga membeli-belah. Permulaan penerbangan dari Kuala Lumpur ini bukan sahaja akan memperkenalkan Kertajati kepada pelancong dari Asean dan seterusnya, malah akan mewujudkan pelbagai peluang ekonomi dan pekerjaan untuk penduduk tempatan.
“Sebagai kumpulan syarikat penerbangan yang mempunyai rangkaian luas di Asean dan Asia Pasifik, bersama syarikat Indonesia AirAsia, kami teruja untuk terus memainkan peranan dalam membawa pelancong asing terus ke pelbagai bandar-bandar popular dan kurang mendapat perkhidmatan di Indonesia dan Malaysia. Kami juga berharap dapat menyumbang kepada usaha kedua-dua kerajaan untuk menarik berjuta-juta pelawat asing pada 2023.”
Sempena meraikan penerbangan sulungnya, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua* dari Kuala Lumpur ke Kertajati daripada RM141 sehala. Tambang bernilai hebat ini juga tersedia untuk penerbangan pergi balik daripada IDR616,600 sehala. Promosi ini tersedia bermula hari ini hingga 21 Mei 2023, untuk tempoh perjalanan antara 1 Jun dan 14 Disember 2023.
Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Kertajati (KTJ):
*Tambang semua termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan sebarang caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menahan rasa sebak selepas menonton filem biografi ‘Anwar, The Untold Story’ semasa acara tayangan media khas dan VIP di Dadi Cinema Pavillion KL malam tadi (8Mei).
Perdana Menteri mengimbau kembali kenangan perjuangannya memerangi ketidakadilan dan rasuah menerusi filem satu jam 30 minit arahan pengarah Viva Westi Indonesia yang turut menghadiri acara tayangan khas tersebut.
Anwar yang turut mengadakan sidang akhbar dengan media tempatan dan antarabangsa selepas menonton filem itu berkata beliau amat terharu kerana dapat mengimbau kembali episod penting dalam hidupnya serta memuji kebolehan pelakon serta pengarah kerana berjaya membawa wataknya.
“Ini cerita yang mesti diceritakan, perjuangan menentang rasuah perlu diteruskan. Sekarang saya menjadi perdana menteri, saya mahu menyelamatkan negara ini dan memerangi rasuah dan perangi mereka bersungguh-sungguh,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh.
Filem tersebut, berlatarbelakangkan tahun 1993 hingga 1998 mendedahkan kisah Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia sambil menonjolkan perjuangannya yang secara konsisten menentang amalan rasuah tetapi berakhir di penjara.
Pelakon tempatan Malaysia Farid Kamil Zahari memegang watak utama sebagai Anwar Ibrahim manakala pelakon terkenal Indonesia Acha Septriasa memainkan watak sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Acara tersebut dianjurkan oleh DMY Creation, syarikat yang juga merupakan pengedar rasmi untuk filem ‘Anwar, The Untold Story’.
DMY Creation adalah sebuah syarikat yang mengedar filem antarabangsa dan tempatan serta penganjur rancangan hiburan langsung utama.
Pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff menggalakkan orang ramai untuk menonton filem tersebut bagi merasai perjuangan yang dilalui perdana menteri dan menyaksikan sekilas perjalanannya yang merupakan salah satu perubahan politik paling luar biasa dalam sejarah Asia Tenggara moden.
“Kami berharap semua terutama golongan belia menyokong dan menonton filem ini untuk mengetahui perjuangan sebenar perdana menteri kita. Filem ini menunjukkan kepentingan membasmi rasuah di negara ini,” katanya.
Anwar menonton filem itu bersama beberapa ahli keluarga terdekat termasuk mereka dari industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.
Seramai 1,870 tetamu termasuk 500 media tempatan dan antarabangsa menonton filem tersebut di 13 dewan khusus.
Antara yang menghadiri majlis tersebut adalah Dr Wan Azizah Wan Ismail, penyanyi Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, pemuzik, pelakon dan artis Datuk M Nasir, pelakon dan penerbit veteran Fauziah Ahmad Daud, pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff, penulis lirik dan penulis skrip prolifik Habsah Hassan, penerbit filem tempatan Datuk Yusof Haslam dan pembuat filem popular Datuk David Teo.
Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi eksekutif Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Puan Sri Cindy Lim, Pengarah Urusan Yusrych Global Yusry Makmor.
Tayangan awam ‘Anwar, The Untold Story’ akan ditayangkan di semua pawagam utama di seluruh negara mulai 18 Mei 2023. Tempahan awal untuk filem itu akan dibuka tidak lama lagi.
Piston Project was a racing team more than 10 years of experience in Malaysia motorsports industry. In year 2023, our team founder Mr. Roni Risman partnering with our Malaysia regular race driver Mr. Hugo Chai to form up a team and supported by Pulzar Malaysia principle Mr. KC Lim.
In conjunction with Malaysia Autoshow, Pulzar Malaysia & Piston Project reveal 2 female driver Gladys Lam & Vera Teh that going to participate in Malaysia Championship Series 2023. Our objective is to inspired more female driver in or outside Malaysia to participate motorsports industry.
For Malaysia Championship Series 2023, our team going to participate the race series total up 3 cars, 2 Suzuki Swift and 1 Honda Fit in MTC class & SP2 category. Our 1st debut race will be on 23rd-25th June 2023 Malaysia Championship Series 2023 that held at Sepang International Circuit.
Our driver lines up will be Mr. Roni Risman, Mr. Hugo Chai, Mr. Shafiq Samsudin, Mr. Ahmad Nadzrie, Ms. Gladys Lam & Ms. Vera Teh.