Avenged Sevenfold Ke Malaysia Lagi

IMG_0608

Grup dengan genre hard rock iaitu Avenged Sevenfold telah membuat pengumuman tentang kemunculan mereka di Asia Tenggara dalam jelajah konsert mereka yang bermula pada Januari 2015. Kumpulan yang dianggotai oleh Matt Shadows, Zacky Vengeance, Synyster Gates, Johnny Christ dan Arin Illejay ini yang juga dikenali sebagai A7X pernah muncul sebelum ini pada sekitar tahun 2012 di Korea, Hong Kong, Taipei, Jakarta, Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura.

Kumpulan berasal dari California, Amerika Syarikat akan muncul di Malaysia selepas memberi pengenalan kali pertama pada tahun 2012 dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Kejayaan melakar sejarah peribadi A7X beraksi di hadapan 15 ribu penonton ketika itu menjadi keyakinan mereka untuk kembali menawan Asia. ‘Afterlife’, ‘Bat Country’ dan ‘Nightmare’ adalah antara lagu-lagu yang berjaya memikat pendengar A7X.

IMG_7824

Kali ini bertempat di Sunway Lagoon Surf Pool, A7X akan bertemu para peminatnya pada 23 Januari ini pada pukul 9 malam. Kehadiran mereka kali ini adalah bersempena dengan siri jelajah Hail To The King juga merupakan judul album terbaru A7X.

Jelajah Avenged Sevenfold di Kuala Lumpur dibawakan khas oleh pihak MR Event dengan kerjasama PR Worldwide.  Tiket mula dijual pada 3 November lalu dan boleh di beli di www.ticketpro.com.my atau di seluruh cawangan ticketpro.  Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM208 dan RM298.

Selain Kuala Lumpur, A7X bakal mengadakan persembahan di Jakarta, Hongkong, Taipei, Bangkok, Singapura dan Honolulu. Sehingga kini Avenged Sevenfold telah melancarkan enam buah album studio termasuk Hail To The King”yang telah dikeluarkan pada tahun 2013.

 

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *