Gara-Gara SNSD,“Petronas Tower” jadi “Petronas Towel”..KLCC Trending di Twitter

 

Belum pun apa-apa, mereka dah bikin hype! Semuanya disebabkan kesilapaan ejaan yang dibuat oleh SM Entertainment iaitu (pihak pengurusan) yang mengemaskini jadual artis mereka, SNSD aka Girls Generation dengan menyatakan lokasi “Petronas Tower” sebagai “Petronas Towel”. Impaknya, kini trending yang menjadi ikutan ramai menduduki ranking nombor tiga dunia.

Selain, insiden yang tidak dijangkakan ini telah dimuatkan naik ke laman perkongsian jenaka popular, 9gag sebentar tadi.

Secara tak langsung insiden ini sebagai salah satu promosi untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Dan, pasti acara PETRONAS Malaysia Grand Prix tahun 2012 mencatat sejarah menarik dengan selingan jenaka seperti ini.

Sejak tiga hari lalu, Mysone (gelaran bagi peminat fanatik SNSD) tidak senang duduk sebaik saja diberitakan sembilan idola kesayangan mereka ini akan membuat persembahan malam ini.

SNSD di jangka tiba di tanah air lewat petang ini dan sejurus itu mereka akan membuat persembahan di konsert Twin Tower @Live 2012, jam 8 malam. Sementara konsert percuma ni juga akan turut menampilkan Kelly & Orianthi pada esok malam.

*credit to mD

 

Check Also

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

ZYNERGYS SNOOKER GRAND SERIES 2026 SATUKAN KOMUNITI DI KUALA LUMPUR

Industri pelincir enjin mungkin nampak “kering”, tapi Zynergys buat sesuatu yang ramai jenama tak berani …

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

HARLEY-DAVIDSON 2026 BUKA ERA BARU PREMIUM DI MALAYSIA

Harley-Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO akhirnya diperkenalkan secara rasmi, menandakan kemasukan barisan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *