Kim Seon Ho akan Mengadakan Pertemuan Peminat “One, Two, Three. Smile” di Kuala Lumpur

Pelakon Korea Kim Seon Ho akan mengadakan pertemuan peminatnya di Kuala Lumpur! 2023 Kim Seon Ho Asia Tour in Kuala Lumpur “One, Two, Three. Smile” yang dianjurkan oleh PULP Live World dan Happee Hour akan berlangsung di Mega Star Arena pada 18 Ogos 2023 (Jumaat), 8 malam.

Sebagai seorang aktor yang berbakat dan berdaya tarikan, Kim Seon Ho muncul sebagai pelakon Korea yang digemari ramai. Penampilan sulung Kim Seon Ho dalam drama “Good Manager” (2017) telah memaparkan potensinya sebagai pelakon yang mampu memainkan watak komedi ataupun watak dramatik. Aktor ini kemudian menyertai ragam hiburan “2 Days & 1 Night” (2019) musim keempat yang membolehkannya memenangi “Anugerah Pengacara Baharu Bahagian Hiburan” dalam 2020 KBS Entertainment Awards. Selepas itu, Kim Seon Ho telah membintangi beberapa drama yang terkenal, termasuk “Start-Up” (2020) yang menyebabkan dia dikenali ramai. Pelakonan Kim Seon Ho dalam “Start-Up” telah diiktiraf oleh pelbagai badan anugerah. Dia teleh dicalonkan sebagai “Pelakon Sokongan Terbaik” dalam Baeksang Arts Awards ke-57 dan memenangi anugerah “Aktor Paling Popular” dalam majlis anugerah tersebut. Kim Seon Ho juga memenangi anugerah “Emotif Terbaik” dalam Anugerah Artis Asia 2020.

Malah, nama Kim Seon Ho menjadi lebih termasyhur dengan watak “Hong Du Sik” dalam drama “Hometown Cha-Cha-Cha” (2021). Drama ini merupakan salah satu drama bersiri yang mencapai penarafan tertinggi. Dengan watak “Ketua Hong”, Kim Seon Ho telah dinamakan sebagai “Pelakon Televisyen Tahunan Gallup Korea”. Kim Seon Ho yang semakin terkenal digemari oleh banyak peminat, sama ada peminat dalam Korea ataupun peminat antarabangsa. Senyumannya yang manis, keperibadiannya yang mesra dan sikapnya yang merendahkan diri telah menarik perhatian peminat daripada semua peringkat umur. Maka pada tahun ini, dia merancang untuk memulakan jelajah pertemuan peminat di Asia dan Kuala Lumpur merupakan salah satu perhentian dalam jelajahnya.

Peminat Kim Seon Ho berpeluang untuk menyaksikan bakat dan pesonanya dalam 2023 Kim Seon Ho Asia Tour in Kuala Lumpur “One, Two, Three. Smile” pada 18 Ogos, 8 malam di Mega Star Arena. Seonhohada (gelaran peminat Kim Seon Ho) di Kuala Lumpur, bersedialah untuk meluangkan masa bersama Kim Seon Ho pada Jumaat tersebut! Pertemuan peminat ini dianjurkan oleh SALT Entertainment, APLANET Entertainment, ACO Media, PULP Live World dan Happee Hour. Tiket akan dijual mulai 10 Ogos 2023, 12 tengah hari melalui www.ticket2u.com.my. Harga Tiket: VIP RM 888 | KIM RM 688 | SEON RM 488 | HO RM 288 (Tidak termasuk caj transaksi bagi setiap tiket) Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila melayari Facebook, Twitter dan Instagram PULP Live World atau melayari www.pulp.ph. #KIMSEONHOinKL2023

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *