KONSERT ‘JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA’ KE PULAU PINANG!

Konsert yang berjaya memecahkan rekod artis Malaysia, ‘JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA’ dengan penjualan tiket licin dalam masa 24 jam sahaja, kini kembali dengan siri jelajah ke lokasi ketiga di Pulau Mutiara pada 28 October 2023, bertempat di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang bermula pada jam 8:00 malam selepas Singapura.

“Alhamdulillah syukur di atas kerjasama padu pasukan yang menjayakannya, selain ucapan terima kasih kepada semua penonton yang yang hadir menyaksikan pada kedua-dua malam, saya rindukan momen tersebut,” kata Ratu Rock Negara, Ella. Demi meneruskan siri jelajah konsertnya, Ella kembali ke tempat asal kelahirannya, katanya, “Saya nak ‘habaq’ yang bahawasanya saya merupakan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang, dan sebagai menghargai permintaan semua peminat tersayang terutamanya di belah utara.

Jadi untuk kali ini, kami bakal datang dengan membawakan konsert yang dinanti-nantikan JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA untuk kenangan bersama. Selain giat mempromosikan siri jelajah konsert, Ella juga aktif dalam bidang perniagaan produk RockQueen seperti abaya dan buku biografi yang bertajuk ‘Rockers Juga Manusia’. “Sebagai seorang penghibur, saya tersentuh dengan cerita peminat yang hadir di konsert, antaranya seorang anak telah menghadiahkan tiket konsert buat kedua ibu bapanya yang merupakan ‘die-hard fans’ saya dan mereka sangat ‘enjoy’!”

“Disebabkan momen-momen beginilah yang menjadi pemangkin bagi saya untuk meneruskan konsert ini di beberapa lokasi lagi dan Pulau Pinang menjadi pilihan seterusnya, perancangan konsert ini telah dilakukan awal, cuma tarikhnya baharu sahaja kami putuskan. Masih mengekalkan tema ‘Rock Glam’, konsert yang dijangkakan berlangsung sekitar 2 jam setengah akan disajikan dengan kira-kira 25 ke 30 buah lagu bergantung dengan permintaan, dan pastinya ada artis jemputan yang masih dirahsiakan nama mereka sebagai kejutan. “Saya kini sedang giat menjalankan sesi latihan muzik beberapa kali seminggu serta aktiviti rutin kecergasan demi membina stamina yang jarang-jarang saya tinggalkan.

“Dari segi susunan muzik pula pastinya ada kelainan bersesuaian dengan konsep konsert nanti di bawah kelolaan pengarah muzik, Dato’ Acis yang dilatari 9 pemuzik profesional dan 20 orang penyanyi koir sewaktu malam konsert. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal, “Kejayaan konsert JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA tempoh hari dengan penjualan tiket yang berjaya memecahkan rekod dalam masa 24 jam berjaya memasuki Malaysia Book of Records membuktikan bahawa Ella semenangnya Ratu Rock Negara yang tiada tandingan. “Demi menyahut permintaan peminat Ella yang tidak berpeluang menonton konsert tempoh hari, pihak Hitman Solutions akan sedaya-upaya memberikan kepuasan maksimal buat penggemar rock di bahagian utara, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya.

Akhiri Ella: “Semoga peminat saya semua akan terhibur dan bahagia menyaksikan konsert saya nanti, pastinya sebuah pengalaman indah dan menjadi kenangan manis yang bakal dirindukan. “Peace.Love.Rindu. Tiket-tiket bakal dijual bermula 2 Ogos ini pada jam 12:00 tengahari di www.hitmanlive.com. Sebarang pertanyaan berkenaan konsert JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA boleh diajukan kepada Encik Keeran D (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *