NUSAFEST 2023

Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang
menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di
Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya,
angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini
bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.


NUSA FEST ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH,WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti. Sudah sekian lama Search dan Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan oleh para peminat tegar mereka. Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.

Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tegar dan setia. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.

“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects. Hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di NUSA FEST dengan senarai akhir terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong NUSA FEST sehingga ke hari persembahan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas
bersebelahan dengan pementasan tanpa henti! Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan
Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Warong Nusa (semuanya tentang
makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara).


Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang di
www.myticket.asia.
“NUSAFEST’’ ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan
lagi industri muzik nusantara.
NUSA FEST 2023
Tarikh: 8 dan 9 Julai 2023
Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am
Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Harga tiket: RM200 (2-day entry/per person)
RM700/ 4 person (Bundle package- Pembelian RM700 untuk 4 orang)
Tiket: www.myticket.asia
Tiket Hotline: 03 8605 0196
Info Hotline: 012 2560082
Instagram: @nusafest, @shirazprojects
Tiktok: @shirazprojects
Facebook: @nusafest @shirazprojects
Laman Web: www.nusafest.com
www.shirazprojects.com

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *