Park Jung Min datang lagi ke Malaysia namun kali ini sebagai artis solo

Park Jung Min

Ahli kumpulan terkenal SS501 – Park Jung Min disahkan akan melancarkan showcase “Personaliti Dual” di Malaysia pada kali pertama di Asia Tenggara. New Pro Star Sdn Bhd dan PMP Entertainment bersama-sama menganjurkan pameran ini pada 12 Oktober, 2013 (Sabtu) di Star Stage @ KWC Fashion Mall.

Pelancaran tiket showcase ini akan diadakan pada 17 Ogos, 2013 pada jam 11 pagi hingga 3 petang di Paradigm Mall (Atrium Upper). Seratus peminat pertama membeli tiket VVIP dan VIP akan dapat diskaun 10%. Selain itu, pihak penganjur akan ada sesi pemberian pass terhad sesi sidang akhbar dan pass sesi autograf.

Park Jung Min mengisytiharkan solo pada awal tahun 2011 dan telah mengeluarkan debut solo album mini beliau 《Not Alone》. Tiga bulan kemudian, dia mengeluarkan album duo bahasa (Korea dan Jepun) dan dinamakan 《The, Park Jung Min》 dan telah menerima sambutan yang baik. Selepas itu, beliau kembali ke Korea untuk meneruskan kerjaya muzik beliau sebagai ‘Park Jung Min’ dan mengeluarkan album single yang dihasilkan sendiri bertajuk 《Beautiful》. Daripada konsep album, pemilihan lagu, sampai rakaman adalah semua diarahkan oleh Park Jung Min sendiri. Dengan bakat reka bentuk, beliau juga menggambarkan muzik video dan kulit album.

Selain kerjaya sebagai penyanyi, pada tahun 2009 Park Jung Min telah berlakon dalam sebuah musical bertajuk 《Grease》sebagai “Danny Park” dengan lakonan hebat beliau telah menerima anugerah “Best New Talent Musical” oleh Anugerah Golden Tiket. Pada tahun 2011, beliau juga memasuki Taiwan showbiz dan berlakon dalam drama idola pertama “Garden Fondant” dan menyanyikan lagu Cina bertajuk “Bad man”, ini telah berjaya menyumbang kepada populariti Park Jung Min di Taiwan.

Park Jung Min memulakan kerjayanya di Jepun menggunakan nama ‘Romeo’ dan telah mengeluarkan dua album, yang dinamakan 《Give Me Your Heart》dan《Tonight’s The Night》. Romeo memiliki gaya yang berbeza dari Park Jung Min, ini adalah gaya barunya yang mewakili genre fantasi Jepun. Pada akhir tahun, dia mengeluarkan album Jepun yang dinamakan 《Midnight Theatre》dan telah menduduki tempat pertama dalam jualan talian terkenal dan kedai rekod  TSUTAYA.

Pada awal tahun ini, Park Jung Min mengadakan 8 concert <Park Jung Min VS ROMEO Theatrical Tour 2013> “Personaliti Dual” di Jepun. Seluruh konsert dibahagikan kepada sesi siang dan malam, persembahan siang oleh Park Jung Min yang indah menawan menawarkan yang paling realistik dan persembahan pentas yang paling indah; sesi lain adalah persembahan petang, mempunyai berbeza 180 darjah pula kepada ROMEO yang glamor, menunjukkan sisi gelap personaliti perbandingan berani, lawatan ini amat berjaya.

Hari ini, pihak penganjur Malaysia akan membawa trend Park Jung Min “Personaliti dual” ke Malaysia, supaya peminat malaysia dapat menyaksikan persebaham Park Jung Min dan ROMEO yang mempunyai daya tarikan yang berganda.Selain itu, Park Jung Min akan menyanyikan lagu-lagu live dan berinteraksi dengan bermain permainan dengan para peminat.

Harga ticket untuk showcase adalah RM390, RM290, RM190 dan RM120.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila hubungi:

TicketCharge : +603-92228811 / www.ticketcharge.com.my

New Pro Star Hotline: +603-79600779 / www. Facebook.com/newprostar.my

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *