realme X2 Pro paling ‘HYPE’ dengan 50W SuperVOOC Flash Charge

Apa yang lebih menarik dengan peranti kuasa terbaru realme X2 Pro ialah 50W SuperVOOC Flash Charge. Bagi realme X2 Pro, ia hanya mengambil masa selama 35 minit untuk mengecas dari 0-100%. Kapasiti bateri untuk peranti ini pula ialah 4,000mAh dengan teknologi VOOC yang diperkenalkan oleh OPPO.

Jadi buat gamers di luar sana, realme X2 Pro perlu menjadi pilihan anda bukan hanya disebabkan teknologi cip pemprosesan yang terkini dan pantas malah kadar pengecasan peranti juga cepat. Di samping itu juga realme X2 Pro juga menyokong USB Power Delivery serta Quick Charge 3.0+.

realme Malaysia bakal mengumumkan peranti realme X2 Pro pada 2 Disember 2019 jam 2 petang.

Check Also

HONOR memenangi 45 Anugerah Media di MWC 2024

Jenama teknologi global HONOR telah menerima sejumlah 45 anugerah daripada media global semasa Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *