Rita Tak Setuju Bercerai,Alasan Aidil Tidak Kukuh

Pelakon Rita Rudaini, 36, tidak bersetuju untuk bercerai dengan Aidil Zafuan, 26, kerana suaminya yang juga merupakan bintang bola sepak kebangsaan itu tidak dapat memberikan alasan yang kukuh, mengapa mereka perlu berpisah.

“Selepas pihak plantif iaitu Aidil keluar dari rumah, selama empat lebih bulan tidak balik, tidak ada perbincangan dibuat secara terus mahupun tidak langsung iaitu secara maya dengan anak guam saya. Jadi perceraian ni kalau dipersetujui ia satu perkara drastik dan tidak adil kepada anak guam saya. Kerana demi anak-anak, anak guam saya masih mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan”, kata penguam Syarie Dato’ Mohd Zaidi Hj. Mohd Zain selaku penguambela yang mewakili Rita Rudaini.

Aidil dan Rita menjalani prosiding sebutan kes tuntutan lafaz cerai, di Makahamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, hari ini.

Menurut Mohd Zaidi alasan yang diberikan pihak plantif adalah disebabkan mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dan tidak serasi antara satu sama lain. Dan alasan itu disifatkan sebagai remeh.

“Anak guam saya cuma mahu meyakinkan dirinya bahwa kalau bercerai biarlah berbaloi dengan alasan yang kukuh. Dengan alasan sebegitu yang diberikan oleh plantif tidak cukup memuaskan hati anak guam saya. Dah kahwin, anak dua tiba-tiba ada alasan sebegitu. Walhal tanggungjawab sebagai suami ini lebih besar dan sesebuah perkahwinan bukan untuk satu jangka masa yang singkat”, ujar Mohd Zaidi.

Tambahnya jika berlaku penceraian, seeloknya perkara yang berkait tentang hak selepas penceraian, perlu diselesaikan. Malah satu suratย  berkenaan tuntutan selepas perceraian telah diberikan dan diterima oleh peguam Aidil. Antara tuntutan hak yang dikemukan ialah penjagaan anak, lawatan anak, hak bersama dengan anak juga berkenaan dengan mut’ah, nafkah tertunggak dan nafkah edah.


Disebabkan Rita tidak bersetuju untuk bercerai, maka pihak mahkamah mencadangkan pasangan ini melalui prosedur undang-udang iaitu Jawatan kuasa Pendamaian (JKP), yang telah ditetapkan pada 16 Mei depan.

“JKP ialah satu prosedur undang-undang iaitu apabila salah satu pihak tidak bersetuju kepada perceraian yang difailkan oleh pihak satu lagi, jadi mahkamah mengarahkan untuk melatik JKP. Ia bertujuan membincangkan bukan saja hak-hak penceraian tetapi juga berkait dengan hak selepas penceraian”

“Ini adalah lebih baik kerana perbincangan ini akan lebih terarah. JKP akan dipengerusikan oleh pegawai pejabat agama dan kedua belah pihak tidak diwakili peguam tetapi diminta untuk menghantar wakil terdiri daripada ahli keluarga atau individu yang benar faham akan situasi mereka”, jelas Mohd Zain lagi.

Sementara itu Rita juga menyatakan sebab mengapa dia tidak bersetuju terahadap tuntutan lafaz cerai suaminya itu.

“Selagi saya tidak dapat satu alasan yang kukuh kenapa saya diceraikan, selagi itu baru saya tidak setuju. Malah ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Saya tak boleh terima bila dia cakap begitu sebab sebelum dia keluar rumah awal Januari lalu, semuanya elok saja. Kami langsung tidak bergaduh. Apapun sekiranya ditakdirkan kami tiada jodoh, saya redha dengan apa yang akan berlaku”, katanya Rita ketika ditemui sebaik saja selesai prosiding tersebut. Rita turut ditemani ibu bapa, dan sepupunya sepanajng proses prosiding berlangsung.

Manakala Aidil yang dikejar para media sejurus keluar dari dewan prosiding enggan memberi komen lanjut namun sekadar berkata, “sekiranya kami ada jodoh, ada lah”.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkongsian hidup selama hampir 5 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata putera, Airit Rayyan berusia 4 tahun dan Airit Rafqa Arjuna yang semalam usianya genap setahun.

*Sumber mD

 

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

โ€œ๐˜‹๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ ๐˜ช๐˜ช ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฐโ€, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *