‘Running Man’ Kini Bersiaran 2 Kali Seminggu Di TV2

Running Man Kini Di TV2

Figura tujuh bintang Running Man memang mendapat tempat di hati penonton. Gelagat mereka sememangnya melucukan dan mencuit hati. Sejak disiarkan sejak Jun lalu menerusi saluran TV2, program variety show Running Man ini  berjaya mencatatkan jumlah kutipan penonton yang amat memberangsangkan.

Permulaan tahun 2014 iaitu 4 Januari depan menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berbesar hati menyiarkan program popular Korea Selatan ini dua hari berturut-turut, Sabtu; pukul 4.00 petang dan Ahad; pukul 4.30 petang menghiburkan hujung minggu anda seisi keluarga.

Sama-sama saksikan kesemua peserta perlu menyelesaikan misi untuk memenangi pertandingan program ini. Mereka terdiri daripada Yoo Jae-Suk dikenali panggilan Yoo-ruce Willis, Yoo Hyuk, Yoomes Bond, Grasshopper), Haha (Haroro, Penguin, Playboy), Kim Jong-Kook (Sparta-Kooks, Commander, Tiger), Gary (Peaceful Gary, Monday Boyfriend), Ji-Suk Jin (Big Nose Older Brother, Impala, Race Starter), Song Ji-Hyo (Ace, Miss Blank, Monday Girlfriend) dan Lee-Kwang So (Framer Kwang-So, Kwang-vatar, Giraffe, Icon of Betrayal, Prince of Asia).

Yoo Jae-Suk juga dikenali sebagai Yu-Ruce Willis semasa misi perlumbaan di mana dia pandai melarikan diri. Nama ini adalah parody dari Bruce Willis dalam Die Hard. Dia juga dikenali sebagai Yu-Hyuk, yang bertindak sebagai seorang pelajar popular yang boleh menari dengan baik. Dalam episod ke 38 “Usual Suspects of Man Running” , dia dikenali sebagai Yu-MES Bond, dimana dia perlu menyamar sebagai tetamu dan menghapuskan semua peserta lain dalam misi “Find the Guests”.

Variety Show Running Man

Manakala Ji Suk-Jin, ahli paling lama dalam Running Man dan dikenali sebagai “Big Nose Older Brotherfor” disebabkan oleh hidungnya yang besar. Dia sering digambarkan sebagai lemah semasa pertandingan dan sering dan mudah ditangkap.

Kim Jong-Kook pula dianggap individu paling kuat di dalam rancangan ini dan dikenali sebagai Sparta_Kook dan Komander kerana kemahirannya dalam menangkap peserta lain semasa misi perlumbaan. Sparta-Kook adalah parodi filem 300, penampilan secara tiba-tiba dan menunjukkan kekuatannya biasanya diiringi oleh bunyi teriakan “This is Sparta” diambil dari filem tersebut. Dia menggunakan taktik yang berjaya untuk menghapuskan peserta yang lain semasa misi perlumbaan.

Gary, salah seorang daripada “variety rookies”, dikenali sebagai Peaceful Gary kerana ekspresi mukanya yang tenang semasa Photo Zone Game dan di sepanjang rancangan. Dia juga dikenali sebagai GAE-Colas Cage semasa misi perlumbaan, yang merupakan parodi Nicolas Cage. Namun dia juga mudah tertipu oleh orang lain dan dikenali sebagai seorang yang keliru dengan konsep pada setiap masa.

Ha-Ha sebagai Ha-Roro kerana penampilanya yang mirip kepada watak kartun kanak -kanak “Pororo The Little Penguin”. Semasa perlumbaan, dia dikenali sebagai Ha-Rad Pitt yang merupakan parodi Brad Pitt. Dia juga sering merasakan seolah-olah dirinya adalah peneraju utama sebuah filem yang diimaginasikannya sendiri. Apabila sesuatu perkara yang berlaku tidak mengikut caranya, dia akan menyatakannya secara lisan dan menyebabkan peserta lain ketawa.

Running Man Prison Break

Salah seorang daripada “variety rookies”, Lee Kwang-Soo telah membina imej yang dikenali sebagai Framer Kwang-Soo, dimana dia sering menyebarkan khabar angin yang memalukan dan sering tidak masuk akal. Dia juga dikenali sebagai Kwang-Vatar kerana penampilan yang mirip spesies Na’Vi dalam filem Avatar dan Kwang-Potter untuk penampilan yang sama dengan Harry Potter apabila dia memakai cermin mata.

Menariknya penampilan Song Ji-Hyo, satu-satunya peserta wanita di dalam Running Man. Song Ji-Hyo dikenali sebagai Song Ji-Yok, dimana “Yok” membawa maksud “sumpah” kerana kata- kata kesatnya terhadap beberapa peserta lain seperti Lee Kwang-Soo dan Ha-Ha. Dia juga dikenali sebagai Mong Ji-Hyo, “mong” membawa maksud “keliru” ini kerana ekpresi mukanya sering menampakan dirinya berada dalam keadaan kkeliru. Semasa misi perlumbaan, dia digelar sebagai Ace kerana kemahiran dirinya dalam menangkap peserta lain sama seperti Kim Jong-Kook.

Berhibur dengan program menarik ini hanya di TV2.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

8 comments

  1. I. like running man because is funny ……?

  2. now how many episodes? can tell me

  3. Pelangi Petang II

    I like 😀

  4. Jumaat; pukul 2:00 pagi , Sabtu; pukul 4.00 petang dan Ahad; pukul 4.30

  5. Ayusuziyanti Yogie

    Very like running man… cute n funny…★★★★★♥♥♥

  6. i like running man,beacuse the game show this is funny and happening

  7. 怎么Running Man变回之前己做过,几时会恢复原状,几时会恢复原状,,请尽快恢复原状,请尽快恢复原状,请尽快恢复原状,请尽快恢复原状,请尽快恢复原状!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *