Shiha Zikir Kembali Dengan ‘Tusuk’

Nama Shiha Zikir semenangnya sinonim di persada seni kerana beliau merupakan artis serba boleh. Terkini, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘Tusuk’. Sepanjang perjalanan karier sebagai anak seni, Shiha telah berkecimpung dalam pelbagai bidang seperti penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio. Bakat-bakat yang ada dalam diri Shiha begitu terserlah sehingga berjaya melebarkan sayap ke Indonesia.

‘Tusuk’ nyanyian Shiha ini merupakan hasil nukilan daripada Iqie Hugh dan Omar K. Lagu ini banyak bermain dengan emosi kerana ia menceritakan tentang hubungan yang dikhianati oleh pasangan mahupun keluarga. Lagu ini telah menjadi lagu runut bunyi kepada drama bersiri Sekali Aku Bahagia menerusi slot Sakura dan telah mula ditayangkan di TV3 pada 28 Mac 2023, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang. Drama terbitan Mache All Star United dan diarahkan oleh Pali Yahya ini dibintangi oleh Ummi Nazeera, Nabila Huda, Keith Foo, dan Azhan Rani. Ia menceritakan tentang Aireen (Nabila Huda) jatuh cinta dengna Muaz (Keith Foo) dan mereka akhirnya berkahwin tanpa mengetahui tentang status Muaz yang sebenarnya sudah pun beristeri. Konflik bermula apabila Aireen mendapat tahu tentang Rania (Ummi Nazeera), isteri pertama Muaz dan mereka telah mempunyai seorang anak perempuan.

Menurut Shiha Zikir, “Lagu Tusuk merupakan lagu genre balada. Lagu ini menceritakan tentang perasaan kecewa, marah, sedih yang sukar digambarkan apabila pasangan yang kita sayangi berlaku curang dan mengkhianati cinta yang telah kita bina selama ini. Tentunya bila perkara ini berlaku, ia memberi impak yang besar kepada diri kita. Setiap kehidupan pastinya akan melalui pelbagai rintangan dan bagi saya sikap curang itu sebenarnya adalah satu pilihan! Hargailah mereka yang telah berkorban dan sayangi anda. Jangan lukakan hati mereka kerana manusia ini tidak sempurna.”

Selepas kejayaan lagu “AEWO”

Kejayaan yang diraih oleh Shiha banyak membantunya untuk terus kekal berada di dalam industri seni. Antaranya, mewakili Malaysia dalam Dangdut Academy Asia, melancarkan single “AEWO” berduet bersama Noki K-Clique, sekaligus meraih Anugerah InterContinental Music Awards menerusi kategori Best of Asian dengan single “AEWO”. Kejayaan terbaharu adalah meraih Anugerah Brand Prestigious Women CEO in Entertainment Industry di The IKON Awards 2022 dan merupakan pemenang bagi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-37 dengan lagu Irama.

Jangan lupa untuk dengarkan Tusuk di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang ARSB, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my.

Turut disertakan adalah lirik lagu Tusuk:

Production Credits:

Composer: Iqie Hugh & Omar K

Lyricist: Iqie Hugh) & Omar K

Producer: Iqie Hugh

Arranger: Iqie Hugh

Keyboard: Iqie Hugh

Mixing & Mastering: Audi Mok

Shiha Zikir – Tusuk

 

Verse1:

Langit yang cerah

Menyinari hari ku

Akan pasti kelabu

Seolah erti hati ku

 

Begitu deras

Bagai nafas di hirup

Dan di hembus

Kau berpaling dan lantas kau pergi

Pre Chorus:

Setelah ku mengagumi mu

Chorus1:

Kau tusuk hati ku

Kau biarkan aku

Hanyut dalam permainan mu

Mengapa ku percayakan

Segala anganan istana cinta mu

Verse2:

Begitu jelas

Berakhirnya cerita

Kau beredar

Meragut detik indah bersama

Chorus2:

Kau tusuk hati ku

Kau biarkan aku

Hanyut dalam permainan mu

Mengapa ku percayakan

Segala anganan

 

Kau bunuh jiwa ku

Malapkan mimpi ku

Hancur kasih terlerai rindu

Hanya mampu ku doakan

Agar kau kenangkan istana cinta mu

Bridge:

Ku pasti kau akan merasakan

Luka luka yang kau hiriskan

Bakal mengudang waktu

Kata cinta yang lalu

Menghantui mu

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *