TEFAL Perkenalkan ActiFry FZ7072 Untuk Memasak Makanan Lazat Dan Berkhasiat

(L-R) Dino Goh, Kelvin Mow, & Chef Anis Nabilah giving thumbs up to the Tefal ActiFry

Tefal, pembuat peralatan masak dan perkakasan rumah utama dunia, memperkenalkan Tefal ActiFry FZ7072 iaitu satu periuk yang menawarkan kaedah memasak yang sihat dan moden di samping menggunakan teknologi memasak yang praktikal. Periuk dari Perancis ini mendapat sanjungan ramai dan merupakan No.1 di Eropah dan Kanada, memastikan penggunanya dapat memasak dengan lebih mudah dan sihat serta mengekalkan rasa sesuatu makanan itu tatkala tidak menjejaskan kandungan khasiat dalamnya.  Pengguna-pengguna yang menjalani rutin kehidupan harian yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk memasak di rumah, akan mendapati bahawa Tefal ActiFry FZ7072 adalah penyelesaian terbaik untuk mereka. Golongan bekerja kini berpeluang untuk menikmati makanan sihat dan menyelerakan tanpa perlu menahan nafsu makan mereka terhadap juadah yang lazat.

Berbanding dengan cara menggoreng yang konvensional, Tefal ActiFry FZ7072 merupakan penyelesaian semulajadi dan sihat kerana ia tidak memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Periuk ini datangnya bersama sudu pengukur pintar Actifry (14ml) yang mana membenarkan pengguna-penggunanya untuk mengawal kuantiti minyak yang digunakan dalam sesuatu masakan. Untuk memasak satu kilogram makanan, hanya sesudu minyak sudah memadai dan ia menghasilkan lemak serendah 3 peratus. Maka dengan adanya Tefal ActiFry FZ7072, anda sekeluarga akan dapat menikmati juadah makanan yang lazat lagi sihat.

(L-R) Dino Goh, Kelvin Mow, & Chef Anis Nabilah with the Tefal ActiFry

“Selain memastikan diet berkhasiat dan seimbang untuk mengelakkan kegemukan, kita juga perlu mencari masa untuk memasak makanan yang sihat. Kesibukan rutin harian kita semua juga menyebabkan kita tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan yang sihat untuk sekeluarga dan akhirnya terpaksa membeli makanan dari luar ataupun berkunjung ke restoran makanan segera berhampiran, dan dengan erti lain kita menjamu makanan yang kurang kandungan khasiatnya,” kata Kelvin Mow, Pengarah Urusan, GROUPE SEB (Singapura & Malaysia). “ Di Tefal, kami sentiasa percaya bahawa terdapat cara yang lebih mudah untuk memasak makanan yang sihat untuk ahli keluarga tersayang. Teknologi terbaru kami iaitu Tefal ActiFry FZ7072 adalah merupakan revolusi kulinari yang dicipta untuk memenuhi permintaan anda. Teknologi inovatif ini ialah penyelesaian untuk mengekalkan diet sihat dan seimbang tanpa perlu mengorbankan untuk menjamu makanan yang sedap.”

(L-R) Dino Goh & Chef Anis Nabilah preparing dishes with the ActiFry

Tidak seperti penggoreng elektrikal yang biasa, Tefal telah merekabentuk ActiFry FZ7072 untuk memasak apa jua makanan segar tatkala mengekalkan kandungan nutrisinya. Dengan menampilkan sistem peredaran udara panas denyut terpaten Tefal, ia menghasilkan aliran udara panas yang seimbang sewaktu memasak, maka Tefal Actifry berupaya meningkatkan rasa semulajadi makanan yang dimasak itu tanpa menjejaskan kandungan vitamin dan khasiatnya.  Suhu memasak yang digunakan oleh periuk itu adalah terkawal pada 170°C, dan menjadikan ia sesuai digunakan untuk menggoreng sebarang jenis makanan.

Check Also

Jerayawara JBL Heart of Sound Perkenal Audio Terkini Dan Bingkai Cermin Mata

JBL®, syarikat audio terkemuka dalam industri memperkenalkan tiga pembesar suara mudah alih yang dinaik taraf, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *