Tuesday , June 28 2022

‘Untuk 3 Hari’

Sejarah perfileman Malaysia telah tercipta apabila upacara perkahwinan telah dilangsungkan di pusat membeli-belah Pavillion Kuala Lumpur baru-baru ini. Kedua-dua pasangan pengantin yang kelihatan segak dan cantik itu telah diraikan penuh meriah dengan istiadat perkahwinan Melayu. Majlis perkahwinan yang disaksikan oleh oleh orang ramai itu adalah gimik untuk promosi pelancaran filem terbaru arahan Afdlin Shauki iaitu Untuk Tiga Hari.

Para peminat mula berpusu-pusu sebaik ketibaan kedua-dua pasangan pengantin iaitu Afdlin Shauki dan Vanidah Imran serta Rashidi Ishak dan Ayu Raudhah. Pasangan pengantin ini diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar daripada pintu utama Pavillion sehingga ke pawagam GSC ditingkat lima. Afdlin dan Vanidah bersanding diatas pelamin dan istiadat merenjis dimulakan oleh penerbit filem Sharad Sharan. Setelah itu, Afdlin telah menyanyikan lagu khas untuk ‘isterinya’ Vanidah yang bertajuk Hingga ke Akhirnya.

Majlis yang gah ini diteruskan dengan acara memotong kek oleh kedua-dua pasangan pengantin sambil dihiburkan oleh penyanyi Hazama dan Fina. Sebagai penutup, para tetamu telah dihiburkan oleh penyanyi R&B tersohor negara Ning Baizura. Pengacara Ray dan Haniff telah membuat para tetamu terhibur dan tidak kering gusi dengan gelagat mereka. Majlis ini telah dihadiri oleh ramai para artis seperti Umi Aida, Fahrin Ahmad, Sharifah Amani, Norman Abdul Halim, Marsha Londoh, Sofea Jane, Farid Kamil, Adira dan ramai lagi.

Ketika ditemui, Afdlin berkata “Saya berharap orang ramai dapat menikmati filem ini kerana topik umum cerita ini yang berkisar tentang cinta dan perkahwinan.” Penerbit filem ini Sharad turut menambah “Saya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Afdlin kerana saya telah lama kagum dengan hasil kerjanya”.

Untuk Tiga Hari diterbitkan oleh penerbit Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu. Filem ini telah berada di pawagam pada 20 September 2012.

SINOPSIS 

Filem arahan Afdlin Shauki berkisahkan tentang hubungan cinta Zafrin dan Ujie yang berada didalam persimpangan dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.

Zafrin mengahwini Juwita dan Ujie berkahwin dengan Armi seorang lelaki kaya yang romantik.

Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin..

Namun, setelah mereka mengharungi tiga hari di alam perkahwinan pelbagai perasaan telah muncul dan timbul kesedaran bahawa mereka seolah-olah bermain dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan..  Adakah mereka akan meneruskan juga perjanjian untuk bersama? Adakah Armi akan melepaskan Ujie kepada Zafrin?

 

Check Also

7 Ikon Popular Bantu Isu Kemiskinan Masyarakat Islam di Afrika Timur

Seramai 7 orang ikon popular tempatan, bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.