ZIHA SALLEH Bawakan ‘CINTA MALAM PURNAMA’

Ziha Salleh merupakan anak seni industri tanah air yang telah bertapak sejak tahun 2014 sehingga kini. Terbaharu, beliau telah berjaya membawa pulang trofi Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi karya berjudul Adat Kasih dalam Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23). Kini, beliau kembali dengan single terbaharunya berjudul  “Cinta Malam Purnama”. Lagu ini merupakan lagu gabungan tradisional dan pop yang mengisahkan mengenai pasangan baharu yang sedang hangat bercinta.

Ziha Salleh atau nama sebenarnya Nor Aziha Mohd Salleh dikenali sebagai penyanyi tradisional dan lagu ‘Cinta Malam Pertama’ yang menggabungkan dua genre ini semenangnya memberi kelainan pada dirinya dan para pendengar. Lagu ‘Cinta Malam Purnama’ ini merupakan hasil nukilan daripada komposer dan penulis lirik berpengalaman iaitu Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves.

Menurut Ziha, “Cinta Malam Purnama merupakan runut bunyi bagi drama Tonton berjudul Penggali Kubur Miss Sleepwalker. Genre yang saya bawakan kali ini sangat berbeza kerana saya sememangnya dikenali oleh peminat saya sebagai penyanyi yang membawakan lagu-lagu tradisional. Ini merupakan kali pertama saya membawakan lagu yang menggabungkan dua genre iaitu tradisional dan pop. Menarik juga walaupun ini merupakan eksperimentasi saya yang pertama. Tambahan pula lagu ini juga mempunyai elemen muzik seram sesuai dengan drama yang ditayangkan ini. Saya berharap semua pendengar dapat menerima segala hasil karya saya dan terima kasih juga buat keluarga tercinta kerana memberikan saya semangat dan dorongan untuk terus berkarya dalam industri seni ini.”

Penggali Kubur Dan Miss Sleepwalker merupakan drama siri original Tonton yang bergenre Seram, Komedi dan Cinta arahan Azmi Hatta terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd. Dibintangi pelakon yang terkenal Izzue Islam dan Riena Diana disiarkan eksklusif hanya di platform penstriman video Tonton yang mempunyai 10 episod bermula 12 Mac 2023. Strim live online drama Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker di aplikasi Tonton atau di www.tonton.com.my untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Jangan lupa untuk dengarkan Cinta Malam Purnama di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital.

Turut disertakan butiran lanjut berkaitan lagu Cinta Malam Purnama:

Komposer: Iqie Hugh , Firdaus Rahmat & John Jeeves

Penulis Lirik :Iqie Hugh , Firdaus Rahmat & John Jeeves

Penerbit/ Arranger/Keyboard: Iqie Hugh

Mixing & Mastering: Felix Voon

Label : Alternate Records Sdn Bhd

Artist: Ziha Salleh

Judul:  Cinta Malam Purnama

Verse1:

Ding dang ding

Jam loceng dah berbunyi dang ding

Sudah tiba waktu yang di nanti

Jemput ku datang kemari

 

Ding dang ding

Tepat jam dua belas dang ding

Menjelma diri ku menghampiri

Akhirnya kita disini

 

Pre-Chorus:

Harumnya bunga mawar merah

Buat hati terpukau yang melampau

 

Chorus:

Bila awan dileraikan

Jaga – jaga kau dijagakan

Berteman kejelitaan

Cinta bulan purnama

Dengar luahan hati ku

Denyut – denyut nadi untukmu

Malam diseri sempurna

Cinta bulan purnama

 

Verse2:

Ding dang ding

Kan ku bawa mu pergi dang ding

Ke dunia ku alam tersembunyi

Sehala takkan kembali

 

Bridge:

Cinta malam purnama

Cinta malam pertama

Kau dan juga aku

Kita kan menuju

Lembah berlagu rindu

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *