SO Staff

Konsert ‘G-Dragon 2013 1st World Tour : One of a Kind in Malaysia’ Mantap

Selepas di Korea, Jepun, China, Taiwan Hong Kong, Thailand dan Indonesia, konsert  G-Dragon 2013 1st World Tour : One of a Kind in Malaysia, Kuala Lumpur menjadi destinasi kedua terakhir pemilik nama sebenar Kwon Ji-yong atau lebih dikenali seantero dunia dengan nama pentasnya, G-Dragon (GD), meneruskan persembahan penuh memukau di hadapan lebih lebih 25 000 peminat.
Tepat jam 8.10 malam, tirai konsert dibuka dengan klip video GD memecut dengan kereta sport melintasi alam semesta CGI. Dia hilang kawalan lalu merempuh terus dinding dan terus ‘menembusi’ pentas dengan sebuah props kereta kaca futuristik dan langsung menyanyikan single terbarunya, MichiGo (Go Crazy). Tanpa membuang masa, ketua grup sensasi Korea, BigBang, ni meneruskan dengan lagu pertama projek solonya,Heartbreaker“What’s up Malaysia!!! Selamat datang ke konsert saya!”, sapa GD lalu diteruskan dengan laguOne Of The Kind.
Selepas beberapa minit meninggalkan pentas, GD kembali menerusi segmen kolaborasi yang menampilkan dua artis undangan. Lagu pertama, Light It Up, menyaksikan paduan GD dan Tablo. Gamat satu stadium kerana sangka peminat, Tablo muncul di pentas tapi rupa-rupanya… hanya di skrin. Kemudian giliran tetamu kedua, ditampilkan CL (anggota kumpulan 2NE1) menerusi lagu The Leaders. GD di pentas, CL di skrin, style!

GD kembali solo, kali ini membawa peminat ke mood lebih sentimental dengan lagu Butterfly – ketika lagu ini, props ‘rama-rama gergasi’ memenuhi pentas. Disusuli Missing You, versi akustik. “Hey!!! Anda semua seronok?! Saya rindu awak semua!!! Seronok dapat kembali ke sini dan berjumpa lagi dengan anda semua!”, sapanya sekali lagi kepada peminat.
Konsert kembali rancak bila mana GD mendengdangkan Without You, Shine a Light dan Today sambil figura berusia 25 tahun ini menunjukkan kelebihannya ber-DJ. Turut dipersembahkan lagu This Love, One Year Station, Obsession, Breath dan She’s Gone, sebelum meninggalkan pentas. Suasana tiba-tiba bertukar cemas apabila GD tersangkut (2 kali) ketika membuat aksi ala meluncur di tali namun beberapa saat dia tergantung, dan kemudian selamat mendarat ke pentas lalu menyanyikan lagu Crayon. Istimewa buat peminat, didendagkan dua lagu hits BigBang, Fantastic Baby dan Bad Boy.
Menelan kos RM4.5 juta, dengan props yang gah, pencahayaan yang sangat menakjubkan, gimik dan showmanship dramatik. Ditambah dengan penampilan istimewa Taeyang muncul mendendangkan Where You At dan Break Down. Secara keseluruhan, konsert selama 2 jam anjuran Running Into The Sun (RITS) ini berjaya membuktikan penerbit, penulis lirik, penyanyi, ikon fesyen ini adalah seorang penghibur sejati.
“Terima kasih kerana tersu menyokong saya. Saya pasti akan kembali lagi ke sini. Jangan lupa dapatkan album solo saya yang terbaru pada Ogos ini. Saya akan kembali ke sini lagi dengan saudara-saudara saya, BigBang. Saya harap anad tidak akan melupakan saya”, pesannya kepada peminat sebelum beredar meninggalkan pentas.
[nggallery id=172]

Pierre Andre Selamat Diijabkabulkan Dengan Siti Nur Hidayah Hashim

Selepas empat bulan mengikat tali pertunangan, pelakon dan pengarah Pierre Andre akhirnya sah bergelar suami kepada model Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dengan sekali lafaz, tepat jam 2.06 petang tadi. Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang.Pemilik nama sebenar, Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, telah dinikahkan oleh Ybhg. Ustaz Zuhdi Razali.

Nurhidayah atau lebih mesra dengan panggilan Yaya menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.
Pierre yang juga merupakan anak sulung kepada dramatis terkenal, Khatijah Tan, memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa wang hantaran, telekung, set wangian Incanto, sebuah beg tangan berjenama Guess, seutas jam tangan berjenama Guess, set barang kemas Habib Jewels dan sebuah telefon bimbit iPhone5.
Sebagai balasan, Yaya memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa tiga buah buku ilmiah, sepasang kasut New Balance, Coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set Kamera, set wangian Eternity, PSVita Wifi limited edition, sebentuk cincin dan sireh junjung.
Pengarah filem I’m Not Single itu segak berbaju kot dan Nurhidayah anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat, rakan  dan para wakil media.
Menurut Pierre majlis resepsi kedua-dua pihak akan dilakukan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Bagaimanapun tarikh dan tempat masih belum ditentukan.
[nggallery id=171]

Shah Jaszle Sah Putus Tunang

Jika semalam Shah Jaszle dikatakan menyerang pasangan khalwatnya di sebuah bank di bangsar namun hari ini keluar pula cerita yang menyatakan sebenarnya beliau telah pun putus tunang dengan Redzwani Puteri pada 10 Jun 2013 yang lepas.Ia disahkan oleh wakil keluarga Redzwani Puteri kepada Berita Harian.

Menurut laporan Berita Harian ibu bapa Redzwani Puteri telah berkunjung ke rumah keluarga Shahz Jaszle pada 10 Jun 2013 lalu untuk memulangkan dua bentuk cincin sebagai tanda putus tunang.

“Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shahz. Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shahz lagi”

“Hubungan itu diputuskan selepas keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan oleh Shahz kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas dia ditangkap khalwat,” ujar wakil keluarga Redzwani Puteri.

“Selama ini kami berdiam diri dengan harapan Shahz akan berterus terang mengenai status sebenarnya namun dia tidak berbuat demikian & peminat mula melemparkan kata kata kurang enak kepada Redzwani”

“Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, tetapi dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri dan apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Shahz, dia akan menangis”

Wakil keluarga Redzwani Puteri juga menyangkal dakwaan yang mengatakan Shahz Jaszle terpaksa bertunang sebaliknya mereka memang suka sama suka, jika tidak masakan majlis pertunangan di’sambut secara besar besaran di rumah keluarga pihak perempuan.

Monoloque & Isteri Perkenal Anak Di Majlis Aqiqah

BERTEMPAT di kediaman ibu bapa isteri Loque, Dahlia Nadirah, berlangsungnya satu majlis cukur jambul buat anak sulung mereka. Bermula pada jam
9 pagi, majlis disertakan dengan nyanyian marhaban dan bacaan ayat suci al-Quran.

Anak sulung pasangan Khairil Ridzwan atau lebih dikenali dengan nama popularnya Loque dan isteri, Dahlia Nadirah ini dilahirkan pada 17 April 2013, jam 3.36 petang secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bayi yang diberi nama Anggerik Dang Jelita Binti Khairil Ridzwan ini seberat 2.78kg sewaktu dilahirkan.

Anggerik Dang Jelita merupakan cucu kedua kepada ibu bapa Loque, Dato’ Annuar Maarof dan isteri, Datin Hairul Bariah. Manakala bagi sebelah keluarga perempuan pula, Anggerik merupakan cucu ketiga kepada ibu bapa Dahlia, Encik Juhari Ibrahim dan Puan Normah Yusoff.

“Saya berasa syukur dengan kelahiran anak sulung saya, Anggerik Dang Jelita, bagaikan tidak percaya yang saya kini seorang ayah. Saya juga anggap ini adalah rezeki berterusan oleh Allah S.W.T.. Sewaktu sibuk dengan Versus dan persembahan lain lagi, saya banyak membahagikan masa kerjaya dan bersama isteri dan anak saya. Saya bagaikan tidak mahu melepaskan setiap masa yang saya ada bersama isteri dan anak saya. Ini pengalaman dan perjalanan baru dalam sisi hidup saya sejak berkecimpung dalam dunia seni sejak sekian lama,” Kata Loque ketika ditanya mengenai kelahiran bayi sulungnya itu.

Ini pula kata isteri, Dahlia Nadirah, “Saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa Loque dan saya kerana sepanjang saya mengandung dan bersalin, mereka bagaikan menantang minyak yang penuh kepada saya. Saya bersyukur juga kepada Allah S.W.T. kerana diberi ketenangan ketika bersalin walaupun menghadapinya adalah satu pengalaman yang baru dan mencabar.”

Majlis Aqiqah ini juga turut dihadiri oleh rakan-rakan dan saudara-mara kedua-dua belah keluarga.

 

Kredit Foto oleh Kadir Chan

Kabel TV Digital & Khidmat Internet ABNxcess Dilancarkan

Kabel TV digital dan khidmat internet berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia berjenama ABNxcess telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 9 June 2013.

Perkhidmatan TV berbayar dengan tagline “Akses Untuk Semua” dibawah naungan syarikat Asian Broadcasting Network (ABN) Sdn Bhd, dengan harga serendah RM158.99 sebulan, penguna dapat menikmati lebih 50 siaran TV seluruh dunia bersama 10 siaran definasi tinggi (HD) selain lapan siaran percuma TV tempatan bersama tujuh siaran radio tempatan dan capaian internet selaju 10mbps.

Datuk Seri Najib Razak yang ditemui ketika merasmikan majlis pelancaran ABNxcess bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil berkata “Saya yakin pelancaran ini akan menandakan satu era baru dalam penyebaran maklumat dan hiburan di seluruh negara, Ini ialah apa yang kerajaan mahu lihat”.

ABN berjanji kepada pelanggan mereka bahawa mereka tidak perlu bimbang tentang cuaca buruk yang mengganggu TV seperti yang dialami mereka.”Pelanggan ABNxcess boleh menikmati TV definisi tinggi tanpa gangguan cuaca,” kata Pengerusi ABN Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Untuk perkhidmatan jalur lebar, ABN menawarkan kelajuan 10Mps, 30Mbps dan 50 Mbps pada pakej RM129, RM219 dan RM369 sebulan. Perkhidmatan TV berbayar ABNxcess akan mengenakan kos tambahan RM29.99 untuk 50 saluran dengan tambahan ‘free-to-air TV’, radio dan aplikasi permainan.

ABNxcess juga termasuk 10 saluran definisi tinggi (HD) tanpa sebarang caj tambahan. Perkhidmatan ini pada peringkat awal akan dilaksanakan di 24 kawasan di Lembah Klang dan Johor Baru, dengan perkembangan yang dijangka kawasan-kawasan lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

Majlis pelancaran tersebut turut disertai dengan sebuah konsert khas percuma buat peminat & pengunjung yang dimeriahkan dengan persembahan daripada Dato M.Nasir, Soo Wincci, Najwa Latif, One Nation Emcee & Anuar Zain.

 

[nggallery id=170]

Yana Samsudin Ada Deria Keenam?

Pelakon cantik manis, Yana Samsudin mendedahkan bahawa dirinya memiliki kelebihan deria keenam sejak dari kecil lagi. Selain itu, Yana juga mengakui kerap mengalami mimpi dan perkara itu akan menjadi kenyataan di alam realiti atau lebih dikenali sebagai Dejavu.

Menurutnya lagi, dia juga sering berjumpa dengan gumpalan rambut di bilik air walaupun sudah membersihkan bilik air sebelum ini.

“Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi perkara ini merunsingkan fikiran. Saya tenggelam punca kenapa tiba-tiba demam dan selalu jumpa rambut. Sampai satu tahap, saya tildak boleh fokus berlakon disebabkan badan dan otak terlalu penat.

“Keadaan semakin teruk bila saya berlakon cerita seram. Selalu saya jumpa gumpalan rambut di bilik air, walhal saya sudah bersihkan bilik sebelum keluar. Bila belek, rambut itu panjang, sedangkan rambut saya pula pendek. Tak ada orang lain gunakan bilik air saya melainkan saya seorang,” jelasnya yang dipetik menerusi Metro Ahad, hari ini.

Apa pun, semoga Yana terus sukses dan tabah menghadapi dugaan. Menjadi seorang bintang nampak indah tapi banyak dugaan menanti dibelakang hari. Teruskan melangkah dengan lebih kuat.

Erra Enggan Sebut Nama Ustaz Azhar Idrus?

 

Isu hangat terbaru, dikatakan Erra Fazira enggan menyebut nama penceramah terkemuka negara, Ustaz Azhar Idrus semasa promo pencarian rancangan terbaru Astro Oasis iaitu Pencetus Ummah. Mungkin Erra terlupa untuk menyebut nama Ustaz Azhar semasa promo iklan astro dalam rancangan Primadona.

Semasa rancangan ‘live’ apa pun boleh jadi, biar berapa banyak kali hafal skrip pun, kita mesti tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Janganlah cepat menghukum Erra dengan mengatakan dirinya tidak mahu menyebut nama Ustaz Azhar kerana ustaz tersebut merupakan pro kepada parti Pas.

Harap-harapnya minda orang kita ni lebih terbuka dan tidak sewenang-wenangnya menghukum orang lain tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu.

‘I Still Love You’ Single Kedua Dari ONCE

ONCE atau nama sebenar Elfonda ‘Once’ Mekel merupakan seorang bintang yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Indonesia mahupun Malaysia. Beliau mula dikenali sejak menganggotai Dewa pada tahun 1999.

Sejak beliau keluar secara rasmi daripada kumpulan Dewa pada 2011,Once kini bergerak secara solo dibawah label Aquarius Muzikindo.Sebelum ini beliau telah popular dengan lagu ‘Hilang Naluri’ yang merupakan single pertama beliau menerusi album Once. Kini Once muncul dengan single kedua yang berjudul ‘I Still Love You’ yang merupakan sebuah lagu slow rock hasil ciptaan Younky Soewarno,Marijati dan Lina.

Album ini boleh didapati pada harga RM27.90 yang merupakan satu lagi edaran Warner Music Malaysia Sdn Bhd.

 

 

 

‘Saya Tidak Sekuat Yang Disangka kan’ – Kim Jong Kook

Atas nama Running Man Sparta Kim Jong Kook First Malaysia Showcase 2013, malam tadi figura yang terkenal dengan panggilan “Sparta” atau “Komando” ini bertemu sekaligus menghiburkan kira-kira 2000 peminatnya. Mini konsert tersebut berlangsung selama 2 jam ini di adakan di Pusat Konvesyen HGH, Sentul, malam tadi.
Pada konsert tersebut penyanyi dan personaliti TV berusia 37 tahun ini bukan hanya mendendangkan lagu-lagu hitsnya malah meluang masa bermain game bersama peminat-peminat bertuah.  Tepat jam 8.45 malam, Jong Kook yang tampil dengan penampilan cukup santai – hanya baju-T dengan kot dan berseluar pendek muncul mempersembahkan lagu Today More Than Yesterday.
Jong Kook terkenal dengan susuk tubuh  badan yang sasa dan ketangkasan serta ‘kelicikan’ dalam Running Man lantas membuatkan beliau dikenali dengan jolokan Sparta. Namun semasa sesi temubual sewaktu di showcase malam tadi, Kemudian menyusul sesi game bersama peminat. Sebanyak empat segmen game dijalankan yang mana dua daripadanya adalah game Running Man iaitu Flamingo (chicken feet), Tag Name. Manakala dua permainan lagi ialah KJK Dream Girl dan Ice Breaking.
Menarik semasa segmen KJK Dream Girl, beliau telah memberitahu ciri-ciri wanita idamannya iaitu mestilah mempunyai mata yang besar, berwajah bulat, berambut panjang, memakai snickers dan berkulit sawo matang. Setelah memilihkan salah seorang peminat yang dirasakan menepati ciri-cirinya gadis idamannya, rupa-rupanya gadis itu memberitahu yang dia sebenarnya sudah berkahwin.
“Mereka menggelarkan saya “Sparta” mungkin kerana tubuh saya yang sasa. Tapi saya tak lah sekuat dan sesasa mana pun, seperti mana yang anda fikirkan. Anda semua rasa saya kuat? Seperti yang anda semua lihat sekarang, saya sebenarnya seorang sangat pemalu. Dan setiap kali dalam Running Man, saya tetap perlukan tuah”, katanya.
Selepas itu Jong Kook meneruskan persembahan dengan lagu Men Are Like ThatDon’t Be Too Good To Me,Star, Wind, Sun and Love dan Loveble. Istimewa, turut dinyanyikan sebuah lagu lama berjudul Twist King iaitu lagu sewaktu dia menganggotai kumpulan Turbo, kira-kira sepuluh tahun lalu.
“Saya tidak menjangka sokongan begitu padu daripada anda semua peminat-peminat Malaysia, seperti malam ini. Saya betul-betul rasa bertuah. Terima kasih atas sokongan anda dan teruskan menonton rancangan kami, Running Man, katanya sebelum sebelum mengakhiri persembahannya dengan agu balada, One Man.

Sebelum itu, seawal jam 8 malam, showcase anjuran New Pro Star, PMP Entertainment dan Running Into The Sun ini turut menampilkan penyanyi tanah air Henley Hii dan bintang dari Taiwan, Virus yang membuat persembahan pembukaan.
Petang ini, Jong Kook akan berada di Paradigm Mall untuk sesi bertemu mesra dengan peminat pada jam 2 petang.
*credit mD
[nggallery id=169]

Linkin Park “Living Things” World Tour Live in Malaysia 2013

Selepas hampir sedekad mengadakan konsert di Malaysia, kumpulan metal, Linkin Park bakal kembali beraksi di sini sempena konsert jelajah dunia ‘Living Things’ yang bakal diadakan pada 19 Ogos depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8:00 malam.

Kumpulan yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah platinum khusus untuk kumpulan rock ini dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave ‘Phoenix’ Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

Band yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini turut berjaya menjual album mereka lebih 50 juta unit di seluruh dunia dan menjadi kumpulan muzik terbesar di Facebook apabila berjaya mengumpul seramai 53 juta peminat. Jumlah itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Apabila mereka melahirkan album pertama berjudul Hybrid Theory, 13 tahun lalu, Linkin Park mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis pertama yang mempunyai 10 single yang berjaya mendaki carta popular stesen radioAlternatif di Amerika Syarikat .

Kini dengan terhasilnya album terbaru berjudul Living Things (Machine Shop Recordings /Warner Bros) Linkin Park sekali lagi membuktikan mereka lebih hebat daripada kumpulan lain abad ini apabila album terbaru itu mencapai jualan nombor satu di lebih 20 buah negara.

Kecemerlangan kumpulan yang terkenal dengan lagu In The End, Numb dan Somewhere I Belong ini bukan saja dari segi muzik tetapi juga dari segi kerja amal yang dilakukan. Pada tahun 2005, Linkin Park menubuhkan Music For Relief 501 © (3) iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan.

Dari videografi hinggalah kepada persembahan pentas ikonik yang tidak dilupakan, Linkin Park sentiasa memiliki paparan visual yang sesuai dengan muzik mereka sekaligus menjadikan mereka berbeza dengan band lain yang sedia ada. Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 “Living Things’’ ini dibawakan oleh The Wonderland+.

Peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara. Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka akibat kesuntukan masa.

Tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas manakala untuk tempat berdiri bebas tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 untuk kategori VIP. Bagi mereka yang membeli lebih awal iaitu sepanjang tempoh pra jualan bermula 21 hingga 30 Jun depan, diskaun sebanyak 10 % akan diberikan kepada mereka. Mereka yang berminat boleh melayari laman www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian (+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus.

 

One Republic Live In Malaysia 2013

One Republic bakal mengadakan persembahan mereka di Surf Beach,Sunway Lagoon pada 31 Oktober 2013.  Segala butir-butir mengenai tiket bakal diberitahu kelak.