Anda punyai bakat? Jika ya, sila muatnaik video kreatif anda di keek.com atau youtube .Astro Indo Pek sedang membuat peraduan “Haha Hihi” Hu Hu? bermula 16 – 30 Mei 2013 ini.
Anda hanya perlu menghantar video yang berdurasi 3 minit (Standup comedy).Setiap video yang dihantar haruslah mempunyai perkataan Ha Ha, Hi Hi dan Bintang atau Pelangi atau Indopek.
Syarat-syarat serta cara menyertai peraduan adalah seperti dibawah :
Pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo diberitakan telah memeluk agam Islam. Sejak semalam, nama jejaka ini menjadi bualan di laman sosial Twitter dan ramai memperkatakan tentang Calvin telah bergelar saudara baru (mualaf).
Di beberapa blog di internet menyebut, Calvin Thoo telah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang semalam dengan disaksikan Ustaz Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi.
Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.
Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun. Beliau mempunyai label jenama sendiri dan butik yang terletak di tingkat 4, pusat membeli belah Lot 10. Calvin juga sering menjadi pereka fesyen untuk artis tanah air sempena acara besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan banyak lagi.
Blu, Jewel and their three kids living the perfect domesticated life in the magical city that is Rio de Janeiro. When Jewel decides the kids need to learn to live like real birds, she insists the family venture into the Amazon. As Blu tries to fit in with his new neighbors, he worries he may lose Jewel and the kids to the call of the wild. ‘Rio 2’ is set to open in cinemas 10 April 2014.
FEMES BAZAAR kali ketiga dan yang terbesar bakal diadakan di Menara Ikhlas, Presint 2,Putrajaya bersempena dengan Himpunan Jutaan Belia dari 23 – 26 May 2013 bermula jam 10 pagi hingga 9 malam. Ia adalah kolaborasi diantara Femes Bazaar dengan Kementerian Belia Dan Sukan.
Ia juga bakal dijayakan oleh 27 orang artis dan juga penyertaan para ‘blogshop’ yang terkenal. Hampir 100 buah tapak perniagaan bakal beroperasi sepanjang acara ini. Antara-antara artis-artis yang bakal menjayakan FEMES BAZAAR kali ini adalah :
SEARCH
BOBOI by AFDLIN SHAUKI , HARUN SALIM BACHIK , NABIL
BAAJOOKOO by YASMIN HANI , DAPHNE IKING , ATILIA HARON
SF by SAZZY FALAK
BHUMI BATIK by AISHAH SINCLAIR
INTAN LADYANA
RACK by KILAFAIRY
FASHIONISTA SPHINX by HANEZ SURAYA
HERMANAS by ANZALNA NASIR
JULIA ZIEGLER
AINUL COOKIES by AINUL AISHAH
RAJA FARAH
AIDA KHALIDA
VOX TRIBE by NOH SALLEH
KARL SHAFEK
NAWHKI by IKHWAN HOT FM
BUNKFACE
FORTEEN
SALAM MUSIK
FIMIE DON
ILA DAMIAA
MIRA TILU
HIJABLISTA by MELDA AHMAD
Yang dinanti-nantikan “Tiger” dari paling popular Korea Variety Show “Running Man” – SPARTA Kim Jong Kook ditetapkan untuk bertemu dengan para penggemarnya Malaysia pada 14 Jun 2013, 8 malam di HGH Convention Centre. “Running Man (SPARTA) Kim Jong Kook Showcase Malaysia 2013 dibawakan khas oleh New Pro Star, PMP Entertainment dan Running into the Sun.
Penjualan tiket secara rasmi akan dimulakan pada 9 Mei 2013 (Khamis) 10 pagi. Semua tiket boleh didapati melalui agen tiket rasmi Tiket Charge kecuali untuk penjualan tiket VVIP yang hanya boleh didapati melalui New Pro Star.
KATEGORI
HARGA
VVIP
RM 380
VIP
RM 280
PS1
RM 190
PS2
RM 140
PS3
RM 100
* Semua harga tiket tidak termasuk RM 3 untuk harga pemprosesan.
Selain itu, pemegang tiket VVIP dan VIP diberikan waktu priority apabila top up RM 100 untuk pas foto tiket (yang memberikan hak seseorang untuk satu kelompok foto dengan Kim Jong Kook dan pemegang tiket lainnya dalam kelompok 8 orang dalam satu foto) sampai 31 Mei 2013, dan terbuka untuk kategori pemegang tiket yang lain selepas tarikh ini. Pas mengambil Foto disediakan melalui istilah “siapa cepat dia dapat”. Khabar baiknya adalah bahawa, semua VVIP, VIP dan pemegang tiket PS1 berhak untuk “lucky draw” untuk memenangi pas Autograph yang terhad. Sesi Autograph akan dilakukan pada hari berikutnya dan tempat akan diumumkan!
Dalam showcase, Kim Jong Kook akan menyanyikan lagu-lagu live dan bermain permainan dengan para penggemar. Kim Jong Kook menantikan saat gelak-ketawa dan keseronokan dengan anda. Anda juga mungkin orang yang bertuah mengambil kesempatan untuk memiliki interaksi yang intim dengannya! Peluang sesi foto bersamaan dengan keseronokan sesi autograph dinantikan. Dengan itu, jangan kehilangan peluang ini untuk berdekatan dengan Kim Jong Kook pada Jun ini!
Filem yang diterbitkan oleh Star Scope Production Sdn Bhd ini bukan saja menampilkan Ain sebagai pengarah malahan Ain juga merupakan penerbit bersama dan turut membintangi filem ini. Dengan kos sebanyak 1.7 juta dan mengambil masa penggambaran selama 23 hari di sekitar Rawang, Gombak dan Kuala Lumpur, Ain bergelut membahagikan dirinya kepada tiga peranan penting namun usahanya berbaloi dengan meletakkan Jep dan Shuib Sepahtu sebagai teraju utama yang umumnya mengetahui kekuatan mereka dalam melontarkan komedi kepada penonton.
Tidak henti di situ, Ain cuba memanupulasikan karektor Abon yang tampil serius menerusi filem ini. Begitu juga dengan penampilan Didie Alias dan Syamsul Yusof yang dilihat mampu mencuri perhatian penonton.
Filem yang berkisarkan dua beradik, Sam dan Mun dengan trademark mereka, ‘kemas balik selepas mencuri’ sering mencetuskan kemarahan ibu mereka. Segalanya berubah dengan kedatangan Que, seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua. Namun Que sebenarnya mempunyai misi tersendiri yang akhirnya menjebakkan kesemua karektor-karektor di dalam filem ini.
Walaupun terselit elemen aksi dalam komedi, filem ini masih bersifat santai yang mana tidak membebankan pemikiran penonton yang sememangnya inginkan hiburan dan mesej ringkas dari sesebuah filem komedi itu. Cetusan idea filem ini juga telah menarik minat Naza World Sdn Bhd untuk menaja penggunaan motor-motor dalam filem ini selain sebuah motor untuk peraduan yang dianjurkan oleh pihak produksi filem ini.
Filem ini telah pun menemui penonton pada 16 Mei,ia turut menampilkan Wan Maimunah, Yassin Elias, Faiz Raja Lawak, Yank Kassim dan muka baru seperti Aida AF dan Kay AF serta ramai lagi.
Aktress cantik & jelita sensasi Indonesia Luna Maya baru-baru ini telah berada di Malaysia bagi menghadiri Majlis pelancaran filem pengarahan pertamanya berjudul Pintu Harmonika di Hotel Mandarin Oriental di sini pada 16 Mei 2013.
Filem Pintu Harmonika yang merupakan percubaan pertama Luna mengarahkan filem tersebut bersama-sama dengan dua pengarah lain iaitu Sigi Wimala dan Ilya Sigma.
“Ia merupakan sebuah filem yang dipecahkan kepada tiga plot cerita dengan pengakhiran yang sama. Mujurlah ada bantuan dua pengarah yang membuatkan kerja saya sedikit senang, cuma yang sukarnya ketika menjalani pasca produksi di mana ia memerlukan penelitian yang sepenuhnya agar perjalanan cerita tidak meleret,” ujar Luna ketika di sidang media majlis pelancaran tersebut.
Pintu Harmonika yang diterbitkan oleh Malka Pictures turut dibarisi pelakon Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, Barry prima, Jenny Chang, Adam Putra Pertama dan Nasya Abigail. Filem ini juga akan ditayangkan secara eksklusif menerusi saluran Astro First, serentak dengan tayangan di pawagam Indonesia pada 23 Mei ini.
Para pelanggan yang ingin menonton hanya perlu membayar RM15 bagi setiap tempahan dan filem tersebut akan ditayangkan dalam tempoh masa 48 jam.
Jika tiga bulan lepas, penyanyi wanita popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Chris Dalton selamat menyambut kelahiran bayi lelaki pertama mereka. Kini Ning & Omar sudah bersedia untuk memperkenalkan bayi tersebut kepada umum pada satu majlis sidang media yang diadakan di ibu kota pada 16 Mei 2013.
Bayi sulung mereka yang diberi nama Ryan Sky Dalton seberat 3.47kg itu yang lahir pada 31 Januari lalu, Ning ‘menyorok’ wajah anaknya daripada umum kerana mahu mengikut pantang larang ibunya.
Difahamkan sebelum ini, Ning pernah merancang untuk menghantar gambar Ryan kepada media namun di saat akhir dia membatalkan perkara itu supaya anaknya itu diperkenalkan dalam satu majlis lebih teratur.
“Terima kasih kepada pihak media yang sabar menunggu detik indah ini sejak saya melahirkan Ryan tiga bulan lepas. Alhamdullilah..walaupun diuji dengan dugaan semasa dia dijangkiti demam kuning, Ryan sembuh dengan cepat tanpa masalah kesihatan,” jelas Ning kepada pihak media.
Samsung Electronics Co., Ltd., a global leader in digital media and convergence technologies, announced it is expanding the ATIV brand to include its leading Windows® -based PCs. ATIV, previously the brand for the company’s Smart PC Windows-based hybrid devices, now represents the convergence of PC and mobile technologies and unites all of Samsung’s Windows PCs and devices under one cohesive brand. In tune with the needs and wants of today’s evolving consumers, the Samsung ATIV line offers a variety of market leading Windows PC devices designed to extend the mobile experience from their handset to laptop and vice versa, making work more seamless and life more convenient.
“For the past three years, Samsung has been the fastest growing PC brand[1],” said David Song, Senior Vice President of PC Sales and Marketing. “Our new ATIV brand will enable us to maintain this growing momentum and continue to offer our customers breakthrough technologies and innovation in Windows PC that will enhance the way they live and work.”
Flexibility and Convenience Across Devices
Along with this brand evolution, Samsung is introducing SideSync technology to all Windows-based PCs, the first of many new ATIV features available this year, which enables users to switch from working on their PC to an Android-based Samsung smartphone with simplicity and ease. With SideSync, users’ PC and mobile device become one. Consumers can use their PC keyboard to respond to a text on a mobile phone; view larger maps, photos and multimedia displayed on both devices to make editing files even easier; or use their PC to back up and charge their mobile device – allowing users to get back to the task at hand with less interruptions to work and everyday life.
Current products that will be renamed beginning April 29th include Samsung Notebooks (Series 9, Series 7 Chronos, Series 5 Chronos, Series 7 Ultra, Series 5 Ultra, Series 5 510, Series 3, 370, Series 3 300); Samsung ATIV Smart PC and Smart PC Pro; and Samsung All in One PC (Series 5, 7 and 3).
Samsung, ATIV, SideSync and ChatON are all trademarks of Samsung Electronics Co., Ltd. Other company names, product names and marks mentioned herein are the property of their respective owners and may be trademarks or registered trademarks.
*All functionality, features, specifications, and other product information provided in this document including, but not limited to, the benefits, design, pricing, components, performance, availability, and capabilities of the product are subject to change without notice or obligation.
Penyanyi & komposer, Keroz Nazri telah melancarkan muzik video untuk single keduanya yang berjudul Sedia Bercinta Lagi.Lagu yang pernah memenangi Anugerah Lagu Terbaik Cipta Express MACP 2012 telah dihasilkan ketika Keroz menghadiri acara Cipta Ekspres anjuran Badan Perlindungan Hakcipta Muzik (MACP) pada tahun 2012 yang merupakan tahun kelapan penganjurannya. Lagu ciptaan Keroz manakala liriknya adalah nukilan Eenaz Mokhtar mendapat sentuhan dari Firdaus dari segi susunan muziknya.
Muzik video Sedia Bercinta Lagi yang berkonsepkan “outdoor” ini diarahkan oleh Phuture Phlow Film di sekitar bulan Mac 2013.Penggambaran muzik video ini dirakam di beberapa tempat iaitu Pulau Pinang, Georgetown dan Batu Ferrighi. Untuk mendapatkan latar belakang bangunan-bangunan lama & bersejarah, beberapa lokasi telah dipilih untuk penggambaran antaranya Jalan Muntri, Lorong Love, Pantai Teluk bahang, Lebuh Light, Pantai Baru Ferringhi,Jalan Penang, Lebuh Pantai dan Jalan Tun Syed Barakbah.
Muzik Video ‘Sedia Bercinta Lagi’ ini telahpun dilancarkan di youtube pada 1 Mei 2013 yang lalu tepat jam 11:11 minit pagi. Ketika diajukan soalan kenapa beliau memilih tarikh 1 Mei 2013 jam 11:11 pagi, ini jawapannya :
“Saya memang menyukai no 1 dan selalu ingin menjadi NO 1 dalam apa-apa jua yang saya lakukan.” Kata Keroz Nazri. “Tambahan pula tarikh 1 Mei merupakan Hari Buruh dan cuti umum. Jadi saya merasakan ramai yang boleh menyaksikan MV saya ini apabila dilancarkan nanti” tambah peserta Masterchef Selebriti 2 ini lagi.
Dari tarikh pelancaran tersebut hingga kini, MV ini telah ditonton lebih 11 ribu pelayar youtube. Ini merupakan perkembangan yang sangat baik bagi sebuah lagu baru apabila mendapat tontonan yang tinggi dalam tempoh 2 minggu.
Sekali lagi Bleu Nagas Production dengan terbitan bersama Pusat Sains Negara (PSN) menampilkan drama Planet Kiara musim kedua setelah mendapat sambutan agak menggalakkan sepanjang tayangan musim pertama yang lepas. Projek ini adalah bersempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi National 2012 dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia (MOSTI). Planet Kiara 2 akan memulakan tayangannya pada 12 Jun 2013 setiap selasa hingga khamis bermula jam 6.30 hingga 7.00 di saluran TV3. Sebelum memulakan tayangan musim kedua, Pusat Sains Negara dan Bleu Nagas akan menayangkan semula musim pertama Planet Kiara.
Menggunakan pendekatan teknologi sains dalam menyelesaikan masalah harian di dalam drama ini, pihak produksi telah menggunakan khidmat nasihat sepenuhnya dari panel khas Pusat Sains Negara, UTM ICC dan proffesor yang terpilih sebagai rujukan bagi kesahihan kes-kes sains di dalam setiap episod bagi melancarkan perjalanan penggambaran drama ini.
Planet Kiara merupakan garapan pengarah kreatif Amy Mazurah dan pengarah filem Bada Hj Azme yang tidak asing lagi dalam industri pengarahan tanah air kita. Juga menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Datuk RahimRazali, Datuk Jalaludin Hassan, Faradhiya, Sharifah Sakinah, Firdaus Ghufran, Heela Monica, Hanif Safuan, Nur Jannah dan ramai lagi.
Dalam drama ini, Robot PSN 1 telah digunakan untuk menggerakkan lagi perjalanan cerita ini. Robot humanoid yang pertama di Malaysia ini adalah berbentuk seperti manusia yang dibawa terbang khas secara eksklusif dari Perancis. Robot ini menggunakan teknologi nuance untuk pengenalan suara dan sistem pemprosesan chip atom dengan kelajuan 1.5Ghz
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang drama ini, jangan lupa menonton musim pertama Planet Kiara yang akan bersiaran 14 May 2013 sehingga 11 Jun 2013 setiap selasa hingga khamis jam 6.30 petang di TV3.
Para peminat Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) julung kalinya boleh menyaksikannya di Star Sports (Saluran 813) setiap rabu bermula 15 Mei 2013 hingga 23 Jun 2013 jam 11 malam. Sebanyak 6 episod akan dipaparkan dari sesi ‘TryOut’ hinggalah ke ‘Grand Final’.Ia berdurasi selama sejam kecuali pada ‘Grand Final’ iaitu selama 1 jam 30 minit.
Terdapat 7 kategori di dalam pertandingan MIMMA iaitu Flywieght, Bantamweight, Featherweight, Lightweight, Welterweight, Middleweight dan Light Heavyweight. MIMMA yang julung kalinya diadakan adalah hasil idea Myteam, Jason Lo dan YB Khairy Jamaluddin. Jumlah keseluruhan hadiah bagi MIMMA ini adalah RM150,000.