SO Staff

Penjualan Tiket ‘Blue Moon 2013 CNBLUE World Tour’ Pada 18 Mei 2013

CNBLUE bakal mengadakan konsert jelajah mereka di Stadium Negara pada 24 Ogos 2013. Konsert ini diberi nama ‘Blue Moon 2013 CNBLUE World Tour’.Ia dibawakan khas oleh DAOL Entertainment. Penjualan tiket bagi konsert ini akan diadakan pada 18 Mei 2013 bertempat di Fahrenheit mulai jam 10 pagi.

 

 

Tiket-tiket yang berharga RM638(Moon Zone), RM578(VVIP), RM528(VIP), RM478(Royal), RM378(Special), RM278(A) dan RM178(B). Tiket-tiket juga boleh didapati secara online di www.airasiaredtix.com .

 

 

 

Aksi Gwiyomi Wawa Zainal & Nora Danish..Yang Mana Satu Comel?

Akhirnya pelakon & ibu tunggal hot itu sendiri telah pun memuat naik video tari gerakan & memek muka comel Gwiyomi versi asli Nora Danish, video tersebut yang dimuat naik di account rasmi Youtube Nora Danish Hanif.

Video yang hanya berdurasi 36 saat itu memaparkan Nora diapit 2 orang gadis yang tidak kurang comelnya daripada beliau yang turut mengikut rentak gerakan Gwiyomi.Pada 21 April 2013 lalu, Artis Baru Wanita Popular ABPH Wawa Zainal juga telah memuat naik video gerakan Gwiyomi versi beliau .

Jadi yang mana satu pilihan anda?

 

 

 

Source ~ Trekselebriti

 

Album ‘Paramore’ Di Pasaran Pada 9 April 2013

Paramore kini tampil dengan album terbaru yang berjudul ‘Paramore’. Ia menampilkan lagu ‘Now’ sebagai single pertama.Ia mula dipasarkan pada 9 April 2013 yang lepas.

 

Joe Brooks Di The Bee,Publika 20 Mei 2013

Di usia 25 tahun, Joe Brooks mempunyai peminat yang luasyang rata-ratanya di Eropah, Amerika, dan Asia. Beliau bermula dengan menulis lagu sendiri dan diupload di MySpace. Beliau kembali ke Malaysia sekali lagi tahun ini selepas showcase beliau tahun lepas di KL Live berjaya.Beliau mempunyai beberapa inspirasi awal seperti Simon dan Garfunkel, The Beatles, dan Ray Charles.

Beliau bakal membuat showcase pada 20 May 2013 di The Bee,Publika jam 8 malam. Disana akan ada booth GAP dimana para peminat boleh mengambil gambar segera dengan percuma. GAP juga bakal menganjurkan peraduan di Instagram ‘Best Festival Photo’. Mereka hanya perlu menguploadnya di Instagram dan hash tag “GAPMalaysia” untuk menyertai peraduan tersebut.

Tiket-tiket boleh di dapati di The Bee outlets (Jaya One and Publika) dan Rock Corner (Bangsar Village I)

1)      RM88 (pre-sale)

2)      RM108 (regular)

3)      RM248 (VIP tickets) – includes 1 x Joe Brooks CD dan  entry ketika Joe Brook’s membuat soundcheck di  The Bee Publika pre-show

*terhad untuk 30 pertama sahaja

 

ADIBAH Muncul Juara DA’I

Program Da’i yang mengetengahkan golongan muda dalam berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah ini telah memulakan persaingan Pendakwah Milenia sejak 2 Februari 2013 dengan 12 finalis. Selepas berjaya mengharungi cabaran Da’i sepanjang 13 minggu, kini finalis Nor Adibah Binti Rozain dinobatkan sebagai juara program Da’i musim pertama selepas mengenepikan finalis Mohamad Azamudin Bin Zainal, Muhammad Tajdid Hadhari Bin Romli!

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie NTV7, Shah Alam, acara kemuncak Da’i diserikan dengan penampilan istimewa daripada kumpulan nasyid UNIC dengan diiringi oleh adik-adik Qhasidah dari Kelab Berselawat Anak-Anak As Sidiq menerusi lagu Ya Hana Na sebagai pembuka tirai petang ini sebelum diselang-seli dengan persembahan penentu juara Da’i Pendakwah Milenia.

Program ini menampilkan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sebagai pengacara program untuk musim ini. Sementara itu, beliau turut ditemani dua rakan seperjuangan iaitu Mohd Zhafran Mohd Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris yang bertindak mengendalikan segmen khas mingguan. Manakala panel juri tetap pula menampilkan salah satu ikon pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail bersama Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie yang bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan berdasarkan tugasan yang diberikan.

Bagi pusingan kemuncak ini, segala hujah dan teknik penyampaian finalis turut diperhati dan dirumuskan oleh dua juri jemputan iaitu Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Roslan Bin Mohamed dan Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali.

Juara  Da’i musim pertama bakal membawa pulang wang tunai RM50,000. Sementara itu, dua finalis yang tidak balik dengan tangan kosong dengan menerima wang tunai RM5,000. Di samping, ketiga-tiga finalis turut menerima sebuah trofi, sijil penyertaan, pakej umrah selama 12 hari 10 malam untuk dua orang, jam tangan tawaf jenama Castita, baucar Killiney Kopitiam bernilai RM200, baucar Hadramawt Palace bernilai RM350, hamper sumbangan Al Haddad bernilai RM200 dan pakej percutian untuk dua orang di Seri Chenang Resort & Spa Langkawi “Rumah Terangganu” Villa yang bernilai RM3,600.

Pakej gabungjalin DiGi eksklusif dengan Deezer Premium+ percuma

DiGi Telecommunications Sdn Bhd  telah mengumumkan kerjasamanya dengan perkhidmatan aliran muzik global, Deezer, yang merupakan sebahagian daripada strategi berterusannya untuk memacu gaya hidup Internet mudahalih dengan menawarkan perkhidmatan digital yang relevan bagi mempertingkatkan pengalaman mudahalih pelanggan Melalui kerjasama ini, pelanggan boleh menikmati Deezer Premium+ secara percuma dengan pakej terpilih. Secara langsung, ini memposisikan DiGi sebagai syarikat telco pertama di Malaysia yang bekerjsama dengan perkhidmatan aliran muzik dalam talian dari Perancis ini.

Bermula khamis lepas, pelanggan yang mendaftar untuk pelan pascabayar dan jalur lebar terpilih untuk peralatan pintar, atau membeli pakej gabungjalin untuk peralatan pintar, boleh menikmati langganan percuma selama 3 bulan untuk Deezer Premium+. Pelanggan juga boleh memilih satu pakej khas Deejay pada harga RM8.00 sebulan, yang berserta akses kepada senarai lagu DiGi CallerTunes.

Pemenang Anugerah Industri Muzik tersebut merupakan acara kemuncak pelancaran DiGi-Deezer di mana dia mempersembahkan sebuah lagu dari album yang bakal keluar bertajuk, Aizat Amdan, buat kali pertama di hadapan penonton secara langsung. “Saya terhutang budi kepada DiGi kerana memberi saya peluang membalas budi peminat saya. Mulai hari ini, peminat-peminat boleh mendengar lagu single terbaru saya, Dwihati melalui muat turun dan dari aliran Deezer, berminggu sebelum pelancaran rasmi album terbaru saya pada bulan Mei. Saya percaya bahawa kerjasama ini di antara DiGi and Deezer akan memanfaatkan komuniti pemuzik tempatan kerana ia mempermudahkan kami memperluaskan usaha promosi muzik kami menerusi platform aliran ini dan mewujudkan lebih banyak pendedahan artis Malaysia pada pentas muzik antarabangsa,” kata Aizat.

Maklumat tentang pakej Deezer Premium+ oleh DiGi

Deezer Premium+ membolehkan pelanggan menikmati muzik tanpa had dari 20 juta pilihan, akses offline, akses dari seluruh dunia serta akses melalui IPTV atau sistem audio. Muzik ini diterima bebas iklan, dengan kualiti bunyi tinggi, tawaran ciri mixing desk, dan pengguna boleh membina senarai lagu tersendiri, berkongsi senarai-senarai ini melalui media sosial (Facebook dan Twitter), dan menerima cadangan orang lain. Deezer serasi dengan peralatan Android, iOS, Windows Phone 8 dan Blackberry, termasuk telefon-telefon bimbit dan tablet, dan setiap pelanggan Deezer Premium+ boleh mengakses akaun mereka dari sebanyak 3 alat pintar, dan juga dari komputer (PC).

Untuk menikmati langganan Deezer Premium+ percuma selama tiga bulan pelanggan boleh memilih di antara DG SmartPlan 88 atau DG SmartPlan 148 untuk telefon pintar; dan pelan jalur lebar pascabayar untuk tablet dan komputer peribadi. Pelanggan baru yang berdaftar untuk pakej gabungjalin terpilih untuk telefon pintar dan tablet akan menikmati perkhidmatan premium penuh dari Deezer sepanjang tempoh kontrak. Pelanggan juga boleh memilih pakej Deejay khas pada harga RM8.00 sebulan yang disertakan dengan langganan Deezer Premium+ dan senarai lagu DiGi CallerTunes dengan menghantar “DEEJAY” melalui SMS kepada 2016.

Selepas pelan gabungjalin Deezer mereka diaktifkan, pelanggan DiGi perlu mengaktifkan perkhidmatan Deezer ini dengan menghantar “DEEZER” melalui SMS kepada 2000. Bila pelan ini diaktifkan, mereka akan dihantar satu pautan untuk memulakan perkhidmatan Deezer. Semua langganan DiGi-Deezer akan diperbaharui secara automatik selagi pengguna masih tetap menggunakan pelan gabungjalin DiGi-Deezer.

Untuk maklumat lanjut sila lawati www.digi.com.my/deezer

French Art And Film Festival (FAFF) 25 April – 26 May 2013

French Art And Film Festival (FAFF) kembali lagi pada tahun ini untuk kali yang ke 12 bermula 25 April hingga 26 May di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.Dengan bertujuan untuk membawa gaya hidup Perancis dan budaya lebih dekat kepada masyarakat di Malaysia, FAFF menawarkan pilihan 51 filem yang terbaik ketika festival ini berlangsung.

Selain filem,terdapat juga pameran fotografi, teater jalanan, pasar Perancis, serta  acara merasa champagne dan wain.

FAFF akan dimulakan dengan tayangan filem yang di Golden Screen Cinemas (GSC) di Pavilion, Mid Valley, One Utama dan di Kuala Lumpur pada 25 April-12 Mei dan GSC di Gurney Plaza di Pulau Pinang dari 16-26 Mei . Semua filem mempunyai sarikata didalam bahasa english.

 

 

 

Mrs Malaysia Planet & Mrs Elite Malaysia International 2013

Pageants for married women were unheard over a decade ago. Today, they are relevant to our rapidly developing society. Women play multifaceted roles effortlessly. Women fulfill their spousal & maternal duties. Women accumulate rich life experiences. Women keep youthful vibrancy. Women make time for community services. They are a source of timeless inspiration and motivation.

Women strive for beauty in the past & over the years, we prove that modern women are now someone who are more self-driven, independent & career motivated. The qualities of crowning glory are destined for those who has a cheerful & pleasant personality, capable in maintaining a healthy lifestyles, able to fulfill their social responsibilities, while bright to care & extend positive vibes to the society through their charitable concerns.

Indeed, it is an exciting event for the contestants to experience, especially for those who has never been exposed in such competition. They should possess the inner beauty, charm, grace, elegance, etiquette as well as projecting the role figure as a mother & an independent women in the society.

International World Pageants was founded in year 2000. The company has grown from a humble pageant company based in Singapore to having representatives throughout South East Asia as well as in China. With a history experience of pageant events, Yinzi Event & Marketing achieves 4 years of great success & has contribute to a lot of charitable organization. Dubbed the 1 Malaysia Charity Organization, Mrs. Malaysia organizer Madam Lim’s objective is to drive along the contestants to devote their love, dedication & care to all Malaysians regardless of race & religion.

The events we produce are catalysts for friendships, tourism & commerce. They are platforms to recognize outstanding South Each Asian individuals. With families coming together to share the joy, pride & excitement of the events makes our continued efforts even more meaningful.

From past history, we had managed to secure International Judges from Singapore, Thailand, Indonesia, Malaysia & China. We bring you the much awaited event for 2013 & we titled it “Beauties of Today’s Women”. The top three winners will represent Malaysia to compete for Mrs Planet International in Europe & Mrs South East Asia in Singapore. The event is scheduled to be held in a 6 star hotel, Palace of the Golden Horses on the 18th of May 2013.

credit photo ~ Jason Ng

 

Tune Talk & Afdlin Sauki Lancarkan Sim Kad Bebaskan Palestin

Dalam usaha memberi sumbangan kepada rakyat Palestin,Tune Talk dan Afdlin Sauki telah melancarkan sim kad Bebaskan Palestin.Dengan konsep “Use & Donate”,pengguna Sim Kad Bebaskan Palestin perlu menambah RM30 sebulan dan secara automatik RM3 akan disumbangkan ke tabung amal Palestin tanpa menolak nilai kredit pra-bayar.

Sim Kad ini akan diagihkan kepada Vision Works Sdn Bhd dan Aqsa Syarif Berhad yang mempunyai lebih 14 cawangan di seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak.

 

 

SHINHWA Artis Ketiga Di Konsert Asia Super Showcase Malaysia!

Teka-teki siapa artis ketiga di Konsert Asia Super Showcase Malaysia akhirnya terjawab apabila SHINHWA bakal mengadakan persembahan di konsert tersebut.Dianggotai enam orang – Eric, MinWoo, Dongwan, HyeSung, JunJin dan Andy. SHINHWA mula mencetuskan fenomena sejak tahun 1998 sehingga kini. Mereka popular dengan lagu seperti Resolver, Only One All Your Dreams, First Love, Perfect Man, Once in a Lifetime dan Just One More Time. 

4 tahun selepas masing-masing selesai dengan aktiviti solo dan menyertai latihan tentera (khidmat negara), tahun lalu SHINHWA kembali menggegarkan industri muzik Kpop dengan album The Return dan hit menerusi single Venus dan Hurt.

 

Resorts World Genting 1st in Malaysia to offer Online Multi-Currency Pricing Powered by RBS’s FXmicropayTM solution

Resorts World Genting, the must visit resort in Malaysia under the management of Genting Malaysia Berhad today launched a multi-currency pricing solution on its ‘iHoliday’ online reservation system, developed using FXmicropayTM, the Royal Bank of Scotland’s (RBS) innovative e-commerce foreign exchange management solution.  This makes Resorts World Genting the first resort inMalaysia to be offering such a service. At the launch were Mr Thomas Ng, Senior Vice President of eServices & Risk Management, Resorts World Genting and Andrew Sill, Country Executive of RBS Berhad together with Mr Chow Wei Heng, Vice President of National Marketing, Resorts World Genting.

Through RBS’s FXmicropay, Resorts World Genting will receive direct FX rates which are linked to the ‘iHoliday’ online reservation system, allowing customers to conduct instant multi-currency pricing and ultimately charging the same amount.In his speech, Thomas Ng commented, ‘The Resort saw 3.6 million unique visitors and nearly 7 million visitors to our website annually.  The iHoliday has over 156,000 transactions per year and sold approximately 220,000 room nights and tickets, of which 35% are from overseas customers.  We anticipate increase of visitors to the Resort in the coming years with more attractions being introduced at the Resort and with significant presence of the Resorts World brand globally.  It is important for us to keep in the trend and continue to provide more user friendly platforms for our customers to visit our websites and make bookings at ease.

With the multi-currency pricing, it is a digital enhancement that I foresee will bring two-way significant gains to both the business and to our consumers. The core benefit of this enhancement is to notably improve customers’ experience where our customers can browse and buy our products such as hotel rooms, theme park tickets and show tickets in the currency that they recognize best.  It will take away the surprise element that is currently associated with exchange rate fluctuations and conversions, making online transactions transparent and straightforward.’

The online multi-currency pricing is now available at www.rwgenting.com under iHoliday booking for Resorts World Genting, Resorts World Kijal and Resorts World Langkawi.  Customers can now pay for their purchases online in any of these currencies – Malaysian Ringgit (MYR), US Dollar (USD) or the Singapore Dollar (SGD).

“RBS has had a longstanding relationship with Genting Group, and we are delighted to partner with Genting Malaysia Berhad to offer Resorts World Genting’s customers a personalised and transparent pricing system,” said Andrew Sill. “RBS has launched our FXmicropay solution successfully with many clients including online retailers, hoteliers and airlines, and we believe Genting will also benefit from the cost efficiencies this solution will enable.  Coupled with RBS’s sophisticated cash management services, RBS’s FXmicropay solution will create a streamlined processing and administration process that will meet Resorts World Genting’s increased e-commerce business needs.”

RBS’s FXmicropay is an automated advanced pricing tool that supports over 130 currencies and has the ability to handle up to 3,000 transactions per second 24×7. The solution is also able to set exchange rates in advance, prior to sales being completed and guarantee the FX rates for up to several days.

5 Artis KPOP Bakal Buat Persembahan Di Genting

5 artis KPOP iaitu SISTAR, 4 Minute, BTOB, G.NA dan Brown Eyed Girls bakal mengadakan persembahan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 23 dan 24 Mei 2013 ini. Konsert ini diberi nama KPOP Dream Live Concert LIVE in Malaysia 2013.Ia dibawakan khas oleh Esteem Pavilion Sdn Bhd.

Konsert akan bermula pada jam 8.30 malam. Tiket-tiket telah mula dijual dari RM103 sehingga ke RM803. Untuk early bird tiket akan mendapat 5% diskaun dari harga asal namun tidak ditetapkan berapa banyak tiket dan berapa lama promosi ini dijalankan.Untuk keterangan lanjut boleh la menghubungi TicketCharge 03-92228811

Harga Tiket KPOP Dream Live Concert LIVE in Malaysia 2013
VIP – RM 803 (numbered)
ROCK ZONE – RM 691 (free standing)
PS1 – RM 653 (numbered)
PS2 – RM 403 (numbered)
PS3 – RM 293 (numbered)
PS4 – RM 103 (numbered)