SO Staff

ZYNERGYS SNOOKER GRAND SERIES 2026 SATUKAN KOMUNITI DI KUALA LUMPUR

Industri pelincir enjin mungkin nampak “kering”, tapi Zynergys buat sesuatu yang ramai jenama tak berani buat — turun padang dan bina komuniti sebenar. Melalui Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur, jenama ini tampil dengan pendekatan gaya hidup yang lebih dekat dengan pengguna.

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

Acara yang berlangsung dari 21 hingga 30 April 2026 di Kuala Lumpur ini menghimpunkan 128 peserta terdiri daripada penunggang motosikal, pemilik bengkel dan peminat snuker. Lebih daripada sekadar kejohanan, ia menjadi platform yang menggabungkan sukan, komuniti dan gaya hidup dalam satu pengalaman.

ACARA SNOOKER JADI PLATFORM KOMUNITI

Kemuncak acara berlangsung di O’O Billiards dengan persaingan sengit sebelum juara dinobatkan. Kehadiran pemain profesional negara, Rory Thor, turut menyerikan suasana dan membuka ruang interaksi lebih dekat antara peserta dan pemain berpengalaman.

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

Pendekatan ini memperlihatkan arah berbeza dalam strategi jenama — bukan sekadar penajaan, tetapi membina hubungan terus dengan komuniti.

“KAMI MAHU BINA EKOSISTEM”

Menurut Managing Director Zynergys, Kelven Pong, pendekatan ini adalah usaha untuk mengukuhkan hubungan antara jenama, pengguna dan rakan niaga dalam jangka masa panjang.

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

“Kami mahu membina ekosistem lebih mampan di mana jenama, pengedar dan pengguna berkembang bersama.”

Fokus ini menunjukkan komitmen Zynergys untuk bergerak sebagai jenama berasaskan komuniti, bukan sekadar produk di pasaran.

GABUNGAN SUKAN, GAYA HIDUP & MOTORSPORT

Sepanjang kejohanan, peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk aksesori motosikal dan minyak enjin premium. Acara ini turut mendapat sokongan daripada beberapa rakan penaja serta komuniti snuker tempatan.

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

Langkah ini juga menjadi permulaan kepada siri jelajah snuker komuniti di seluruh negara dengan lokasi seterusnya dijangka berlangsung di Johor Bahru.

BUKAN SEKADAR EVENT — INI STRATEGI BRANDING

Zynergys terus memperkukuhkan reputasi melalui penglibatan aktif dalam platform perlumbaan seperti Malaysian Cub Prix Championship dan MSF SuperMoto Championship.

Pengujian dalam persekitaran ekstrem termasuk suhu tinggi, RPM maksimum dan penggunaan berterusan membolehkan prestasi produk dinilai secara konsisten dalam situasi sebenar.

UJIAN JARAK JAUH BUKTIKAN KETAHANAN

Selain di litar, Zynergys turut menjalankan ujian tunggangan jarak jauh sejauh lebih 4,000 kilometer tanpa penukaran minyak enjin.

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

Keputusan menunjukkan prestasi enjin kekal stabil tanpa penurunan ketara, sekali gus memberi gambaran terhadap ketahanan produk dalam penggunaan harian dan perjalanan jarak jauh.

LANGKAH SETERUSNYA DALAM KOMUNITI

Sebagai kesinambungan, Zynergys akan terus terlibat dalam pelbagai acara komuniti termasuk International Scooter Mega Gathering dan Ipoh International Scoot Drag & Gathering.

Penglibatan berterusan ini memperlihatkan fokus jenama dalam memperkukuhkan hubungan dengan komuniti motosikal dan pengguna di Malaysia.

HARLEY-DAVIDSON 2026 BUKA ERA BARU PREMIUM DI MALAYSIA

Harley-Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO akhirnya diperkenalkan secara rasmi, menandakan kemasukan barisan motosikal baharu yang lebih premium dan berorientasikan prestasi tinggi ke pasaran tempatan.

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

Pelancaran ini memberi fokus kepada segmen touring dan cruiser, dengan pendekatan yang jelas — bukan sekadar jual motosikal, tetapi tawarkan pengalaman tunggangan yang lebih eksklusif dan selesa untuk jarak jauh.

KOLEKSI 2026: FOKUS PADA PRESTASI DAN GAYA

Untuk tahun 2026, Harley-Davidson tampil dengan kategori utama seperti Grand American Touring, Cruiser dan Custom Vehicle Operation (CVO). Harga permulaan sekitar RM112,000 menunjukkan sasaran mereka memang ke arah segmen premium.

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

Apa yang membezakan lineup kali ini adalah gabungan peningkatan teknologi, prestasi enjin dan rekaan yang lebih refined, menjadikan setiap model bukan sekadar nampak garang, tetapi juga lebih praktikal untuk kegunaan sebenar.

STREET GLIDE & ROAD GLIDE JADI TARUHAN UTAMA

Antara model yang paling mencuri perhatian ialah Street Glide Limited dan Road Glide Limited, yang direka khas untuk rider yang serius dengan touring jarak jauh.

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

Dengan enjin Milwaukee-Eight VVT 117, sistem audio premium serta paparan digital moden, model ini bukan sahaja kuat dari segi prestasi, tetapi juga memberi keselesaan yang jelas untuk perjalanan panjang. Ini adalah definisi sebenar motosikal touring kelas premium.

CRUISER: KARAKTER BERBEZA UNTUK SETIAP RIDER

Dalam kategori cruiser pula, Harley-Davidson mengekalkan identiti unik setiap model. Dari Low Rider hingga Fat Boy, setiap satu membawa gaya tersendiri, sama ada klasik, agresif atau lebih custom-driven.

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

Walaupun berbeza dari segi rupa dan feel, semuanya masih berkongsi asas yang sama — kuasa enjin yang solid dan pengalaman tunggangan yang kuat dengan identiti Harley yang jelas.

CVO: UNTUK RIDER YANG MAHU LEBIH DARI BIASA

Bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lebih eksklusif, model CVO menjadi pilihan paling premium dalam lineup ini. Dihasilkan dalam jumlah terhad, ia menampilkan tahap kemasan, teknologi dan rekaan yang berada di kelas tersendiri.

Ini bukan sekadar motosikal, tetapi simbol status dan personaliti bagi rider yang mahu sesuatu yang benar-benar berbeza.

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

PELUANG LIHAT SENDIRI DI SELURUH MALAYSIA

Peminat motosikal di Malaysia kini berpeluang melihat sendiri barisan 2026 ini melalui sesi open house di pengedar rasmi.

Selain melihat model secara dekat, pengunjung juga boleh mencuba pengalaman test ride serta meneroka pilihan customization yang menjadi salah satu kekuatan utama jenama ini.

Jelas sekali, Harley-Davidson tidak cuba jadi “mass market”. Mereka tahu siapa target mereka — rider yang sanggup bayar lebih untuk pengalaman, gaya dan status.

Strategi ini mungkin tak sesuai untuk semua, tapi untuk segmen premium, ini langkah yang tepat.

PETERPAN THE JOURNEY CONTINUES MALAYSIA BAWA NOSTALGIA KE IDEA LIVE ARENA

Peminat muzik Indonesia di Malaysia bakal disajikan dengan sebuah malam penuh nostalgia menerusi Peterpan The Journey Continues Malaysia, konsert yang bakal berlangsung di Idea Live Arena pada 11 Julai.

Selepas mencipta fenomena di Indonesia, siri konsert The Journey Continues kini membawa semangat yang sama ke Malaysia bagi menghidupkan semula karya-karya ikonik Peterpan yang pernah menjadi teman kepada jutaan peminat di seluruh Nusantara.

Lebih daripada sebuah konsert, acara ini menjanjikan pengalaman yang mengembalikan memori, emosi dan kenangan menerusi lagu-lagu yang terus malar segar sehingga hari ini.

Peterpan The Journey Continues Malaysia di Idea Live Arena bersama Hael Husaini, Tantri dan Rony Parulian


PENGALAMAN NOSTALGIA BERSAMA LAGU-LAGU IKONIK PETERPAN

Konsert ini disusun khas bagi membawa penonton kembali mengimbau zaman kegemilangan Peterpan, sebuah kumpulan yang pernah mendominasi industri muzik Indonesia dan mendapat tempat istimewa dalam kalangan peminat di Malaysia.

Lagu-lagu seperti Semua Tentang Kita, Mimpi Yang Sempurna, Ada Apa Denganmu, Topeng dan beberapa karya popular lain dijangka menjadi antara momen paling dinanti sepanjang persembahan.

Setiap lagu bukan sekadar dipersembahkan semula, malah diolah dengan penuh penghormatan terhadap karya asal agar peminat dapat menikmati pengalaman yang menyentuh emosi seperti kali pertama mendengarnya.


HAEL HUSAINI, TANTRI DAN RONY PARULIAN BERGANDING DI SATU PENTAS

Bagi memastikan setiap karya disampaikan dengan penuh jiwa, pihak penganjur menampilkan barisan penyanyi yang memiliki kekuatan vokal tersendiri.

Antara nama yang bakal menghiburkan penonton ialah Tantri, vokalis kumpulan Kotak yang terkenal dengan persembahan rock bertenaga serta karisma luar biasa di atas pentas.

Turut menyertai konsert ini ialah Rony Parulian, penyanyi muda Indonesia yang semakin menyerlah dengan vokal emosional dan berjaya mencuri perhatian sejak kemunculannya menerusi pertandingan nyanyian.

Malaysia pula diwakili oleh Hael Husaini, penyanyi, komposer dan penerbit muzik terkenal yang memiliki deretan lagu hit serta reputasi sebagai antara vokalis terbaik tanah air.

Gabungan tiga penyanyi daripada latar muzik berbeza ini dijangka memberikan interpretasi baharu terhadap lagu-lagu Peterpan tanpa menghilangkan identiti asal yang menjadi kegemaran peminat.


DUA LAGI ARTIS MISTERI BAKAL DEDAHKAN

Selain nama-nama yang telah diumumkan, pihak penganjur turut memberi bayangan bahawa dua lagi artis terkenal bakal menyertai konsert ini.

Pengumuman tersebut dijangka dibuat dalam masa terdekat sekali gus menambahkan lagi keterujaan peminat yang tidak sabar menantikan malam penuh nostalgia tersebut.

Menurut wakil penganjur, konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan muzik tetapi merupakan satu perjalanan yang menghidupkan semula kenangan menerusi lagu-lagu yang pernah menyatukan ramai pendengar di rantau ini.

Peterpan The Journey Continues Malaysia di Idea Live Arena bersama Hael Husaini, Tantri dan Rony Parulian


PULSE PROJECT ASIA SATUKAN INDUSTRI MUZIK SERANTAU

Konsert Peterpan The Journey Continues Malaysia dianjurkan oleh Pulse Project Asia dengan kerjasama Black Sky, Sunstrong, INTX dan Orlaith Inc.

Penganjuran ini bukan sahaja memberi peluang kepada peminat menikmati karya-karya legenda Peterpan, malah menjadi platform yang mengukuhkan hubungan industri hiburan Malaysia dan Indonesia.

Melalui kolaborasi rentas negara seperti ini, kedua-dua industri kreatif terus berkembang dengan menawarkan pengalaman konsert bertaraf antarabangsa kepada peminat muzik Nusantara.


TIKET SUDAH MULA DIJUAL

Orang ramai yang ingin menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini boleh mendapatkan tiket menerusi platform rasmi Ticket2u dan Fantopia.

Dengan gabungan penyanyi hebat, deretan lagu yang menjadi kegemaran ramai serta kejutan artis yang masih dirahsiakan, Peterpan The Journey Continues Malaysia dijangka menjadi antara konsert nostalgia paling dinantikan tahun ini.

Bagi peminat yang membesar dengan lagu-lagu Peterpan, konsert ini pastinya menjadi peluang terbaik untuk mengimbau semula kenangan sambil menyanyikan setiap lirik bersama ribuan peminat lain dalam satu malam yang cukup istimewa.

SME SHOWCASE KL 2026

SME Market Expansion Showcase mencipta impak positif apabila menghimpunkan lebih 30 perniagaan terpilih bersama pengunjung serius di CityStage @ KL City Walk, Kuala Lumpur. Acara sulung ini tampil sebagai platform pertumbuhan bisnes untuk usahawan tempatan yang mahu berkembang lebih jauh.

SME Market Expansion Showcase di Kuala Lumpur 2026

Bukan sekadar pameran jualan, acara ini turut membuka ruang kepada jenama untuk promosi, jualan terus, jaringan strategik dan sesi forum bersama pakar industri. Program sehari itu menerima kehadiran pemilik SME, usahawan, profesional korporat, pembeli serta pelabur.

LEBIH 30 BISNES DALAM SATU PLATFORM

SME Market Expansion Showcase dianjurkan oleh Tanker Collaborative Sdn Bhd sebagai platform yang menyatukan pelbagai sektor perniagaan. Fokus utama termasuk penglibatan pelanggan secara langsung, peluang jualan segera dan sesi networking bersama pembuat keputusan.

SME Market Expansion Showcase di Kuala Lumpur 2026

Penganjur turut menekankan konsep kolaborasi antara vendor agar peserta boleh membina leads, berkongsi peluang serta memperluas rangkaian pelanggan selepas acara berakhir.

FORUM ESG, GRANT DAN PEMBIAYAAN

Antara tumpuan utama ialah sesi forum berkaitan ESG, strategi pengembangan pasaran, AI untuk pertumbuhan digital, pembiayaan dan geran perniagaan. Janet New berkata bahawa SME merupakan tulang belakang ekonomi negara.

SME Market Expansion Showcase di Kuala Lumpur 2026

Sesi ESG diketuai oleh Stacia Lim yang menjelaskan kepentingan ESG kepada SME. Panel turut disertai Alan Chin dan Shu Yi Kuek mengenai geran, insentif cukai serta green financing.

KESIHATAN DAN DIGITAL TURUT DIBERI PERHATIAN

Acara ini tidak hanya fokus kepada kewangan, malah merangkumi kesihatan usahawan. Dr. JC Wong berkongsi topik penjagaan jantung, pemilihan minyak sihat dan pengurusan kolesterol semula jadi.

SME Market Expansion Showcase di Kuala Lumpur 2026

Selain itu, Kien Lim membincangkan strategi menembusi pasaran baharu, penggunaan saluran digital dan scaling bisnes tanpa kos operasi tinggi.

ACARA LEBIH BESAR BAKAL MENYUSUL

Kejayaan edisi pertama ini membuka peluang untuk penganjuran lebih besar selepas ini. Tanker Collaborative yang beroperasi di Malaysia dan Hong Kong dilihat berpotensi membawa konsep sama ke peringkat serantau.

SME Market Expansion Showcase di Kuala Lumpur 2026

Dengan sambutan memberangsangkan, SME Market Expansion Showcase dijangka menjadi antara platform penting buat komuniti usahawan tempatan pada masa akan datang.

GEGARAN WARISAN 2026 HIMPUNKAN LEGENDA ROCK

Gegaran Warisan 2026 bakal menjadi malam penuh adrenalin buat peminat muzik keras tanah air apabila konsert khas ini diumumkan berlangsung pada 18 Julai 2026. Acara berprestij itu dijadualkan bermula jam 8 malam di Warisan Hall Studio.

Konsert ini menghimpunkan tiga nama berpengaruh iaitu Punisher, FOR dan Sniperz, selain kemunculan istimewa Amir SYJ. Dengan kapasiti hanya 300 penonton, tiket dijangka menjadi rebutan peminat muzik rock tempatan.

Gegaran Warisan 2026 himpunkan Punisher FOR Sniperz dan Amir SYJ

KONSERT INTIM PENUH AURA

Penganjur, Mentari Merah Entertainment menyifatkan acara ini bukan sekadar hiburan tetapi usaha menghidupkan semula legasi muzik keras tempatan. Konsep ruang kecil dipilih bagi mewujudkan suasana lebih rapat antara artis dan peminat.

Gegaran Warisan 2026 himpunkan Punisher FOR Sniperz dan Amir SYJ

Menurut pihak penganjur, penonton dapat merasai tenaga sebenar persembahan secara dekat, sesuatu yang semakin sukar ditemui dalam konsert moden hari ini.

PUNISHER KEMBALI MENGGEGAR

Punisher yang ditubuhkan sekitar 1987 di Kuala Lumpur dikenali sebagai antara perintis thrash metal Malaysia. Mereka terkenal dengan muzik agresif serta pengaruh nama besar antarabangsa seperti Metallica dan Slayer.

Gegaran Warisan 2026 himpunkan Punisher FOR Sniperz dan Amir SYJ

Antara lagu yang bakal dibawakan termasuk “Black September”, “Wrath of the Machines” dan “Gout”. Kehadiran mereka pasti menjadi tarikan utama peminat old school metal.

FOR DAN SNIPERZ BAWA TENAGA BARU

FOR akan tampil dengan identiti Rock n Roll dan Hard Rock, selain mempromosikan album terbaru mereka berjudul GEBANG MELANGIT yang dilancarkan hujung 2025. Lebih menarik, FOR turut akan mengiringi persembahan khas Amir SYJ.

Gegaran Warisan 2026 himpunkan Punisher FOR Sniperz dan Amir SYJ

Sementara itu, Sniperz dari Ipoh membawa sentuhan rock moden bertenaga. Mereka dijangka mempersembahkan enam hingga tujuh lagu dengan imej celoreng tentera yang sinonim bersama kumpulan itu.

TIKET RM90 SIAP CABUTAN BERTUAH

Tiket Gegaran Warisan 2026 dijual pada harga RM90 sahaja. Setiap pembelian tiket melayakkan penonton menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama RM1,000, hadiah kedua RM700 dan hadiah ketiga RM500.

Gegaran Warisan 2026 himpunkan Punisher FOR Sniperz dan Amir SYJ

Jika anda peminat rock tempatan, ini peluang terbaik menyaksikan pertembungan tiga generasi pemuzik dalam satu malam bersejarah. Jangan tunggu lama, tiket terhad!

PADANGS ON WHEELS REVOLUSI CITA RASA PADANG DI MALAYSIA

Padangs on Wheels semakin dikenali sebagai jenama makanan yang membawa pengalaman Padang moden kepada pelanggan tempatan. Padangs on Wheels berjaya menggabungkan warisan resipi asli dengan inovasi semasa yang sesuai untuk pasaran Malaysia.

Padangs on Wheels tampil dengan konsep cita rasa Padang moden di Malaysia

Bermula dengan visi besar dalam industri makanan, jenama ini kini berkembang dengan empat outlet aktif di Shah Alam, Subang Bestari, Damansara Utama dan Kuala Lumpur. Gabungan pengalaman lebih 20 tahun bersama tenaga muda menjadikan jenama ini kekal relevan dan kompetitif.

WARISAN RESIPI DENGAN IDENTITI MODEN

Padangs on Wheels dipacu oleh enam pengarah yang terdiri daripada generasi berusia 24 tahun hingga 50-an. Kombinasi ini memberi keseimbangan antara pengalaman lama dan idea baharu dalam mengembangkan perniagaan.

Padangs on Wheels tampil dengan konsep cita rasa Padang moden di Malaysia

Resipi yang digunakan berasal daripada warisan keluarga di Padang dan diwarisi turun-temurun. Namun, ia diolah semula oleh warga Malaysia supaya kekal asli sambil sesuai dengan kehendak pelanggan tempatan.

Padangs on Wheels tampil dengan konsep cita rasa Padang moden di Malaysia

ADAPTASI CITA RASA MALAYSIA

Kekuatan utama Padangs on Wheels ialah kebolehan menyesuaikan rasa Padang mengikut selera rakyat Malaysia. Penggunaan bahan tempatan, kawalan rempah, tekstur dan aroma dilakukan dengan teliti tanpa menghilangkan identiti asal masakan Padang.

Padangs on Wheels tampil dengan konsep cita rasa Padang moden di Malaysia

“Kami mahu rasa asli, tetapi mesra tekak rakyat Malaysia.” Selain itu, makanan dihidangkan panas menggunakan sistem bain-marie bagi memastikan lauk sentiasa segar dan enak dinikmati.

Padangs on Wheels tampil dengan konsep cita rasa Padang moden di Malaysia

MENU ISTIMEWA JADI TARIKAN

Antara menu signature paling mendapat sambutan ialah Daging Dendeng Rangup yang dimasak bagi menghasilkan tekstur garing dan rasa mendalam. Rendang pula dimasak sehingga lapan jam untuk memastikan rempah meresap sempurna serta daging lembut.

Padangs on Wheels tampil dengan konsep cita rasa Padang moden di Malaysia

Turut menjadi pilihan ramai ialah Ayam Kalio, Gulai Tunjang, Sambal Hijau, Sambal Merah dan hidangan berlado. Untuk pelanggan pejabat, set makan tengah hari lengkap turut ditawarkan pada harga kompetitif sekitar RM20.

PEMASARAN AGRESIF DAN MASA DEPAN BESAR

Padangs on Wheels juga aktif dalam pemasaran digital dengan pasukan khas media sosial. Strategi ini memastikan jenama sentiasa relevan, mudah dikenali dan dekat dengan pengguna masa kini.

Padangs on Wheels tampil dengan konsep cita rasa Padang moden di Malaysia

Konsistensi promosi digital memberi impak besar kepada jualan dan pertumbuhan jenama. Padangs on Wheels kini merancang pengembangan ke seluruh Malaysia termasuk Pulau Pinang bagi membawa hidangan Padang kepada lebih ramai pelanggan.

Untuk tempahan outlet dan katering, pelanggan boleh hubungi Shah Alam (017-7051280), Subang Bestari (018-7874988), Damansara Utama (011-19037672), Kuala Lumpur (019-8819190), serta katering di 019-2365727.

Padangs on Wheels tampil dengan konsep cita rasa Padang moden di Malaysia

Layari dan cuba sendiri pengalaman cita rasa Padang moden bersama Padangs on Wheels hari ini.

FILEM LIBANG LIBU: KOMEDI SANTAI DENGAN SENTUHAN REALITI

Dalam lambakan filem berat dan penuh emosi kebelakangan ini, filem Libang Libu hadir sebagai pilihan yang lebih santai tetapi tetap ada makna. Mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 23 April, naskhah ini membawa penonton kembali kepada pengalaman menonton yang ringan, menghiburkan dan mudah dihadam.

Diterbitkan oleh Tangerine Films Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Bobby Husaini, filem Libang Libu mengangkat kisah sebuah produksi filem yang menjalankan penggambaran di sebuah kampung Melayu di Perak. Kehadiran mereka mencetuskan pelbagai reaksi dan konflik dalam kalangan penduduk tempatan, sekali gus mencipta situasi yang mencuit hati dan penuh warna. Pertembungan budaya, agama dan gaya hidup menjadi nadi utama penceritaan, disampaikan dalam bentuk komedi dan drama yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat Malaysia.

Babak filem Libang Libu di kampung dengan konflik budaya dan masyarakat

KEKUATAN CERITA YANG DEKAT DENGAN MASYARAKAT

Pendekatan penceritaan filem Libang Libu dibina secara santai tetapi mempunyai lapisan yang tersendiri. Ia tidak cuba menjadi terlalu berat, sebaliknya memberi ruang kepada penonton untuk menikmati momen-momen ringan sambil menyelami isu perpaduan, penerimaan dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum. Dalam masa yang sama, konflik kekeluargaan yang dibawakan menambah dimensi emosi yang menjadikan cerita lebih seimbang.

BARISAN PELAKON MANTAP PERKUKUH NASKHAH

Filem ini menampilkan barisan pelakon berpengalaman seperti Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ozlynn Wati, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus, Khir Rahman dan Azhan Rani. Setiap watak dibawakan dengan penuh karakter, menjadikan interaksi antara mereka terasa hidup dan natural. Penampilan khas Yusof Haslam, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa turut menambah daya tarikan kepada keseluruhan penceritaan.

KOMEDI DAN DRAMA DALAM SATU NASKHAH

Menggabungkan elemen komedi dan drama, filem Libang Libu menampilkan pelbagai situasi yang mencuit hati tanpa bergantung kepada jenaka berlebihan. Pada masa yang sama, konflik yang dipaparkan memberi sentuhan emosi yang seimbang. Pendekatan ini menjadikan filem ini sesuai untuk tontonan pelbagai lapisan penonton, sama ada bersama keluarga mahupun rakan.

Dengan durasi 1 jam 47 minit, filem Libang Libu menawarkan pengalaman tontonan yang menghiburkan, santai dan penuh nilai kemanusiaan. Ia meraikan kepelbagaian budaya, kepentingan keluarga dan keindahan perpaduan dalam sebuah cerita yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

KONSERT NASYID MEGA 2026 HIMPUNKAN NAMA BESAR DI SHAH ALAM

Gelombang nasyid tanah air kembali meletup apabila Konsert Nasyid Mega 2026 bakal menghimpunkan nama-nama besar dalam satu malam penuh emosi dan spiritual di Shah Alam. Dengan hanya 800 tempat duduk, acara ini sudah mula mencuri perhatian peminat dan dijangka ‘sold out’ lebih awal.

Konsert ini merupakan gabungan unik hiburan patuh syariah, dakwah dan misi kebajikan, menjadikannya bukan sekadar persembahan muzik biasa tetapi satu pengalaman rohani yang mendalam.

Konsert Nasyid Mega 2026 di SAMTTAJ Shah Alam

BARISAN ARTIS LAGENDA KEMBALI SATU PENTAS

Antara tarikan utama adalah kemunculan semula kumpulan legenda seperti Hijjaz, Inteam dan The Rayhan, yang sebelum ini jarang berkongsi pentas dalam satu acara berskala besar.

Turut memeriahkan malam tersebut ialah Qathrunnada, bersama penampilan khas Adik Nur Muhammad yang dijangka mencuri tumpuan penonton.

Lebih menarik, konsert ini juga menampilkan figura inspirasi seperti FBI, Fynn Jamal dan Ustaz Nadzrie Abbas, yang akan membawa elemen motivasi serta pengisian dakwah sepanjang program berlangsung.

Konsert Nasyid Mega 2026 di SAMTTAJ Shah Alam

KONSEP HIBURAN + KEBAJIKAN JADI TARUHAN UTAMA

Mengangkat tema “Spread Kindness, Achieve Excellence”, konsert ini dianjurkan oleh PIBG SAMT Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) bersama DPIM Putrajaya.

Objektif utama adalah menyampaikan mesej kebaikan melalui pendekatan hiburan yang mendidik, sambil menyokong usaha kebajikan dan pembangunan komuniti.

Konsep ini menjadikan konsert ini lebih ‘bernilai’ berbanding konsert biasa—ada jiwa, ada mesej, ada sebab.

Konsert Nasyid Mega 2026 di SAMTTAJ Shah Alam

INFO ACARA & TIKET TERHAD

Konsert akan berlangsung pada 4 Julai 2026 (Sabtu), dari jam 8.30 malam hingga 11.59 malam, bertempat di Dewan Ibnu Al-Jazari, SAMTTAJ, Shah Alam.

Dengan kapasiti hanya 800 tempat duduk, orang ramai disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.

Tiket boleh didapati secara dalam talian melalui platform rasmi yang disediakan penganjur.

Konsert ini dijangka menjadi antara acara nasyid terbesar tahun ini—bukan sekadar hiburan, tetapi satu gerakan menyatukan komuniti melalui muzik dan dakwah.

MEGA RAYA ANSARA 2026 HIMPUNKAN ALUMNI MRSM, PERKUKUH JARINGAN & MISI PEMBANGUNAN NEGARA

Hampir 2,000 alumni Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berhimpun dalam suasana penuh meriah di Mega Raya ANSARA 2026, menjadikannya antara pertemuan terbesar komuniti alumni tahun ini.

Acara ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang meluangkan masa beramah mesra bersama alumni.

Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik. Ia mencerminkan pengiktirafan terhadap kekuatan jaringan alumni MRSM sebagai pemacu pembangunan negara.

Mega Raya ANSARA 2026 dengan MoU dan kehadiran KSN

PEMETERAAN MOU JADI TUMPUAN UTAMA

Salah satu detik penting dalam Mega Raya ANSARA 2026 ialah majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak berkaitan.

Langkah ini membuka ruang kepada kerjasama strategik dalam aspek pembangunan pendidikan, kebajikan dan peluang kerjaya untuk alumni serta pelajar MRSM.

Pemeteraian ini bukan sekadar formaliti. Ia menjadi asas kepada inisiatif jangka panjang yang bakal memberi impak sebenar kepada komuniti MRSM.

JARINGAN ALUMNI JADI KEKUATAN UTAMA

Melalui Mega Raya ANSARA 2026, alumni dari pelbagai latar belakang berkumpul dalam satu platform. Mereka hadir dari sektor korporat, keusahawanan dan juga perkhidmatan awam.

Pertemuan ini membuka ruang kolaborasi strategik. Ia bukan sekadar reunion, tetapi peluang sebenar untuk membina jaringan profesional yang bernilai tinggi.

Ramai alumni melihat acara ini sebagai titik mula kepada kerjasama baharu dalam pelbagai bidang.

EKOSISTEM ALUMNI MRSM TERUS DIPERKASA

ANSARA Malaysia menegaskan komitmen mereka untuk terus memperkukuh komuniti alumni. Mega Raya ANSARA 2026 menjadi simbol kepada usaha berterusan ini.

Mega Raya ANSARA 2026 dengan MoU dan kehadiran KSN

Fokus diberikan kepada pembangunan kebajikan, pendidikan dan peningkatan kerjaya alumni. Ini termasuk sokongan kepada pelajar MRSM serta bimbingan daripada alumni berpengalaman.

Pendekatan ini menjadikan alumni bukan sekadar bekas pelajar, tetapi aset strategik negara.

ANSARA SUSUN LANGKAH SELEPAS INI

Selepas kejayaan Mega Raya ANSARA 2026, ANSARA merancang beberapa inisiatif susulan yang lebih tersusun. Antaranya termasuk program mentorship antara alumni dan pelajar MRSM.

Selain itu, kolaborasi industri akan diperkasakan bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan muda. Program kebajikan dan bantuan pendidikan turut akan diperluaskan.

ANSARA juga dijangka memperbanyakkan program berskala nasional bagi memastikan jaringan alumni terus aktif dan relevan.

BUKAN SEKADAR SAMBUTAN RAYA BIASA

Apa yang membezakan Mega Raya ANSARA 2026 ialah nilai tambah yang dibawa. Ia menggabungkan elemen sosial dan profesional dalam satu platform.

Selain jamuan dan suasana perayaan, acara ini turut menjadi ruang perkongsian pengalaman antara generasi alumni.

Dengan sambutan luar biasa tahun ini, Mega Raya ANSARA dijangka terus berkembang sebagai acara tahunan utama yang bukan sahaja menyatukan alumni, malah menjadi pemangkin pembangunan negara.

RAPIDO MALAYSIA RAYA SAMBUT AIDILFITRI DAN UMUM TAJAAN PASUKAN

Dalam suasana penuh meriah dan kebersamaan, Rapido Malaysia raya tahun ini bukan sekadar sambutan Aidilfitri biasa, tetapi menjadi pentas penting untuk mengukuhkan pengaruh jenama dalam dunia sukan permotoran tempatan.

Majlis Rapido Malaysia raya dan penajaan pasukan perlumbaan di Putrajaya

Majlis yang berlangsung di Umai Cafe, Putrajaya itu menghimpunkan wakil media, rakan industri serta pasukan perlumbaan terkenal, sekali gus menandakan langkah strategik Rapido Malaysia menuju musim baharu perlumbaan.

Majlis Rapido Malaysia raya dan penajaan pasukan perlumbaan di Putrajaya

MAJLIS RAYA JADI PLATFORM STRATEGIK INDUSTRI

Penganjuran acara ini jelas bukan sekadar untuk beraya. Ia digunakan sebagai platform untuk mempererat hubungan dengan rakan industri serta memperkukuhkan jaringan dalam ekosistem sukan permotoran.

Majlis Rapido Malaysia raya dan penajaan pasukan perlumbaan di Putrajaya

Pendekatan ini bijak. Banyak brand buat event, tapi tak semua tahu guna momen raya untuk bina positioning industri. Rapido nampaknya faham permainan ini.

METERAI KERJASAMA BERSAMA 5 PASUKAN PERLUMBAAN

Kemuncak majlis menyaksikan pemeteraian perjanjian penajaan bersama lima pasukan perlumbaan utama, termasuk:

  • Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing
  • TAB Sports SCK Honda Racing Team
  • Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing
  • VOGE Racing Team
  • Estremo Pitsbike Yamaha FiveZero Racing
Majlis Rapido Malaysia raya dan penajaan pasukan perlumbaan di Putrajaya

Langkah ini menunjukkan komitmen serius Rapido Malaysia dalam menyokong pembangunan bakat serta prestasi pasukan tempatan melalui sokongan teknikal dan penjenamaan.

PERKUKUH POSISI DALAM SUKAN PERMOTORAN TEMPATAN

Dengan kolaborasi ini, Rapido Malaysia bukan sekadar sponsor biasa. Mereka sedang membina footprint jangka panjang dalam industri.

Majlis Rapido Malaysia raya dan penajaan pasukan perlumbaan di Putrajaya

Strategi ini penting untuk brand recall — bila pasukan perform, nama Rapido ikut naik. Itu game sebenar dalam sukan.

SEMANGAT KEBERSAMAAN JADI TERAS JENAMA

Selain aspek perniagaan, majlis ini turut menonjolkan nilai kekeluargaan dan kebersamaan yang menjadi identiti Rapido Malaysia.

Majlis Rapido Malaysia raya dan penajaan pasukan perlumbaan di Putrajaya

Suasana santai dan mesra membuka ruang interaksi lebih dekat antara media, pasukan dan pihak pengurusan — sesuatu yang jarang dapat dalam event formal biasa.

Secara keseluruhan, Rapido Malaysia raya kali ini bukan sekadar event — ini positioning move. Mereka sedang bina ekosistem, bukan sekadar exposure.

Majlis Rapido Malaysia raya dan penajaan pasukan perlumbaan di Putrajaya

Kalau konsisten, brand ini boleh jadi antara pemain utama dalam industri permotoran Malaysia.

2026 AUTOBACS SUPER GT DITUNDA, KRISIS GLOBAL JEJAS PERLUMBAAN

Harapan peminat sukan permotoran tempatan untuk menyaksikan aksi berprestij akhirnya terpaksa ditangguhkan apabila SUPER GT Malaysia ditunda, sekali gus memberi tamparan kepada kalendar acara antarabangsa di negara ini.

Perlumbaan “2026 AUTOBACS SUPER GT Round 3 Malaysia GT 300km Race driven by TOYOTA GAZOO RACING” yang dijadualkan berlangsung tahun ini kini rasmi ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

KRISIS GLOBAL BERI IMPAK BESAR
Keputusan ini dibuat selepas penilaian menyeluruh terhadap situasi semasa dunia, termasuk konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Sebagai satu-satunya pusingan luar Jepun dalam kalendar SUPER GT, Malaysia menerima kesan paling besar dari sudut logistik dan operasi.

Keadaan ini menyebabkan perancangan acara menjadi semakin kompleks dan berisiko untuk dilaksanakan mengikut standard antarabangsa.

selebritionline portal hiburan

KOS OPERASI MENINGKAT MENDADAK
Selain faktor geopolitik, peningkatan kos penghantaran antarabangsa dan perjalanan udara turut menjadi cabaran utama.

Kos yang semakin tinggi memberi tekanan kepada pihak penganjur untuk memastikan acara dapat dijalankan dengan kualiti terbaik tanpa menjejaskan pengalaman pasukan dan peminat.

Situasi ini menjadikan penangguhan sebagai langkah paling rasional buat masa ini.

KOMITMEN UNTUK KEMBALI LEBIH BESAR
Pihak penganjur menegaskan bahawa keputusan ini bukan sesuatu yang diinginkan, namun perlu dilakukan demi menjaga standard kejohanan.

“Ini bukan seperti yang kami rancangkan, namun kami berterima kasih kepada semua pihak termasuk rakan penaja, media dan peminat atas sokongan yang berterusan,” jelas wakil penganjur.

Mereka turut memberi jaminan bahawa perlumbaan ini akan kembali ke Malaysia dengan skala lebih besar apabila keadaan kembali stabil.

PEMINAT MASIH MENANTI KEMBALI SUPER GT
Walaupun berita ini mengecewakan ramai pihak, harapan untuk melihat kembalinya SUPER GT di Malaysia masih kekal.

Kerjasama antara penganjur tempatan dan pihak antarabangsa akan terus diperkukuh bagi memastikan acara ini dapat dianjurkan semula dalam keadaan lebih stabil dan selamat.

Sebarang perkembangan lanjut akan diumumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.

ROSYAM NOR KEMBALI, ERRA FAZIRA TEGUR ISU MEDIA SOSIAL

Teguran peminat yang menyangka dirinya sudah bersara akhirnya menjadi “wake up call” buat Rosyam Nor untuk kembali aktif di kaca televisyen. Dalam masa sama, Erra Fazira pula tampil dengan peringatan tegas mengenai budaya dedah aib di media sosial yang semakin membimbangkan.

Kedua-dua figura ini berkongsi pandangan ketika menghadiri acara Riang Ria Raya ACGas baru-baru ini.

Rosyam Nor dan Erra Fazira di acara ACGas Kuala Lumpur

KEMBALI AKTIF SELEPAS DISANGKA ‘HILANG’

Rosyam mengakui sebelum ini lebih fokus kepada filem sehingga kehadirannya di televisyen semakin kurang. Situasi itu menyebabkan ramai mula bertanya sama ada beliau sudah berhenti berlakon.

Menurutnya, minat terhadap dunia lakonan masih kuat dan menjadi sebab utama untuk kembali aktif walaupun jadual semakin padat dengan urusan perniagaan.

Beliau kini mula menerima beberapa tawaran drama, walaupun hanya memilih satu atau dua projek televisyen dalam masa terdekat.

PROJEK FILEM TERUS JADI KEUTAMAAN

Dalam masa sama, Rosyam turut berkongsi beberapa projek filem yang bakal ditayangkan termasuk Pewaris Susuk, diikuti Blood Brothers 2 dan Memoir Seorang Guru 2.

Lebih menarik, beliau juga bakal kembali bergandingan dengan Rita Rudaini dalam drama baharu berjudul Jiwa Seorang Pentaksub yang dijangka menemui penonton tidak lama lagi.

Rosyam Nor dan Erra Fazira di acara ACGas Kuala Lumpur

Gandingan ini dijangka mengubat rindu peminat yang pernah mengikuti karya mereka sebelum ini.

ERRA FAZIRA TEGUR BUDAYA ‘OVERSHARE’

Sementara itu, Erra Fazira tampil dengan mesej yang lebih serius apabila menegaskan masyarakat tidak seharusnya menjadi ‘enabler’ kepada budaya mendedahkan aib di media sosial.

Menurutnya, setiap individu perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab dalam menjaga privasi, terutama berkaitan hal peribadi dan rumah tangga.

Erra mengakui dirinya sangat berhati-hati sebelum berkongsi apa-apa di platform digital bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi.

KESAN NEGATIF TERHADAP GENERASI

Tambahnya lagi, keterbukaan tanpa batasan di media sosial boleh menghakis nilai malu dalam masyarakat dan memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun ramai berkongsi sekadar meluahkan perasaan, tindakan seperti ‘like’ dan ‘share’ juga boleh mencetuskan persepsi yang tidak diingini.

“Jangan normalisasikan budaya dedah aib,” tegasnya.

Dua mesej berbeza, satu pentas yang sama. Rosyam memilih untuk kembali mengukuhkan legasi dalam dunia lakonan, manakala Erra pula mengingatkan masyarakat supaya lebih bijak dan beretika di media sosial.

Dua figura ini membuktikan bahawa pengalaman dalam industri bukan sekadar tentang populariti, tetapi juga tanggungjawab kepada masyarakat.