SO Staff

Hampir 1,000 Tetamu Hadiri Tayangan Eksklusif ‘Skyfall’ Anjuran NTV7

Sempena menanti filem aksi hebat James Bond terbaru berjudul “Skyfall”, ntv7 menawarkan tawaran istimewa kepada orang ramai untuk menonton filem itu sebelum ia memulakan tayangan perdananya di Malaysia. Saluran Ceria Anda hari ini mengadakan “SKYFALL GALA SCREENING” bertempat di Cathay Cineplex, e@Curve secara eksklusif buat tetamu jemputan istimewa. Orang ramai yang hadir membanjiri pra-tayangan itu termasuklah pemenang peraduan yang dikelolakan ntv7, orang ramai yang hadir membuat penebusan tiket, media, pelanggan dan rakan perniagaan stesen itu.

Antara selebriti yang memeriahkan lagi acara karpet merah malam itu adalah Nazrudin Rahman, Daphne Iking, Faradhiya, Julia Ziegler, Lisa Wong, Zizan Nin, Frederick Lee, Mayjune Tan, Adrian Jalaludin dan Satira Diana.

Saluran tidak berbayar yang sentiasa menjadi pilihan penonton itu telah menyiarkan pelbagai filem James Bond sepanjang bulan Oktober bagi meraikan ulangtahun ke-50 James Bond. Maraton filem yang disiarkan selama lima minggu berturut-turut itu telah bermula sejak 7 Oktober hingga 4 November bagi menghitung hari kemunculan filem Skyfall di pawagam pada 1 November ini.

Maraton filem itu akan berakhir 4 November nanti dengan penyiaran sebuah lagi filem James Bond lakonan Daniel Craig berjudul Casino Royale. Casino Royale merupakan filem ke-21siri agen 007 itu dan merupakan yang pertama dibintangi Daniel Craig sebagai hero baru bagi filem itu bagi menggantikan Pierce Brosnan. Misi kali ini adalah untuk menghentikan Le Chiffre daripada memenangi pertaruhan besar di Casino Royale, Montenegro. Filem keluaran 2006 ini juga merupakan mendapat kutipan tertinggi berbanding siri filem itu sebelum ini. Filem James Bond yang telah menghiasi slot “Sunday Movies” setiap hari Ahad, jam 11 malam di ntv7 sebelum ini adalah Golden Eye, Tomorrow Never Dies, The World Is Not Enough, dan Die Another Day.

‘ENCHANTEUR LOVE’ ~ Wangian Yang Raikan Setiap Detik Romantik Bersama

Bersandarkan inspirasi frasa Perancis “célébrant l’amour pour toujours” atau “meraikan cinta abadi”, ENCHANTEUR, jenama No. 1 dalam pasaran wangian Malaysia, dengan bangganya memperkenalkan ENCHANTEUR LOVE, rangkaian wangian baharu yang dedikasi khas kepada wanita yang komited dalam percintaan. Kelahiran ENCHANTEUR LOVE meneruskan kesungguhan jenama ini menghasilkan wangian yang meraikan setiap detik romantik bersama yang tersayang agar cinta terus membara.

Berinspirasikan momen penuh makna tatkala wanita menerima permata, ENCHANTEUR LOVE dipersembahkan dengan penutup yang direka khas potongan Zamrud yang menyerlahkan kilauan indahnya sekali gus mengingatkan anda kepada berlian pada cincin yang menjadi ikatan dan ikrar cinta untuk hidup bersama selamanya. Disempurnakan dengan botol kaca yang elegan, perasaan menerima ENCHANTEUR LOVE Eau de Toilette baharu mewujudkan keterujaan serupa saat menerima permata daripada yang tersayang sebagai ikrar meraikan cinta abadi.

ENCHANTEUR LOVE membawakan anda dua haruman signatur, ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dan ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette, yang dicipta khusus untuk menghidupkan ekspresi berbeza dalam meraikan cinta selamanya.

ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette

ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette mengangkat tema keraian cinta bersama. Setiap perlakuan, kecil atau besar membawa seribu makna, mendorong keterujaan dalam hubungan, dan menjadikan setiap detik yang dikongsi bersama istimewa. Perbuatan romantik seperti meninggalkan nota romantik pada peti sejuk sebelum ke pejabat, atau menyediakan makanan bersama-sama mengukuhkan hubungan dan meneruskan ikatan kasih sayang.

ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dimulakan dengan percikan segar daripada bergamot, pic putih dan nanas.  Diperkuatkan dengan sentuhan nota yang terdiri daripada Peony Merah dan Buah Markisah, kombinasi bunga dan buah yang melambangkan cinta dan keterujaan hidup bersama.  Haruman ini diakhiri dengan asas kayu cedar hangat, ambar keemasan dan kesturi, nota terakhir yang memberi keselesaan dan kehangatan dalam menyemarakkan rasa cinta.

ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette

ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette membuka kisah perjanjian sebuah cinta agung. Haruman ini meraikan setiap babak dalam perhubungan, bermula daripada pinangan sehingga sambutan ulang tahun, daripada perpindahan ke rumah baharu bersama kepada sambutan acara bermakna seperti kelahiran cahaya mata pertama.

ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette menghimpunkan haruman yang menakjubkan dengan nota sitrus bergamot, lemon dan mandarin yang diadun sempurna bersama kemanisan cassis, nanas dan epal, untuk melambangkan permulaan kepada kehidupan bersama. Haruman kemudiannya berkembang indah menjadi jambangan bunga ros, melur, geranium dan freesia, kombinasi yang menyimpulkan cinta sejati yang menjadi kian dari masa ke masa. Nota asas wangian ini, kesturi dan ambar, menjadi elemen padu haruman ini, sekali gus melengkapkan perjalanan hidup bersama dan mengikat janji cinta abadi.

“Bagi pelancaran ini, kami memilih pasangan selebriti Sazzy Falak dan Nazril Idrus sebagai wajah baharu untuk rangkaian terkini ini kerana perhubungan pasangan ini amat sempurna dengan inspirasi yang diterapkan ENCHANTEUR LOVE. Sazzy dan Nazril adalah pasangan contoh terbaik yang sentiasa berusaha menyemarakkan ikatan cinta mereka, nilai-nilai ini amat menepati keraian cinta ENCHANTEUR dan menjadi definisi kepada cinta abadi bagi ENCHANTEUR.” Ujar Karen Poi, Pengurus Produk Kumpulan Enchanteur dalam ucapannya pada acara perasmian.

Kedua-dua ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dan ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette dijual pada harga RM31.90 bagi setiap botol 50ml Eau de Toilette. Produk ENCHANTEUR boleh didapati di outlet-outlet utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web ENCHANTEUR di www.enchanteur.com.my ataupun layari laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Sazzy Falak & Razif Hashim Hostkan ‘OMG’

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program berkonsepkan bual bicara terbaru keluaran industri tanah air, OMG – siri jenama terbaru kini ditetapkan untuk memberi inspirasi, memperkasa serta memberi informasi mengenai wanita dan tips, pandangan serta gosip terkini. OMG merupakan program yang dibawakan khas untuk wanita moden yang bercita-cita tinggi, bertenaga, sukakan cabaran serta bebas. Program OMG yang disajikan khas untuk penonton Malaysia akan bersiaran tayangan perdana di DIVA Universal (saluran 702) pada 5 November 2012 jam 7.30 malam.

OMG bakal menampilkan gandingan hebat dua selebriti tempatan yang tidak asing lagi dalam industri hiburan, Sazzy Falak dan Razif Hashim, juga dikenali sebagai Raz selaku hos program. Program ini mengupas topik yang menarik serta terkini melibatkan kerjaya, keluarga, persahabatan, perhubungan dan banyak lagi. Program 13 episod ini turut memperkenal tiga segmen utama iaitu OMG Celebrity, OMG Miss Chilled dan Oh My Gaji.

Segmen OMG Celebrity akan menampilkan sesi temubual istimewa bersama hos program dan juga selebriti tempatan sebagai jemputan termasuklah Lisa Surihani, Jacklyn Victor, Hannah Tan, Mizz Nina, Noh Hujan serta Deborah Henry. Setiap episod penonton akan disajikan dengan segmen mini berjudul “Oh My Gambar Lama” di mana selebriti jemputan akan berkongsi gambar-gambar lama mereka sebagai tatapan buat penonton OMG.

Ditaja oleh F&N Magnolia Sherbet, OMG Miss Chilled pula menyingkap pengembaraan 13 orang gadis terpilih menerusi pencarian Miss Chilled yang dianjurkan oleh F&N Magnolia Sherbet. Setiap minggu penonton akan disajikan dengan pelbagai drama oleh para peserta. Kita akan melihat keberanian dan kawalan emosi para peserta ini dalam melakukan pelbagai aktiviti yang cukup mencabar seperti memandu go-kart, meniti jambatan tali dan juga menghadiri janji temu. Gadis Miss Chilled pada setiap minggu juga akan menjalani sesi temubual bersama-sama pengacara, Raz untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang dijalankan.

Saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 27 Bermula!!!!

 

Lebih menarik, pusingan separuh akhir Muzik Muzik 27 akan turut diserikan dengan persembahan artis jemputan setiap minggu seperti Salam ditemani dengan Altimet dan DJ Fuzz yang akan membawakan medley lagu “Tanya Sama Itu Hud Hud/Bangkit”, kumpulan Meet Uncle Hussain  menampilkan Fauziah Gambus untuk minggu kedua dan nantikan gandingan segar Fida Ibrahim dan Datuk AC Mizal yang pastinya menghiburkan semua yang hadir di studio dan penonton di rumah mendendangkan lagu popular zaman 80’an yang kini diberi nafas baru, “Apo Ko No Eh Jang”.

Sebanyak 30 buah lagu akan dipertandingkan dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 11 November 2012 (11 lagu), 18 November 2012 (11 lagu) dan 25 November 2012 (8 lagu) dan dibantu oleh gandingan hos, Faiz dan Chad.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam – 10.30 malam untuk bahagian 1 & 2, manakala separuh akhir bahagian 3 pula akan menemui penonton bermula jam 10.00 malam. Hanya 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik 27 bahagian 3.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat artis-artis kegemaran mereka mempertandingkan lagu-lagu popular di peringkat separuh akhir, tiket-tiket percuma boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza AlamSentral pada 8 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 1), 15 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 2), dan 22 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 3) mulai jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

Muzik-Muzik Separuh Akhir 27 turut memperkenalkan XPAX, jenama prabayar terkemuka oleh Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama, manakala Hot.FM pula dipilih sebagai stesen radio rasmi.

Berikut adalah senarai 30 lagu-lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir :-  

  • 11 November 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik No. Giliran
1. Cerita Dia Drama Band Ammar Habir Aepul

1

2. Idola Azlan & The Typewriter Audi Mok Azlan

2

3. Watak Hafiz Aidit Alfian AD Samad

3

4. Aku Datang Tomok Tomok Rafidah Abdullah

4

5. Aku Suka Dia Ainan Tasneem Ainan Tasneem Ainan Tasneem

5

6. Pelangi Senja Stacy Taja Tun Teja

6

7. Jerrypah Aizat Anas & Aizat Aizat

7

8. Majnun Hazama Audi Mok Audi Mok / Omar K

8

9. Pencinta Terbaik Sofaz Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim

9

10. Kasanova Stacy Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim

10

11. Biar Sampai Ke Bintang Asmidar Ajai Ahmad Farid Abdul Jalal

11

  • 18 November 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik No. Giliran
12. Anak Kampung One Nation Emcees & Jimmy Palikat Jimmy Palikat Jimmy Pakikat & One Nation Emcees

1

13. Terukir Di Bintang Yuna Yuna Zarai Yuna Zarai

2

14. Angkasa Diandra Arjunaidi Diandra Arjunaidi Diandra Arjunaidi

3

15. Tanpamu Amir Jahari Amir Jahari Amir Jahari

4

16. Sesaat kau Datang Ramlah Ram & Sleeq ID Mifzal Zie Syafruddin

5

17. Ombak Rindu Hafiz & Adira Zaidi Zaidi

6

18. Terlalu Mencintaimu Suki Ajai Jeremy Chong

7

19. Beginilah Caranya Shaheizy Sam & Yana Ajai Ajai

8

20. Tapi Bagaimana Spider Tam Spider M.Nasir

9

21. Sebelah Jiwaku Jaclyn Victor Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim

10

22. Lagu Bedroom Sanctuary Bo Amir Iqram Bo Amir Iqram

11

 

 

 

 

 

 

 

  • 25 Oktober 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik No. Giliran
23. Teman Pengganti Black & Malique Malique Malique

1

24. Harapan Hyper Act Hyper Act Frozen

2

25. Panik Bunkface Sam Bunkface Sam Bunkface

3

26. Simetri Hazama & Amy Search Audi Mok Zel Firdhaus Haduan

4

27. Mesti Ada Cinta Akim & Fiq Kuncidemak Kuncidemak

5

28. Andaiku Bercinta Lagi Mojo Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim

6

29. Patah Seribu Shiela Amzah Shiela Amzah Shiela Amzah

7

30. Ku Akui Hafiz Ajai Ajai

8

 

 

Watak Dongeng Di Dunia Moden Dalam ‘Once Upon A Time’

Terbaru, Saluran Ceria Anda, ntv7 akan membawakan sebuah siri TV terkenal Once Upon A Time bermula 28 Oktober, setiap hari Ahad jam 9.30 malam buat pertama kalinya di saluran TV tidak berbayar Malaysia.

Siri Once Upon A Time dicipta oleh penerbit eksekutifnya, Adam Horowitz dan Edward Kitsis yang juga pernah membawakan siri hebat Lost sebelum ini.

Mengetengahkan kisah puteri salju sebagai premis utama, Once Upon A Time bukanlah sekadar kisah cermin ajaib mahupun epal beracun, malah jalan cerita uniknya membawakan kisah selanjutnya mengenai pasangan Snow White dan Prince Charming yang disangkakan berakhir dengan pengakhiran yang penuh bahagia.

Berlatarkan dua dunia berbeza di antara moden dan fantasi, Once Upon A Time mengisahkan kehidupan Emma Swan (Jennifer Morrison), 28 tahun yang sering bersendirian sejak ditinggalkan ketika dia masih bayi. Namun segalanya berubah apabila anak kandung yang pernah diberikannnya beberapa tahun lalu tiba-tiba datang menemuinya. Henry yang kini berusia 10 tahun amat memerlukan pertolongan Emma. Henry percaya bahawa Emma sebenarnya adalah anak kepada Snow White dan Prince Charming.  Menurut buku yang dimiliki Henry, hanya Emma satu-satunya harapan bagi menamatkan sumpahan Evil Queen. Sumpahan itu telah memerangkap kesemua hidupan dongeng di sebuah bandar bernama Storybrooke di mana masa dibekukan dan memori identiti sebenar mereka telah dipadamkan.

Menggunakan teknik imbas muka dan imbas kembali, para penonton bakal didedahkan kepada kedua-dua dunia fantasi dan moden untuk mula memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku. Bersiaran selama 22 episod, penonton pastinya akan mula cuba mencari jawapan kepada setiap persoalan yang timbul.

‘After Class’ Drama Sitkom Bersiri Terbaru Dari NTV7

Bermula 8 November ini, sitkom ini akan bersiaran setiap hari Khamis, jam 11 malam dengan jalan cerita yang pastinya menarik dan lucu.

Siri sitkom 13 episod ini akan membariskan pelakon hebat yang juga mampu membuatkan para penontonnya tertawa seperti Leslie Chai yang baru sahaja memenangi Pelakon Lelaki Paling Popular di Golden Awards 2012, Thomas Kok, Jack Yap, Ernest Chong, Emily Chan, Sam Chin Neng dan Pauline Tan.

Sinopsis

After Class menceritakan tentang Qing Feng yang berusia 36 tahun yang terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran apabila anak lelakinya lahir 20 tahun yang lalu. Bagi meneruskan impiannya, Qing Feng menyertai program siswazah di universiti yang sama dengan anaknya, Zhi Xin (Thomas). Lebih menarik lagi apabila mereka berdua di tempatkan di sebuah bilik asrama yang sama. Seperti hubungan ayah dan anak yang lain, mereka pastinya berhadapan pelbagai cabaran yang bakal menguji sejauh mana kekuatan hubungan keluarga mereka berdua.

Leslie juga terpaksa menambahkan berat badan bagi membawa wataknya sebagai seorang ayah dengan lebih berkesan. Membawakan watak sebagai Qing Feng, Leslie membawakan watak ayah yang penyayang dan berfikiran terbuka. Walaupun di usia 36 tahun, Qi Feng tetap mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam pelajarannya.Seperti ayahnya, Zhi Xin meneruskan pelajarannya dalam bidang Pentadbiran Perniagaan juga mempunyai semangat yang tinggi namun tetap nakal sebagai anak muda. Zhi Xin juga kadangkala suka memberontak dan cuba hidup bebas dan mengejar segala keinginannya namun tetap berkongsi perasaan suka dukanya bersama ayahnya.

Sementara itu, rakan serumah Zhi Xin, Alex suka bersifat menunjuk-nunjuk untuk mendapatkan perhatian wanita. Namun dek kerana perangainya yang suka mencari masalah, dia juga dibenci orang sekelilingnya.Ernest Chong, pelakon berbakat ini buat pertama kalinya memainkan watak dalam drama sitkom pastinya menambahkan lagi kelucuan yang sedia ada. Ernest akan memainkan watak sebagai Yong Fu yang bersikap materialistik dan mementingkan diri.

Pelakon wanita baru, Emily Chan juga akan membawa watak sulung dalam drama bergenre sitkom sebagai wanita yang kasar dan perwatakan lelaki. Emily membawakan watak sebagai Mei Bao yang jujur dan suka menggembirakan teman sekelilingnya. Setelah berkawan dengan Qing Feng, anda pasti akan melihat perubahan dalam wataknya nanti.

Berbeza dengan Mei Bao, Hui Hui (lakonan Pauline Tan) gemar melawa dan sering mendapat layanan manja keluarganya. Dia juga tidak suka melakukan kerja rumah dan suka melarikan diri apabila berhadapan masalah. Lebih teruk ialah Hui Hui mudah tersinggung.

Apa yang bakal terjadi apabila kesemua watak yang berlainan perwatakan ini menuntut dan bertemu di universiti yang sama?

Tiket ‘2NE1 Global Tour 2012 In Malaysia’ Mula Dijual Pada 26 Oct 2012

Tiket Launching

Tarikh: 26 Oct 2012

Masa: 10.00 pagi  – 6.00 petang

Lokasi: Stadium Merdeka Carpark

Tiket : VIP, Rock Pit, Category 1, 2 and 3

Online dan outlet 

Tarikh: 26 Oct 2012

Masa: 1.00 tengahari dan ke atas

Tiket: Ticketpro and Redtix online and outlet

 

 

 

 

 

3000 Orang Peminat Banjiri Stadium Negara Untuk Saksikan Jonas Brothers

Walaupun hujan pada sebelah petang hingga konsert bermula tidak mematahkan semangat hampir 3000 orang peminat untuk menyaksikan Jonas Brothers di Stadium Negara.Muncul sekitar jam 8.50 malam, tiga anak muda tampil segak bergaya dengan diiringi tujuh pemuzik. Mereka membuka tirai persembahan dengan lagu When You Look Me in the Eyes.

Jonas Brother menyuntik adrenalin keterujaan peminat dengan dendangan deretan 25 lagu hits dari album pertama hingga terbaru. Joe dan Nick menyanyi sementara Kevin memperlihatkan kredibiliti bermain gitar sepanjang persembahan.Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh mereka ialah Who I AmParanoidGotta Find You, BB Good, Last Time Around, Lovebug, SOS.Mereka mengakhiri persembahan mereka dengan lagu hit iaitu Burnin’ Up.

Jonas Brothers Live In Malaysia dianjurkan oleh by Wonderland+. Terdahulu, konsert ini dimulakan dengan persembahan opening act oleh penyanyi-pelakon Amerika, Anna Maria.

 

[nggallery id=112]

 

Farid Kamil Bakal Nikah Dengan Diana Danielle Pada 3 November 2012

Tahniah buat Farid Kamil dan Diana Danielle yang bakal bernikah pada 3 November 2012 ini. Ini disahkan sendiri oleh Farid Kamil ketika majlis tayangan perdana filem terbarunya yang berjudul PE3 sebentar tadi.

“Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle bakal melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini”

 

Miss Malaysia Kebaya 2012 Grand Final Pada 9 November 2012

Selepas hampir 9 bulan mencari finalis di seluruh negara maka pada 9 Novermber 2012 ini bakal terjawab siapa yang bakal menggondol gelaran Miss Malaysia Kebaya 2012. Ia bakal diadakan di Swiss Garden Hotel,Kuala Lumpur.Seramai 19 finalis bakal merebut 3 hadiah utama.

Hideaki bakal menjadi pereka fesyen pada grand final Miss Malaysia Kebaya 2012.Beliau akan mereka 5 konsep yang berlainan untuk semua peserta.

5 Kumpulan Rock Bergabung Dalam ‘Malaysian Rock Fest 2012’

Tanggal 20 Oktober 2012 bakal menyaksikan 5 buah grup lagenda iaitu Wings,Lefthanded,XPDC,May dan Rusty Blade bergabung di dalam konsert  ‘Malaysian Rock Fest 2012’. Ia dibawa khas oleh Red On Black Sdn Bhd.

Festival ini bakal berlangsung dari 4 petang sehingga 12 tengah malam. Lebih menarik lagi,ini merupakan kemunculan semula grup Rusty Blade dan Lefthanded selepas 20 tahun tidak bersatu dalam konsert berskala besar. Festival rock ini juga menampilkan gitaris-gitaris terbaik negara iaitu Joe Wings,Izo,Abu,Man Kidal dan Khalid Mobin.Tidak ketingglan juga pemain drum terbaik iaitu Black,Ezan,Lola,Man Dayak dan Man.

Tiket-tiket yang berharga RM88 boleh didapati menerusi Ticket2u di talian 03-41478600 atau 019-2111600 dan ilassotickets di talian 03-79576088 serta di semua cawangan Rock Corner dan Tbreak cafe.

Sila layari ticket2u.biz dan ilassotickets.com untuk keterangan lanjut.

*Credit photo ~ lensa ayid

Tampil Dengan Berbaju Kurung,Hampir 4000 Peminat Wonder Girls Terhibur

Tepat jam 7.30 malam, WG tampil membuka tirai dengan Like This, petikan lagu dari album terkini. Kemudian suasana terus rancak dengan Nu Shoes dan The DJ Is Mine. Malah di pertengahan perjalanan persembahan, grup yang sedia sukses mencipta nama di persada Hollywood ini membiarkan penonton memilih lagu apa yang harus mereka nyanyikan. Mereka juga membuat kejutan dengan memakai baju kurung pada konsert ini.

Antara lagu lain yang melengkapkan konsert mereka dengan lagu seperti 2 Different Tears, Girlfriend, So Hot, Like Money, Hey Boy, Girls Girls, Dear Boy, Be My Baby, Ibabo (This Fool), Tell Me, Wishing On A Star, Girls Night Out, Its Not Love dan lagu lagu, apa lagi kalau bukan Nobody.

Selama lebih kurang 1 jama 45 minit, lima gadis cantik lagi seksi ini sukses mengheret Wonderfuls (gelaran untuk peminat) ‘hanyut’ dalam ‘dunia Wonder World’ mereka dan WG berjanji mereka mahu kembali ke sini lagi.

 

 

 

[nggallery id=111]