SO Staff

Jom ‘NGORAT’ Di Pawagam Pada 4 Oktober 2012

Di Pawagam : 4 Oktober 2012

Pengarah : Prof A.Razak Mohaideen

Pelakon : Aaron Aziz dan Erra Fazira, Iedil Putra, Nas-T dan Zain Ruffedge, Dira Abu Zahar, Dynas

Sinopsis

Aaron Aziz memainkan peranan sebagai Arjuna Kasih seorang penasihat cinta kepada Ijam (Iedil Putra). Ijam mempunyai 3 rakan baik, Azoe (Nas-T), Kira (Erra Fazira) & Rizal (Zain Hamid) tetapi dia tidak pernah mempunyai awek. Pada suatu hari, dia didatangi seorang budak kecil yang memberikannya flyers sebuah website, arjunakasih.com.my. Setelah melayari website tersebut, Ijam dibawa ke suatu alam maya, dimana dia bertemu dengan Arjuna Kasih. Di dalam masa 40 Hari, Ijam diberikan masa untuk mendapatkan awek berbekalkan tips yang diberikan Arjuna Kasih, kalau tidak, dia akan bertukar menjadi Mak Nyah. Adakah Ijam akan berjaya mengayat awek dan berjumpa dengan cinta sejatinya?

Siti Nurhaliza Dinobat Ikon Hiburan

 

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dinobatkan sebagai Ikon Hiburan sempena ulang tahun kelima Bernama Radio24.

Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran itu atas jasanya dalam bidang hiburan dan komitmen beliau dalam menjayakan berita dan kandungan siaran stesen tersebut sepanjang lima tahun lalu.

*credit mD

Lebih Khasiat Pati Prun Dalam InnerShine

Baru-baru ini InnerShine Pati Prun telah melancarkan saiz botol terbaru iaitu 60% lebih besar iaitu 70ml. Kini,para pengguna boleh memilih dua saiz dipasaran iaitu 70ml atau saiz biasa 42ml.

Prun terbukti mengandungi dua kali anti-oksidan daripada buah-buahan lain bagi melindungi kulit daripada radikal bebas lalu melambatkan proses penuaan.Selain serat makanan ia juga kaya dengan Vitamin C termasuklah Inulin dan Oligofruktosa. Inulin dan Oligofruktosa berfungsi untuk melancarkan sistem pencernaan dan detoksifikasi. Vitamin C pula menyumbang kepada penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit,sekaligus memberi penampilan yang tampak lebih muda.

Majlis pelancaran pek baru ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran duta Innershine iaitu pelakon dan penyanyi terkenal,Maya Karin. InnerShine boleh didapati disemua pasar raya besar,pasar raya dan farmasi di seluruh negara dengan harga RM71.90 untuk pek 70ml yang mengandungi 12 botol baru dan RM54.90 untuk pek 42ml yang juga mengandungi 12 botol.

Sila layari www.innershine.com.my untuk keterangan lanjut.

 

 

‘2012 Asia Super Showcase in Malaysia’ Pada 11 Disember 2012

Dianjurkan bersama oleh Marctensia Concerts dan Universal Music Malaysia, Artis yang dihasilkan oleh SM Entertaiment dan dipromo oleh K Entertainment, “2012 Asia Super Showcase In Malaysia” akan diadakan pada 11 Disember 2012 di Kenanga Wholesale City, Aras 15 pada pukul 8 malam. Ia juga akan menjadi yang pertama Super Junior-M Asia Super Showcase, semata-mata untuk Malaysia.

Jualan tiket akan bermula pada pertengahan Oktober 2012. Tiket details for “2012 Super Showcase Asia di Malaysia” akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Di samping itu, penganjur akan melepaskan satu kejutan Super minggu depan. Untuk maklumat terkini mengenai “2012 Asia Super Showcase di Malaysia”, sila lawat Facebook Marctensia Concerts untuk keterangan lanjut.

 

Kumpulan MOHRAM Menerajui Pementasan Muzikal ‘Amanat MuziKhat’

MOHRAM yang dianggotai Mohardiman Ismail (seruling) dan Ramli Hamid (rebana) tampil sebagai artis utama dalam pementasan muzikal Amanat Muzikhat dan di majlis perasmian sempena Terengganu International Islamic Art Festival 2012 (TIIAF2012) di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu. Majlis perasmian TIIAF2012 ini dirasmikan oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Turut hadir ialah Ketua Pengarah IRCICA, Dr. Halit Eren, Menteri Besar   Terengganu, YAB Dato’ Seri Hj Ahmad B Said, YB Dato’ Hj. Mokhtar Bin Nong, Datuk Bandar Kuala Terengganu, YBhg Datuk Hj Mat Razali Kasim dan YBhg. Datuk Rozali Salleh, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

Konsert muzikal akustik diterajui MOHRAM ini turut diiringi Syed Alwi al-Haddad yang memperdengarkan alunan qasidah dan pemuzik terkemuka termasuk kumpulan gamelan dari SUKTRA Terengganu selain penampilan pemuzik dan kaligrafer kelahiran Iran iaitu Bahman Panahi yang bermain alat muzik tradisional Arab. Lebih menarik, lagu-lagu yang dipersembahkan itu berselang-seli dengan qasidah dan zikir yang menceritakan mengenai kedatangan Islam ke rantau Nusantara.

Persembahan muzikal ini diilhamkan oleh komposer dan pengarah muzik, Farihin Abdul Fattah dimana sebanyak 12 lagu dari ketiga-tiga album MOHRAM didendangkan antaranya Sakti, Suluk, Pawana Pawaka dan Cahaya di Taman Suci. MOHRAM telah mendapat tajaan pakaian dari “QAMILLA SACC MALL”, sebuah butik mereka pakaian berciri tradisional dan kontemporari untuk persembahan mereka pada malam itu. Amanat Muzikhat diterbitkan oleh Shue Ellis Communications.

Maraton Filem ‘JAMES B0ND’ di ntv7

Saluran Ceria Anda, ntv7 memulakan bulan Oktobernya dengan tawaran hebat iaitu rangkaian filem James Bond buat penonton setianya bagi meraikan ulangtahun ke 50 filem kesukaan ramai itu. Pelbagai filem James Bond akan disiarkan melalui slot hari Ahad, “Sunday Movies” selama lima minggu berturut-turut bermula 7 Oktober sehingga 4 November sebagai detik kiraan sempena tayangan perdana filem terbaru Bond, berjudul “Skyfall” pada 1 November ini.

Bagi mereka yang meminati lakonan Pierce Brosnan, ntv7 bakal menyiarkan empat judul filem yang dibintangi beliau sebagai James Bond di mana ia akan disiarkan setiap hari Ahad bermula jam 11.00 malam sehingga pukul 1.00 pagi. Peminat Daniel Craig juga bakal tidak ketinggalan melalui filem pertama aktor tampan ini sebagai watak James Bond yang terbaru.  

Maraton filem ini dimulakan dengan “Golden Eye” pada 7 Oktober dengan filem James Bond keluaran tahun 1995 yang berjaya mengutip US$350 juta dari seluruh negara dan menjadikan filem ini sebagai filem yang paling berjaya selepas “Moonraker”. Filem ini mengisahkan Bond yang dalam misi menyelamatkan London daripada sindiket bersenjata berbahaya yang ingin memusnahkan kota itu menngunakan senjata satelit yang dinamakan Golden Eye bagi meruntuhkan ekonomi kewangan dunia.

Sementara itu, maraton ini akan diteruskan pada minggu seterusnya melalui filem Tomorrow Never Dies” yang akan menemui anda pada 14 Oktober dengan gandingan mantap pelakon kebangggaan Malaysia, Datuk Seri Michelle Yeoh. Digambarkan sebagai pelakon wanita yang hebat dan merupakan versi James Bond wanita oleh Brosnan, pelakon yang berasal dari Ipoh itu mempamerkan pelbagai babak perlawanan menerusi filem itu pada 1997. Michelle Yeoh membawakan watak Wai Lin, pakar perisik dari China dan sebagai sekutu Bond. Filem ini mengisahkan James Bond yang terpaksa berhadapan dengan penjahat berprofil tinggi dari syarikat media ternama  yang cuba mewujudkan perang baru di antara negara China dan Britain bagi mendapatkan liputan eksklusif secara global.

Penonton pastinya bakal terus melekat di kaca TV pada 21 Oktober menerusi filem Bond ke-3 oleh Brosnan – “The World Is Not Enough” lakonan bersama Sophie Marceau, Robert Carlyle dan Denise Richards. Filem pada tahun 1999 itu mengambil penggambaran dari pelbagai lokasi antaranya, Sepanyol, Paris, Turki dan United Kingdom. Misi kali ini pula adalah James diarahkan untuk melindungi pewaris syarikat minyak terkemuka dari bekas penculiknya. Tugasan kali ini juga meminta Bond untuk menyelesaikan isu senjata nuklear yang bakal digunakan untuk menaikkkan harga minyak dunia dengan menyerang perairan Istanbul.

28 Oktober pula menyaksikan “Die Another Day” menghiburkan malam Ahad anda. Lebih menarik, filem ini dibintangi pelakon yang telah memenangi pelbagai anugerah atas mutu lakonannya – Halle Berry yang memainkan watak Giacinta ‘Jinx’ Johnson seorang agen Agensi Keselamatan Kebangsaan. Filem yang ditayangkan pada 2002 ini mengikuti kisah James Bond yang menyiasat hubungan pengganas Korea Utara dan saudagar berlian yang membiayai pembinaan senjata angkasa antarabangsa. “Die Another Day” juga merupakan filem terakhir lakonan Pierce Brosnan sebagai James Bond.

 “Casino Royaleyang bersiaran 4 November nanti di ntv7 merupakan filem ke 21 dalam keseluruhan siri James Bond dan yang pertama menampilkan Daniel Craig sebagai agen M16 James Bond. Misi pertamanya adalah untuk menghentikan Le Chiffre daripada memenangi pertaruhan besar di Casino Royale, Montenegro.

“ntv7 amat teruja untuk mengira kiraan detik  bersama seluruh Malaysia sehingga filem Bond baru yang ditunggu-tunggu, “Skyfall” ditayangkan dengan membawakan maraton filem pada bulan Oktober ini dengan lima judul filem James Bond  pada setiap malam Ahad secara PERCUMA. Tidak kira walaupun anda tidak menggemari filem aksi, filem James Bond pastinya mampu mengubah anda untuk menggemarinya,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

Selain tawaran rangkaian filem-filem hebat ini, ntv7 juga akan menganjurkan sebuah malam gala – “Skyfall Movie Gala Premiere” pada 30 Oktober di Cathay Cineplex e@Curve. Bagi mereka yang ingin memenangi tiket untuk menghadiri acara eksklusif itu, mereka hendaklah menyertai peraduan di laman ruang sosial ntv7 dan melalui beberapa media yang akan digunakan. Maklumat lanjut akan diberitahu kelak.

Jangan lupa menyaksikan rangkaian filem James Bond yang telah disediakan bermula 7 Oktober sehingga 4 November, Setiap Ahad jam 11.00 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

 

Maklumat lanjut mengenai filem James Bond yang bakal ditayangkan sepanjang bulan Oktober boleh didapati di www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter.

 

Pertandingan Futsal Neon Pertama di Malaysia oleh Dashing for Men..Ada Bran??

Pernah terfikir bermain futsal di dalam gelap sambil disinari lampu neon? Kini anda boleh! Dashing, jenama terunggul bagi produk dandanan diri lelaki akan menjadikan cabaran ini lebih menarik menerusi kejohanan Futsal Neon yang pertama. Dalam pertandingan mencabar ini, futsal akan dimainkan di bawah cahaya lampu neon bersama pemain-pemain yang turut menyarungkan pakaian sukan neon agar mereka tampak bercahaya. Bermula daripada bola kepada jersi sehinggalah tiang gol, semuanya akan disediakan dalam warna neon yang pasti menjanjikan pengalaman unik kepada para peserta.

“Futsal adalah sukan yang digemari majoriti lelaki Malaysia. Kami mahu membawakan permainan yang menarik kepada pelanggan namun dengan sedikit pengubahsuaian yang tidak hanya seronok malah penuh cabaran. Konsep Futsal Neon membolehkan mereka menonjolkan keyakinan diri, sama seperti kualiti yang dipegang Dashing,” kata Christina Yong, pengurus besar (pemasaran) bagi Wipro Unza (M) Sdn. Bhd.

“Kami telah mencipta Cabaran Skor Dashing sebagai kejohanan yang menyeronokkan bagi pelanggan Dashing yang mencintai sukan futsal. Kejohanan di seluruh negara akan dilaksanakan  mengikut kawasan di Kuala Lumpur, Kluang, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang. Setiap pemenang kawasan akan bertarung dalam pertandingan akhir di Kuala Lumpur. Perlawanan setiap kawasan akan bermula pada bulan November dengan pertandingan akhir bakal berlangsung pada 8 Disember 2012. Perekrutan pasukan akan bermula pada bulan Oktober. Selain daripada pengalaman menggembirakan, para peserta juga berentap bagi memenangi hadiah bernilai lebih RM20,000.00. Ganjaran utama bagi juara kejohanan selain wang tunai berjumlah RM7,000.00 adalah lawatan ke studio ESPN di Singapura. Ini merupakan pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan,” jelas Dwakara,pengurus pemasaran Dashing.

Sekiranya anda teruja dengan cabaran ini dan mahu mencuba nasib dalam futsal neon bersama kumpulan anda seramai tujuh pemain, ikuti langkah-langkah berikut. Beli produk Dashing bernilai RM200 dalam satu resit tunggal atau maksimum tujuh resit berasingan dalam bulan Oktober 2012. Langkah ini hanya memerlukan setiap pemain anda melaburkan sebanyak RM30 bagi kelayakan penyertaan. Kemudian, daftar kumpulan anda dengan mengisi borang yang disediakan di semua kaunter-kaunter utama Dashing. Borang itu juga boleh didapati di lokasi jelajah Dashing yang akan dijalankan di beberapa kolej (maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Dashing www.facebook.com/dashingformen. Serahkan semula borang penyertaan  kepada jurujual kaunter atau poskan kepada Wipro Unza berserta resit pembelian. Bagi memudahkan urusan, borang juga boleh dimuat turun pada laman Facebook DashingForMen dan kembalikan borang yang telah diisi bersama-sama salinan imbasan resit bukti pembelian kepada cabaranskordashing@gmail.com.

Bagi menunjukkan kesungguhan dan penghargaan terhadap pelanggan, Dashing turut menawarkan hadiah menarik seperti beg kasut gim menerusi pembelian RM40.00 di dalam satu resit. Jadi, usah tunggu lagi dan tubuhkan pasukan anda sekarang!

Untuk maklumat lanjut berhubung lokasi Kru Cabaran Skor Dashing dan informasi berkaitan kejohanan, layari laman facebook Dashing for Men pada www.facebook.com/dashingformen.

Temui kru Cabaran Skor Dashing di lokasi-lokasi berikut dan menangi cenderamata daripada Dashing for Men dengan menyertai aktivit-aktiviti menyeronokkan yang pasti menguji skil bola sepak anda seperti cabaran menimbang bola, mengimbang bola dan menyepak bola ke dalam gawang! :

  1. Pasar raya Mydin – Bukit Jambul, Pulau Pinang – 6Oktober 2012
  2. Pasar raya Mydin – Shah Alam – 7 Oktober 2012
  3. TF Value Mart, Port Dickson – 13 Oktober 2012
  4. Pasar raya Mydin, USJ – 14 Oktober 2012
  5. Pasar raya Mydin, Kubang Kerian, Kota Bharu – 19 Oktober 2012
  6. UO, Pasir Gudang, Johor Bahru – 27 Oktober 2012
  7. Pasar raya Mydin, MITC Melaka – 28 Oktober 2012

Girls’ Generation (SNSD) Bakal Lancarkan Single Terbaru “Flower Power” Bulan Depan

Girls’ Generation bakal keluarkan single terbaru mereka iaitu ‘Flower Power’ pada 14 November. Album pula akan dikeluarkan pada 28 November.

Dari kelihatan gambar, single baru kelihatan seperti ia akan menunjukkan seksi dan sebelah matang Girls’ Generation.

Hanya beberapa hari lalu, Girls’ Generation diletakkan # 1 di Oricon Daily Chart untuk single Jepun “Oh!” dan DVD Video Koleksi mereka.

Neelofa Duta Mattress Probiotik King Koil Malaysia

King Koil Malaysia meraikan satu lagi peristiwa penting dalam usaha berterusan untuk inovasi yang membezakannya sebagai pemimpin dalam teknologi tidur dengan melancarkan tilam 1 probiotik Malaysia. Mengungkap Raja Koil Actipro tilam yang baru pada acara eksklusif yang diadakan di Pietro Ristorante Italiano, Damansara Heights, tetamu jemputan dan rakan mempunyai peluang untuk menjadi yang pertama untuk melihat teknologi ini benar-benar baru.

Kelembapan badan dan sel-sel kulit mati yang orang kehilangan apabila mereka sedang tidur merupakan sumber makanan yang ideal untuk hama rumah. Permaidani dan tilam kami menyediakan mereka dengan persekitaran yang ideal di mana mereka boleh hidup dalam kemewahan dan dengan itu membiak dengan cepat. Sama ada alam sekitar adalah bersih atau tidak, hama rumah tidak dapat dielakkan. Hama habuk rumah purata tinggal selama kira-kira dua atau tiga bulan, tetapi mengeluarkan semula dengan cepat jika ia mempunyai sumber yang baik makanan. Terdapat kira-kira dua juta hama rumah di tilam purata.

Makhluk-makhluk kecil boleh menyebabkan pelbagai reaksi alergi pada manusia, jadi ia adalah dinasihatkan untuk memberi mereka bukan peluang sedikit mengganggu hidup anda, dan terutamanya tidur anda.

Probiotik Actipro adalah organisma aktif. Menggunakan probiotik ini untuk King Koil Actipro tilam pada skala besar memberikan hama rumah sedikit peluang untuk hidup dan meneutralkan alergen. Mikro-organisma probiotik menyerap kelembapan dalam persekitaran tidur dan menghadam semua bahan yang boleh dimakan dalam fabrik. Ini mewujudkan persekitaran yang tidak menarik kepada hama habuk rumah yang boleh menyebabkan alahan dan kekurangan khasiat untuk mereka. Ia adalah satu proses yang 100% semulajadi yang menggantikan kimia atau biocidal teknik untuk menghapuskan alergen yang dihasilkan oleh hama debu, bakteria yang tidak diingini dan bau yang tidak menyenangkan.

Dengan teknologi baru ini dan terbukti inovasi tidur King Koil untuk keselesaan dan kualiti, Raja Koil Malaysia telah membangunkan dan melancarkan 3 model Actipro ke dalam pasaran; Actipro I, Actipro II dan Actipro III. Terdapat dalam pelbagai saiz dan seluruh rangkaian lebih daripada 2000 peniaga di seluruh Malaysia, King Koil menjanjikan rakyat Malaysia tidur semula jadi.

Majlis itu turut dihadiri oleh Neelofa, duta jenama King Koil yang diketengahkan di dalam kempen pelancaran Actipro. “Sebagai salah satu bintang yang paling cepat meningkat Malaysia, King Koil kagumi serba boleh beliau, personaliti yang bertenaga dan dinamik yang merupakan perlawanan yang sempurna untuk jenama King Koil,” kata Encik Harris Pardi, Ketua Pegawai Operasi OCB Berhad dan Pengarah Raja Koil Malaysia.

Actipro pelancaran kempen akan mempunyai iklan di TV, surat khabar, majalah, papan iklan, rangkaian digital dan sosial serta di bawah bahan-bahan yang selaras di peringkat runcit. Terdapat juga akan menjadi acara pengguna pada 2-4 November 2012 di Mall Perabot Viva dengan banyak hadiah dan kejutan. Peminat Neelofa juga akan mendapat peluang untuk bertemu beliau pada majlis itu.

[nggallery id=99]

Channel E! Berwajah Baru Dengan “Pop of Culture”

NBCUniversal telah mengumumkan bahawa Channel E!  logo dan  slogan terbaru di Asia dan seluruh dunia – berikutan pengumuman 9 Julai saluran berwajah baru di Amerika Utara. Ia telah diumumkan pada 23 September 2012.

Christine FELLOWES, Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Universal Networks International berkata , “E!, Sebagai satu jenama yang ikonik telah berkembang dan relevan kepada penonton. Setelah menjadi destinasi pilihan untuk hiburan di Asia, kami teruja denga  evolusi seterusnya E! akan menawarkan satu jenama yang lebih menarik dan program-program baru dan menarik yang mempesona peminat budaya pop dalam diri kita. ”

E! merangkumi topik yang mempesona kita semua termasuk personaliti, trend, muzik, fesyen, TV, filem, seni, kehidupan malam, kedermawanan, teknologi, reka bentuk dan sukan.

[nggallery id=98]

 

HOTEL TRANSYVANIA

Tarikh Dipawagam : 28 September 2012
Pengarah : Genndy Tartakovsky
Pengalih Suara : Adam Sandler, Selena Gomez, Andy Samberg serta Kevin James.

SINOPSIS 

Hotel Transylvania merupakan sebuah filem animasi komedi dan sangat sesuai untuk tontonan umum. Filem ini mengisahkan tentang sebuah hotel bertaraf lima bintang yang dimiliki oleh seekor “Dracula.”

Hotel ini dikenali sebagai Hotel Transylvania dan ia didiami oleh raksasa dan tidak ada sebarang gangguan daripada pihak manusia. Pada suatu hari, pemilik hotel ini telah menjemput beberapa ekor raksasa terkenal seperti pasangan Frankenstein, Mummy, Invisible Man serta keluarga serigala jadian untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak perempunnya, Mavis yang ke 18.

Pada awalnya suasana di Hotel Transylvania berjalan dengan lancar dan teratur, akan tetapi semuanya berubah apabila munculnya seorang manusia biasa yang datang ke hotel ini dan dia telah berjaya memikat hati Mavis. Apa akan jadi seterusya? Mampukah manusia hidup dengan raksasa?